Thursday, 18 April 2013
BUKTI JELAS BETAPA CALON UMNO/BN PARLIMEN P125 PUTRAJAYA , TENGKU ADNAN MANSOR KINI DALAM GELABAH DAN KETAKUTAN...TAKUT PARLIMEN PUTRAJAYA TUMBANG, TERPAKSA KELUARKAN BUKU KECIL SERANG PERIBADI DATO' HUSAM MUSA!!!!
Bila sedar tentang fenomena Husam Musa melanda Putrajaya maka terpaksalah calon UMNOnya Ku Nan Mansor melakukan sesuatu yang tidak pernah beliau lakukan ketika bertanding di sana sebelum ini...
Ku Nan dah sedar warga Putrajaya pun ikut sama bangkit untuk tumbangkan UMNO/BN pada PRU 13 ini.
Ceramah PR di Pinggirin Desa Putra yang berjaya menarik ribuan warga Putrajaya dan berdekatan datang menambahkan lagi kegusaran UMNO/BN.
Jelas cakap sombong UMNO akan menang bergaya disana adalah omong-omong kosong saja.
Kini kata-kata keramat Dato' Husam Musa yang berbunyi.. SAYA DATANG KE PUTRAJAYA UNTUK MENANG...telah mula menampakkan cahaya kemenangan tersebut.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menunjukkan buku "Kenali Siapa Husam Musa, Politik Wang dan Kronisme" pada sidang akhbar selepas majlis solat hajat, tahlil dan doa selamat sempena pencalonan beliau sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen P125 Putrajaya di kediamannya di Presint 10 di sini malam ini.
Belum pernah dalam sejarah Tengku Adnan Mansor membuat 'solat hajat' sebelum ini kerana cadangannya supaya semua pub dan kelab malam dibuka hingga jam 5 pagi masih belum jadi kenyataan.
Walaupun sebelum ini Ku Nan memperlekeh kehadiran Husam kononnya dia orang luar dan bukannya penduduk Putrajaya tetapi setelah tiga hari Husam berkempen, rata-rata kakitangan kerajaan yang ditemuinya merasa sangat gembira kerana Husam tidak sombong dan berlagak seperti Ku Nan.
Malah ada yang terus meminta bantuan Husam mengenai keadaan tempat letak kereta yang mahal serta membebankan kakitangan kerajaan, sesuatu yang tidak pernah dipedulikan Adnan walaupun sudah masuk penggal ketiga bertanding.
Inilah yang memaksa Ku Nan mengeluarkan risalah jahat selepas selesai majlis 'solat hajat' konon tercalon sekali lagi di kerusi parlimen terkecil di Malaysia ini.
Diyakini, Ku Nan akan terus melakukan taktik tidak bermaruah dan beretika ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Dedahkan juga siapa dia Tengku Adnan ni... Humban amno & bee end dalam lubang jAM BaNooooo.....
ReplyDeletekat putrajaya mmg ramai anti kerajaan. penjawat awam tahu apa kerajaan BN buat. tapi selama ni mereka tak dpt bersuara. INIKALILAH
Deleteadmin BANkami
wlaupn sya miskin...tpi sya tngok adnan ni manusia 1 sen haram x boleh pakai...
DeleteJangan ingat kita boleh kekal dikerusi P125 Putrajaya,jika Allah berkandakkan kamu kalah tiada siapa yang boleh menolong.Begitu juga kedatangan mati tak siapa pun boleh menghalangkan ketentuan Allah SWT.
DeleteKu Nan x mampu berdebat dgn Husam Musa jd pendekatan mcm tu jela yg mampu dia buat...dia tau kalu debat dpn2 dgn Husam Musa sure Ku Nan tapau punya...
ReplyDeleteHmmm. Andaiku tahu sapa KU ADNAN... ini kalilah tukar!
ReplyDeletepejawat awm kt puterajaya adalah org2 yg pling bnyk mengetahui perangai2 buruk bn...kebanyakan maklumat2 buruk rahsia bn jga dperolehi dri pejawat awam..jadi mereka akn lebih tahu menilai siapa yg harus dpilih..
ReplyDeletepenjawat awam bnyk org kelantan sbb tu rmai pembangkang
Deletesudah pasti pelbagai usaha akan dilakukan oleh bn ni utk menang wlaupun dgn cara fitnah, tipu, pengundi hantu/pengundi pos. tetapi mrk puak2 bn ni lupa, bhw Allah lebih berkuasa atas segala sesuatu. tiada yg mustahil. semoga perjuangan Tn. Hj. Husam Musa akn beroleh kemenangan di parlimen putrajaya nnt. Amin
ReplyDeleteamin.sesungguhnya aku mgetahui puak2 bn yg jahat di putrajaya.
Delete-jusa-
NAN,AKU KENAL KAU SAPE!
ReplyDeleteINIKALILAH!!!
adoiii.....kesian kamu kamu ni...apa jasa husam di putrajaya.....ingatke kamu...husam kata jika pembangkang dpt tawan putrajaya....pembangkang nak lelong...kamu kamu sekali kena lelelong.......lepas tu baru kamu sedar....waktu tu bukan saja parking mahal kamu semua kena halau dari situ...baru padam muka ha ha...ku nan dah jaga baik putrajaya
ReplyDeleteWoi..bahlol...yg pakatan rakyat nak lelong dulu tu bukannya putrajaya tp mahligai pm tu.. itulah bengap sangat...asyik dok bc utusan meloya, berita hairan, tonton tv3 suku, mcm tulah jdnya...bengong...
