Saturday, 5 July 2014
KRITIKAN DAN SERANGAN BERTALI ARUS TIDAK MELEMAHKAN SEMANGAT DAN ILTIZAM TSKI UNTUK TERUS BERKHIDMAT SEBAGAI MB SELANGOR ... SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANGKATAN RAKYAT SEDAR (ARAS) DITUBUHKAN.
Kritikan dan serangan bertubi-tubi yang dilancarkan terhadap Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan sesekali memberi tekanan kepada beliau.
Beliau berkata, semua itu menjadikan dirinya lebih kuat berusaha untuk melakukan yang terbaik demi rakyat Selangor.
Katanya, beliau kini perlu bekerja kuat lagi demi membuktikan bahawa dirinya layak untuk memegang jawatan nombor satu negeri itu.
Lagi diserang, makin saya kuat bekerja kerana mahu buktikan boleh bekerja. Inilah yang dikatakan orang sebagai lumrah politik, saya mesti terima.
“Kerusi Menteri Besar ini ada satu sahaja, barangkali yang berminat itu ramai,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampai kata-kata aluan isu kritikan serta desakan agar dirinya meletakkan jawatan memberi tekanan kepadanya melaksanakan tugas Menteri Besar.
Sebagai tanda sokongan padu pendirian yang diambilnya atas inisiatif rakyat Selangor yang sokong padu kepimpinan TSKI sebagai MB Selangor maka satu Grup Angkatan Rakyat Sedar atau ARAS ditubuhkan malam tadi bersempena dengan Majlis Iftar Ramadhan bersama TSKI.
Tujuan grup ini ditubuhkan ialah ..
1) Berbincang untuk memformulasi kaedah bagi mencegah gejala politik rakus demi matlamat menghalalkan cara.
2) Menyedarkan pemimpin-pemimpin politik bahawa mereka bukan penguasa tetapi kadam dan hamba kepada parti dan rakyat.
3) Bertekad dan terus berusaha tanpa henti mau membina sebuah parti yang wujud lebih sedekad ini atas darah, keringat dan air mata rakyat ke peringkat yang disegani dan digeruni oleh kawan dan lawan serta dengan dokongan seluruh anggota parti tanpa berpuak dan berkelompok atas nama kumpulan dan kartel tertentu.
4) Mau rakyat menikmati kelazatan dan kemanisan kemenangan PRU 13 dengan penambahan kerusi sehingga mencapai 2/3 majoriti seperti mana janji Manifesto PR.
Bagi permulaan perlaksanaan ini menjadi realiti, suatu kempen pungut lebih 300,000 tanda tangan akan dijalankan bahawa rakyat Tolak Politik Kotor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Dalam dunia politik, mesti ada yang menyokong dan mesti yang membantah. Kumpulan mana yang kuat maka disitulah ahli politik berdiri.
ReplyDeletePihak yang membantah akan terus menimbulkan masaalah dengan kritikan mereka sama ada berasaskan fakta, bukti atau pun hanya auta semata-mata.
Kita yang menyokong TS Khalid akan pertahankan apa jua sindiran, kritikan mahupun tomahan yang dilontarkan pada TS Khalid. Kita tetap kata TS Khalid adalah pemimpin yang terbaik.
Tapi kita perlu ingat, setiap ahli politik ada masaalah peribadi yang tersembunyi... yang memungkinkan dia boleh mengubah haluan mengikut keperluan dan kepentingan diri mereka sendiri tanpa mempedulikan lagi sokongan yang kita berikan padanya........
Oleh kerana itu menyokong ahli politik hendaklah berpada-pada saja....
SINAR
DeleteSHAH ALAM 5 Julai - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pentadbiran kerajaan negeri ditempelak oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.
"Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan.
"Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.
"Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di sini hari ini.
Semalam sebuah portal berita melaporkan, Anwar dikatakan bimbang dengan pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Abdul Khalid.
Antara isu yang dibimbangi Anwar adalah tiada rundingan dalam kalangan pemimpin kerajaan negeri berhubung pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air.
Abdul Khalid berkata, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikannya.
Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri perlu dipatuhi supaya rakyat yakin dengan kepimpinan tertinggi.
"Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya.
Beliau menambah, pendirian yang dipegangnya untuk melakukan sesuatu perkara adalah sentiasa mengutamakan kepentingan negeri.
"Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak.
"Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.
SECARA SISTEMATIKNYA DAN SEJUJUR JUJURNYA ANWAR IBRAHIM LA PERANCANG AGAR TSKI DIGANTI.
ReplyDeleteJika dikaji dan diselidik Anwar yang berjawatan Ketua Umum yang tiada Locus standi dalam parti memainkan peranan utama nya mahukan TSI digantikan. Baling batu sembunyi tangan. Inilah permainan Ketua Umum yang kita Ahli PKR tahu gelagatnya.
Kajang Move , Anwar calon Kajang, Anwar for MB, Wan azizah menggantikan calon, rafzizi Ramli etc apabila dianalisis secara jujur, adalah penyebab dan pemain pemain utama yang mahukan TSKI berundur.
PKR Veteran
Only these words that i'd like to say about this MB fiasco, GO TO HELL to those wannabes! Orang luar jgn campur tangan hal negeri Selangor! -USJ United a.k.a Peguam Muda-
ReplyDeletetak perlu laa ganti MB kalau keadaan negeri tu aman, ekonomi rakyat bertambah, kebajikan terjaga..hasil negeri bertambah..elok juga org yg mempunyai latar belakang korporat yg memimpin..kurangkan politik yg pandai bercakap...meluat org...kita kena buat kerja..baru org Nampak..walau hasilnye bukan sekarang tapi akan dtg..kalau nak perubahan akan dtg...inila...masanya...jgn kita 2x5..kalau begini la...Negara kita masih ditakuk sama...sama2 laa kita fikir..
ReplyDeleteAnon 13:21, sangat setuju dgn pendapat anda! inilah masalah orang berpolitik....perangai macam monyet berebut pisang...masing-masing 2x5....sama-sama gila pangkat dan kuasa...langkah Kajang? strategi konon...strategi taik kucing!
ReplyDeleteBUBARKAN JE DUN TU TAN SERI. DORANG BERANI KA?
ReplyDelete