Monday, 7 July 2014

SAMPAI BEGINI SEKALI ADA JUAK-JUAK SANGGUP LAKUKAN UNTUK DESAK TSKI TURUN DARI JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR.



Tengah malam tadi, Omak Kau ada menerima satu pesanan whatsapp yang berbunyi Tan Sri Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor hari ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri besar Selangor.

Ketika ditanya dari mana maklumat ini datang, ia berkata sumber dalaman parti.

Tidak lama selepas itu, Omak Kau menerima lagi satu pesanan whatsaap menyatakan bahawa Pejabat Menteri Besar Selangor membuat penafian.

Omak Kau melihat orang yang menyebarkan maklumat ini sengaja berbuat demikian, seolah-olah memberi isyarat kononnya PAS telah mencapai kata sepakat bersetuju dengan penukaran TSKI sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.

Penyebar maklumat palsu ini sedar PAS telah mengadakan mesyuarat  semalam (seperti yang dilaporkan media) dan dilihat seolah-olah dia mengambil kesempatan itu untuk menguatkan persepsi PAS juga bersetuju menukarkan TSKI  untuk menguatkan tekanan pada TSKI, meskipun dia tahu PAS tidak mengumumkan apa-apa selepas mesyuarat semalam.

Sebelum ini, Ketua AMK Shamsul Iskandar membuat dakwaan dengan menyatakan Pakatan Rakyat mencapai konsensus untuk menukar TSKI.

Ini diikuti dengan satu laporan Free Malaysia Today yang mempergunakan peristiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ziarah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di IJN baru-baru ini untuk mengesahkan TSKI akan ditukarkan selepas Aidilfitri.

Taktik ini walaupun lapuk, tapi ada sedikit keberkesanannya kerana ada jua rakyat Malaysia sememangnya amat  sukakan khabar angin dan spekulasi. Di Malaysia, perkara palsu digembar gemburkan secara diulang-ulang mampu mempengaruhi ianya berita sahih

Dan taktik ini kebelakangan ini dilihat sedang cuba digunakan di dalam spekulasi hangat mengenai kedudukan TSKI sebagai MB Selangor ini.

Mereka yang sedang mendesak TSKI  untuk meletakkan jawatan kini, meletakkan TSKI untuk diadili media terutamanya media laman sosial.

Persepsi negatif terhadap TSKI dikuatkan hari ke hari melalui media. Dan di kebanyakan ruangan komen media alternatif, TSKI cuba disabit kesalahan.

Hebat taktik mereka ini. Bukan mereka mahu gunakan media, tetapi TSKI yang disangkakan tidak pandai berpolitik itu rupa-rupanya mempunyai ilmu politik jauh lebih lebih hebat dan dahsyat daripada mereka. Suatu yang tidak pernah terfikir oleh mereka sebelum ini.

Mana tidak hebatnya TSKI ini, pencak silat dan sepak terajang anti padanya berjaya ditepis berkali-kali.

Langkah Kajang untuk menukarnya bertukar menjadi lawak politik.

Kekalahan di pemilihan PKR gagal mengugat TSKI kerana sememangnya tewas pada pemilihan yang sebegitu bermasalah dan kontroversi tidak menjejaskan sesiapa. Rakyat Selangor masih menyukainya. Sokongan istana pada beliau dilihat masih tidak pudar.

Situasi di Selangor kini dianggap semakin meruncing dan genting, sehingga timbul cerita radio karat kemungkinan TSKI menekan butang reset sebelum pergi bersara.

Butang reset yang dimaksudkan ialah membubarkan DUN Selangor dan mengadakan pilihan raya negeri semula.

Jika ini berlaku, keadaan itu sangat tidak memihak kepada Pakatan Rakyat kerana mereka sudah pasti akan kehilangan beberapa kerusi kepada UMNO/BN hatta boleh membawa kehilangan negeri.

Di PRU13 yang lalu, perlu akui bahawa majoriti rakyat Selangor yang memberikan undi kepada Pakatan Rakyat atas kemahuan dan keinginan untuk TSKI terus menjadi MB mereka. Hal ini jangan sesekali disangkal dan dinafikan.

Sekiranya TSKI memilih untuk membubarkan DUN Selangor sebagai jalan keluar, mereka akan memilih siapa? Jika UMNO/BN mempunyai calon yang baik, kedudukan Pakatan Rakyat akan pasti tergugat terancam.

