Saturday 6 April 2013

BUKTI SAHIH!!!!... NEGERI DIMANA UMNO INGAT DIA KUAT, RAKYATNYA AKAN DILAYAN MACAM WARGA MEREMPAT!!!!!



ALOR GAJAH - Seorang suami kesal apabila terpaksa menunggu lebih empat jam untuk mendapatkan rawatan isterinya yang menderita sakit buah pinggang di sebuah hospital, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, Ibrahim Mohamad, 47, membawa isteri, Bismi Hasan, 43, ke hospital terbabit selepas menerima temu janji yang diatur pihak hospital hujung bulan lalu.
Menurutnya, pada 29 Mac lalu isterinya dibenarkan pulang selepas keadaan semakin teruk.

"Selepas menerima temu janji, saya membawa isteri yang dalam keadaan lemah ke hospital terbabit kira-kira 9 pagi semalam.

"Selepas menerima nombor giliran saya terpaksa meminta isteri duduk menunggu di surau berikutan keadaannya yang lemah dan tidak boleh duduk dengan lama atas kerusi," katanya.

Ibrahim berkata, walau bagaimanapun dia hanya dipanggil kira-kira jam 1 petang iaitu lima jam selepas waktu temu janji yang diberikan pihak hospital.

"Saya tidak puas hati dengan sikap kakitangan hospital berkenaan yang langsung tidak mempedulikan perasaan pesakit yang menunggu lama sedangkan saya ada urusan lain hingga terpaksa dibatalkan.

"Selain perlu menunggu lama, isteri juga diarahkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Lebih menyedihkan, saya tiada kereta dan hanya menunggang motosikal untuk ke mana-mana," katanya yang tinggal di Taman Lendu Bakti, dekat sini.

Malah katanya, keadaan isterinya semakin kritikal apabila cirit-birit dan muntah akibat penyakit dialami.

"Doktor juga mengesahkan isteri menghidap sakit saraf selain kondisi buah pinggang yang rosak," katanya.

Katanya, dia hanya bekerja sebagai pengawal di sebuah Felcra dengan pendapatan tidak seberapa untuk menjaga isteri dan lima anak berusia antara 12 hingga 20 tahun.

SELAGI UMNO BERKUASA DINEGARA INI BEGITULAH NASIB RAKYAT TERIMA.

RAKYAT MELAKA WAJIB BANGKIT DAN TUMBANGKAN UMNO/BN PADA PRU 13 INI..

BERITAHU KEPADA UMNO BAHAWA KERAJAAN YANG SOMBONG, ANGKUH DAN TIDAK PEDULI PENDERITAAN RAKYAT AKAN DIHUMBAN... KUASA DITANGAN RAKYAT... SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT... UNDI RAKYAT MEMBAWA BERKAT.

14 comments:

  1. Dimana amno kuat...disitu melayu melarat...

    ReplyDelete
  2. Nnt kalau dpt dkt kau org pun sama jgk..

    ReplyDelete
  3. Cik Mat malaya mana pegi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik mamat kat PLUS highway & universiti curtin sekarang ni...tengah cari point bangang lah tuuu...

      Esok cik mamat pergi IPP, tulat dia ada appointment dgn katak & si kulup. huhuhuhuhuh

      Delete
  4. jgn risau sya mmg org kuat PR..sebnyrnya masalh di ats kita x ya salahkn umno..nnti mereka kte kita fitnah.. kelebihan dlm PR ni cukup bagus kite boleh tegur menegur...sya pn prnah kena masalah seperti atas dan mmg serik..dtg hospital jm 9 pgi siap jm 5 petang hnya tunggu giliran nk jumpa doktor sbb nk sah kn ubat diebetes dn hyprtention...tupn sya trpaksa masuk tnya samaada no giliran sya di pnggil lgi ke x...sya rasa nk marah tpi sya lihat ramai lgi org2 skliling yg duduk dlm kerusi roda nmpk lebih tenat tpi trpaksa menunggu...

    ReplyDelete
  5. yg ramai berkerja kat hospital tu ada lah org org PAS dan PKR. semuanya malas tapi tuduh kerajaan UMNO yg zalim...

    ReplyDelete
  6. U=UMNO
    M=MENIPU
    N-NOMBOR
    O=ONE

    ReplyDelete
  7. org2 umno/bn mane prnh rasa benda2 ni..
    sbb bnyk duit, depa boleh terus masuk hospital swasta first class lgi x ya nk tunggu2 giliran... lain dgn rakyat biasa yg sentiasa ddahulukn dn dutamakn...

    ReplyDelete
  8. No 2 AMNO 4 this election 13...

    ReplyDelete
  9. Encik Johari Alias...cakap tu berpada2...kalau Encik Johari Mawas nak tahu...kadang2 kami kakitangan hospital kerajaan bn umno nie x dpt nak buat kerja disebabkan peralatan yang dah uzur. Selalu break down...nanti pembelian alat baru semuanya ala kadar walaupun peruntukkan bunyi mcm nak rak... kalau kerajaan benar2 prihatin dengan rakyat...sediakan kemudahan yang lengkap dan mencukupi untuk memudahkan setiap urusan kami bagi mengurus pesakit. Tolong...jangan cakap sembarangan kalau x tau ape yg terjadi sebenarnya. Alat tulis pun tak dpt nak supply tapi projek mega berbilion bilion ada plak duit nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaAllah... kjaan yg paling baik pun pecacai pr nak kutuk? berbilion hinggit kjaan belanja utk perubatan dan kesihatan. semua wang tu utk rakyat. cuma org bawahan saja yg songlap dan masuk poket. klu ada tender pun bukan org lain yg dpt. kroni umno jugak. jgn marah. nilah cara paling mudah nak jd kaya dan bolot kekayaan negara. rakyat kg mana tahu psl tender dan bajet. org kg mudah je nak bodohkan. nak undi nanti bg kain batik dan RM 10 senyaplah.

      zack

      Delete
  10. Dah2 la doa yg terbaik semoga Allah bersama org yg benar...

    ReplyDelete
  11. Budget bilion bilion, tapi mana pergi bilion bilion tu, segala peruntukan hospital dikurangkan, suasana hospital yang sesak, takterurus dan kebersihan yang dipersoalkan, wad tiga macam wad zaman perang, rawatan cincai dan mengunakan alat rawatan yang lama, terpaksa habiskan duit jika nak buat rawatan dihospital swasta. Itu janji BN, janji dikianati. Innalillahi wa inna la hirojiun

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...