Saturday, 11 April 2015

CADANGAN SEORANG AHLI PARLIMEN UMNO MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN LANGKAWI BAGAIMANA NAK HAPUSKAN CAS GST 6%.

Kepada Ahmad Maslan dan Hasan Malek ... bersiap siagalah kamu .. akhirnya pengganti kamu yang paling sesuai sudah diketemui .. menepati ciri-ciri sebagai pemimpin UMNO yang "bergeliga" luar biasa.

Sekarang baru menjadi Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) .. jika diukur pada tahap pemikiran yang dimilikinya, bakal menjadi pemimpin paling di sanjung dalam UMNO dalam masa terdekat ini.

UMNO bertuah dan beruntung dapat seorang pemimpin bertaraf Ketua Bahagian seperti beliau ini ... tak rugi dan berbaloi ahli-ahli UMNO bahagian Langkawi angkat dirinya sebagai ketua bahagian UMNO.

Friday, 10 April 2015

LELAKI INDIA GANTUNG DIRI DIKUIL MENJADI KECOH DI MEDIA SOSIAL

 


Kes gantung diri di Lenggeng ... Orang asal dari Taman Asoka Mantin. ... Beliau berkhawin dgn si James, this is gay wedding, with the parents blessing. Culture going into the drain. Now suddenly miss understand & hang. But spoiled our temple's name.
Tempat: Kuil Sri Maha Kaliamman, Kampung Baru Lenggeng, Negeri Sembilan.

AHLI PARLIMEN DAP SERDANG DIRAKAM SEDANG TIDUR NYENYAK DALAM PARLIMEN MENJADI BUAH MULUT WARGA MEDIA SOSIAL.


Rakaman gambar Ahli Parlimen DAP Serdang YB Ong Kian Ming sedang nyenyak tidur dalam parlimen ketika sesi perbahasan sedang rancak dijalankan menjadi buah mulut kalangan warga media sosial.

Ramai yang mengutuk dan tidak kurang juga melahirkan rasa simpati sebab perbahasan diparlimen berlanjutan sehingga jam 2.30 pagi.

TRANSKRIP PENUH WAWANCARA PERDANA MENTERI DENGAN TV3 MALAM TADI.




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada semalam hari Khamis menjawab pelbagai soalan mengenai beberapa isu yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menegaskan bahawa keutamaan beliau ialah kepada rakyat dan negara,  Najib menjawab segenap aspek persoalan dan kritikan terhadap pentadbiran beliau, meliputi isu pengurusan 1MDB, pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), kes pembunuhan Altantuya, Akta Hasutan, POTA (Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan) dan prospek ekonomi negara.

Beliau mengupas segala isu itu ketika diwawancara Hamdan Ahmir dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang disiarkan malam ini.

Berikut adalah transkrip penuh wawancara itu:

MUKADIMAH HAMDAN: Sejak kebelakangan ini, ada beberapa pihak yang mengkritik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan beberapa isu pengurusan kewangan dan pentadbiran. Malah ada pihak yang meminta supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan kerana mereka berpendapat Umno dan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Yang Amat Berhormat terus memimpin.

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, saya alu-alukan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

SOALAN: Saya ingin mulakan sesi kita dengan menyampaikan rasa simpati kami kepada Datuk Seri dan juga warga kerja Pejabat Perdana Menteri atas kehilangan sahabat Datuk Seri yang cukup rapat, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan juga dua pegawai kanan yang paling rapat dengan Datuk Seri, Datuk Azlin Alias dan Datuk Mohd Poad (Jelani). Bagaimana Datuk Seri menangani kesukaran dalam saat-saat yang berdukacita ini?

NAJIB: Tentu sekali kehilangan mereka bertiga merupakan tragedi bagi Pejabat Perdana Menteri, lebih-lebih lagi bagi diri saya sendiri, tentu sekali bagi keluarga mereka, sahabat handai.

Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.

Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah.

Begitu juga dengan Datuk Poad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.

Namun, walaupun saya tetap dalam kesedihan tetapi kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara.

SOALAN: Kita dapati Datuk Seri, kerajaan membuat penilaian semula dari segi perkembangan ekonomi negara akibat tekanan-tekanan yang kita hadapi secara global. Dari segi ekonomi, bagaimana Datuk Seri melihat usaha-usaha yang dijalankan setakat ini dalam memantapkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi?

NAJIB: Memang penilaian semula itu sangat kena pada masa berikutan kejatuhan harga minyak yang agak begitu drastik, merudum jatuh hingga ke paras separuh daripada masa-masa sebelum ini.

Sudah tentu mana-mana negara pengeluar minyak terpaksa membuat penyesuaian/adjustment kepada kedudukan fiskal negara, supaya langkah-langkah yang lebih proaktif kita dapat menjamin bahawa fundamental ekonomi negara kita masih kukuh.

Ini yang nak saya tekankan. Meskipun harga minyak jatuh tetapi fundamental ekonomi negara kita tetap utuh dan kita masih boleh mencapai kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.

Kita masih boleh menarik pelaburan, kita masih boleh melaksanakan pembaharuan transformasi negara dan kita boleh terus memastikan rakyat Malaysia terbela.

SOALAN: Kita dapati banyak pihak yang menyambut baik usaha-usaha yang dibuat kerajaan dari segi memantapkan ekonomi negara. Dalam pada itu, Datuk Seri, ada pihak-pihak tertentu yang nampaknya tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Datuk Seri sendiri sebagai Perdana Menteri.

Saya ingin khususkan kepada kritikan-kritikan yang dibuat sejak akhir-akhir ini oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri sendiri. Bagaimana Datuk Seri melihat kritikan yang datang ini?

NAJIB: Saya tetap hormati Tun Dr Mahathir seperti mana saya hormati rakyat Malaysia. Saya terbuka sekiranya mana-mana pihak yang mengkritik kepimpinan saya, pentadbiran saya.

Saya harap kritikan itu dibuat dengan penuh berhemah dan cara bertanggungjawab. Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu.

Tetapi saya perlu tegaskan pada kesudahannya, saya perlu membuat keputusan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden Umno, dan saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan kepada parti. Itu saya nak tegaskan. Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.

SOALAN: Kita ambil contoh misal kata pengenalan GST pada 1 April. Ada pihak yang beranggapan bahawa dari segi timing GST diperkenal itu kurang sesuai di kala rakyat merasakan kesan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada Malaysia itu juga menghimpit mereka. Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Sebenarnya, tiada masa yang dikatakan sesuai untuk memperkenalkan GST. Kalau kita lihat pada keseluruhannya, antara faktor yang boleh dikatakan menyebelahi langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST; harga minyak dah jatuh.

Bila harga minyak jatuh, maknanya harga petrol dan diesel lebih rendah dari masa-masa sebelumnya. Itu satu...rakyat mendapat faedah daripada penurunan harga minyak dunia. Yang kedua, kerajaan telah membuat persediaan yang begitu lama.
Soal GST inisejak tahun 80-an lagi.

Bukan perkara baharu. Jadi kita laksanakan daripada makronya sesuai masanya sebab kerajaan perlu kepada punca kewangan tambahan sebab hasil dividen daripada Petronas akan berkurangan kerana harga minyak dah jatuh.

Jadi amat sesuai kita perkenal sekarang dan kita juga telah membuat satu bentuk di mana banyak produk perkhidmatan keperluan rakyat yang di-zero rated atau dikecualikan.
Lebih daripada 4,000. Tak pernah mana-mana negara yang membuat cara sedemikian dan ini bukan cukai tambahan. Ini penggantian kepada cukai perkhidmatan dan jualan (SST) yang selain daripada itu, kita tambah BR1M, Bantuan Rakyat 1Malaysia, kita bagi pengurangan cukai peribadi antara satu hingga tiga per cent.

Dan kita kurangkan juga cukai korporat, juga satu per cent. Jadi pakej, jika kita lihat keseluruhannya, adalah pakej yang tidak membebankan rakyat.
Kerana kita nak pastikan pelaksanaannya, ini pokok, pelaksanaannya dari segi penguatkuasaan.

Kalau ada pihak komplen, dia bukan pengenalan GST sebenarnya, tetapi pihak peniaga yang mengambil kesempatan. Peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab, bukan semua. Ada yang telah mengiklankan harga tak naik, ada yang kata harga akan dikurangkan. Misalnya, harga kereta dikurangkan.

Ada rangkaian supermarket seperti Mydin yang kata kekalkan harga, ada yang kedai kain cakap mereka akan absorb GST dan sebagainya.
Jadi (apa yang) kita nak pihak penguatkuasaan ambil tindakan ialah peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

SOALAN: Kita faham bahawa barangan harian yang menjadi keutamaan rakyat Malaysia dikecualikan GST. Tapi ada juga dalam kalangan rakyat yang membangkitkan soal apabila mereka pergi kedai makan, makanan orang Malaysia seperti nasi lemak atau roti canai dengan teh tarik juga dikenakan GST.

Kalau nak beli kicap tomato, sos Maggi misalnya pun dikenakan GST. Jadi mereka bertanya bagaimana GST ini tidak membebankan mereka. Keluar hari-hari makan di kedai kopi pun dikenakan GST.

NAJIB: Kalau pihak itu tidak sepatutnya kenakan GST, tolong lapor kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (Koperasi dan Kepenggunaan). Di sini letaknya kuasa pengguna.

Kita mesti tahu kita ada kuasa.Kuasa pertama kita boleh pilih mana-mana kedai yang kita nak beli barangan ataupun kedai-kedai makan, kita boleh pilih. Jadi kedai-kedai yang tak bertanggungjawab yang sengaja menaikkan harga, lepas itu menyalahkan pihak kerajaan.

Kita janganlah pergi ke kedai itu. Banyak kedai lain. Kedai alternatif lain. Yang kedua kita mesti lapor kepada kementerian dan pihak kastam. Jadi gunakan kuasa sebagai pengguna. Lambat laun, mereka yang menggeksploitasikan keadaan ini, mereka akan kehilangan pembeli.

SOALAN: Saya nak kaitkan kembali antara BR1M dan GST seperti yang disuarakan Tun Mahathir juga bahawa masa yang tidak sesuai mengikut pandangan beliau, tidak semestinya betul. Tidak sesuai untuk dilaksanakan GST dan handout BR1M bukan langkah yang berkesan untuk diambil oleh kerajaan.

