Friday 19 December 2014

SKIM CEPAT KAYA HARAM KINI SEDANG MENSASAR MASYARAKAT MELAYU SEBAGAI MANGSA.




Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan skim kewangan kononnya mampu memberi pulangan berganda dalam tempoh yang singkat.

Ini kerana, mereka dibimbangi akan menjadi mangsa penipuan sindiket tertentu yang cuba mengambil kesempatan dengan mewujudkan kelab bagi mendapatkan ahli untuk menyertai aktiviti mereka.

Sumber dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memberitahu, orang ramai yang ingin membuat pelaburan perlu menyiasat terlebih dahulu syarikat yang hendak disertai bagi mengelak mereka terjebak dengan syarikat yang telah disenarai hitam oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut sumber tersebut, perkara itu boleh disemak melalui bahagian perisikan kewangan BNM bagi mendapatkan perincian terhadap skim yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

“Mereka juga perlu menyemak data-data syarikat dengan membuat rujukan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Jabatan itu pasti mempunyai butiran tentang syarikat yang menjalankan aktiviti seumpama itu kerana ia adalah badan yang mempunyai kuasa dalam memberikan lesen untuk sesebuah syarikat menjalankan operasi.

“Jika mereka tidak berdaftar atau mempunyai maklumat dengan agensi-agensi tersebut maka ia dianggap sebagai haram dan berbahaya untuk disertai,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, kebiasaannya orang ramai akan mudah percaya dengan skim-skim yang menawarkan pulangan cepat kerana terpengaruh dengan kadar faedah dan habuan pulangan yang akan mereka dapat sebagaimana dijanjikan oleh sindiket terbabit.

Katanya, harus diingat bahawa kebanyakan sindiket yang menjalankan aktiviti seperti itu akan mengumpan dengan kata-kata dan janji manis hingga membuatkan sesiapa sahaja akan tergoda untuk menyertai mereka.

Hakikatnya, mereka ini tidak sedar bahawa mereka telah ditipu secara halus ekoran kesilapan diri sendiri akibat tamak dan tidak membuat pemeriksaan rapi sebelum mula untuk menyertai skim itu.

Sumber tersebut berkata demikian sebagai mengulas berhubung satu skim cepat kaya yang dipanggil `ufunclub’ yang sekarang ini beroperasi secara langsung menerusi internet.

Perjalanan skim itu juga didapati mencurigai apabila menggunakan bahasa Thailand sebagai bahasa pengantara dalam setiap urusan yang sememangnya sukar untuk difahami.

Perkara itu telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Reuben Yap yang memberitahu, terdapat suatu perkara yang tidak kena dengan skim berkenaan apabila didapati telah disenarai hitam oleh pihak BNM.

Menurut Reuben, syarikat pengendali skim tersebut bakal melancarkan satu lagi skim baru berunsurkan islamik yang menyasarkan orang Melayu beragama Islam untuk menyertai mereka.

Untuk meyakinkan pelabur, syarikat tersebut yang membuat hebahan secara terbuka mengenai operasi mereka menggunakan nama sebuah kumpulan nasyid popular.

Tulis Reuben lagi, pergerakan skim itu juga amat mencurigai dan sekiranya ia benar-benar menyeleweng pihak berkuasa harus bertindak.

Sementara itu, pemerhatian terhadap skim berkenaan juga mendapati, skim ini telah disenarai hitam oleh pihak BNM dan turut disiarkan di laman web rasmi mereka di http://www.bnm.gov.my.

10 comments:

  1. Melayu bodoh nak kaya cepat tapi malas kerja..podah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersangatlah betul dan 100% sohih dan benar. Dapat lesen pajak kat peniaga Cina, dapat gerai pajak kat warga Indonesia, dapat AP kereta lu sendiri ingatlah apa diorang buat, dapat kontrak besar, bagi kat orang tu, yang taunye nak cepat kaya, nak cepat tukar kereta, nak cepat pindah rumah, nak cepat emmmm tukar BINI!!. Itulah sspesis jenis MELAYU haprak. Tak ingat ke mati tak ingat ke kubor!!

      Delete
  2. Melayu bodoh jd macai umno xsenang2 nk kaya jauh skali .menteri umno tak perlu join skim cepat kaya cume kelentong macai terus kaya raye .sekian t.ksh

    ReplyDelete
  3. Minta admin menyiasat sedalam2nya mengenai ufunclub. Ufunclub bukannya skim cepat kaya.

    ReplyDelete
  4. Kalau dkt China... penganjur skim cepat kaya atau MLM dah lama kena sumbat dlm penjara atau di bunuh... byk yg merosakkan ...

    ReplyDelete
  5. Omak kau xtau apa2 bior Lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan terlalu sombong dan angkuh

      Delete
  6. Ada ke bahasa thailand? Bahasa siam omak...!!! Tp org melayu mmg mudah ditipu kena tipu dan menipu...selalu kena tipu bulat2 pasal malas berfikir lebih sikit nak senang jer

    ReplyDelete
  7. berlambak jerung yg kenyang akibat menipu dan menjadi kaya raya. yg join skim ni dan skim tu nak kaya jgk tpi tak menipu ikan2 kcil.

    ReplyDelete
  8. bodoh dari atas,tuh yg bwh pun terikut..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...