Wednesday 13 February 2013

70 PERATUS PENDUDUK TITI, JELEBU, NEGERI SEMBILAN , HADIR RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA ANJURAN DAP MALAM SEMALAM.!!!!


Tanpa PSY, tanpa cabutan bertuah, tanpa hiburan konsert bernilai jutaan ringgit, antara 4500-5000 penduduk tempatan Pekan Titi, Jelebu, Negeri Sembilan hadir di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP, Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, YAB Sdr Lim Guan Eng malam semalam..

Jumlah yang hadir adalah diantara 70% hingga 75% keseluruhan penduduk Pekan Titi, Jelebu, Negeri Sembilan.

Pada malam semalam juga Sdr Lim Guan Eng telah mengesahkan bahawa ADUN Lobak dan juga Ahli Parlimen Rasah, merangkap Pengerusi DAP Negeri Sembilan Sdr Anthony Loke Siew Fook telah diberikan amanah dan tanggungjawab untuk merampas DUN N1 Chennah, satu-satunya DUN yang gagal ditawan oleh DAP pada PRU 12 yang lalu untuk menjadi calon DAP/PR pada PRU 13 nanti.

Sebagai pejuang yang akur dan patuh arahan dan amanah parti, Loke Siew Fook telah sambut cabaran dan tanggungjawab merampas DUN N1 Chennah tersebut walaupun dilihat sebagai satu tugas yang berat dan mencabar tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Jika sambutan rakyat tempatan Titi, Jelebu diambil sebagai kayu ukur sokongan rakyat kepada DAP/PR, dengan izin Allah SWT, Negeri Sembilan kemungkinan besar akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.

Rata-rata mood rakyat ialah maukan perubahan.. Rakyat sudah muak, jelak dan bosan dengan pemerintahan UMNO/BN yang penuh dengan korupsi, fitnah, penipuan, boros,rakus, kronisme dan penyelewengan.

Slogan INI KALILAH TUKAR DAN JOM UBAH bukannya slogan angan-angan  tetapi satu peniup semangat untuk dijadikan kenyataan.

7 comments:

  1. takde konsert separuh bogel dan pesta arak mcm dkt batu feringgi november tahun lps ke? boringlah pulak, tak happening langsung!

    ReplyDelete
  2. Org PAS jgn jadi kuda DAP dlm isu kalimah Allah. Org2 PAS, sampai bila korang nak jadi kuda DAP dan Anwarinas? Sampai bila korang nak takut dgn Lim Guan Eng dlm isu kalimah Allah?

    Korang tau tak, kalau kalimah Allah digunakan dlm Bible, nanti org Islam akan terkeliru. Korang pun tahu,berapa ramai ahli2 perniagaan Melayu dan VIP Melayu yg rosak akidah hanya kerana percaya dgn jampi pelaris yg guna kalimah Allah? Ramai sangat korang tau tak? Contoh, dlm kes Mona Fendi, bulat2 VIP tu percaya dgn jampi naikkan pengaruh yg guna kalimah Allah.

    Korang tau tak, Ayahanda Pekida kat Melaka pun dah rosak akidah pasal pakai ilmu kurung jin yg guna kalimah Allah, padahal terang2 dlm Islam, kebolehan kurung dan tangkap jin ni hanya dikurniakan kpd Nabi Sulaiman a.s. Nabi Muhammad s.a.w. pun takleh kurung jin.

    Ramai lagi Dato'2 dan Tan Sri2 yg rosak akidah dan mati dlm akidah tak betul pasal pakai jampi yg ada kalimah Allah. Kalaumacam tu pun diorg boleh keliru, diorg lagilah keliru kalau kalimah Allah digunakan dlm Bible.

    Silap2, VIP2 ni boleh murtad terus kalau diorg terbaca kitab Bible yg biasa diletakkan dlm laci2 setiap bilik hotel esp. yg lima bintang. Korg org PAS apa tau dgn hotel2 besar ni, entah2 tuan guru korg kat Pulau Melaka dgn kat Rusila tu tak pernah jejak pun kat hotel lima bintang, sbb selalu duduk dlm madrasah papan je.

