Tuesday, 8 July 2014
EDISI PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT .... JANGAN MUDAH TERPEDAYA PENYAMAR PANGGILAN DARI BUKIT AMAN DAN BANK NEGARA.
Ia adalah satu jenayah serius yang menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan puluhan juta ringgit setiap tahun.
Penipu kini memperdaya sesiapa sahaja rakyat Malaysia tanpa disangka-sangka dengan secara berani menyamar sebagai pegawai Bukit Aman dan Bank Negara dalam skim penipuan mereka.
Penipuan ini menjadi salah satu penipuan teknologi yang menyalahgunakan Voice over Internet Protocol (VoIP) - satu sistem untuk membuat panggilan suara melalui Internet - dengan meniru ID pemanggil sebenar.
Mereka membuat panggilan yang mana nombor yang tertera di skrin telefon kelihatan dari talian Bukit Aman atau Bank Negara, atau mana-mana agensi lain.
Sekurang-kurangnya 2,000 orang telah ditipu dengan cara ini sejak 2012, mengakibatkan jumlah kerugian lebih dari RM60 juta.
Dalam beberapa kes, kesemua wang simpanan mangsa lesap.
Penyangak terbabit akan membuat panggilan atau menghantar e-mel kepada mangsa yang berpotensi, memberi amaran kononnya akaun bank mereka telah dicerobohi.
Kemudian, mereka menasihati mereka untuk memindahkan wang mereka ke satu lagi akaun lain yang kononnya selamat.
Apabila mangsa memindahkan wang ke dalam akaun mereka yang melakukan penipuan, ia akan dikeluarkan dan kaki tipu terbabit menghilangkan diri.
Akaun ini biasanya dibuka menggunakan identiti palsu.
Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata sindiket ini juga menggunakan taktik 'menakutkan-nakutkan' untuk menipu mangsa mereka.
Salah satu taktik ialah dengan memberitahu mangsa bahawa mereka membuat panggilan dari Bukit Aman dan memberitahu akaun bakal mangsa telah digunakan untuk aktiviti jenayah.
Taktik lain termasuklah memberitahu mangsa bahawa mereka telah memenangi hadiah tetapi perlu membayar 'yuran' tertentu untuk menuntut hadiah tersebut.
"Nombor-nombor yang digunakan oleh penipu ini banyak dan pelbagai. Mereka mempunyai buku panduan untuk melakukan penipuan seperti ini," kata Mortadza.
Beliau berkata kes-kes seperti ini menunjukkan walaupun pihak polis, bank dan lain-lain pihak sering memberi amaran, orang ramai masih terjerat dengan penipuan tersebut.
Mortadza berkata, orang ramai perlu membuat semakan dengan Bukit Aman, Bank Negara atau bank-bank mereka sebelum memindahkan wang.
Beliau juga memberi amaran mengenai penipuan 'phishing' di mana mangsa ditipu dengan mengklik pautan internet yang dihantar kepada mereka melalui e-mel.
"Ini boleh membawa mereka ke laman web yang mencuri maklumat peribadi, seperti nombor akaun bank dan kata laluan, atau muat turun perisian berbahaya yang membolehkan penipu mengambil alih komputer mangsa.
"Satu helah biasa adalah dengan menghantar kepada mangsa laman olok-olok yang kelihatan sama seperti laman web rasmi bank yang sering digunakan mangsa, yang mengarahkan mangsa menaip butiran akaun dan kata laluan," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Salam, hari ni ana malas mau kutuk TB@ Deramang @ Malaysia Waves atas kerja2 fitnah dia terhadap Khalid MB dan Golongan Ugamawan. Macam - macam fitnah Malaysiawaves taburkan sampai kata orang2 jujur ni pembela rumah urut. Woiii TB kata Islamic pi Umrah. Orang alim dan abid tak fitnah orang..
