Friday, 12 April 2013
JAWAPAN YANG AMAT BERNAS MENGENAI FITNAH VIDEO LUCAH YANG KINI LIGAT DIPERMAINKAN DALAM ALAM MAYA OLEH BLOGGER-BLOGGER UMNO!!!!
Sekarang tiba giliran pemimpin PAS pula dijadikan sasaran serangan video seks.
Sebelumnya PKR memberi amaran akan muncul serangan politik berbentuk aksi lucah dua video berasingan melibatkan dua pemimpin kanan parti itu, seorang menteri besar dan seorang lagi naib presiden.
Tidak lama sebelum pilihan raya umum 2008, aksi lucah tokoh MCA menjadi perbualan. Dr Chua Soi Lek kemudiannya mengaku dan meletakkan jawatan daripada kabinet.
Sembilan hari sebelum penamaan calon bagi pilihan raya umum 5 Mei ini, tiada sesiapa menduga PAS pula menjadi sasarannya.
Foto wajah seseorang yang kelihatan seperti tokoh utama parti itu yang berbogel dikatakan mengadakan hubungan seks di sebuah bilik.
Desas-desus ini tersebar awal malam tadi dan diberitakan di laman web The Star Online menjelang tengah malam.
Sementara Malaysiakini difahamkan tentang kewujudan imej ini sekitar 8 malam tetapi mengambil keputusan tidak melaporkan sehingga mendapat ulasan tuan punya badan.
Sementara dunia blog, khususnya yang pro-Umno, dengan tangkas menyebarkan imej-imej video tersebut bersama sejumlah maklumat yang mengejutkan.
Kononnya, menurut blog-blog tersebut, wanita yang berasmara dengan tokoh PAS itu telah dibayar oleh PKR untuk memerangkap pemimpin berkenaan.
Kononnya lagi, dua pemimpin Pemuda PKR berjaya ditahan dan disiasat berhubung pengedaran video lucah ini di Besut, Terengganu semalam.
Lebih memeranjatkan, sekonyong-konyongnya menurut blog lagi, dalam satu rondaan polis pada 7.45 pagi semalam, pihak berwajib telah menemui "16 sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi sekeping cakera padat video gambar lucah" di satu kawasan perumahan di Kampung Alor Lintang.
Sama ada sahih atau tidak, blog menyebut: suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedar salinan video tersebut, lebih kurang 11 minit 25 saat.
Video itu memaparkan seorang perempuan, kata blog lagi, disyaki bukan warganegara melakukan hubungan seks dengan tokoh berkenaan.
Jadi, berbeza kes video lucah mantan menteri kesihatan, sensasi terbaru ini mempunyai dimensi politik konspirasi dalam Pakatan Rakyat.
Alasannya, menurut blog pro-Umno lagi, tokoh PAS itu cuba membawa masuk mantan pemimpin kanan yang telah terpinggir dan seorang tokoh parti yang telah dipecat.
Oleh kerana tidak suka dengan langkah tokoh PAS berkenaan, maka dirancanglah satu "perangkap seks" sedemikian rupa!
Persoalan yang muncul: kenapa perlu video lucah itu diedar di Besut, sebuah kawasan parlimen yang dikenali kubu kuat Umno?
(Atau, dua pemimpin muda PKR itu memang berasal dari daerah Besut?)
Jika begitulah hasratnya, untuk apa lagi diyakinkan kepada penyokong totok Umno bahawa pemimpin PAS memang tidak guna?
Apakah tidak cukup selama berdekad-dekad serangan Umno terhadap PAS di negeri penyu itu?
Kerusi parlimen itu atau Terengganu umumnya tidak pernah dikhabarkan akan bergoncang pada pilihan raya 5 Mei nanti -- tidak seperti Negeri Sembilan, Kedah, Johor atau Perak.
Kenapa tidak diedarkan di Marang, kerusi presiden PAS Abdul Hadi Awang atau Kuala Terengganu yang bakal ditandingi seorang arkitek terkenal dan kerabat diraja?
