Wednesday 13 February 2013

MB PAHANG KEMUNGKINAN BESAR AKAN DIHERET KEMAHKAMAH KERANA KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 294 KANUN KESEKSAAN KERANA MENUNJUKKAN ISYARAT LUCAH, SETELAH SEORANG JURUUKUR DIPENJARA 30 HARI DAN DENDA RM8,000 KERANA MELAKUKAN KESALAHAN SERUPA KEATAS RAJA PERMAISURI AGUNG ISNIN LEPAS ?????



BALIK PULAU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.
 
Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini pada pukul 11.50 pagi kelmarin.
 
Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.
 
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 
Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.
 
Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.
 
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan.
 
Pei Koe membayar denda itu.

Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan tertuduh bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.

MAKA WAJAR MB PAHANG TOK NAN JUGA KENA HERET KEMAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN YANG SAMA KERANA TELAH MELAKUKAN KESLAHAN YANG SERUPA KEPADA RAKYAT!!!!

LAMBAT TIDAK MENJADI MASALAH ASALKAN KEADILAN TERPELIHARA DAN DILIHAT IANNYA DILAKSANAKAN.

2 comments:

  1. la ni siapa @ polis mana yang pi ambik statement dgn Tok Nan? Malaysia Boleh.

    ReplyDelete
  2. Tok Nan mungkin tak didakwa olih pihak2 berkuasa , tapi ingat ! Yang Maha Kuasa lagi Maha Perkasa pasti mendakwa beliau melalui ShakaratulMaut pd setiap setiap saat .

    Kematian itu PASTI !

    Abu Hussien Abdillah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...