Risiko menukar TSKI ini amat tinggi. Tetapi jika Pakatan Rakyat benar-benar merasakan ia satu tindakan yang perlu, maka PAS, PKR dan DAP kena bersama menghadapi risikonya. Jika tidak, kemungkinan itulah titik nokhtah.

Seperti pernah beberapa kali Omak Kau memberi ingatan bahawa menukar MB Selangor bukannya kerja mudah seperti menukar baju . Silap tukar kerajaan negeri boleh bertukar. Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Omak Kau cukup yakin akan ilmu dan pengalaman politik yang dimiliki oleh para pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat terutamanya DSAI, TGHA dan Lim Kit Siang untuk merungkai ribut dalam cawan yang sedang melanda politik negeri Selangor agar tidak bertukar menjadi puting beliung sehingga meranapkan impian tawan Putrajaya.

17 comments:

  1. Omak kau,
    Mereka2 ni sebenarnya beruk2 cilaka yg gilakan kuasa MB. Mereka jadi demikian kerana keinginan serakah mereka tak ditunaikan oleh TSKI. TSKI mempunyai pemikiran jauh utk semua golongan rakyat tak kira parti or agama dan utk masa hadapan rakyat selangor. Beruk2 cilaka ni kira nak fikir serakah meteka sahaja. Bukannya TSKI tak pernah tunai hajat2 beruk2 cilaka ni..pernah...dan ada. Tapi TSKI ada kalanya menolaknya kerana memikirkan keseluruhan rakyat...masa hadapan..dan keperluannya
    Sbb itu aku tetap sokong TSKI.. .buah fikirannya dan planningnya baik utk rakyat keseluruhannya. Beruk2 cilaka ni tak da lain ...politik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nobatkan Blog Malaysia Waves sebagai blog fitnah yang paling mengarut dalam planet. Kahhh Kahh Kahhh
      Blog mangkuk Malaysia Waves ni takda lain kutuk Khalid, Kutuk Ulamak dan kutuk orang pakai Alphard. Article lain cuma cedok nlog lian. Kah Kah Kahh

      Deramang Malaysia Waves aku nak order sehlei T-SHirt hijua, lengan putih, tulis change. Aku nak sedekah kat Nepal. Suruh dia posing kat taman permainan. Kah Kah Kah. Sebijik macam gambar kat blog Malaysia Waves

      Delete
    2. Umno tukar MB dah berkali- kali sejak beberapa presiden yg lalu.......tak kecoh pun. Apa la PKR!!!

      Delete
  2. Ketua AMK Shamsul Iskandar ni bengap ke. Kau tu MP Melaka dan kini Merlimau dan Jasin masalah air kopi dan teh untuk rakyat. Jagalah Melaka tu dan pastikan rakyat Melaka dibantu. Ni sibuk aje pasal Selangor buat ape. Kalaulah itu masalah negara bolehlah sound. Ini saja sibukkan diri untuk menutup kelemahan PKR di Melaka aje

    ReplyDelete
  3. Maksud hadith, 'kamu akan mengikut gaya hidup golongan terdahulu (jahiliah & yahudi nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut".

    Trend terbaru daripada kafir,
    1. Mas kahwin mahal
    2. Majlis membazir dan menunjuk-nunjuk
    3. Baju labuh menyapu lantai, budak menabur bunga dan potong kek.
    4. Malam berinai bertema filem tiru kafir.
    5. Ucapan kawan-kawan dan famili di hari perkahwinan tiru acara kahwin orang kafir.
    6. Pakai purdah sementara lepas akad nikah buka dan cium dahi tiru tradisi kafir selak veil dan cium lepas lafaz I do.

    Makin ramai GPI di sekolah sekolah makin hanyut ummah kerana kualiti GPI. Ibu bapa bertindak minta GPI pamer result UPSR & SPM di papan kenyataan sekolah demi anak-anak anda!

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete

  4. K E R U S I. K E R U S I M I N T A K C E P A T.

    ReplyDelete
  5. sudah sudah lah nak hentam Khalid Ibrahim.
    Buat masa ni biarlah dia buat kerja sampai habis tempoh.
    Kalau dah tak boleh bantu dia buat kerja sekurang kurangnya bagi ruang dan bukan
    hentam dia sampai mati.
    Dia kalah Pemilihan PKR. Ok dia kalah.
    Tapi dia masih ada ruang untuk menang Timb Presiden PKR.
    dan kalau dia kalau lagi pun fine,
    But he has done something kepada rakyat Selangor.
    Kita kena recognise sumbangan beliau ini.