Jika serangan video itu dilancarkan oleh PKR dengan gaya baling batu sembunyi tangan, kenapa tidak ia disebarkan sahaja melalui Internet, media berpengaruh yang dikuasai sebaik-baiknya oleh parti itu?
Bukankah Internet sudah menjadi sarang bahan-bahan porno yang boleh dijadikan saluran sebaran dengan murah tetapi sasarannya ribuan, malah jutaan, penyokong PAS?
Jika pengundi meragui kesucian pemimpin-pemimpin PAS, apakah kesannya kepada Pakatan Rakyat yang ingin merampas Putrajaya? Tidakkah menyerang PAS bererti juga menghakis peluang pembangkang menambah undi?
Walaupun ia tidak mustahil, dan sekalipun video itu benar, bagaimana mungkin PKR merancang menggoda tokoh PAS itu dan kemudiannya merakam pula aksi ranjangnya?
Jika ia benar, tentulah ia diusahakan oleh unit perang saraf terbaik PKR sehingga tidak terbocor kepada sesiapa -- daripada mengupah wanita itu, kemudian menggoda tokoh politik berkenaan dan kemudian lagi memasang kamera di bilik tidur.
Jika wujud unit terhebat itu, kenapa pula unit itu tidak berjaya mengedarkannya dengan senyap-senyap tanpa dengan mudah diketahui umum dan ditangkap polis?
Jika benarlah laporan polis mengesyaki wanita itu bukan warganegara ini, bagaimana pula blog pro-Umno dengan mudah mendapat pengakuannya?
Sejak bila pula polis atau penulis pro-Umno menemui wanita itu dan mengambil keterangannya?
Dan bagaimana pula unit terbaik PKR itu gagal menyembunyikan wanita upahannya agar tidak dicekup oleh pihak berwajib atau musuh-musuh politiknya seperti BN atau Umno?
Pendek kata, skrip video lucah pemimpin Pakatan -- sekalipun benar-benar wujud -- tunggang-langgang dan boleh menjadikan kita semua cukup meluat dan menentang BN habis-habisan pada Ahad, 5 Mei nanti.
FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Woiiii bangang tak da benda lain ka... sial
ReplyDeleteMr. Right
haha.. macai2 PAS mula la nak melenting. xdpat terima kenyataan pemimpin2 Pakatan Haram mmg semua rosak akhlak. hahaha... terima je la kenyataan, org2 PAS semua bernafsu buaya. berselindung di sebalik kopiah putih. aku pun boleh stakat pakai kopiah je. hahaha.. mari kt ketawakan macai2 bodoh yg masih nak sokong PR.
ReplyDeletehahahahahahahhahahahha...
hahahahahhahahahahhahahahhahahahha.
hahahhahahahhahahaha
kah kah kah kah kah kah kah kahak tuih..
Tak ada siapa akan percaya.....kalau video sex pemimpin BN masuk akai juga
DeleteAnon 12:00
DeleteSiapa kita nak jatuhkan hukum....setakat video terus sabit org....guna hukum mana....tak takut ke balasan Allah....ingtlah doa org yg teriniaya tiada hijab dgn Allah.....jika ia diiniaya maka byk amaln org yg menfitnah yg diperolehinya.....
Same la..x kan org dr thai lg kot..spenda punya besar..memang saiz org2 tua..lg panas ini..
ReplyDeleteSaya haram tak percaya video seks ni.....buat je laaaaa video pape pon, pemimpin pkr ke, dap ke, pas ke......orang yang bijak dan berilmu takkan percaya....Obviously it's a mere dirty tactics from the Known Devils as our GE13 is near...HIDUP PAKATAN RAKYAT-PKR, DAP, PAS...ameinnnnn....
ReplyDeleteYou dont believe on what u you see? Then it will be something wrong with u..