NAJIB: BR1M bukan handout. Sebenarkan BR1M merupakan social safety net yang telah dicadangkan Jawatankuasa Fiskal, bukan saya sendiri. Jawatankuasa Fiskal terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan termasuk Bank Negara, EPU, Kementerian Kewangan dan sebagainya.
Bila mereka bincang, pada mulanya kerana kita nak kurangkan subsidi pukal. Maknanya subsidi daripada minyak kita nak kurangkan kerana banyak ketirisan.Banyak pembaziran. Banyak pihak yang tak layak dapat subsidi mendapat faedah subsidi. Jadi kita kata, kita kurangkan. Tapi kita kena kurangkan berperingkat-peringkat.

Kalau kita kurangkan, kita jimat perbelanjaan kerajaan. Bila jimat perbelanjaan kerajaan, sebahagian daripada penjimatan itu kita salurkan balik kepada rakyat. Jadi jika rakyat terpaksa membayar harga minyak lebih, mereka adalah, orang kata timbal balas dalam BR1M bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Sekarang kita tambah sikit kepada RM4,000, tapi RM3,000 ke bawah ada timbal balas. Jadi itulah falsafahnya sebenarnya. Soal social safety net yang bukan saja Malaysia, tapi banyak negara lain mengamalkan sistem social safety net dalam pelbagai kaedah.

SOALAN: Berbalik kepada kritikan Tun Mahathir, beliau ada sebut kes Altantuya Shaariibuu. Kita semua sedia akur bahawa mahkamah telah buat keputusan kes ini...sudahpun berlalu. Tapi ada pula timbul kritikan daripada Tun Mahathir yang kata siapa yang beri arahan kepada pegawai polis terbabit untuk membunuh Altantuya. Terasa perkara ini pelik sebab kes itu sudah berlalu. Apakah Datuk Seri ada terbabit dalam perkara ini?

NAJIB: Ini cerita 2008...dah lama dah. Sebenarnya saya dah lafazkan sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi, tiga kali termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008...bahawa saya tidak mengenali Altantuya dan saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan pihak polis telah jalankan siasatan.

Dan pada masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri dah laporkan, dan Ketua Polis Negara dah buat kenyataan bahawa saya tak terlibat. Dan tak ada bukti sama sekali yang timbul bahawa saya kenal Altantuya. Tak ada langsung...tak ada gambar, tak ada tulisan, tak ada saksi dan sebagainya.

Mahkamah telah tentukan prosesnya sampai ke Federal Court. Apakah kita nak persoal integriti mahkamah kita yang kita pertahankan sebelum ini?

SOALAN: Difahamkan Datuk Seri sebenarnya sebelum ini pernah bertemu Tun Mahathir sendiri mengenai beberapa isu. Adakah beliau bertanyakan Datuk Seri kes Altantuya ini?

NAJIB: Tak secara langsung tapi kita pernah sekali berbincang. Dalam perbincangan itu saya lihat beliau tak persoalkan penglibatan saya dalam (kes) Altantuya. Dan saya anggap perkara ini tak berbangkit sama sekali.

Bila saya bincang dengan Tun Mahathir, saya tunjuk bahawa saya tetap hormat dia misalnya, walaupun saya sebagai perdana menteri. Tapi saya pergi ke rumah dia, saya tak benarkan dia datang rumah saya. Tapi macam mana pun bila kita bincang saya perlu buat keputusan sebagai perdana menteri.

SOALAN: Dia (Tun Mahathir) faham bila (Datuk Seri) jumpa dan memberi penerangan tetapi kenapa ditimbulkan lagi perkara ini?

NAJIB: Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini. Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini. Saya anggap ini sebagai perbincangan antara dua individu...agak sihat kalau ada perbezaan pendapat tapi macam mana pun akhirnya saya kena bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Dan kebanyakan perkara ini saya bawa dalam Kabinet dan Kabinet akan putuskan perkara ini.

SOALAN: Datuk Seri, saya nak beralih kepada soal 1MDB. Ada pihak-pihak yang mendakwa urus niaga 1MDB dengan didalangi beberapa personaliti tertentu amatlah meragukan sekali. Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Saya nak jelaskan bahawa 1MDB merupakan sebuah badan yang kita sifatkan sebuah investment company. Bermula dengan capital hanya RM1 juta saja berbanding dengan PNB, Khazanah dan badan-badan lain kita beri macam-macam suntikan modal. Tapi untuk 1MDB cuma RM1 juta saja.

Bila 1MDB nak kembangkan perniagaan, dia terpaksa meminjam tapi aset-aset yang telah pun diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti. Ini saya nak tekankan...
melebihi liabiliti. Kita perlu beri lebih masa kepada 1MDB untuk membangunkan atau mencairkan aset-aset ini supaya dia dapat melunaskan hutang-hutangnya.

Kita boleh pertikai business model, saya sedia dengar pandangan-pandangan berbeza tapi apa saya nak tegaskan di sini, saya tak condone, tak boleh terima kalau ada apa-apa salah guna kuasa dalam 1MDB. Misalnya duit dilesapkan...dan sebagainya. Sebab itu bila Deloitte sebagai auditor telah sahkan auditnya, saya masih tak puas hati.

Saya dah bawa cadangan dalam Kabinet supaya Ketua Audit Negara  menyemak balik secara terperinci. Dan setelah Ketua Audit Negara menyemak, saya minta PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) teliti pula. Dalam PAC ada pembangkang, mereka boleh bincang laporan audit.

Apa saya nak katakan, biarlah proses ini berjalan...bagi tempoh. Sebab kalau kita dakwa, ada banyak beza kalau kata duit dilesap atau pinjam, rizab. Saya juga minta Ketua Audit sahkan adakah tidak duit 1MDB diguna untuk buat filem umpamanya. Saya nak tahu dan ini antara perkara-perkara yang mesti ditentukan laporan ketua audit dan mesti disahkan atau sebaliknya oleh PAC.

SOALAN: Ada tempoh masa yang diberi?

NAJIB: Kita tak beri tempoh tapi mereka mesti buat seberapa segera yang boleh. Siasatan yang rapi seberapa segera yang boleh sebab saya nak rakyat tahu sebab saya telah beri jaminan bahawa dalam urusan 1MDB ini, kalau ada salah guna kuasa, maka kita takkan pertahankan sesiapa.

SOALAN: Ada juga pihak yang bertanya wang yang dipindah dari Cayman Island ke Singapura tapi tak dibawa balik ke Malaysia. Mengapa Datuk Seri?
NAJIB: Pertamanya duit itu tidak di Cayman Island. Cayman Island ini merupakan pendaftaran saja...Banyak syarikat, ada 200 syarikat Malaysia ada Cayman Island account. Tak ada salahnya ada Cayman Island account. Mereka simpan duit ini di luar sebab mereka ada hutang luar.

Daripada mereka bawa balik ke Malaysia elok mereka simpan di luar sebab boleh dapat keuntungan daripada Forex dan sebagainya. Masa akan menentukan tapi dalam masa tertentu duit itu akan dibawa balik ke Malaysia.

SOALAN: Jadi tak ada kaitan dengan syarat-syarat Bank Negara untuk dibawa balik wang itu ke Malaysia?

NAJIB: Sistem kita bebas. Apa-apa kita nak buat pun dia dengan pengesahan daripada Bank Negara. Jadi Bank Negara tahu movement of fund dan sebagainya.

SOALAN: Adakah Datuk Seri pernah jelaskan perkara 1MDB kepada Tun Mahathir?

NAJIB: Saya secara langsung tidak (ada) sebab dia tak bangkit secara terus dengan saya. Tapi saya tahu Lembaga Pengarah 1MDB dan ketua eksekutif 1MDB ada jumpa dengan beliau terangkan keadaaan.

SOALAN: Adakah Datuk Seri pohon pengurusaan 1MDB agar lebih transparent dalam urus niaga akan datang supaya rakyat dapat maklumat secukupnya?

NAJIB: Ya, begitulah dengan penyusunan semula pengurusan 1MDB saya harap sedemikian. Begitu juga kita umumkan program rationalisation...kita sekarang dalam langkah pelaksanaan rationalisation 1MDB. Kita perlu tempoh masa sikit tetapi pelannya sudah disediakan dan kita dalam peringkat pelaksanaan.

SOALAN: Tadi Datuk Seri sebut pembikinan filem yang dituduh daripada 1MDB. Kenapa Datuk Seri bangkitkan soal pembikinan itu. Apa implikasinya?

NAJIB: Sebab ada dakwaan-dakwaan sedemikian. Saya tidak mahu mempertahankan apa-apa sebab ia melibatkan ahli keluarga tapi saya nak Ketua Audit mengesahkan perkara ini.

SOALAN: Saya nak beralih kepada Akta Hasutan. Pada satu ketika dahulu Datuk Seri sendiri menyatakan kemungkinan Akta Hasutan ini akan dikaji semula. Tapi baru-baru ini keputusan telah dibuat bahawa Akta Hasutan akan kekal. Jadi banyak pihak yang mengkritik Datuk Seri atas keputusan yang berubah-ubah ini. Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Sebenarnya bila saya kata Akta Hasutan akan dikaji semula ia tidak bererti bahawa peruntukan-peruntukan yang menjadikan sesuatu bentuk dakwaan yang boleh disifatkan sebagai hasutan tidak kita masukkan dalam akta baharu. Cuma nama Akta Hasutan, Sedition Act itu boleh dianggap sebagai controversial sebab asal usul 'sedition' itu dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang dahulu.

Jadi kita nak melihat dalam sudut lebih positif. Ia misalnya air dalam gelas. Separuh kosong kah separuh penuh. Itu sahaja. Tapi saya sedar dalam negara kita ini negara yang berbilang kaum dan berbilang agama kita mesti ada undang-undang yang menyekat dan membanteras sesiapa yang boleh membuat dakwaan, kenyataan dan apa-apa berita dalam majalah, tulisan dan sebagainya yang boleh menghasut rakyat, membenci rakyat, sehinggakan timbul rusuhan.

Perbalahan dan rusuhan. Dan ini mempertahankan semua kaum, semua kepercayaan bukan sahaja orang Islam, orang Melayu tetapi yang bukan Islam, yang bukan Melayu juga dipertahankan. Supaya negara kita ini aman. Kalau kita tidak sentuh soal agama, tidak menghina agama orang lain, tidak menidakkan soal kewarganegaraan orang lain, tidak mengatakan orang itu pendatang dan sebagainya, amanlah negara kita.

Ini tidak bererti bahawa kita tidak boleh mengkritik kerajaan. Sebab dalam pindaan akta ini kita kata peruntukan mengkritik kerajaan itu kita mansuhkan.
Kalau dulu misalnya kita boleh dakwa mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan sebab ada peruntukan dalam Sedition Act yang sedia ada. Kita dalam pindaan Sedition Act kita mansuhkan. Mereka boleh kritik kerajaan.

