Wednesday, 2 July 2014
LAGI SEORANG WAKIL RAKYAT DARI KARTEL KEADILAN RAYA TIDAK AKUR DAN HORMAT NASIHAT DSAI ISU JAWATAN MB SELANGOR.
KENYATAAN MEDIA 2 JULAI 2014
JAWATAN MENTERI BESAR: KHALID IBRAHIM PERLU HORMATI PARTI
Saya merujuk kepada kenyataan oleh YB Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.
Kenyataan beliau mendesak pengunduran segera YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor lantaran kegagalan mempertahankan jawatan Ketua KEADILAN Cabang Kuala Selangor yang disandang sebelum ini adalah tepat, berasas dan selari dengan prinsip kebertanggungjawaban politik. Tan Sri Abdul Khalid seharusnya sedar bahawa jawatan Menteri Besar yang kini disandang oleh beliau diputus dan ditentukan oleh kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat.
Pengumuman beliau tempoh hari untuk tidak mengundur dari jawatan tersebut telah mengundang tanggapan negatif di kalangan rakyat Selangor seolah-olah kedudukan beliau sebagai Menteri Besar bersifat mutlak dan ditentukan oleh dirinya sendiri.
Bahkan Ketua Umum KEADILAN, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada masa sama turut mengingatkan bahawa jawatan Menteri Besar itu bukanlah hak mutlak Tan Sri Abdul Khalid atau mana-mana individu dan sewajarnya diinsafi oleh beliau termasuk para pegawai dan penasihat di sekelilingnya.
Sikap dan tindak-tanduk beliau yang terus-terusan merenggang daripada parti dan para pimpinan termasuk dengan Ahli-Ahli Dewan Negeri menyebabkan sebahagian besar dari mereka kini merasakan perlunya perubahan pada kedudukan Menteri Besar demi menjamin prestasi Pakatan Rakyat di negeri Selangor.
AMIRUDIN SHARI
Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Caves
Sebelum ini Ketua Umum KeADILan telah mengeluarkan suatu kenyataan yang amat mudah difahami agar setia pemimpin dan wakil rakyat KeADILan wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mengenai isu jawatan MB Selangor.
Kewajarannya mudah .. tidak mau rakyat amnya dan anggota PKR khasnya terkeliru dan berkemacuk minda dan jiwa mereka.
Tetapi nampaknya ada lagi wakil rakyat yang berada dalam kelompok kartel KEADILAN RAYA yang dilihat bersungguh-sungguh mendesak agar TSKI turun dari jawatan sebagai MB Selangor dengan alasan remeh dan picisan ... kenyataan mereka ini dilihat sebagai pemabuk kuasa yang tidak menyempat untuk duduk takhta.
Kalau arahan dan nasihat ikhlas Ketua Umum KeADILan, DSAI pun mereka ini tidak ada rasa hormat dan mau akur jadi kalau segala persepsi dan pertuduhan yang kartel KEADILAN RAYA sudah hilang langsung hormat pada DSAI ada kebenarannya.
Mohon sangat-sangat Biro Politik bertindak tegas dan pantas untuk cantas kenyataan panas yang tidak membawa untung kepada KeADILan terhadap mana-mana jua wakil rakyat atau pemimpin yang masih berdegil bersikap sombong, angkuh dan besar kepala engkar dan langgar nasihat dan arahan mudah DSAI ini.
Jangan disebabkan terlalu ghairah dan gopoh mau menobatkan pemimpin KEADILAN RAYA menjadi MB Selangor yang belum tentu berjaya, kesannya ialah kepercayaan rakyat terhadap PKR khususnya semakin terhakis.
Hentikan segera mengeluarkan kenyataan yang berbau mabuk dan gila kuasa .. tunjukkan contoh dan teladan yang mulia dengan akur akan nasihat dan saranan DSAI sebagai pemimpin Agung KeADILan .. Jangan bersifat lebih sudu dari kuah kerana ini akan membina rasa menyampah rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Rakan karib dalam Pakatan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP sudah mula senyap tetapi segelintir wakil rakyat dalam khemah KEADILAN RAYA masih tidak mau diam dari mengeluarkan kenyataan langgar perintah DSAI.
Rakyat sudah mulai rasa muak dan menyampah dengan kerenah beberapa wakil rakyat khemah KEADILAN RAYA.
Sebagai berlaku adil diperturunkan semula kenyataan DSAI bab isu ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pimpinan parti agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan menteri besar Selangor.
"Saya rujuk beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini berkenaan kedudukan menteri besar Selangor.
"Saya menegaskan bahawa semua ADUN dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu ini," katanya.
Menurutnya lagi, individu yang mengisi jawatan itu ditentukan secara bersama dan bukannya oleh mana-mana individu.
"Kedudukan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi merupakan keputusan bersama KEADILAN (istilah PKR untuk parti itu) dan Pakatan Rakyat, dengan perkenan DYMM Tuanku Sultan," katanya.
Kenyataan Anwar ini dibuat sewaktu Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin Rabu lepas mendakwa kini wujud kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Tertarik dgn seruan "menginsafi" oleh si pembuat kenyataan. Sebelum menyeru orang lain, perbetulkan dan insafi diri sendiri terlebih dahulu. itulah sebaik-baiknya. tuding satu jari kepada TSKI dan pegawai2 beliau, tidak sedar 4 jari lagi menuding ke arah diri sendiri.........apa nak jadi?