    Cuba bygkan kalau VIP2 atau bisnesmen2 Melayu yg terbaca bible yg pakai kalimah Allah dlm hotel, silap2 boleh murtad diorg. Tak pasal2, diorg dah takleh dipoanggil korporat Melayu pasal ikut perlembagaan Malaysia, org melayu ialah org yg tinggal di malaysia, ckp melayu, amal budaya melayu, dan beragama Islam. Kalau diorg murtad, diorg jadi korporat iban atau kadazanlah sebab jadi kristian. Korang sanggupke kalau raja gula dan beras kita, Syed Mokhtar al-bukhary tiba2 isytihar yg dia bukan korporat melayu, tapi korporat berbangsa iban pasal perlembagaan malaysia tak terima beliau sebagai melayu? Hilang ramai usahawan melayu, mundurlah ekonomi melayu pasal ramai korporat yg murtad.

    entah2, ramai korporat melayu yg dah jadi hindu atau mengikut perlembagaan Malaysia, dah tukar jadi bangsa Tamil sebab pakai jampi pelaris dan pengaruh yg ada kalimah Allah, walhal jampi tu jampi yg seru jin2 hindu.

    Org2 PAS, pleaselah jgnlah bagi org kristian guna kalimah Allah dlm bible supaya kita tak korporat2 Melayu apabila mereka murtad kerana baca bible yg ada kalimah Allah. Diorg mana ada masa nak belajar agama, pasal diorg kan org korporat, sibuk nak uruskan bisnes, mana ada masa nak dgr ceramah agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg lulus penggunaan terltak d bwh KDN,menteri nyer dato hisyamudin......cuba tyre menteri,Pas xda kuasa nk lulus... G pn mjlis syura kata,haram menyalah gunakn kalimah ALLAH

      Delete
    2. Macai UMNO.
      betul apa Mrobin Jamri Ruby ckap tu...
      pengunaan kalimah Allah di Sabah & Sarawak dlm bible bhsa melayu diluluskan oleh KDN menterinya org UMNO.
      Maka jika tionghua dri Serawak yg beragama kristian berpindah pula ke semenanjung adakah beliau bersalah mengunapakai bible dri Srawak yg pengunaanya dibenarkan oleh Kementrian Dlm Negeri?
      Dlm hl demikian adakah DAP bersalah menyuarakan kepentingan kaum tionghua utk merungkai permasalahan tersebut?
      Mengapa UMNO nk salahkan PAS hal pengunaan kalmah Allah tu?
      Bila PAS memutuskan bahwa sesiapa pun bolen guna kalimah Allah nape UMNO meroyan? PAS membenarkan pengunaan Allah tu ole kristian tpi x boleh digunakan sbg ganti nama lord, god & menyamakan ke ESA an Allah dgn jesus!
      PAS berpendirian sedemikian berdasarkan rujukan2 dlm Al.Quran &.sirah Nabi Muhamad SAW, Baginda tak pernah menegah & melarang kaum2 musyrikin mengunakan kalimah Allah dlm aktviti2 seharian mereka!
      Adakah Macai UMNO nk tolak ajaran RasullAllah? Nasihat aku laaaa.
      Allah tu bukan aku punya sorang, bukan gk kepunyaan tok nenelk aku & bukan kepunyaan kau & mak bapak kau sorang tau? Allah yg mencipta manusia semua & kita sbgi hambanya jdi DIA yg maha mengetahui diatas apa jua kejadian di bumi ciptaan Nya ini.

      Delete
  3. betulla macai, berapa banyak vipvip, vvip-vvip yang rosak akidah sbb mereka tahu nama Allah tapi tak boleh nak bezakan amtara Tuhan dengan Allah. pasaltu kan dah 54 tahun lebih kita merdeka dan dipimpin oleh vip dan vvip yg rosak akidah kita orang Melayu dan Islam bukan makin baik tapi makin rosak agamanya. bab pembangunan fizikal bolehlah tahan tapi pembangunan minda dan agama hancuss sbb dipimpin oleh puak yg nama Islam tapi pegangan, perbuatan, kelakuan tak melambangkan Islam langsung. macai umno tak percaya? ada otak boleh fikir sediri. tapi kalau dah nama macai mana ada akal nak fikir. hujjah pun hujjah bodoh yg dijaja oleh pemimpin macai yang kebanyakannya rosal akhlak dan penipu. adioss...

    ReplyDelete
  4. Memang betul pun kebanyakan muda mudi yang rosak akhlak sekarang nih ramai yang menyokong puak parti KATI tu, ngan mabuknyer, ngan Bohsianyer, ngan rempitnyer, ngan kelab malamnyer sume tu datang dari mana??? Ada ker mereka tu tahu beza mana yang HALAL ngan yang HARAM??? salah siapa??? Siapa yang memerintah MALASia nih???

    ReplyDelete
  5. bodoh punya blog....panggang babi takde ke?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...