Tetapi kritik kerajaan bukan bererti mereka boleh menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui tunjuk perasaan umpamanya. Itu salah. Tapi kalau dia kata tukar kerajaan waktu pilihan raya itu tidak salah.

Jadi inilah yang nak diamalkan dalam negara kita bahawa sistem demokrasi yang sihat dan bertanggungjawab. Sebab saya sebagai perdana menteri, tanggungjawab saya adalah menjaga keamaman dan keselamatan negara kita. Kalau tiada keamanan, keselamatan negara, tiada apa guna bagi kita semua.

SOALAN: Ada juga kalangan parti pembangkang yang beranggapan bahawa Akta Hasutan ini sebenarnya ialah untuk memerangkap mereka. Adakah ini benar?

NAJIB: Tidak benar. Mereka pembangkang mereka boleh kata, mereka boleh kritik kerajaan, mereka boleh kata kerajaan tidak bagus, mahu tukar kerajaan waktu pilihan raya, mereka boleh kata. Tentu sekali ini amalan demokorasi. Yang kita tidak mahu kalau mereka mengeksploit soal-soal agama, soal-soal kaum yang menghasut rakyat.

Kalau mereka menghasut rakyat, rakyat marah, timbul perbalahan, kesudahannya berlaku rusuhan kaum, antara agama dan sebagainya.
Siapa yang akan menderita? Rakyat yang akan menderita. Negara rosak. Jadi inilah yang kita mahu elakkan.

SOALAN: Akta Hasutan mungkin terguna pakai untuk masalah yang wujud di dalam negara. Tetapi sekarang ini muncul pula ancaman terbaharu kepada negara iaitu ancaman pengikut-pengikut IS. Jadi bagaimanakah Datuk Seri melihat kerajaan akan menangani perkara ini daripada berlarutan?

NAJIB: Itu sebab kita memperkenalkan akta baharu ini. Supaya kita boleh bertindak dengan kekuasaan baharu. Tetapi ia dikhususkan kepada soal violence extremism. Pengganas-pengganas menggunakan kekerasan, bakal menggunakan kekerasan. Saya tahu yang dipertikaikan ia merupakan preventive detention, ada element preventive detention.

Tetapi ia tidak boleh disamakan dengan ISA sebab kuasa menahan ini kuasa badan khas yang terdiri daripada mungkin hakim atau bekas hakim, orang yang ada kredibiliti. Bukan kuasa yang diberikan kepada badan eksekutif. Jadi kalau kita nak tahan orang pun, kita mesti memberi bukti yang boleh meyakinkan badan khas ini dan mereka boleh membuat keputusan.

Kalau kita tunggu sesuatu kejadian berlaku, katalah sebuah bom telah diletupkan, tentu kesan yang cukup dahsyat, implikasinya cukup buruk. Jadi sebelum sesuatu itu berlaku, kita ambil tindakan di bawah akta yang baharu ini tetapi kita mesti ada bukti yang cukup. Misalnya kita sudah tahu dia sudah ada bom, nak buat bom, tunggu masa sahaja nak bergerak, nak bertindak, masa itu kita boleh ambil tindakan di bawah akta yang baharu.

SOALAN: Dalam Datuk Seri menangani isu-isu panas kebelakangan ini, banyak yang menyentuh kerajaan, mengkritik kerajaan dan sebagainya. Bagaimanakah sokongan daripada anggota Kabinet dan juga parti komponen Barisan Nasional dan Umno sendiri?

NAJIB: Alhamdulillah setakat ini sokongannya sangat baik. Banyak pihak telah membuat kenyataan secara terbuka dari kalangan anggota Kabinet, parti-parti komponen, ketua-ketua bahagian, ahli-ahli Yang Berhormat dan sebagainya. Yang sebelum tadi, yang petang tadi Wanita Umno buat kenyataan dan sebagainya.

Jadi saya melihat parti ada bersama-sama saya, di belakang saya untuk terus memimpin parti dan negara. Tapi seperti mana yang saya kata, bahawa saya boleh menerima kritikan.

Tetapi kesudahannya saya bukan bertanggungjawab kepada mana-mana individu, saya bertanggungjawab untuk rakyat Malaysia dan parti.

SOALAN: Bagaimana pula dengan pandangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa sekiranya Datuk Seri terus memimpin negara, Umno dan Barisan Nasional akan tewas pada pilihan raya umum akan datang.

NAJIB: Itu pendapat peribadi Tun Dr Mahathir. Apa yang kita dalam parti merasakan, bahawa soal kejayaan kepada Umno dan BN bergantung kepada kekuatan kita. Kekuatan kita hanya akan menjadi suatu kejayaan kalau kita padu dalam parti. Kalau kita padu dan tidak bercanggah sesama kita, tiada unsur-unsur sabotaj dan sebagainya, saya yakin kita boleh menang dalam PRU ke-14 yang akan datang.

SOALAN: Tapi kritikan-kritikan ini nampaknya berterusan Datuk Seri. Bagaimana Datuk Seri keep on moving forward dengan kritikan-kritikan yang tidak pernah sunyi ini dan mungkin tidak akan berakhir?

NAJIB: Kritikan pada kali ini lebih daripada biasa. Lebih sengit daripada biasa, tapi saya kena terimalah ini asam garam politk yang mana bukan semua keadaan, wujud keadaan yang tenang dan selesa sepanjang masa. Sebaliknya kritikan ini saya terima walaupun pedih.

Tetapi pokok pangkalnya saya bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Selagi rakyat dan parti memberi mandat kepada saya, meletakkan amanah, saya tetap akan teruskan kepimpinan negara dan parti.

SOALAN: Ada juga kalangan berpendapat perkara yang dibuat nampak jelas oleh kerajaan ialah dari segi pemberian BRIM. Itu nampak ada kalangan yang berpendapat sebenarnya tidak ada perkara projek-projek lain yang benar-benar  bagi manfaat kepada kepada rakyat. Adakah dakwaan ini benar?

NAJIB: Tidak. Kalau kita lihat pencapaian negara kita pertamanya kita mulakan dengan data-data mikro misalnya kalau kita lihat kadar pertumbuhan tahun sudah, kita capai kadar pertumbuhan enam peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Kedua, kalau kita lihat dari segi pertambahan kekayaan GNI sejak 2009 sampai 2014 bertambah 47 peratus.

Itu merupakan satu kadar peningkatan GNI yang begitu tinggi. Kadar apa nama, kemiskinan misalnya, sekarang ini tahapnya satu peratus sahaja.
Kita telah mewujudkan 1.5 juta pekerjaan misalnya dan kita telah beri peluang untuk ramai pihak mencapai kelulusan dan dah menjadi middle class dan sebagainya dan kalau kita lihat dari segi on the ground dan keadaan sebenarnya,  bekalan api, elektrik, jalan asas terutama sekali untuk Sabah dan Sarawak,banyak yang telah kita tunaikan dan program-program yang kita jalankan misalnya di bawah 1Azam, latihan-latihan keusahawanan, bantuan kepada SME (perusahaan kecil dan sederhana) dan sebagainya untuk peniaga-peniaga dan sebagainya.

Banyak yang telah kita lakukan. Ini semua kita telah rakamkan dalam buku-buku, yang telah kita maktubkan dalam risalah-risalah dan sebagainya, dalam surat khabar. Jadi nak kata kita tak buat banyak itu, tidak benar. Sebenarnya kita dah buat terlalu banyak termasuk projek seperti MRT dan sebagainya. Yang terbaharu saya melancarkan Pan Borneo Highway yang ditunggu-tunggu 50 tahun oleh rakyat Sarawak. Hari ini mula pelaksanaannya. Jadi kalau kita lihat segala-galanya kita boleh tengok di Malaysia ini memang banyak perubahan dilakukan.

SOALAN: Projek perumahan rakyat?

NAJIB: Banyak ya, termasuk projek perumahan rakyat. Semalam (Rabu) saya lancarkan projek perumahan untuk penjawat-penjawat awam. 1,500 penjawat awam akan menerima rumah mampu dimiliki oleh mereka. Kita dah janji nak buat satu juta rumah mampu dimiliki dalam tempoh lima tahun. Jadi ini semua komitmen kerajaan yang kita sedang laksanakan.

SOALAN: Adakah Datuk Seri berpuas hati dengan kerja-kerja untuk membangunkan semula kediaman mangsa-mangsa banjir di Kelantan?

NAJIB: Setakat ini saya fikir banyak yang boleh kita lakukan lagi. Saya tidak begitu puas hati sebenarnya. Saya ingat, saya rasa perlu lagi ditingkatkan.
Saya harap kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri inilah dapat diperkukuhkan lagi terutama sekali nak beri tanah. Sebab tanah di bawah kerajaan negeri. Kalau kita ada tanah, peruntukan kewangan dah bersedia, dan kita boleh serahkan untuk dibina rumah-rumah baharu.

SOALAN: Kita dapati tahun ini tahun ke-6 Datuk Seri sebagai PM, apakah agaknya perancangan Datuk Seri seterusnya, the way forward for Malaysia?

NAJIB: Langkah ke hadapan, the way forward kita telah jelaskan dan paparkan kepada rakyat. Sampai kepada tahun 2020 ini kita nak Malaysia menjelma sebagai advanced economy, sebagai negara maju. Dalam pada itu, kita tahu bila kita isytihar Malaysia sebagai negara maju, Insya-Allah, bukan semua rakyat akan merasakan mereka sebahagian daripada ekonomi maju sebab kita gunakan penilaian atau kriteria average income. Ada yang merasakan kedudukan mereka tidak begitu besar perubahannya.

Tambah-tambah lagi kalau harga komoditi getah masih pada paras rendah, harga sawit dan sebagainya. Kelompok ini kita perlu lihat bagaimana kita boleh beri tumpuan untuk meningkatkan pendapatan mereka. Saya akan melihat pada Rancangan Malaysia ke-11, apa yang boleh kita masukkan sebagai program-program tambahan, misalnya latihan kemahiran, latihan teknikal, keusahawanan.

Ini kita mesti beri tumpuan sebab boleh beri perubahan besar kepada pendapatan rakyat. Selepas tahun 2020 kita akan lihat semula. Tapi our immediate goal dalam masa terdekat ini, dalam masa lima tahun akan datang semestinya untuk jayakan wawasan negara.

SOALAN: Apakah Datuk Seri berpuas hati dengan langkah yang kita ambil agar idea Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir itu terus kita capai?

NAJIB: Saya yakin kalau kadar pertumbuhan dapat kita pastikan dalam lingkungan lima peratus setahun. Kalau kita lihat dari segi per kapita income, Insya-Allah boleh kita dimartabatkan sebuah negara maju Insya-Allah menjelang 2020.