ReplyDeleteAlhamudlillah penerangan yang baik. Terbukaklah niat serong Keadilan Raya dan blogger macam TB (Tulang Besi bolehhh Terkejut Beruk pun bolehh)
DeleteKeadilan Raya ada motif pangkat, kontrak dan fulus. Itu sebab golongan ugamawan tolak orang macam ni
Blogger Tiga Suku pun ada jugak
Eleeeeeeeeeeeehhhh TB lu jealous, Semua orang tau blog hang 3 suku ada 3 benderr jeee. Kalau tak UG, Malaysia Waves fitnah Khalid MB. Kalau tak dia persoalkan ustaz sebab bawak Alphard
Malaysia Waves / Deramang / Tulang Besi cukup benci 3 perkara
a. Khalid MB - (Comment - Orang jujur pun Deramang nak benci)
b. Golongan Ulamak PAS - ( Comment - Orang arif pasal hukum pun Deramang benci)
c. Kereta Alphard - (Comment - Orang keluarga ramai pun Deramang Benci)
Kah Kah Kah, ahli PAS kunun. 2013 Deramang ni naik Syeikh kat opis PKR kat Tropicana.Kah Kah Kah maki reporter macam UG (Urang Giler).
Lantak la Deramang nak naik sheik ke tak. None of my business. Tapiiiii
orang PAS kalau nak naik sheikh dia pi opis PAS kat jalan Ipoh, Orang UMNO pi PWTC, Golkar pi Jakarta dan PKR pi Tropicana.
Soalannya. mengapa Deramang d Doremon pi naik sheikh kat Pejabat PKR. Dia pakai T-Shrt hijau dalam blog, dalam video baju kaler merah tak silap aku. Dalam blog dia kaler hijau b bukan light blue macam kalerr United Nation.
Soalan Objektif untuk dijawab. SIla jawabbbbbbb
a. Adakah dia salah opis? Dia ingat Jalan Ipoh kat PJ Utara Kah Kah Kah
b. Adakah dia silap parti ? Dia ingatkan DSAI adalah Presiden PAS Kah Kah Kah
c.Adakah dia maki wartawan sebab tak dapat kerja sebagai Reporter Utusan
d. Adakah dia maki reporter sebab perasan The Rock (Abang Dwayne dalam WWE)
e, Lain2 alasan yang munsabah atau UG (Urang Gilerrrrrrrrrr)
Rakaman TB@Malaysia Waves@ Deramang buat aksi Tancho (Bukan Macho kat opis PKR ada di link dibawah
ww.youtube.com/watch?v=3vqmF-4_ZzA
Deramang Malaysia Waves lu ahli parti apa? Berkoyan dahh orang demand nak tau dia ahli apa? Ahli MLM jual pinggan tak main lahhh
DeleteSoalan Objective untuk TB Malaysia Waves. Jawab Jawab
a. PAS
b. DAP
c. PKR
d. UMNO
e. Parti Golkar (Indonesia)
f. Parti Likud (Israel)
g. Janata Dhal Party (India)
apalah nk jd ngan pkr ni..sibuk nk suruh tski letak jawatan..aku bangga giler ngan dia ni tau...duit selangor dh byk smpai berbilion2..
ReplyDeleteklau org lain x tentu lg..harap si azmin hmmm entah le..apsal yg korang sibuk sgt ngan jawatan mb tu...kan tski dh kata 2 penggal je,lps tu korang nk berebut jwtn tu gasak la..semua adun pkr ni dh jd bangang gamaknye..
BOSAN AR.
ReplyDeleteKita kena lantik Abang Azwan Alii sebagai MB Selangor dengan lantikan duta besar Malaysia ke New Zealand .
ReplyDeleteTugas jaga blog MB bagi kat Malaysia Waves@TB@Deramang@Tulang Besi
(PS nama baru dia T_shirt hijau cap CHANGE)
Kah Kah Kah, habis orang baling I PAD, I Phone dgn notebook keluar tingkap sebab kecewa dengan berita TB..... Balik2 UG dan Alphard. UG taj wujud macam tak wujudnya bigfoot Kah Kah Kah
PKR kan anak tut umporno...rakyat kasi mandat untuk jaga harapan rakyat..dorang pulak asyik bekelahi berebut jawatan..PKR ni dah macam kaduk naik junjung...jadi tak hairan majoriti anak selangor undi pas dan dap dalam pru 13 lalu sebab rakyat dah dapat hidu perangai PKR
ReplyDeleteSalang nk jadi ketua cabang pun ada yg pecah kepala inikan pulak nak jadi mb. Selangoe lagi. Terima kasih umporno.
ReplyDeletememang cukup menyampah dgn sorang wakil rakyat yg tunjuk garang dan mabuk kuasa tu akhirnya mencicit lari dgn bini sambil menjerit jerit dan menangis bila kena kejar dgn ahli parti sendiri.2 kali bertanding ketua cabang pun tak pernah menang sampai ada yg pecah kepala ada hati suruh TSKI berundur...elok yb berkenaan cermin diri dulu.
ReplyDeleteDear PKR Members,
ReplyDeletehell members, you all must elect good representative to be Wakil Rakyat.
YB is a leader. leader MUST be clean and look clean without bad image.
From observation, the image of KEADILAN RAYA leaders are not that clean.
Check who are Keadilan raya leaders .... are they clean in public view...