Thursday, 18 April 2013
PASCA PENGUMUMAN CALON-CALON UMNO/BN.....PERGOLAKAN DALAM UMNO BERTAMBAH PARAH... KINI GILIRAN WANITA UMNO PULA NAIK ANGIN KERANA RAMAI PEMIMPIN TERTINGGINYA DIPINGGIRKAN.....PERGH!!!!!...SIAP BAGI AMARAN AKAN BERTINDAK LAGI BEB!!!!!
SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.
Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.
Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.
“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.
Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.
“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.
Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.
Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.
“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.
“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.
Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.
“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.
“Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.
“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.
Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.
ITU SALAH SATU TANDA BETAPA UMNO BAKAL TUMBANG...APABILA TIANG SERI UMNO MULA BERSUARA TANDA TIDAK PUAS HATI MAKA TUNGGU SAJA SAAT DAN KETIKA UNTUK UMNO MATI!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Apa yang saya perhatikan, memang tak ramai calon-calon wanita yang dipilih oleh Be End untuk GE13 kali ini berbanding dengan Pakatan Rakyat yang mencalonkan ramai calon wanita. 'Strategi' kot....
ReplyDeleteAku heran dgn puak2 ni. Biasa diorang akan kata perjuangan demi negara, agama dan bangsa tetapi dalam masa yang sama kita tgk tindakan diorang demi diri sendiri dan parti.
ReplyDeleteJangan kecewa dan merajuk melebihi 24jam...itu pesanan najib pada ahlinya kalau tidak terpilih pada kali ini. Cuba lagi pada pru14 dgn izin Allah. Ini lah keistimewaan yang ada pada najib PM1M...hihihi
ReplyDeletealamak..naib ketua lembu dah mengamuk tu,
ReplyDeleteTu la dulu kes aku ko handle nak tak nak.. rasa pulak bila dikeciewakan..lolz
ReplyDeleteTolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
ReplyDeleteTolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!
SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!
tolak jijan mali ke LONGKANG......
ReplyDeleteKamali satu sekolah dgn Rosmah dan Shahrizat dan juga Wan Azizah di Tuanku Kurshiah.
ReplyDeleteDulu dia tolong jatuhkan Rafidah Aziz. Confirm Rafidah tak boleh tengok muka dia ni sebab orang Kuala sendiri jatuhkan orang Kuala bila Sharizat cabar Rafidah Ketua Wanita.
Dia ni antara muka bersih dalam Wanita UMNO lebih kurang macam Rahmah Osman dulu lah.
Sharizat TAK AKAN benarkan orang no2 Wanita dapt kerusi Parlimen. Sebabnya mudah saja. Kalau dia menang Sharizat akan dicabar dalam Pemilihan UMNO akan datang. Sharizat akan terkubur dengan lembu lembunya.
Jadi dia kena cantas Kamilia WALAUPUN sama2 Tuanku Kurshiah dulu.
Tapi UMNO bukan untuk orang bersih. Dalam Wanita UMNO ni tak boleh tengok Puteri UMNO dan dianggap sebagai pesaing oleh geng Rafidah dulu.
Dan kalau dah 6 PRU Kamilia ditolak oleh Mahathir, Pak Lah dan sekarang Najib faham faham sendirilah.
UMNO tak perlukan Kamilia. Tiada tempat untuk orang macam Kamilia dalam UMNO.
Kamilia kena join kumpulan yang sanggup terima dia.
Cubalah masuk PAS ker pulak?
Kes Wanita di sabit issue lembu ada lah kecil kalau di bandingkan pemimpin kanan pakatan yang jadi lembu sokong kristian boleh guna Kalimah Allah.
ReplyDeleteSyirik...terang2 . bodohnya politik gila kuasa.
Projek lembu tu di luluskan sebelum Najib jadi PM.
Wahai ARBI..Pas dah tutup isu kalimah allah..majlis fatwa dah buat keputusan...mintalah pandangan pas tentang isu ini bukan sekadar dengar tv3 atau utusan yang kata pas kata... JANGAN TAQLID BUTA...ITULAH CARA ISLAM..
DeleteWahai sahabat. Issue belum tutup. Tu, Khalid Samad dok berjaja dalam Malaysia Insider tiada sekatan kalimah Allah untuk orang kristian demi mengejar undi bukan islam.
DeleteSaya juga pengikut Tuan Guru Haron Din dalam kes ni. faham? kalau tak faham pergi mengaji.
Arbi,
DeleteKo mengaji tak habis tak ahbis tentang Islam.
Kalau ko nak belajar islam sampai habis tengak umat Islam di dunia Arab di Eropah dan Amerika.
Masalahnya ko macam setengah orang Melayu yang belajar Islam tak habis.
Masa sekolah ko tidur atau pun guru ko pun tak faham Islam.
Itulah yang ada macam dalam UMNO sekarang ni.