Tetapi saya juga sedar bahawa ini average income. Kita mesti sedar ada kelompok yang mana pendapatan bawah average yang merasakan mungkin kedudukan mereka tidak sebahagian daripada negara maju. Inilah yang mesti kita beri tumpuan, supaya pendapatan kelompok yang bawah 40 peratus average ini mesti kita beri tumpuan yang lebih.

SOALAN: Ada juga pihak yang berpendapat kritikan-kritikan yang datang daripada pihak, terutama sekali daripada Tun Dr Mahathir tidak akan berhenti.
Bagaimana Datuk Seri bercadang menangani perkara-perkara ini dalam perjalanan kita menuju Wawasan 2020. Adakah ia memberi kesan kepada Datuk Seri sebagai pemimpin negara?

NAJIB: Saya merasakan bahawa apa yang patut saya lakukan adalah teruskan sikap saya. Maknanya saya terbuka. Setiap kritikan itu saya pertimbang dan saya lihat kalau ada apa-apa kekurangan dalam pentadbiran saya. Saya tak pernah kata bahawa saya tak buat kesilapan. Saya akui bahawa setiap manusia itu bukanlah perfect. Tak ada manusia yang tak buat kesilapan.

Jadi maknanya saya bersedia dan serius lakukan penambahbaikan. Tetapi kalaulah saya merasakan bahawa apa yang saya lakukan itu dapat sokongan parti dan rakyat maka saya akan teruskan dasar-dasar saya dan keputusan saya. Sebab pada hakikatnya, penentuan hala tuju negara ini bukanlah ditentukan oleh mana-mana individu, tapi ditentukan rakyat dan parti.

SOALAN: Jadi, kedudukan Datuk Seri sebagai pemimpin parti, ditentukan oleh ahli-ahli parti sendiri?

NAJIB: Ahli parti dan kesudahan pada rakyat. Dia ada dua proses. Maknanya antara pilihan raya, parti akan tentukan. Tetapi waktu pilihan raya, rakyat akan membuat kata putus.

SOALAN: Saya nak tanya Datuk Seri, bagaimana Datuk Seri membahagikan masa dari segi weightage, wajaran antara hal-hal keluarga, dengan hal-hal negara.
Bagaimana Datuk Seri mengimbangi perkara ini?

NAJIB: Setiap individu ada caranya. Tetapi bila sudah jadi Perdana Menteri ini, masa untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri, orang kata private time itu memang amat terbatas.

Tetapi saya cubalah untuk mengimbangi antara kerja-kerja untuk parti, untuk rakyat, untuk kerajaan. Di samping itu kalau ada masa terluang, saya cuba bersama-sama dengan keluarga, dan juga membuat latihan riadah umpamanya, exercise itu mustahak. Dan kewajipan kita kepada Allah kita mesti tunaikan.

SOALAN: Pada pandangan Datuk Seri, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perpecahan dan kejatuhan sama ada dari segi parti atau sesuatu kerajaan?

NAJIB: Kalau berlaku sesuatu krisis dalaman parti, kalau ada parti itu berpecah misalnya kepada dua tiga kumpulan dan kita hilang kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan negara dan parti, maka parti akan lemah. Bila parti lemah dari dalam, parti boleh tewas. Saya selalu mengingatkan ahli-ahli parti bahawa tak mungkin parti kalah kerana ancaman asakan dari luar tetapi parti boleh kalah kerana perpecahan dari dalam.

SOALAN: Bagaimana pula peringkat negara, untuk keseluruhan rakyat Malaysia?

NAJIB: Saya kena hadapi. Zaman sekarang zaman persepsi sebenarnya, bukan realiti. Dengan pengaruh sosial media yang begitu berleluasa hari ini. Zaman Tun Mahathir tak ada sosial media. Zaman sekarang ini sosial media berperanan besar.

Jadi inilah satu yang terpaksa kita buat pengubahsuaian dari segi pendekatan supaya menangani persepsi. Persepsi ini jika tidak ditangani boleh menjadi realiti. Inilah mungkin cabaran paling besar bagi saya dan rakan-rakan saya ialah untuk menangani persepsi.

SOALAN: Kita semua tahu bahawa keluarga Datuk Seri, daripada Allayarham Tun Abdul Razak mempunyai perhubungan cukup erat dengan Tun Dr Mahathir. Ini pertalian yang cukup lama. Walaupun dengan kritikan daripada Tun Dr Mahathir, bagaimanakah Datuk Seri melihat Tun Dr Mahathir. Adakah pandangan Datuk Seri sudah berubah? Kalau dulu Datuk Seri melihat beliau seperti seorang bapa, dan Datuk Seri sendiri merupakan anak didik beliau. Adakah pandangan seumpama itu sudah berubah kerana timbul kritikan terbaharu Dr Mahathir.

NAJIB: Saya akan tidak apa-apa dengan kritikan Tun Mahathir. Tetapi saya ingin menyatakan bahawa, hakikatnya saya bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Sama ada hubungan kita ini macam dulu atau tidak, masa akan tentukan. Tapi bagi saya, saya beriltizam untuk menyerahkan kedudukan saya kepada rakyat dan parti. Bukan bererti saya tak hormat mana-mana individu. Tapi itu soal individu. Dari segi hakikatnya saya mesti serahkan kedudukan saya kepada rakyat dan parti.

SOALAN: Apakah hasrat Datuk Seri kepada ahli-ahli parti dan rakyat keseluruhan supaya kita dapat keluar daripada kemelut ini dan bawa ke tahap lebih baik?

NAJIB: Pada saya kita mesti lihat yang pentingnya apa? Pada saya yang pentingnya the big picture. Yang penting adalah soal masa depan kita, hala tuju kita. Kita jangan benarkan sesuatu isu yang digembar-gemburkan seolah-olah negara kita ini ekonominya sudah hancur, atau pun kita sudah bermasalah sampai tidak boleh ditangani.

Itu tidak benar sama sekali. Kita mesti yakin kita menuju hala tuju yang benar dan positif. Dan dalam pada itu kalau ada kelemahan kita perbaiki, kita perbetulkan. Mana-mana kerajaan di dunia pun tak ada yang perfect, mesti ada kelemahan.

Zaman Tun Dr Mahathir pun tak perfect juga, zaman saya pun tak perfect. Tetapi kita mesti sedar bahawa kita ini mempunyai sikap yang terbuka, kita betulkan keadaan, supaya hari esok lebih baik daripada hari ini.

SOALAN: Apakah harapan Datuk Seri yang seterusnya, sebagai yang terakhir?

NAJIB: Harapan saya rakyat akan terus bersama-sama dengan kerajaan yang ada sekarang ini. Mungkin tak semua, tapi biar sebahagian besar. Sebab kita mewarisi sebuah negara yang mempunyai masa depan yang begitu cerah sekali. Mana-mana luar negara yang saya pergi, mereka melihat Malaysia sebagai sebuah negara contoh, model.

Janganlah kita mempolitikkan keadaaan ini terlalu sangat sehinggakan menghancurkan kepentingan negara. Politik tidak boleh mengatasi kepentingan negara. Kalau semua rakyat sedar, Insya-Allah kita punyai masa depan yang begitu baik sekali. Kita boleh berbeza pendapat, tak jadi masalah, asalkan kita gunakan cara yang baik, cara berhemah, cara penuh bertanggungjawab. Masa depan Malaysia, Insya-Allah tetap terjamin.

BEKAS KOPERAL SIRUL KECEWA IBUNYA PERGI BERJUMPA DENGAN TUN MAHATHIR TANPA PENGETAHUAN DAN PERSETUJUANNYA.





Bekas komando pengiring perdana menteri yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh wanita Mongolia dilaporkan kecewa dan tidak tahu-menahu tentang tindakan ibunya yang dilaporkan bertemu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang kini di Australia dilaporkan berkata demikian menerusi peguamnya, Hasnal Redzua Merican, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.

"Sirul ada menghubungi saya malam semalam dan awal pagi ini. Dia sangat kecewa dengan tindak tanduk segelintir orang yang cuba mengheret kes ini ke kancah politik.

"Dia tidak tahu tentang pertemuan ibu dan bapa saudaranya dengan (Datuk Seri) Mahfuz (Omar) dan Dr Mahathir.

"Dia tidak setuju dan gembira dengan berita ini. Ibunya tidak pernah memberitahu tentang pertemuan semalam," kata Hasnal kepada akhbar itu.

Kenyataan yang hampir sama daripada Hasnal turut disiarkan akhbar Sinar Harian dan Berita Harian hari ini.

Menurut Hasnal, Sirul bimbang "kenyataan terbuka beberapa pemimpin politik pembangkang akan menjejaskan peluangnya untuk terus menetap di Australia".

Ibu Sirul, Piah Samad, pada 8 April lalu dilaporkan bertemu Dr Mahathir dan merayu bantuannya untuk campur tangan agar Sirul terselamat daripada hukuman gantung.

Mahfuz, ketua penerangan PAS, dinamakan sebagai individu yang mengatur pertemuan itu yang dilaporkan berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Putrajaya.

Mahfuz sebelum ini membawa ibu Sirul ke Australia untuk bertemu dengannya yang kini ditahan pihak imigresen Australia selepas pihak Interpol mengeluarkan notis merah terhadapnya.

Kenyataan Sirul menerusi peguamnya ini merupakan episod baru dalam kesnya yang dijatuhkan hukuman gantung pada 13 Januari lalu selepas diputuskan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu di Shah Alam pada 2006 bersama Ketua Inspektor Azilah Hadri.

Sirul pada masa kejadian bertugas sebagai pengiring Datuk Seri Najib Razak yang merupakan timbalan perdana menteri merangkap menteri pertahanan pada masa itu.

SEMUA AHLI PARLIMEN DARI BN DAN PR SOKONG PADU TANPA BANTAHAN KENAIKAN ELAUN AHLI PARLIMEN DARI RM6,508.59 SEBULAN MENJADI RM16,000 SEBULAN ... KENAIKAN HAMPIR 250 PERATUS.


Sebelum ini kerajaan cadangkan kenaikan elaun ke RM11,000 sebulan kesemua Ahli parlimen dari kedua-dua kelompok tolak mentah-mentah sebab dirasakan tidak cukaup dan memadai.

Kini setelah dinaikkan menjadi RM16,000 sebulan terus kesemuanya sepakat sejiwa seraga sehati bersetuju.

Tahniah sebab mendapat kenaikkan elaun hampir 250%.

Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2015 berkaitan kenaikan elaun ahli Parlimen diluluskan di Dewan Rakyat setimpal dengan tugas dan tanggungjawab yang semakin mencabar.

Rang Undang-undang tersebut dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim dan diluluskan secara sebulat suara.