DeleteI think u are retarded.
Den pon samo, tak percaya......Memang betul, makin nak dokek GE ni makin banyak video bukan2 kuar....semuanya pemimpin pr pulak tu....
Deletecelaka ko pkr! sanggup ko aniaya rakan ko sendiri! kenapa ko nak perangkap mustafa dgn skandal video seks! tak cukup lagi ke kami org pas menjadi hamba abdi utk pkr dan dap! takpe, nanti korang terimalah pembalasan!
ReplyDeleteNampak sangat ko ni pencacai ameno menyamar jadi orang pas.....poodahhhhhhhhhhh....
DeleteTakutilah doa org2 yg teranianya...Sesungguhnya Allah sebaik perancang.
ReplyDeleteAniaya itu satu hal.
DeleteMeletakkan diri sendiri dalam fitnah yang sebesar itu adalah disebabkan oleh kebodohan sendiri dan terlalu mengikut nafsu.
Allah memang sebaik perancang..tanpa izinNya juga kita tidak akan dapat melihat semua (video) itu. Anda tidak bersetuju?
Buka mata..avoid mental block
Allah ingin menguji hambanya....jika ia diiniaya tak perlu takut ada ganjaran bg org yg sabar....tp bg yg fitnah ini ujian Allah juga bagi memastikan tempatnya di neraka serta segala amalan akan diberi kpd yg diiniaya....Allah maha mengetahui....
Deletebiarkan ia berlalu begitu saja. bagi yang nak percaya.... silakan. anda yg rela diri anda di tipu dan anda bangga anda tertipu.... hehe kesian...
ReplyDeleteumno, vcd lucah berpisah tiada.
ReplyDeleteIsh ish ish.awal awal lagi pencacai umporno laknatullah hidangkan wawasan hina mereka untuk mengedar video lucah kepimpinan PR tuba tiba pkr plak jd mangsa.lepas ni dap plak jd mangsa.hebat hebat pencacai umporno ni.dan satu lagi apa tindakan pihak berkuasa yang di amanahkan telah gagal berfungsi.ish ish ish.Malaysia boleh!
ReplyDeleteSatu lagi projek barisan nasional- video lucah pemimpin pembangkang...
ReplyDeleteIngat BN ingat Lucah. Ingat rasuah ingat BN.
ReplyDeleteSetakat kuar video yg xpasti kebenarannya semata2 nak spin aku pangkah BN, minta maaf. Dlm bn lg teruk dgn mcm2 skandal rasuah, sex dan mcm2 lg. Apa jaminan bn xkan menekan rakyat selepas menang pilihanraya, sdgkan sejarah pilihanraya sebelum2 ni membuktikan lepas bn menang je, brg keperluan semua naik. Ni la cara pencuri tuduh org mencuri semata2 nak cover diri sendiri yg sebenarnya pencuri.
ReplyDeleteJika anda percaya anda dikira bersubahat sekiranya ia tidak benar.....jika anda tak percaya & tak ambil bahagian, anda seorang yg menjaga diri drp mendpt kemurkaan Allah....serta selamat drp segala musibah drp org yg diiniaya...
ReplyDeleteyang pasti pelakunya orang PAS HAHAHAHAHAHA..JELAS DAN TERANG LAGI HD BEB...BUAT MALU JA...blog BN hanya tukang sebarkan aje...hehehe..
ReplyDeletesaja saja kata fitnah..padahal....( puak PAS dah terpancut pancut menikmati video Pak stopa) HAHAHA..pastu maki pak stopa...sial je pak stopa bagi aku stim tengok...dia pulak dapat sedap henjut...tak bagi sekali kat aku hehehe
ReplyDeleteelok la korang tambah dosa,ngan umno cukup sanjung.hukum allah dah lupa.cukup2 la.lebih 2 pon korang dapat apa.terlampau taksub semua langgar.sian tgk korang ni.ibarat anjing menyalak bukit
ReplyDelete