Saturday, 11 January 2014

TWEET BEKAS TIMBALAN MENTERI UMNO YANG BAKAL MENGUNDANG CEMUHAN DAN SERANGAN TANPA EHSAN MACAI-MACAI UMNO ... UMNO/BN AKAN KECUNDANG PRU 14 JIKA PERKENALKAN ISA SEMULA!!!!


Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Barisan Nasional akan berdepan dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperkenalkan semula.

“Kalau BN nak kalah PRU-14, wujudkanlah semula ISA” katanya melalui Twitter.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada pautan laporan portal berita yang memetik kenyataan Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, mendesak agar ISA dikembalikan bagi mengekang penghinaan terhadap Islam.

Kata Saifuddin, desakan itu mengambarkan pemikiran yang terkepung.

Berikut ialah kata-kata sokongan dari Ketua Wira Perkasa yang menyokong di perkenalkan semula ISA.

Cadangan supaya dikembalikan semula akta tahanan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mampu mengekang tindakan menghina agama Islam, mempertikaikan hak orang Melayu serta memperlekehkan Raja-Raja Melayu, kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya yang menyokong cadangan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya dikembalikan semula akta tersebut.

Irwan mendakwa tindakan menghina Islam, orang Melayu serta Raja-Raja Melayu semakin berleluasa sejak ISA dimansuhkan.

"Kesan jelas akibat daripada pemansuhan akta tersebut adalah kritikan dan mempersenda secara terbuka terhadap agama Islam (terutama tentang isu kalimah Allah), percubaan penafian terhadap hak hak orang Melayu, menentang dan memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu dan pelabagai isu lagi.

"Apa yang terjadi ini menjadi ancaman terhadap keamanan yang telah kita kecapi sebelum ini.

"Kita harus bersama-sama menjaga keharmonian negara dan jangan menuding jari atas kesalahan orang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Irwan dalam kenyataan yang sama juga menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya terlalu ghairah melakukan transformasi sehingga tunduk kepada suara pembangkang.

"Inilah risiko apabila hendak mentransfomasikan semua sehingga suara rakyat yang sumbang seperti pembangkang juga kerajaan tunduk kalah," katanya.

Najib mengumumkan pemansuhan ISA pada 15 September 2011 sewaktu perutusan khasnya sempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun.

Pengumuman itu bersama pemansuhan akta lain seperti Akta Buang Negeri 1956, pemansuhan lesen tahunan penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 diuar-uarkan sebagai satu transformasi politik Najib ke arah Malaysia yang moden dan progresif.

Putrajaya dipercayai sedang berkempen untuk menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila ketua polis negara, timbalan menteri dalam negeri dan akhbar Umno Utusan Malaysia melahirkan hasrat agar ia dihidupkan semula secara serentak.


Ketika Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap agar ISA dihidupkan semula, akhbar Umno pula menyokong agar ia dikembalikan manakala timbalan menteri KDN berkata, Sosma yang rangka untuk menggantikan ISA tidak bertaring.


Utusan Malaysia hari ini menyokong supaya ISA dikembalikan semula kerana pemansuhannya menyebabkan keharmonian kaum dan agama di negara tergugat.


"Awang yakin kenyataan ini pasti akan menimbulkan kemarahan mereka yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.


"Takut-takut kedua kenyataan ini akan mendorong kerajaan mengkaji semula pemansuhan ISA," kata Awang Selamat hari ini.


Awang Selamat berkata, pemansuhan undang-undang tahanan tanpa bicara tersebut sebagai punca keharmonian kaum dan agama di dalam negara tergugat oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.


"Namun kita harus akui bahawa tanpa ISA, pelbagai insiden berlaku sehingga menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini," katanya.


Katanya, ketiadaan undang-undang ISA menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu sensitif yang tidak pernah dibangkitkan ketika undang-undang tersebut masih berkuatkuasa.


"Pemansuhan ISA diambil kesempatan oleh golongan tertentu untuk membangkitkan isu yang satu ketika dahulu takut mereka sentuh.


"Ini termasuklah perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan seperti kedudukan orang Melayu dan agama Islam," katanya.


Awang Selamat turut memberi amaran supaya mana-mana pihak tidak lagi memainkan isu sensitif yang menyentuh orang Melayu dan agama Islam sekirannya tidak mahu ISA dikembalikan semula.


"Kalau tidak mahu ISA diwujudkan semula, maka belajarlah menghormati apa yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembagaan negara.


"Janganlah melakukan tindakan yang boleh mengundang petaka," katanya.


Akta tahanan tanpa bicara, ISA dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 2011 bagi digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia.


Ia digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma yang diwartakan pada 2012.


Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam mengulas isu sama mengakui Sosma tiada taring kerana tiada memiliki kuasa setanding dengan ISA.


