Friday 17 January 2014

PANASSSSS!!!!!! ... KHALID IBRAHIM HAMPIR-HAMPIR KENA PECAT SEBAGAI MB SELANGOR TAPI DI SEKAT OLEH DSAI!!!!



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila timbalan presiden parti Azmin Ali dan penyokong mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.

Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin berkenaan penyingkirannya daripada lembaga pengarah PKNS, namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.


The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada malam Rabu lepas yang dipengerusikan oleh Anwar di ibu pejabat parti.


Seorang lagi ahli MPP mengesahkan bahawa Azmin membuat cadangan agar Khalid diminta berhenti daripada menjadi menteri besar tetapi Anwar menolaknya.


"Cadangan itu hangat dibincangkan dalam mesyuarat tetapi Anwar akhirnya menolak idea memecat Abdul Khalid,"satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.


Setiausaha akhbar Khalid,  Arfa'eza Aziz memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga ada mendengar cadangan yang dibuat pada mesyuarat itu.


Khalid sedang berkhidmat untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar walaupun PKR hanya mempunyai 14 kerusi manakala DAP rakan kongsinya dan PAS masing-masing memegang 15 kerusi dalam Dewan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu selepas Pilihan Raya Umum 2013.


Walaupun popular, Khalid tidak memegang sebarang jawatan utama parti sedangkan Azmin juga adalah Pengerusi PKR Selangor. Kedua-duanya dilihat sebagai penyokong Anwar tetapi menjadi pesaing dalam parti yang akan mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.


Azmin menjadi sorotan baru-baru ini apabila beliau dikatakan telah dipecat daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).


Sumber berkata, rasa tidak puas hati kerana dipecat itu menjadi sebab utama mengapa beliau mencadangkan agar Abdul Khalid dipecat sebagai MB Selangor.


Anwar dalam sidang medianya semalam menolak cadangan kerajaan negeri untuk memecat Azmin kerana sepatutnya beliau berkhidmat sehingga 2015.


Bagaimanapun, Khalid telah menjelaskan bahawa beliau ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau Exco) tidak pernah membuat keputusan untuk membuang Azmin.


"Ia dibuat oleh Pengurus Besar (GM) PKNS," kata Khalid dalam sidang medianya selepas mesyuarat Exco Selangor semalam.


nwar dalam sidang medianya hari ini berkata pemecatan Azmin tidak sah kerana hanya MB dan Exco sahaja berkuasa membuat tindakan itu.


Pengurus Besar PKNS Othman Omar bertindak menghantar surat kepada Azmin bagi memaklumkan beliau (Azmin) telah dipecat daripada lembaga pengarah PKNS.


Surat ini berdasarkan kertas Exco yang dihantar balik kepada PKNS yang tidak memasukkan nama Azmin dalam senarai lembaga pengarah dengan hanya dibiarkan kosong.


Exco hanya memutuskan dua nama iaitu Iskandar Samad daripada PAS dan Datuk Teng Chan Khim daripada DAP manakala satu lagi nama tidak diisi.


Berdasarkan kertas ini PKNS mentafsirkan Azmin telah dipecat. Namun pejabat MB  mempertikaikan apa hak PKNS membuat tafsiran sendiri dan bertindak tanpa merujuk kepada pengerusi lembaganya yang juga MB Selangor.


Pejabat MB berkata, besar kemungkinan Khalid mahu membuat perbincangan dengan partinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perlantikan.


Khalid berkata, nasib Azmin akan dibincangkan oleh Exco namun tidak menetapkan tarikhnya.

25 comments:

  1. Azmin, Azmin, Azmin..... Tamak jawatan rupanya kau....... APAKAH KAMU RASA KAMU HEBAT? Sehingga tak boleh ditukar ganti dalam memegang jawatan pentadbiran kerajaan......

    JIKA KAMU RASA KAMU HEBAT MAKA KAMULAH ORANG YANG PALING TAK BOLEH PAKAI.......... ORANG HEBAT TIDAK MENDABIK DADA.....

    JOINTLAH KATAK-KATAK LAIN DAN MASUK UMNO / PERKASA....... ITULAH SEJARAH ORANG BONGKAK...

    Meluat dan benci aku orang yang suka emnungkah arsu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin, sedara boleh join ezam sekali. Boleh dapat senator...

      Delete
    2. Adakah Azmin Ali ini adik Hassan Ali dan Ibrahim Ali. Nampak gaya yang bin Ali ni macam gila kuasa je. Kalau perhatikan betul-betul cakap ketiga-tiganya macam seirama.

      Delete
  2. Kalau macam ni DSAI pun tak boleh pakai punya orang sebab dia sering mendabik dada yg dia tu bagus. PKR, PAS & DAP pun tak boleh pakai sebab selalu kata depa lebih bagus dari BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perpecahan PKR jika ada, adalah berpunca daripada AZMIN yang cuba mencampuri urusan pentadbiran negeri Selangor. Saya tidak tahu puncanya tetapi secari peribadi saya menganggap sikap azmin sedemikian rupa disebabkan beliau tidak terpilih sebagai MB.