Pindaan tersebut menyaksikan ahli Dewan Rakyat akan mendapatkan kenaikan elaun daripada RM11,000 kepada RM16,000, manakala ahli Dewan Negara daripada RM7,000 kepada RM11,000.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan mendapat kenaikan elaun daripada RM20,000 kepada RM31,000 manakala timbalan masing-masing akan mendapat kenaikan RM16,000 kepada RM22,000.

Menurut Shahidan, kenaikan elaun itu akan memberi tambahan kepada belanjawan negara sebanyak RM17,220.000.

“Implikasi kewangan di bawah huraian dipinda dengan menggantikan perkataan RM14,751,981.36 dengan perkataan RM31,971,981.36,” katanya ketika membentangkan usul tersebut.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada November lalu, Rang Undang-Undang ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 ditangguhkan setelah tiada persetujuan dicapai mengenai perkara yang dibincangkan.

Beberapa Ahli Parlimen meminta ia disemak semula dengan memohon amaun lebih tinggi berbanding Ahli Dewan Undangan Negeri di beberapa negeri, dengan alasan mereka menggalas pelbagai tanggungjawab dan tugas yang semakin banyak dan mencabar.

Gaji bulanan ahli Dewan Rakyat dicadangkan naik daripada RM6,508.59 kepada RM11,000, ahli Dewan Negara (RM4,112.79 kepada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (daripada RM10,847.65 kepada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (daripada RM14,707.20 kepada RM20,000).

Tiga tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 bersedia menaikkan gaji ahli-ahli Parlimen dengan syarat semua pihak bersetuju.

Malangnya, hasrat Perdana Menteri itu ditolak Ketua Pembangkang ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 menolak kenaikan dicadangkan itu.

SETELAH DIDEDAHKAN BEBERAPA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT "PONTENG" KETIKA PENGUNDIAN RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN KEGANASAN (POTA) 2015, SEMALAM MEREKA MUNCUL DI PARLIMEN BAHAS DAN UNDI PINDAAN AKTA HASUTAN.



Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang diluluskan pada Selasa lalu dilihat berpunca daripada kegagalan kehadiran ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) semasa proses pengundian itu menyebabkan media sosial termasuk blog menjadi kecoh.

Ramai rakyat, terutamanya para penyokong, pendokong dan ahli gagasan Pakatan Rakyat melahirkan rasa kecewa amat, akan sikap yang dipamirkan oleh wakil-wakil rakyat berkenaan, termasuklah Dato' Menteri Besar Selangor, merangkap Ahli Parlimen Gombak, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Bagan, YAB Lim Guan Eng.

Pada pengundian Bacaan Kali Kedua pada hari berkenaan, terdapat 64 wakil rakyat membuang undi dan terus menyusut kepada 60 orang pada pengundian Bacaan Kali Ketiga.

Ini bukanlah kali pertama Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hilang dari Dewan Rakyat. Penggal lepas pun terdapat beberapa kali Ahli-Ahli Parlimen PR ponteng semasa Rang Undang-Undang yang penting hendak diluluskan termasuklah Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru dahulu.

Senarai Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak hadir telah pun menjadi viral di media sosial selain turut merangkumi kedua-dua Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

POTA 2015 telah diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi Selasa, selepas  dibahaskan lebih 12 jam dengan  undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).

Semalam pindaan terhadap Akta Hasutan bacaan ke-2 telah diluluskan dengan 108 undi setuju dan 79 undi tidak setuju.

Akhirnya ahli-ahli Parlimen yang "ponteng" semasa pengundian POTA 2105 telah muncul di parlimen untuk mengambil bahagian dalam sesi pengundian termasuklah Azmin Ali dan Lim Guan Eng.

Kini gambar mereka hadir pada sesi perbahasan dan pengundian tersebar di laman sosial.

PESALAH TRAFIK DIPENJARA 51 HARI KERANA GAGAL BAYAR SAMAN TERTUNGGAK



Pada 8 april 2015 jam 10 pagi, 1 pegawai dan 4 anggota Cawangan Trafik Klang Utara telah menahan seorang penunggang motosikal semasa menjalankan Op Warta di Jalan Hj. Abd Manan, Klang.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut mempunyai 8 saman tertunggak dan waran tangkap. Penunggang motosikal tersebut telah dituduh di mahkamah klang dengan 13 pertuduhan dan telah dijatuhkan hukuman penjara 51 hari kerana gagal membayar denda sebanyak RM2,350.00.

Cawangan Trafik Bukit Aman berharap orang ramai menunjukkan sikap bertanggungjawab untuk menyelesaikan waran-waran tangkap yang dikeluarkan ke atas mereka.

PIC OF THE DAY ... ANGGOTA POLIS SECARA BERSENDIRIAN MEMBERSIHKAN JALANRAYA YANG DI TUMPAHI BATU DAN TANAH



Kelihatan seorang anggota polis sedang membersihkan jalan raya yang ditumpahi batu dan tanah akibat sebuah kereta yang terbabas siang tadi demi keselamatan dan keselesaan para pengguna jalanraya. Anggota polis ini tidak sedar yang gelagatnya sedang dirakam.

Bukannya macam seorang tu ... dia berseorangan "membersih" dan "mengali" longkang besar tersumbat dengan berbaju batik jawa sedangkan orang-orang yang mengiringinya sekadar jadi tukang perhati.

Beza yang ikhlas membuat terjahan dengan bersendiwara.

Syabas dan terima kasih kepada anggota polis ini.

Lokasi di hadapan stesen minyak Petronas RTC Gopeng, Perak.

NAJIB DEDAHKAN BETAPA MAHATHIR DESAK AGAR HASRAT PEMBINAAN JAMBATAN BENGKOK DITERUSKAN SAMBIL MENYATAKAN DIRINYA TERBUKA KEPADA KRITIKAN YANG MEMBINA.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terbuka kepada sebarang kritikan daripada mana-mana pihak terhadap kepimpinannya.

Namun, katanya, kritikan itu seharusnya dibuat secara berhemah dan bertanggungjawab.

Beliau berkata sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, beliau akan mengutamakan kepentingan rakyat dan parti itu dalam membuat sesuatu keputusan.

“Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Apa pun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.

“Itu saya nak tegaskan,” kata beliau semasa diwawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang disiarkan malam ini.

Najib ditanya oleh hos Hamdan Ahmir mengenai kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau tetap menghormati Dr Mahathir seperti mana beliau menghormati rakyat Malaysia yang lain.

Perdana Menteri turut menafikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan adalah ‘handout’.

Sebaliknya, Najib menjelaskan ia adalah satu bentuk jaringan keselamatan sosial untuk golongan itu.

Beliau berkata pemberian BR1M yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal itu dapat memberi timbal balas kepada golongan berpendapatan rendah berikutan pengurangan dan pemansuhan subsidi.

Menurutnya banyak negara juga mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial dalam pelbagai kaedah bagi membela nasib rakyat mereka.

Najib juga membuat pengakuan pernah berjumpa dengan Tun Mahathir dirumah Tun Mahathir tidak dirumah rasmi Perdana Menteri, atas dasar hormat kepada dirinya untuk mendapatkan penerangan dan penjelasan lebih jelas tentang apa jua ketidak puas hati beliau mengenai pentabiran negara yang diterajuinya.

Dalam pertemuan tersebut Tun Mahathir sekali lagi, telah menyuarakan agar Tambak Johor yang menghubungkan Johor/Singapura diroboh dan digantikan dengan Jambatan Bengkok ... hasrat dan permintan Tun Mahathir itu Najib Razak berjanji akan bawa ke mesyuarat untuk dibincang secara halus dan mendalam dan keputusan akhirnya dibuat bahawa permintaan Tun Mahathir itu tidak dapat dilaksanakan.

Isu 1MDB juga disentuh oleh Najib Razak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta Ketua Eksekutifnya Arul Kanda Kandasamy telah mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menerangkan mengenai syarikat tersebut.

Najib berkata beliau tidak pernah menjelaskan secara langsung mengenai 1MDB kepada Dr Mahathir kerana urusan tersebut tidak dibangkitkan secara terus oleh bekas Perdana Menteri itu kepadanya.
 

Dr Mahathir baru-baru ini meminta Najib menjawab beberapa persoalan berkaitan 1MDB setelah mengkritik beliau mengenai kerugian serta hutang yang ditanggung oleh syarikat tersebut.

Dr Mahathir juga meminta Najib menjelaskan mengenai hubung kait syarikat tersebut dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, serta sumber kewangan anak tiri beliau Riza Aziz, yang membeli hartanah mewah di New York.

Dalam wawancara tersebut, Najib berkata beliau telah meminta Ketua Audit Negara mengesahkan sama ada dana 1MDB disalahgunakan untuk membuat filem dan sebagainya.

Ditanya mengapa soal pembikinan filem itu dibangkitkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: "Sebab ada dakwaan sedemikian. Saya tidak mahu mempertahankan apa-apa sebab ia melibatkan ahli keluarga saya, dan oleh sebab itu saya hendak Ketua Audit Negara mengesahkan perkara ini."

Ditanya sama ada beliau memohon kepada pihak pengurusan 1MDB supaya lebih telus dalam urus niaga akan datang, Najib berkata beliau telah pun berbuat demikian.


Mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Najib menjelaskan pada tahun 2008 di sebuah Masjid di Permatang Pauh ketika berkempen PRK Permatang Pauh beliau sudah pun bersumpah sebanyak tiga kali, Wallahi Wabillahi Watallahi, bahawa dirinya tidak pernah mengenali Altantuya, tidak pernah bergambar bersama dan jua terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam kes pembunuhannya.

Pihak polis telah menjalankan siasatan dan perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi bersandarkan kepada siasatan polis telah menyatakan dirinya tidak terlibat dan ada kaitan langsung dengan pembunuhan Altantuya.

Najib akui kini beliau berdepan dengan suatu ledakan media sosial yang begitu hebat dan tidak pernah pun dirasai pada zaman pemerintahan Tun Mahathir .. ledakkan media sosial ini menimbulkan suatu persepsi jika tidak ditangani dan di urus dengan baik persepsi akan menjadi realiti.


Apa yang pasti, dalam soal jawab tersebut Najib sedikit pun tidak menyerang Tun Mahathir secara peribadi malahan beliau bersikap berjiwa besar akui dirinya tidak sempurna dan tidak lari dari membuat kesilapan semasa mengurus dan mentadbir negara tapi yang pasti beliau sedia menerima perbezaan pendapat serta kritikan asalkan ianya dilakukan secara berhemah.