    ReplyDelete
  6. Pekung berulat dan bernanah telah terbuka luas....sama je rupanya diorang ni...baik BN atau PR.....kalau dah manusia tu manusia jgk....penuh nafsu serakah!

    ReplyDelete
  7. tak sangka hebat juga politik khalid

    Ada kah perlu utk jd mb mesti berjawatan ketua cabang Kira mcm tu jd MB Kuala Selangor je lah kan Ubah lah Kali ini lah Itu cara UMNO tu sbb mrk yg berwang meletakkan ketua bhgian lain kalangan macai mrk maka awal awal mrk mencantas Kita jgn ikut mcm tu

    Apa jawatan boleh di tukar kan bila bila meskipun ada masalah akan dpt di atasi sbb jika ketua tersbt tiba tiba smp ajal sudah tentu ada penganti nya Nak tukar Kerajaan UMNO pun tak ada masalah ganti kan dgn PR

    Najib jd PM kerana ahli UMNO tp undi popular rakyat utk Anwar Apa komen penyokong PKR dlm hal ini ?

    ReplyDelete
  8. Jangan percaya finah ini...MB sekarang berada di SUK 2 sedang mempengerusikan mesyuarat..tiada sebarang tanda MB akan meletak jawatan, Rakyat Selangor akan bersama TSKI. Lu org bermimpi ker Azmin n the Gang, Jangan harap la lu org akan menang next election di Selangor lagi kalau lu orang berjaya menurun MB dengan cara ini....TSKI telah melakukan kerja2 yg baik, mana ada MB negeri lain yg dapat meyamai apa yg telah dia lakukan di Selangor, MB lain semua perabih duit rakyat utk diri n kroni..

    ReplyDelete
  9. apa pun tak banyak sikit politik telah menrubah kan khalid

    ReplyDelete
  10. Pemimpin PAKATAN RAKYAT anti Khalid Ibrahim kerana beliau sudah jadi trojan emas yang diiktiraf oleh UMNO Baru.... hee..he...hee.. Sila baca utusan, betapa surat khabar itu begitu hebat pertahankan kedudukan Khalid. Sama seperti Omak Kau pertahankan Khalid.. hee...he..;.

    Ada banyak leburaya akan dibina dalam Selangor.... siapa punya ? Projek Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2..... siapa yang untung dalam projek ini sedangkan rakyat Selangor akan dipaksa membayar segala kos pelaksanaan dan penyelenggaraan projek ?

    Ada banyak lagi projek yang dirahsiakan....

    Dia orang ahli politik sedang bertelagah pasal ekonomi... Kamu orang biasa apa tahu ?....he....he...he... kalau setakat jadi pencacai belum tentu dapat makan tulang apatah lagi nak rasa nikmat daging....

    Kedudukan Khalid akan tetap digoncang sehingga ahli UMNO Baru rasa fed-up he...he...he...


    ReplyDelete
  11. kalau tukar mb,apo nak di katokan laie,jom kito tukapartilah pulak.dulu kito tuka nak test pr,kali ni kito tuka bn/umno balik kito boghi bn/umno plak mano tau kok lobeh baik dari yang ado sekarang?.rakyat dah ponek,mano nak tahan kos hidup melambong kelangit,wakil pulak dok nak bebalon samo sendiri,memokak telinggo.kalau wakil rakyat nak becakar bubar copek biar rakyat tontukan sapo nak kami lantik.habih ceghito lantikkan tu hak rakyat.

    ReplyDelete
  12. Cepat la bubar dun kita tgk khalid or anwar yang menang.kes kidex dah terang2 khalid dah jadi badut umno.sbb tu ramai yg meluat dgn khalid.pj terus berjuang.

    say no to kidex

    kikiki

    ReplyDelete
  13. Anon 13:39, kau lupa ke di Terengganu sampai merajuk2 keluar parti, tp masyuk balik, he he

    ReplyDelete
  14. ada juga iblis dan setan yg terlepas dlm bulan posa ni yg duk sibuk buat crita drama bodo !!

    ReplyDelete
  15. Krun Vilak....u mentioned about setan terlepas....are u one of those?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...