ReplyDeleteCool cool jangan pusing. Bawahni ada cerita gajah aku kopi pes dari tranungkite. OK la tu kalu cerita Bigfoot sama dengan Deramang Malaysia Waves. Nanti kena cop UG (Urang Gilerr)
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=15834
Gajah Menangis Ketika Dibebaskan setelah 50 Tahun Dirantai... MasyaAllah
Posted on Tuesday, July 08 @ 06:10:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Press People/Mirror Raju ketika diangkut trak menuju pusat konservasi gajah di Mathura, India. Selama 50 tahun gajah ini mengalami penderitaan dirantai dan diseksa para pemiliknya.
NEW DELHI, Ternyata tak hanya manusia yang menangis ketika mendapatkan kebahagiaan, seekor gajah juga boleh menangis kala gembira. Seekor gajah bernama Raju, selama 50 tahun dirantai, dipukul serta diseksa. Bahkan kakinya tercedera akibat terlalu lama dirantai.
Raju bertahan hidup dari makanan yang diberikan para pelancung yang lalu tempatnya dirantai di Uttar Pradesh, India. Namun, makanan itu tak cukup bagi Raju sehingga dia harus mengisi perutnya dengan menyantap plastik dan kertas.
Namun, minggu lalu sebuah organisasi pencinta binatang dari England Wildlife SOS-UK melakukan operasi penyelamatan yang dilakukan pada tengah malam. Para penolong Raju mengatakan mereka melihat haiwan besar itu menitikkan air mata ketika rantai yang mengekangnya selama setengah abad dilepaskan.
"Raju dirantai 24 jam setiap hari, sungguh kejam perbuatan itu. Pasukan kami amat terkejut melihat air mata mengalir di wajah Raju ketika operasi menyelamat dijalankan," kata Pooja Binepal dari Wildlife SOS-UK.
"Situasi itu sangat emosional. Di dalam hati kami tahu, gajah itu sedar dia sedang dibebaskan," tambah Pooja.
Gajah itu, lanjut Pooja, adalah haiwan luar biasa dengan kecerdasan yang cukup tinggi. Tidak ada yang tahu penderitaan seperti apa yang dirasakan Raju selama setengah abad terakhir.
"Hingga kami bebaskan Raju tidak mengetahui seperti apa rasanya berjalan bebas. Namun hari ini dia akan mengetahuinya dan akan mempelajari erti sebuah kebebasan," ujar Pooja.
Seramai 10 orang doktor haiwan dan pakar hidupan liar bergabung dalam operasi yang dijalankan tengah malam itu. Selain itu, pasukan penyelamat juga dibantu 20 anggota Suruhanjaya Perhutanan dan dua orang polis.
Penyelamatan Raju dilakukan tengah malam untuk menghindarkan haiwan itu dari sengatan panas di kawasan Uttar Pradesh ini. Operasi ini dijalankan setahun setelah Wildlife SOS-UK mendapatkan maklumat dari Jabatan Perhutanan Uttar Pradesh.
Sebelum operasi pembebasan ini dijalankan, mahkamah sudah memutuskan negara untuk mengambil alih pemilikan Raju.
"Tak banyak diketahui tentang kehidupan lampau Raju. Kami yakin dia diambil dari ibunya ketika masih kecil lagi," kata Pooja.
Para pemburu, lanjut Pooja, kemungkinan membunuh ibu Raju atau menggiring kawanan gajah itu ke dalam perangkap yang khusus untuk menangkap anak gajah.
"Anak gajah yang tertangkap biasanya dipukul hingga dia menuruti perintah pemilik barunya. Semangat mereka dipatahkan," kata Pooja.
"Dia (pemilik Raju) kemudian memasang rantai di kaki Raju untuk mencegah kami memindahkan dia. Rantainya sangat kuat hingga membuat kaki Raju terluka," tambah dia.
Namun, pasukan penyelamat bertegas tidak akan undur. Dan ketika itulah anggota pasukan penyelamat melihat air mata mengalir di wajah Raju.
"Tak perlu diragukan lagi penderitaan yang dialami Raju. Namun di masa yang sama dia merasakan perubahan akan datang. Dia merasakan sebuah harapan untuk pertama kalinya," kata Kartick.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber : Mirror