Menyentuh kenyataan Dr Mahathir yang Umno/Barisan Nasional (BN) akan tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya beliau terus menerajui negara dan BN, Najib berkata beliau tidak bersetuju kerana percaya sokongan padu yang diberikan ahli mampu memberi kemenangan.

Perdana menteri berkata selagi mana tiada unsur sabotaj dalam parti maka tidak mustahil Umno dan BN akan terus menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Itu pendapat peribadi Dr Mahathir. Apa yang kita dalam parti merasakan, soal kejayaan kepada UMNO dan BN bergantung kepada kekuatan kita. Kekuatan kita hanya akan menjadi suatu kejayaan kalau kita berpadu dalam parti.

"Kalau kita berpadu dan tidak bercanggah sesama kita, tiada unsur-unsur sabotaj dan sebagainya, saya yakin kita boleh menang dalam PRU14 yang akan datang," katanya.

Thursday, 9 April 2015

TIMBALAN MENTERI BERANG NAIK ANGIN SATU BADAN APABILA BELIAU DI HIDANGKAN MEE UDANG BERPERISA LIPAS DI OLD TOWN WHITE COFFEE SUBANG AIRPORT SKY PARK.



"Tadi saya bersama kawan-kawan makan prawn mee di Old Town White Coffee di Subang Airport Sky Park. Saya terkejut dan marah bila ternampak lipas dalam sup prawn mee."

Begitulah kata-kata bengang yang diucapkan oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan merangkap Naib Presiden MIC yang juga Ahli Parlimen Tapah YB Datuk M. Saravanan di akaun laman sosial Facebooknya.

Yang seronok tu, dekat nak habis baru perasan ada seekor lipas dalam mangkuk mee udangnya.

Ikut hukum akal logik, kalau tidak perasan ada seekor lipas sudah pasti dia menikmati sungguh hidangan mee udang itu sebagai lazat dan sedap.

Pihak kementerian dan jabatan yang bertanggung jawab dalam isu ini mesti ambil tindakan yang sewajarnya.

WAJAR MAHATHIR BERTANDING PRK PARLIMEN P091 ROMPIN MEWAKILI PEMBANGKANG BAGI MENGUJI PENGARUHNYA DAN KEBERKESANAN GASAK NAJIB.




PRK Parlimen P091 Rompin yang bakal diumumkan pada Jumaat ini oleh SPR adalah ruang dan peluang terbaik bagi Tun Dr Mahathir Mohamed menguji pengaruh dan keberkesanan beliau mengasak Najib bertali arus sejak kebelakangan ini.

Keputusan itu nanti bolehlah dijadikan kayu ukur sama ada apa yang beliau lakukan ini mendapat sokongan dan diterima rakyat terutamanya kalangan penyokong dan ahli UMNO serta orang Melayu/Islam.

Rompin terletak dinegeri Pahang negeri kelahiran Dato' Seri Najib Tun Razak.

Masa ini juga Pakatan Rakyat terutamanya PAS wajar ambil kesempatan yang baik ini untuk menengahkan Tun Mahathir sebagai calon PAS/PR, memandangkan sejak akhir-akhir ini beliau lebih bertindak dan memainkan watak sebagai Ketua Pembangkang sebaik sahaja Anwar Ibrahim merengkuk lima tahun dalam penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sejak Tun Mahathir ghairah dan rancak membuka mulutnya menyerang Najib Razak, dilihat para pemimpin PR lain mengambil sikap senyap membisu sambil tunggu dan lihat.

Mungkin mereka sedar apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir adalah isu-isu purba yang sudah sekian lama dijaja oleh PR tetapi kini sudah dirampas dan dilihat seolah-olah ianya suatu isu baru dan beliau sebagai pencetusnya.


Jika dilihat kepada majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebanyak 15,114 undi pada PRU 13 lalu mengalahkan calon PAS Puan Nuridah Mohd Salleh yang memperolehi 14,926 undi, sudah pasti PRK Parlimen P091 Rompin adalah medan terbaik bagi menguji penerimaan rakyat tentang apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir terhadap Najib Razak benar-benar diterima dan dipercayai rakyat.

Tun Mahathir dikatakan kononnya masih mempunyai pengaruh yang besar kalangan para penyokong veteran dan konservatif dalam UMNO, dimana kelompok ini majoritinya adalah golongan yang menjadi warga luar bandar, kampong-kampong tradisional dan rancangan-rancangan Felda.

Kawasan Parlimen P091 Rompin memberi gambaran yang sesuai akan senario ini komposi pengundi mengikut kaum dan lokasi.


Apakah PAS bersedia untuk menjemput secara rasmi dan menyerahkan kerusi Parlimen P091 Rompin  kepada Tun Mahathir untuk beliau bertanding????

Adakah komponen-komponen parti lain dalam Pakatan Rakyat bersetuju?????

Kalau diikutkan kepada atas kertas dan realiti politik dengan mengambil kira jumlah majoriti yang diperolehi Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada PRU 13 lalu, ... tidak mungkin dan hampir mustahil PAS mampu menang di Parlimen P091 Rompin untuk menumbangkan siapa jua calon yang diletakkan oleh UMNO/BN.

Untuk memberikan sedikit saingan dan rasa sengit serta perit kepada UMNO/BN,  tidak rugi rasanya menawarkan kerusi berkenaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed untuk tandingi. Ada berani????

UMNO/BN rasanya amat mengalu-alukan langkah ini.

SELEPAS TIGA HARI KELUARKAN KENYATAAN TERNYATA BENAR KATA MENTERI PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN ANTARABANGSA (MITI) KERETA PROTON SETANDING DENGAN BMW.



Tiga hari lalu kecoh satu negara betapa Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa menyatakan bahawa kereta keluaran Proton setanding dengan BMW mengakibatkan beliau dikecam dan dicemuh begitu kencang dan hebat sekali.

Kata-katanya dijadikan bahan gurau senda dan lawak jenaka ... kata-katanya dianggap sebagai satu percubaan untuk menaikkan imej kerajaan dalam masa memperlekeh dan menghina kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai.

Tapi apabila Omak Kau mendapat kiriman gambar kereta proton saga diatas barulah Omak Kau faham mengapa Tok Menteri boleh berkata sedemikian rupa ... kena akui yang Tok Menteri ini sudah cukup maklumat sebelum membuat sebarang kenyataan.

Siapa yang mengutuk Tok Menteri pasal isu ini, dipersilakan mohon maaf cepat.

KWAH KWAH KWAH KWAH KWAH KWAH.



Kemampuan kereta nasional Proton adalah setanding dengan kereta import terkemuka seperti BMW dan Volvo.

Pengesahan itu berdasarkan penarafan lima bintang daripada Asutralasian Car Assesment Program (ANCAP) dan ASEAN NCAP selepas menilai ciri-ciri keselamatan dan teknologi yang dimilikinya.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, model baharu kereta yang dihasillkan Proton berjaya mempamerkan kemajuan teknologi, mutu dan prestasi setanding dengan kualiti kereta yang diimport.

“Semua ini membuktikan betapa model-model kereta Proton setaraf dengan model-model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar terkemuka seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda,” katanya.

Menurut beliau, teknologi Lotus yang mengetengah gaya pemanduan selesa dan kawalan tepat diterapkan dalam teknologi pembuatan kereta nasional telah melonjakkan prestasinya.

Model seperti Preve, Suprima S dan Iriz yang dilengkapi teknologi keselamatan dengan sistem brek cegah kunci (EBS), pengagihan daya brek elektronik (EBD), brek pembantu (BA) kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) meletakkan kualiti Proton sebaris dengan pengeluar kereta tersohor dunia.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar berhubung kemampuan kereta nasional bersaing dengan kereta import.

Dalam soalan yang sama, wakil DAP turut bertanya mengenai tempoh menunggu selepas pembeli membuat tempahan.

Menurut Mustapa, kebanyakannya mengambil masa antara satu hingga satu setengah bulan.

SIAPA LEBIH LAYAK ANTARA RAFIZI DAN AZMIN MENJADI KETUA PEMBANGKANG GANTI ANWAR IBRAHIM??????


Seorang lawan kerajaan bersendirian sampai berbaju lokap tangan bergari berkaki ayam dan seorang lagi berbaju batik jawa terjah, cuci dan gali longkang besar tersumbat seorang diri sambil yang lain hanya perhati.

Kedua-duanya ahli parlimen .. seorang baru sepenggal dan seorang lagi dah masuk dua penggal  ... seorang tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, seorang lagi menjadi MB negeri terkaya negara ini


Seorang itu bongkar kisah lembu fidlot sampai terburai dengan Zuraida Kamaruddin tumpang sekaki, sehingga terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang sama ada jenayah maupun sivil, sedangkan seorang lagi sekadar berjanji sembang kencang, nak robohkan pagar penjara dan tidak izinkan DSAI menjadi penghuni penjara walaupun sehari sampai sekarang ini habuk pun tarak.

Seorang bila berucap di parlimen habis para Ahli Parlimen BN kepanasan tidak senang duduk dibuatnya, hasil pembongkaran yang berisi, mampu memberi impak tsunami, dan seorang lagi bila diberi peluang berucap akan memberitahu satu dunia akan kejayaannya membatalkan dua perjanjian air dan KIDEX tetapi berkesudahan dengan rakyat menjadi mangsa politik syok sendiri.

Sebab itu rakyat dari kalangan pendokong, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, supaya membuat keputusan dan sokongan atas dasar kemampuan, kebolehan dan integriti dengan minda tanpa dirasuk dan terpengaruh dengan hasutan, serta terikat dengan dakapan politik taksub, untuk siapa yang lebih layak menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang setelah kelayakannya dilucutkan sekiranya kesemua komponen Pakatan Rakyat bersetuju secara konsensus, jawatan itu diberikan kepada Parti KeADILan Rakyat juga.


Kalau merasakan pemimpin yang sebaik sahaja menjadi MB Selangor terus membuat terjahan ketempat pelupusan sampan, tinjau tempat pembiakan nyamuk aedes, sembur racun dalam bas sekolah dan juga racun perosak serangga dibendang, tolong cuci sehelai kain batik kepunyaan mangsa banjir di Pahang dan cuci longkang tersumbat bersendirian maka Azmin Ali adalah pilihan tepat kalian atau ahli parlimen yang telah berjaya mendedahkan pelbagai skandal yang mengemparkan serta mampu membuat kedudukkan kerajaan goyah sehingga apa yang didedahkan itu kini banyak dikutip pula oleh Tun M sehingga terpaksa keluar masuk mahkamah atas tindakan jenayah dan sivil.