      Pemilihan Khalid sebagai MB selangor adalah lebih tepat memandangkan dia lebih berwibawa, berakauntabiliti dan berhemah, jauh jika dibandingkan dengan Azmin mahupun perdana menteri sendiri.

      Pemecatan Khalid tidak akan berlaku jika sekiranya sultan selangor tidak mengiktirafnya. Jauh sekali bagi Azmin untuk menjadi MB selangor jika sultan sendiri tidak memperkenankannya.

      Seeloknya, orang seperti Azmin menyertai umno kerana sosok pemecahbelah PKR atau PR seperti ini amat diperlukan dalam umno. Sosok seperti inilah yang cepat mendapat jawatan menteri dalam pentadbiran najib.

      Delete
    2. Walaipun ada beberapa kelemahan kecil yang perlu diperbaiki dengan segera namun majoriti rakyat Malaysia yakin PR yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP jauh lebih baik daripada Parti Sunah Wal Rasuah; umno.

      Delete
  3. Azmin Ali aku tak berapa berkenan sangat kerana perjuangan dia dlm parti berlandaskan kedudukan. Kita tahu susah senang dia dlm perjuangan parti diperingkat awal dahulu, tapi perlulah bersabar, walau pun MB Khalid ni datang kedlm parti selepas zaman susah penubuhan parti dulu kenalah terima hakikat ketentuan qado' dan qadar Allah dah tertulis di loh mahfuz yg dia jadi MB maka jadi lah dia. Kalau nak pecat berdasarkan prestasi Khalid tu buruk aku rasa tak kan ada orang yg menentang, ini mencadangkan dipecat kerana nafsu politik semata-mata, nasib baik si Anuar tu tak terikut-terikut rentak si Azmin ni.

    Wahai Azmin sepatutnya PAS berhak untuk tuntut jawatan MB diselangor kerana prestasi keputusan PRU 13 mereka lebih baik, tapi atas dasar kepentingan survival politik bagi pakatan rakyat yg lebih baik maka diberinya laluan kepada Khalid untuk terus memimpin selangor. Kalau pas kata dua nak jawatan tu apa pkr boleh buat? Itu pun masih tak sedar?

    Cukup-cukuplah, jangan terlalu politiking sangat, apabila pemimpin bertelagah sesama sendiri yg rosaknya parti secara keseluruhan bukanya individu.

    Tolong jangan hapuskan keyakinan rakyat terhadap pakatan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan perkataan lain......Azmin, lu boleh blah! Lu nak jawatan, lu boleh jumpa rosmah.

      Delete
    2. pada pandangan aku sebagai rakyat bawahan, sampai kiamat pun azmin tak akan dapat memegang apa2 jawatan MB mana2 negeri apatah lagi untuk menjadi menteri dalam kerajaan Malaysia.

      Delete
    3. Dh ko ingat DAP tu tunggul ?kalau campur dgn DAP ..PAS nk jd MB kat mana?
      DAP bukan x kenal PAS masa menang PRU 12..siapa yg pergi junpa umno ..

      Delete
  4. Berita yang Omak Kau kutip ini belum disahkan lagi oleh tuan punya badan Azmin dan penyokongnya.

    Tunggu komen beliau dulu, apakah berita jenis ini benar atau hanya spekulasi saja.

    Pergolakan Azmin hanya berkaitan dengan ahli lembaga pengarah PKNS saja yang disifatkan sebagai masaalah orang makan gaji dengan majikannya.

    Namun jawatan itu tidak akan beliau dapat menjawatnya jika parti gabongan Pakatan Rakyat tidak memerintah.

    Kekuatan dan kelemahan Azmin Al terletak pada jawatan MP/ADUN.

    Oleh kerana itu kedudukan Azmin tidaklah sehebat mana kerana sama tarafnya dengan Khir Toyo yang pernah berkuasa disuatu masa dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin ni kerja dia asyik komplain tugas menteri besar khalid kat selangor saja.... Sepatutnya sebagai naib presiden dan orang besar dalam PKR, tugas azmin haruslah lebih menyeluruh ke seluruh Malaysia dan berusaha mengukuhkan PKR pada peringkat kebangsaan. Tapi, oleh sebab tak ada kerja yang nak dibuat pada peringkat kebangsaan, azmin buat sibuk kat selangor kacau khalid.

      Dalam pemilihan PKR nanti, mungkin elok jika disuarakan supaya azmin dilucutkan jawatan dan dipecat daripada keahlian kerana mengganggu pentadbiran selangor. Ramai melihat azmin bukan berusaha mengukuhkan pentadbiran selangor oleh PR tetapi cuba menghancurkannya..

      Delete
    2. Adakah Azmin Ali ni adik beradik Hasan Ali dan Ibrahim Ali? Nampak gayanya mereka bertiga senada dan seirama. Elok kalau mereka bertiga bergabung lagi kuat persatuan mereka.

