Ketika Umno sibuk program mewah, PAS potong 20% gaji Adunnya
Macam mana rakyat tidak naik angin, meluat dan menyampah kepada UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak ..
Ketika pimpinan Umno di peringkat pusat terus dengan acara mewah
mereka, kerajaan Kelantan akan terus mengekalkan dasar pemotongan elaun
20% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PAS untuk dikumpulkan sebagai
dana khas bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi.Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata langkah itu diambil bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang berhadapan dengan krisis kenaikan harga barang.
Beliau berkata, dana yang dikumpulkan itu akan disalurkan mengikut keperluan dalam program khidmat masyarakat dan tidak akan digunakan untuk menjalankan program parti.
"Kita tidak akan mengambil walaupun satu sen wang yang dipotong daripada elaun wakil rakyat untuk kegiatan parti kerana sudah diamanah dibelanjakan bagi kepentingan rakyat. Bagi urusan kepartian wakil rakyat sendiri perlu mencari sumber kewangan yang lain.
"Dasar pemotongan elaun yang dilaksanakan di bawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terus kita kekalkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran Pusat Kaunseling Baitul Rahmat di Kelantan, lapor Utusan Malaysia semalam.
Baitul Rahmat menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya kaunseling individu, kelompok dan rumah tangga dan memberi perkhidmatan rawatan tradisional secara Islam.
Ahmad berkata, pengurusan kerajaan negeri memusatkan perhatian yang serius terhadap langkah berkesan membendung pembaziran wang dan fenomena kenaikan harga barangan keperluan.
"Kenaikan harga barangan dan kes jenayah adalah cabaran utama kepemimpinan kerajaan negeri yang perlu ditangani secara bersama demi kesejahteraan sejagat.
"Saya akui kesukaran dan kepayahan terpaksa ditempuh dengan tabah kerana kerajaan negeri tidak memiliki sumber kewangan yang banyak.
"Langkah saya menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tempoh hari adalah bertujuan membela hak rakyat daripada aspek kebajikan," katanya.
Katanya, jika ada masalah yang berkaitan dan perlu penyelesaian, kerajaan negeri dan kerajaan pusat akan mencapai kata putus untuk diselesaikan secara bersama melalui pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Setiausaha Negara.
elaun BN kalau potong...x leh shopping la kat oversea...semua nak penuhkan tembolok masing2...selfish
ReplyDeletePotong 20%? Potong seringgit pun tak mau.... sampai koyak kertas usul di Parlimen.... itulah wakil yg kita pilih..... bodohnye lah kita.
ReplyDeleteHaluuuuuuu. ....
ReplyDeleteContoh sbuah krajaan yg prihatin dan tawaduk. Kuasa adalah amanah..jawatsn adlh hamba...
Takbir
ALLAHUAKBAR
Dah sihat ke Omakkau?
ReplyDeleteHarap dah recover dari serangan virus tu.
Masih di HTAR ker?