KALAU NAK PILIH TEMPAT MANDI ... PERTAMA TELUK KEDUA PANTAI KETIGA PERIGI ... KALAU NAK PILIH PEMIMPIN PASTIKAN PERTAMA ELOK KEDUA PANDAI KETIGA BERANI.


Siapakah antara Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR dengan Azmin Ali Ahli Parlimen Gombak yang juga ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Dato' Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden KeADILan.

Tepuk dada tanya iman .. cuit minda tanya akal yang waras dan dingin.

Jika ditanya Omak Kau, secara ikhlas dan jujur Omak Kau memilih YB Rafizi Ramli, walaupun kedua-dua pemimpin ini terlibat secara langsung dan tidak langsung kepada pemecatan TSKI sebagai MB Selangor, yang menyebabkan krisis dan kemelut Pakatan Rakyat menjadi kalut dan kelam kabut sehingga kini.

Seorang tukang rancang seorang lagi ambil peluang .... tetapi atas dasar kebenaran jika terpaksa dibuat pilihan ... masih tetap memilih Rafizi Ramli, sebab terbukti dirinya jauh lebih berkemampuan dan berkebolehan untuk mengalas dan memikul tugas dan tanggung jawab sebagai Ketua Pembangkang Parlimen menggantikan Anwar Ibrahim.


Boleh untuk bersetuju untuk tidak bersetuju atas konsep dan semangat demokrasi dan laungan reformasi yang hormat dan rai perbezaan pandangan dan kepelbagaian.

Bagi Omak Kau, pemimpin yang hebat membuat lakunan dan sandiwara murahan tidak layak diangkat sebagai pemimpin.


Inilah Video Klip Yang Heboh Di Laman Sosial Kata Sultan Johor Enggan Salam Dengan Ahmad Maslan?????

AHLI PARLIMEN SEPANGGAR DI GANTUNG SEBAGAI KETUA UMNO BAHAGIAN SEBAB KRITIK KETUA MENTERI SABAH DI FACEBOOK.



Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris digantung sebagai ketua Umno bahagian itu kerana didakwa menjejaskan imej parti tersebut.

Pergantungan itu dilapor telah diputuskan sejak dua minggu lalu oleh Lembaga Disiplin Umno.

Difahamkan, bagaimanapun Jumat diberi peluang untuk membuat rayuan berhubung tindakannya yang lantang mengkritik pimpinan Umno negeri tersebut.

Setiausaha Kerja Umno Sabah, Kadzim Yahya ketika dihubungi mengesahkan bahawa Perhubungan Umno Sabah belum menerima sebarang notis mengenai pergantungan itu dari ibu pejabat.

Pada Januari lalu, Setiausaha Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahiruddin bersama Naib Ketua Pemuda, Shahelmy Yahya dan Ketua Puteri, Normalah Sidek menggesa Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap Jumat kerana menjejaskan imej parti.

Jumat dilapor telah mengkritik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman secara terbuka di laman sosial Facebooknya.

BAYI BARU LAHIR DALAM BEG KERTAS DITINGGALKAN OLEH SEORANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB ATAS SEBUAH KERETA DEKAT MASJID.



Bayi ini telah di tinggalkan oleh seseorang di atas sebuah kereta di dalam bag kertas awal subuh tadi.

Bayi yang comel ini juga telah di azankan oleh jemaah masjid. Kejadian berlaku di Masjid Country Home, Rawang, Selangor Darul Ehsan.

DEMI MENGELAK BERTIKAN LIDAH DENGAN PELANGGAN DENGAN KEUNTUNGAN YANG TIDAK BERBALOI PARA PERUNCIT RELA UNTUK TIDAK JUAL KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR.



Para peruncit kini lebih rela untuk tidak menjual kad tambah nilai prabayar daripada bertikam lidah dengan para pembeli.

Tindakan itu juga mengelak mereka menanggung kerugian daripada jualan kad tambah nilai itu, sebaik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa bulan ini.

Tinjauan mendapati, para pekedai ini tidak layak mendaftar bagi mengenakan cukai GST kerana pendapatan kurang daripada RM500,000 setahun seperti disyaratkan.

Namun, mereka terpaksa menanggung cukai tambahan enam peratus dari pengedar kad prabayar tersebut jika ingin menjualnya.

“Kita peniaga kecil tidak daftar GST, (kita) tak boleh kenakan GST kepada pelanggan, tapi barang yang kita ambil (dari pengedar) kena GST,” kata seorang pengusaha kedai runcit.

Beliau sebelum ini terpaksa bertikam lidah dengan pelanggan kedainya di Bukit Taman Angkasa, Kerinchi apabila beliau menjual dengan harga baru yang dikenakan GST.

Seorang lagi peniaga, berkata, beliau hanya mendapat untung satu peratus daripada jualan kad prabayar bernilai RM10 semasa GST belum berkuatkuasa.

“Kalau dah kena GST, saya tanggung cukai orang dan jual kad prabayar ini tidak ada untung langsung.

“Kalau pelanggan tidak beli kad prabayar pun saya tidak rugi, saya malas hendak bergaduh dengan pelanggan jadi saya suruh saja beli di (kedai serbaneka),” katanya.

Walaupun tidak mendapat keuntungan beliau terpaksa menjual kad prabayar ini demi menarik pelanggan ke kedainya.

"Untung memang tidak ada, saya jual kad lama yang saya beli sebelum GST. Tak tahu stok tahan sampai bila...

"Biasanya kalau pelanggan datang beli kad prabayar, mereka akan beli barang lain juga jadi kad prabayar ini macam pelaris kedai saja," katanya ketika ditemui di kedainya di Pantai Dalam.

Sementara itu, seorang pengedar kad bayar yang enggan didedahkan identitinya berkata beliau sudah menghentikan penjualan kad prabayar itu kepada peruncit memandangkan pengumuman dari kerajaan kini masih mengelirukan.

“Kami diberitahu sebelum 1 April kad prabayar tak kena GST. Tapi, esoknya (kerajaan kata) kad prabayar kena GST.

“(Dengan GST) harga tetap RM10.60 tapi telco bagi lebih masa berbual dan SMS.

“Tapi kalau pekedai baca berita 1 April dan tak baca berita 2 April, nanti dia cakap kita sengaja kenakan GST.

“Jadi, baik tak payah jual,” kata Hanif, 32, yang sudah menjadi pengedar kad prabayar sejak tiga tahun lalu.

Tambahnya, beliau juga tidak mendaftarkan perniagaan di bawah GST dan terpaksa menanggung cukai GST dari syarikat telekomunikasi.

“Sebelum GST kita dapat harga RM9.70, kita boleh jual kepada peruncit RM9.90, jadi peruncit boleh jual RM10 dan untung sepuluh sen.

“Sekarang tak boleh jual lagi sebab saya dan kedai runcit tak berdaftar GST," katanya.

Jualan kad prabayar berkenaan sebelum ini dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang ditanggung oleh syarikat telekomunikasi (telco).

Cukai berkenaan kini digantikan dengan GST, yang dikenakan oleh syarikat telco ke atas pengguna.

Perkara itu menimbulkan kekeliruan di kalangan penjual dan pembeli. Malah, daripada 800 aduan yang diterima pada hari pertama pelaksanaan GST, 40 peratus daripadanya membabitkan kad tambah nilai.

Selepas pelbagai aduan diterima sebagai langkah peralihan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa pengguna akan mendapat semula nilai dari GST itu dalam bentuk tempoh perbualan dan mesej teks percuma.

Bagaimanapun tempoh peralihan bermula 3 April 2015 selama tiga bulan.

RUPA-RUPANYA JABATAN KESIHATAN AKAN MELAKUKAN SEMBURAN ASAP ATAU FOGGING HANYA APABILA KAWASAN TERSEBUT ADA BERLAKU KES DENGGI ... TIADA DENGGI TIADA FOGGING



Pegawai Kesihatan Daerah Sabak Bernam, Jamaliah Jamil bekata, semburan asap atau fogging tidak boleh dilakukan secara kerap dan hanya dijalankan apabila berlakunya kes denggi di sesuatu kawasan yang dilaporkan.

“Penduduk kena faham 'fogging' dibuat apabila ada kes denggi dilaporkan dan tidak berjadual. Bila ada kes, baru kita akan buat semburan kerana matlamat fogging nak bunuh nyamuk dewasa yang ada virus.

“Jika dibuat secara kerap kita bimbang ubat yang digunakan itu akan rentan menjadikan nyamuk imun dengan bahan kimia,” katanya.

Menurutnya, sebanyak tiga kes denggi masih aktif berlaku di daerah itu iaitu di Kampung Sekendi dan akan diisytiharkan tamat pada 10 April ini jika ia dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh dua minggu selepas dikesan.

“Masyarakat memainkan peranan besar dalam membantu menghapus tempat-tempat pembiakan nyamuk. Dulu, kes denggi di Sabak Bernam biasanya di kawasan perumahan, tetapi sejak akhir-akhir ini mula menular di kawasan kampung tradisional.

"Kita sentiasa memberikan penerangan dan memperhebatkan kempen kepada masyarakat supaya sama-sama membantu mencegah wabak denggi,” katanya
.

TUANKU SULTAN JOHOR DIKATAKAN KEBERATAN BERSALAM DENGAN AHMAD MASLAN AKHIRNYA TERJAWAB.




Semalam dilaman sosial menjadi riuh rendah mengenai video Datuk Ahmad Maslan CGPA 3.85 tidak berkesempatan bersalam dengan Tuanku Sultan Johor dalam suatu majlis di Pontian sehingga menjadi viral dan sedikit sebanyak menimbulkan persepsi dan tanggapan yang tidak baik dan lunak.

Demi pencerahan dan kebenaran Omak Kau sertakan beberapa gambar Ahmad Maslan bersalaman dengan Tuanku Sultan Johor di majlis yang sama.

Jadi jelas ianya tidak disengajakan dan terlepas pandang. Harap dengan muat naik beberapa gambar ini maka segala persepsi buruk yang terbentuk akan terhakis.


Benar jangan sesekali kita timbus hanya disebabkan yang derita dan dapat aib ialah musuh politik kita  .. Benar tetap benar.

SIAPA BOLEH BANTU APA YANG DI TULIS DI BIL INI????


Kalau macam ini punya tulisan kalau nak buat tuntutan rasanya pening kepala ketua jabatan .. rasanya orang yang tulis pun tidak tahu apa yang dia tulis.

Wednesday, 8 April 2015

MUFTI PERLIS DR MAZA BERDIALOG TENTANG HUDUD DENGAN BEBERAPA AHLI PARLIMEN BN DI PARLIMEN.



