Wednesday, 3 April 2013

SEKUMPULAN PENYANGAK UMNO HINA DAN MEMPERLEKEHKAN LAGU NEGARA KU SEBAGAI ALAT UNTUK GANGGU KACAU UCAPAN DSAI DAN PARA PEMIMPIN PR LAIN DICERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI KG DATO' SULAIMAN MENTERI, MAJIDEE, JOHOR BAHRU, MALAM TADI!!!!



Sekumpulan samseng Umno mempersenda lagu Negaraku semata-mata mahu mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebab lagu Negaraku, saya berhenti sekejap,” kata Ketua Umum KEADILAN itu apabila lagu itu berkumandang, malah turut menyanyi bersama-sama pemimpin dan penyokong Pakatan.

Sebaik saja meneruskan ucapan pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam tadi, sekitar 20 samseng Umno memutar semula lagu kebangsaan itu berulang kali.

“Saya hormat (lagu) Negaraku tapi ini sudah jadi mainan mereka (Umno),” kata Anwar sebelum meneruskan ucapan.

Kejadian sama lebih awal berlaku terhadap Lim Guan Eng apabila lagu Negaraku dipermain untuk mengganggu ceramah Setiausaha Agung DAP itu.

Guan Eng juga menghentikan ucapan apabila lagu itu kedengaran, sebaliknya samseng Umno terus memasang semula lagu berkenaan beberapa kali.

Lebih 2,000 hadirin menggeleng-geleng kepala menyaksikan pelakuan tidak senonoh itu, malah ada tertawa melihatkan perangai kebudak-budakan itu.
Samseng Umno berselindung di sebalik program ‘Malam Mesra’ kira-kira 50 meter dari lokasi ceramah.

Mereka turut memutar beberapa lagu lain termasuk lagu rasmi Umno dengan kuat dan menghala pembesar suara ke tapak ceramah sepanjang program itu.

Samseng Umno juga berbuat bising, terjerit-jerit memaki hamun dan menghambur kata-kata kesat sambil mengibar bendera Umno dan BN.

Anggota polis yang berkawal pula dilihat tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan provokasi berterusan itu.

Untuk tonton, sebahagian kebiadapan samseng Umno, KLIK INI.

~keadilandaily    

KEBIADAPAN PARA PENYANGAK UPAHAN UMNO SUDAH AMAT MELAMPAU SAMPAI SANGGUP PERSENDAKAN LAGU NEGARA KU SEBAGAI ALAT UNTUK GANGGU KACAU CERAMAH PAKATAN RAKYAT.

INILAH DIA UMNO KINI....SUDAH BANKRAP IDEA DAN CARA NAK LAWAN DENGAN PAKATAN RAKYAT.

SUDAH TIDAK MAMPU BERDEPAN DENGAN RAKYAT SECARA ILMIAH MAKA GUNA CARA BIADAP.

3 comments:

  1. Adoyaiiiiiiii......malu den tengok perangai macai ameno ni.......haishhhhhh......

    ReplyDelete
  2. Bodoh piang punya macai ameno

    ReplyDelete
  3. Hahahaha.. mano poie macai ni? Sonyap yo.. mmg politik zaman longkang.. dh laa xdo idea lopeh tu kau ciplak plak idea org.. ini kalilah... jom ubah..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...