Kuala Lumpur: Seorang lelaki rentung selepas kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandunya merempuh pembahagi jalan sebelum terbakar di Jalan Loke Yew, Cheras di sini, jam 7.30 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, mangsa yang berusia 30-an maut di tempat kejadian dan kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)untuk bedah siasat.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.46 pagi sebelum tiba tujuh minit kemudian bagi memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap di bahagian pemandu.
"Siasatan awal mendapati kereta Toyota Vios dan mangsa hangus terbakar 100 peratus selepas lelaki itu melanggar pembahagi jalan berhampiran pusat beli belah Viva Mall," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan diserahkan kepada pihak polis untuk mengetahui punca sebenar kemalangan.
Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: “(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing”. Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).
ReplyDeleteAL QURAN 2.[84]
Punca kemalangan itu pun tak tahu lagi ke... Ia disebabkan harga minyak turun 4 sen & nombor plet kecil pula. 4 itu ikut kepercayaan orang cina mati. Patut harga minyak dinaikkan lagi untuk elakkan eksiden. KP JPJ nak 5000 orang mati eksiden.
ReplyDeleteYang mati ni usahawan jugak ke? Kereta sendiri juga ke? Bukan kereta dibiayai oleh bank? Asal jangan langgar orang pergi kerja atau balik kerja sudah? Yang kawan dengan usahawan bolehlah sokong usahawan. Belum ada lagi sedara mara yang mati kena langgar lari. Lepas tu tinggal anak anak bini!! kes macam ni hari-hari berlaku pun tak pe!! Tak kiralah usahawan ke kuli ke atau pun tokey dangdut balik pagi ke!! Janji tak langgar orang pergi atau balik kerja!!
ReplyDelete