Deleteamat memalukan bila nak cmnt tapi x tahu fakta mcm ni lah insan bangang yg percaya bulat2 kata2 news paper dan tv3 bahlol berucp shngga anda pon terpengrh......ckp kelakar....sila bukak tenet dan semak kembali kata2 dia yer (^_^) jngn buat tudhn x berasas...ke anda sokong tkey judi tu
Deletecelik mata luas2, sikit hari lagi kalu, kalu tak tukar ini kera jaan, Malaysia pun kena lelong ooo..buat beli cincin, rantai, beg tangan dll....
Deletejeles le tu kami ader Husam...ko aper ader
Deletejanganlah caye bulat2 aper yg org BN ckp kat paper tu... hadoyaii.... ingt senang2 ke nk memimpin Mesia then nak lelong ibarat ayam dtg surender bgi potong leher ke??.... hmmm ceteknye...
DeleteDia nie bodoh betul laaa... mcm lembu sharizat!!!! Lembu kat kg aku lg pandai daripada kau la lembuuu..!!!
DeleteTolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
ReplyDeleteTolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!
SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!
KALAU TAK UBAH HANGPA SESAI TAK SUDAH
DeleteHai Oghang Sabah,
Pilihanraya Mai Dah
Kali Ni Hangpa Jangan Dok Buat Mudah
Dulu Hangpa Kecik Haluih Macam Lintah
La Ni Hangpa Bersatu Melayu Sudah Gah
Harap Pada UMNO Hangpa Lekat Darah
Hutan Depa Tebaih Tanah Depa Punggah Duit Depa Kedarah
Hai Oghang Sabah,
Lima Tahun Lepaih Dah
Takkan Dok Betokak Tak Sudah-Sudah
Yang Sudah, Sudah Lah
Tok Sah Dok Seronok Dan Dok Gah
Kalau Tak Ubah Hangpa Sesai Tak Sudah
Hai Oghang Sabah,
Kalau Tak Mau Susah
Hangpa Kena Ubah
Jangan Biaq UMNO Dok Belasah
Kot Besok Tak Dak Apa Nak Mentekedaghah
Krup, Krup, Krup.. Kikih Kerak Nasi Kawah
Masa Tu Baghu Hangpa Wah.. Wah..
Waktu Tu Nak Buat Apa Dah
Dah Terantuk Baru Nak Tengadah
Kalau Tak Ubah Hangpa Sesai Tak Sudah
Hai Oghang Sabah,
Yang Dok Di KL Balik Mai Pangkah
Jangan Dok Eksyen Dalam Banglow Mewah
Hangpa Pun Dulu Bekubang Dalam Sawah
Lompat Geli Geleman Takut Kat Lintah
Balik Mai Lekaih
Tolong Mak Ngah Dan Pak Ngah
Depa Dok Hap.. Hap.. Macam Nak Mati Dah
Harap Puak UMNO Piii Gi Rahhh
Harap Barisan Nasional Lama Mampuih Dah
Mai kita Ubah Barisan Nasional Jadi Pembangkang Pulak Dah
Baru Depa Tahu Langit Tinggi ka Rendah...Kah kah kah Kah Kah
bukan citaan aku, tp Hamba Allah yg Sayang Malaysia.
Undilah parti boikot
Deletesebagai salah seorang jentera pilihanraya P125 putrajaya, aku akan mengeluarkan segala ikhtiar dan doa supaya Dato' Husam, pas, dan pr berjaya mendapat kemenangan hakiki dan menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia ini. Kepada Ku Nan, terimakasih banyak2 di atas keprihatinan terhadap warga putrajaya sepanjang 2004-2012. bukan tuan tidak bagus, tapi kami mahu pemimpin yg lebih baik dari segala segi. Tindakan Ku Nan mengeluarkan risalah memburukkan @ memfitnah Dato' Husam sedikit sebanyak telah mengurangkan simpati terhadap tuan dan kredibiliti tuan di mata penduduk putrajaya... semoga tuan mendapat taufik dan tidak lagi bersama pemerintah yg zalim... dgn kekayaan yg Allah SWT kurniakan pada tuan, gunakanlah ia untuk mencapai keuntungan yg boleh dibawa hinggalah ke akhirat...
ReplyDeleteDedah jangan tak dedah....
ReplyDeletePenjawat awam jgn takut utk berubah....ini kalilah!
ReplyDeleteSaya support Husam bin Haji Musa. Dia pernah ajar saya mengaji bersama ibu nya...Arwah bapa nya imam di madrasah di depan rumah kayu nya yg mana d depan umah saya juga..pemimpin yg begini kita mahu..sederhana sahaja..
ReplyDeleteJangan lupa solat Jumaat minggu depan di masjid Purtrajaya. Jemaah dijangka melimpah ruah kerana ada nasi biryani bungkus, air sirup dan topi sudu gambar dacing. Penampilan istimewa ku nan akan jadi bilal jemputan. Beliau akan melaungkan azan dengan menggunakan microphone sendiri yang di beli di US. Jangan lupa datang!!!
ReplyDeleteBetul ke orang kata hari ni Ku NAn baca khutbah di masjid Putrajaya??
ReplyDelete