      Delete
  5. Perangai azmin nampak sangat berubah. Dulu dia seorang pejuang rakyat. Sekarang dia pejuang jawatan. Cukuplah... jika sikap tigak berubah, elok rasanya azmin angkat kaki dari pkr. PKR wujud dan berkembang atas skonganrakyat dan bukan terhad pada pejuangan pemimpin. Individu seperti azmin lebih banyak memecahbelahkan kesepaduan PKR dan PR keseluruhannya.

    APAKAH AZMIN TIDAK MENGETAHUI BAHAWA PELANTIKAN KHALID SEBAGAI MB SELANGOR ADALAH PELANTIKAN OLEH SULTAN SELANGOR? ADAKAH AZMIN FIKIR DENGAN HANYA MENGUSULKAN KHALID DIPECAT DARI JAWATAN MB MAKA KHALID AKAN TERGUGUR WALAUPUN TIDAK MENDAPAT PERKENAN BAGINDA SULTAN?

    Azmin sebenarnya jauh tidak layak menjadi MB mahupun memegang apa2 jawatan dalam PKR setelah banyak sifat nagetifnya diketahui oleh rakyat selangor. Kita percaya, azmin akan kehilangan segala jawatannya dalam pemilihan PKR kali ini, meskipun dengan bantuan DS Anuar.

    ReplyDelete
  6. masaalah ini timbul adalah berpunca drp diri kita yg kurang mesra dgn Allah.memang Allah akan memberi kita manusia ujian dlm lapangan kehidupan seharian.muhasabah diri dan banyakan amalan2 sunat,syukur,tahajjud,sadaqah dll.insyaallah Allah akan lepaskan dan mudahkan kita dlm kehidupan.

    ReplyDelete
  7. Kalau gila kuasa sangat pi masuk ameno

    ReplyDelete
    Replies
    1. puak yg paling seronok dgn tindakan2 azmin ini ialah puak2 umno.

      Delete
    2. woii anon 14:07.
      awak perli saya ke? kalau saya nak masuk umno pun sukahati lah. lagipun saya bukan ahli pkr yg berdaftar. Mana ada saya daftar jadi ahli pkr.no keahlian pun tarak.Saya Ketua UMUM tau tak. KETUM. pak ketum.

      -DSAI-

      Delete
  8. Nampak gayanya peluang Noh Omar untuk menjadi MB Selangor selepas PRU14 nanti semakin cerah.

    ReplyDelete
  9. Janganlah kita mnuding jari kpd org lain.selesai prkara ini dgn cara keluarga,sbgai pndokong PR prkara sbgini xprlu brlaku jika kita iklas dan amanah dlm kerja yg dbuat.jgn ad prasaan dngki antra kita.

    ReplyDelete
  10. Gemik politik je ni. Kalau tak buat gemik mana boleh masuk TV dan berita UMNO parti2 pembangkang ini. Bila ada gemik tiap malam dan tiap hari keluar utusan dan TV3. Lepas ini senyap lah semua perkara selesai Azmin berpelok dgn MB siap cium tangan MB Khalid lagi. Masa itu terkedu lah UMNO/BN. Tak caya hangpa tunggu dan lihat. Kalau tak buat gemik PR akan dilupakan oleh rakyat 53%. Rakyat 47% mereka ini memang mudah lupa dan lupa sepanjang waktu

    ReplyDelete
  11. Klu mcm ni lah rupanya pkr jngn harap nk prntah negara...ambik iktibar apa yg brlaku d Kedah...

    ReplyDelete
  12. nampak sangat azmin ni gila kuasa dan pangkat.kalau ikut apa yang dicadangkan dia alamat lingkuplah PKR terutama PKR Selangor.bertaubatlah azmin jangan ada hasad dalam hati.

    ReplyDelete
  13. Selagi ada faekah..selagi itulah ajmin jadi anjing takde gigi menyalak.hehehe.

    ReplyDelete
  14. Salam

    Yb Azmin apa yg nak bising sangat.....awak tu bekas setpol je...ada bisness pun orang lain yang uruskan. sekarang dah jadi YB Parlimen. jangan tamak banyak kan bersabar...dah banyak buat umrah pun jiwa masih tak boleh kawal ke?

    MB Selangor bukan orang politik dan bukan sebarangan beliau pakar dalam PENTABIRAN. baru masuk politik, saya tengok dia orangnya relax tak suka nak buat hal.pengurusannya pun amat baik dan ikhlas. Beliau pun dah berumur lambat
    laun akan retire jugak. kalau YB azmin berperangai macam ni..lah. jangan harap lah lepas ni YB boleh dapat jawatan lagi. sepatutnya YB patut belajar dengan beliau soal pentabiran itu lagi. dan YB Tanya lah diri sendiri kenapa YB digugurkan. Tak perlulah buat kecoh, YB sendiri pun BN memang suka YB dgn MB bertelagah... JGN tamak YB...Orang TAMAK selalu RUGI. kalau TAMAK tak RUGI masuk BN...tamak macamanapun mesti Untung....PKR parti Rakyat...BN parti FAMILY...tu bezanya. Saya tau YB pun tak boleh masuk UMNO...kalau masuk pun panas sekejap je..macam EZAM lepas tu jadi tukang fitnah. YB azmin TAHU kan pasal tu......!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...