"Tetapi malangnya, segelintir rakyat Malaysia yang diterajui oleh pihak tertentu tetap mahu melakukan perkara tidak matang termasuk membuat bantahan di jalanan sekali gus membelakangi aspirasi yang dibawa Sosma.


"Disebabkan tiada kuasa seperti ISA, Sosma tidak mempunyai taring," katanya yang dipetik dalam Utusan Malaysia mengulas tentang cadangan agar ISA dikembalikan semula.


Cadangan agar ISA dikembalikan semula disuarakan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mahu pihak ekstrem untuk menjatuhkan kerajaan supaya diberikan kesedaran.


"Saya faham apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir tetapi perkara ini masih terpulang kepada kerajaan kepimpinan perdana menteri, Najib," kata Wan Junaidi.


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga senada dengan menyokong cadangan untuk mengembalikan semula ISA.


"Ya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) mencukupi tetapi apa salahnya ISA?"


"Kedua-dua undang-undang itu sesuai dengan sebab tertentu. Apa sahaja undang-undang diperkenalkan yang membantu saya dalam keselamatan dalam negeri dan orang awam, saya alu-alukan," katanya.


Pada 5 Januari baru-baru ini, enam tahanan ISA terakhir di kem tersebut dibebaskan berikutan pemansuhan akta itu dan digantikan dengan penguatkuasaan Sosma.


Ia sekaligus menyaksikan berakhirnya undang-undang tanpa bicara yang diperkenalkan pada 1969.

Akta ISA menerima kritikan kerana digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan selain tidak berlandaskan kepada asasi manusia.

Pelbagai usaha dan cara digerakkan oleh rakyat dan kumpulan sivil untuk memansuhkan ISA dan menutup kem tahanan ini, antaranya penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di samping mengadakan demonstrasi jalanan dan kempen lain bagi membantah akta tersebut.


9 comments:

  1. setuju dgn datuk saifuddin...kalau bn nak jadi pembangkang sila lah kembalikan isa??????

    ReplyDelete
  2. "Kita harus akui" kata Awang mangkuk. Kah kah kah.. Ngko aje.. apa pulak kita? Pastu "harus" pulak. Kaah kah kah kah.. Harus lagi... Meh tanya kat Harus sana sini dulu apa fakwa beliau bab tahan tanpa bicara ni dalam Islam. Kalau dia pakai kitab yang sama, dah boleh agak fakwa dia tu... Huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. khak tuih baru berani bersuara.. haritu masa omakkau kat sepital diam membisu takut2 omakkau bertukar menjadi mayat.. apapun omakkau peluang kedua Allah bagi gunakan sebaiknya.. takut2 sihat hanya sementara kemudian.....

      Delete
  3. Kita kena ingat idea dari Dr Mahathir hanya untuk menyelamatkan Legasi Kronismenya sahaja tidak lebih tak kurang.

    ReplyDelete
  4. Wira perkasam ni mangkok ....selama ni sapa merintah Malaysia ni......kan parti. Perkasam n UBn ....jgn salahkan org lain banggang,,,,,,wira apa ko ni .....

    ReplyDelete
  5. ISA boleh dikembalikan.

    Dengan syarat. Tahanan pertama mestilah Mahathir Mohamad. Kerana jenayah membunuh di Memali & Samun Petronas USD44 Billion.

    Kedua Najib Razak. Kerana mengebom Altantuya. Dan membiar bini gemok dia melingkop duit rakyat.

    Ketiga Harusini pasal menghasut polis bunuh orang awam bugah bugih.

    ReplyDelete
  6. Klau tak salah yg bnyak kene tahan ISA bangsa melayu ISLAM...
    Renungkan




    Keza Kayu

    ReplyDelete
  7. Aku sokong 100%.

    ReplyDelete
  8. hanya ujud ISa sajakan cara utk jaga keamanan negara?

    bila rakyat makin tersepit buatlah undang2 apa pun, perut yg lapar akan tetap bangun melawan.. tk kiralah u kata bughah ke, halal darah ke, ISA ke , semua tk berguna jika rakyat tertekan.

    kekejaman yg hebat dr ISA dibuat disyria dan mesir semasa hosni. rakyat yg dizalimi melampau tetap akan bangkit. rakyat palestin kalau dok rumah pun tetap mati kena bom, maka lebih bermanafaat mereka bom diri sendiri yg membunuh musuh.

    cukuplah, jgn berdalih byk sgt dgn alasan agen kuasa asing. rakyat ni makin tersepit utk hidup, jgn la butakan mata. perbaiki saja kepincangan negara dgn tegas dan berani mcm anwar ibrahim.

    anwar memang tk penting tp kalau pemimpin negara tkde yg setegas dn berjiwa rakyat seperti beliau, maka anwar memang sosok yg sangat penting dan perlu dinaikkan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...