"Menghadiri jemputan untuk saya berdialog tentang hudud dengan ahli-ahli Parlimen di Parlimen tengahari tadi. Terima kasih kepada YB Menteri Parlimen atas jemputan dan juga terima kasih YB2 yang hadir dengan diskusi yang rancak.".. petikan dari akaun Dr MAZA dilaman sosial Facebook.

SIAPAKAH AHLI -AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT IAITU 10 DARI PAS, 9 PKR DAN 7 DAP YANG TIDAK HADIR KETIKA PENGUNDIAN RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN KEGANASAN (POTA) 2015 AWAL PAGI SEMALAM???????



Pemimpin Pakatan Rakyat telah dikritik hebat dan keras oleh aktivis kerana tidak hadir ketika pengundian Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 di Parlimen, awal pagi Selasa.

Bagaimanapun, kata seorang pemimpin PR, ketidakhadiran mereka itu bersebab dan mempunyai alasan yang boleh dimaafkan.

Proses pengundian itu sepatutnya bermula pada pagi semalam di Dewan Rakyat namun ditangguhkan sehingga jam 9:30 malam.

Menurut pemimpin berkenaan, Ahli Parlimen dimaklumkan mengenai pengundian POTA itu diperdebatkan.

“Beberapa Ahli Parlimen tidak hadir kerana mempunyai komitmen lain dan hanya mengetahui mengenai pengundian itu pada jam 8:30 malam yang merupakan notis setengah jam.

“Saya segera membatalkan semua program dan bergegas pergi ke Parlimen, namun yang lain tidak dapat menghadiri kerana berada di luar negara dan juga yang tidak sihat.

“Orang yang tidak hadir tanpa alasan yang baik perlu memberikan penjelasan,” katanya..

Semalam, POTA telah diluluskan selepas BN mendapat 79 undian manakala PR mendapat 60 undian.

Ramai yang mempersoalkan mana baki lagi 26 Ahli Parlimen ketika POTA diluluskan.

Antara ahli Parlimen yang tidak hadir ialah 10 daripada PAS, sembilan daripada PKR dan tujuh daripada DAP...   SIAPAKAH MEREKA????????

BENJY DAN RAKANNYA MASIH MAMPU KETAWA BESAR KETIKA DIBAWA KEMAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN MENGEDAR DADAH DAN BERDEPAN DENGAN HUKUMAN MATI.



Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37 atau lebih dikenali sebagai Benjy bersama rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah pada 27 Mac lepas.

Benjy dan Raja Shariff didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 1.32 kilogram.

Dalam kejadian bulan lepas, mereka ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar jam 1.40 pagi.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Kedua-duanya yang memakai pakaian lokap polis kemudian mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read.

Terdahulu, peguambela memohon mahkamah untuk mendapatkan kertas pertuduhan terhadap anak guam mereka dan mahu laporan kimia mengenai kes terbabit dipercepatkan.

Muhammad Shukri tidak mempunyai halangan untuk memenuhi permintaan pihak pembelaan tetapi memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporan kimia memerlukan tempoh untuk disiapkan.

Mohd Syafiq kemudian menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

KINI GILIRAN BAPA TIGA GADIS YANG BERGADUH DENGAN PEMANDU TEKSI DIDAKWA DI MAHKAMAH.



Bapa kepada tiga beradik yang bergaduh dengan seorang pemandu teksi di kawasan stesen minyak di sini akhir bulan lepas, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan pemandu teksi itu.

Syed Fareid Yahya, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki itu, yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat berkaitan kerajaan, didakwa mencederakan Azmi Mat Mokhtar, 54, di hadapan Pejabat Pertanyaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Persiaran Kayangan, Seksyen 9 di sini kira-kira 4.30 petang pada 29 Mac lepas.

Syed Fareid didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N.Parimalaah yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan supaya lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Peguam Azad Bashir yang mewakili Syed Fareid, bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM1,500 atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan empat daripada tujuh anaknya.

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin membenarkan Syed Fareid dibebaskan dengan jaminan RM2,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada Isnin lepas, Azmi mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan mencederakan tiga anak perempuan Syed Fareid dan merosakkan kereta Myvi milik mereka di Stesen Minyak Petron, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, di sini pada 29 Mac lepas.

Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes pemandu teksi itu.

Insiden pergaduhan Azmi dengan anak-anak perempuan Syed Fareid menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

BETUL KE DUA KERETA BERLAINAN JENAMA DARI SUATU KELUARGA MEMILIKI NO PLAT KERETA YANG SAMA?????


Sebuah kereta Mercedes Benz wrana hitam dan satu lagi Mitsubishi Attrage putih dari satu keluarga tetapi memiliki no plat kereta sama iaitu W 5155 K yang kini menjadi tanda soal dimedia sosial.

Mohon pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan respon mengenai kekeliruan ini demi pencerahan.

ISU PENGGUNAAN GELARAN DATIN SERI ... ISTERI MUDA NAZRI CABAR ANAK LELAKI NAZRI



Seorang wanita mendakwa dirinya isteri yang sah kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan layak menggunakan gelaran Datin Seri.

Haflin mendakwa beliau layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.

Di Instagram yang menggunakan nama Haflinsfashion, dia mendakwa telah berkahwin dengan Nazri pada Jun 2014.

“Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri,” tulis Haflin.

Sehubungan itu, dia mencabar Nedim Nazri yang juga anak tirinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.

Haflin mendakwa, perkara itu terpaksa didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

Nedim, kekasih kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai ‘wanita terdesak’.

Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu.

SEORANG GURU KAFA DIKATAKAN MEMBUAT GEMPAR DI PEJABAT SUK SELANGOR BAGI MENDESAK AZMIN ALI LULUSKAN KENAIKAN ELAUN YANG DIJANJIKAN SEBAGAI TUJUAN MEMBURUKKAN PENTADBIRAN TERDAHULU??????



Seorang tenaga pengajar Kelas Fardhu Ain (Kafa) telah membuat suatu stunt murahan dengan merempuh pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor bagi tujuan "mendesak" Kerajaan Negeri Selangor pimpinan YAB Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali segera meluluskan kenaikan elaun yang telah dijanjikan sejak tiga tahun lalu.

Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang mengaku kononnya mewakili 10,000 guru Kafa di seluruh Selangor meluahkan rasa kesal sambil menyerahkan surat terbukanya dengan disaksikan media di perkarangan Dewan Undangan Negeri Selangor secara kebetulan Omak Kau juga hadir.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) didakwa berjanji untuk menaikkan elaun dari RM1300 kepada RM1500 dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

“Sudah sekian lama kami ternanti-nanti hasil perbincangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) agar dinaikkan elaun.

“Saya memohon jasa baik kerajaan negeri Selangor bukan sahaja mempertimbangkan kenaikan elaun kami tetapi melunaskan manifesto PR pada PRU13 dengan kadar segera,” katanya hari ini.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah menaikkan elaun sejak sejak kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sehinggalah bertukar tangan kepada Mohamed Azmin Ali.

Jelasnya lagi, rakan-rakan senasib dengannya yang terpaksa mengemis meminta kenaikan sambil menitiskan air mata buayanya.

“Sehingga kini kekosongan guru tetap (DG29) tetap menjadi rebutan umpama seketul daging yang mahu dilahap oleh ribuan karnivor. Kekosongan jawatan tetap tersebut untuk tahun ini sahaja diisi oleh ribuan guru KAFA dan dipanggil temuduga seramai lebih kurang 500, namun 66 sahaja yang diterima.

“Apakah nasib guru-guru KAFA yang hanya berstatus sambilan sahaja? Kami dibuat seperti penagih yang dahagakan jawatan tetap manakala kebajikan kami sebagai guru yang bertanggungjawab memegang amanah mendidik insan terus terabai sebegitu rupa,” ujarnya macam nada "kesal".

Surat terbuka yang dibawanya sebentar tadi kemudian diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Azmin Ali, Datuk Yasid Bidin yang berjanji akan memaklumkan perkara itu kepada pihak atasan.

Omak Kau cukup yakin dan percaya melebehi 101% betapa stunt dan drama murahan ini tidak lain tidak bukan berniat serong untuk mengaibkan pentadbiram lama Selangor dibawah Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim dan percubaan menaikkan imej Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali dimata rakyat, dimana tuntutan dan janji menaikkan elaun guru-guru KAFA akhirnya akan di lunaskan dalam kadar segera.

Langsung tidak masuk akal hanya seorang guru KAFA boleh tergamak membuat pengakuan mewakili lebih 10,000 guru KAFA negeri Selangor ... nampak sangat wayangnya .. mau kasi gempak bagi nampak pentadbiran dulu sekadar janji palsu dan pentadbiran sekarang jenis cakap serupa bikin dengan slogan PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI
.

WAJAH WANITA WARGA KYRGYZSTAN MANGSA KORBAN HELIKOPTER TERHEMPAS DI SEMENYIH SABTU LALU SEPERTIMANA DISIARKAN MEDIA KYRGYZSTAN.




Hasil ujian yang dibuat ke atas mangsa wanita dalam kejadian helikopter terhempas di kebun getah dekat Semenyih pada petang Sabtu lalu yang mengorbankan 6 nyawa termasuk Tan Sri Jamaluddin Jarjis , ia merupakan mayat wanita berusia 25 tahun.

"Polis berpuas hati dengan keputusan siasatan yang dijalankan. Bagaimanapun identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti dan memerlukan masa," katanya dalam sidang media berhampiran lokasi nahas pada Selasa.

Abdul Samah berkata, polis telah pergi ke rumah Aidana iaitu sebuah pangsapuri di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk mengambil beberapa barang, dokumen dan spesimen milik mangsa untuk ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa keenam nahas helikopter itu.

"Polis menemui bukti tiket penerbangan mangsa (Aidana) ke Langkawi pada 21 Mac lalu semasa LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) sedang berlangsung tertera namanya dan juruterbang terbabit (Fournier).

Juruterbang itu mempunyai akses masuk ke kediaman wanita itu," katanya.

Abdul Samah berkata, siasatan polis mendapati Aidana merupakan pelajar jurusan diploma pelancongan di tiga buah kolej iaitu Sunway University, Lim Kok Weng Universiti dan Segi College.

"Dia belajar di tiga kolej itu pada tahun 2010 hingga 2014 dan mendapat diploma dari Segi College pada 10 Oktober lalu," katanya.

Berikutan itu, polis mengambil keterangan daripada rakan-rakan wanita itu.

"Wanita itu amat berminat untuk menjadi seorang juruterbang, selain itu, ada saksi yang pernah melihat mereka (Aidana dan Fournier) terbang menaiki helikopter bersama beberapa kali sebelum insiden," katanya yang meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai wanita itu.

EDISI PENANGAN GST ... PENIAGA PASAR LAMBAK PONTIAN KAWASAN PARLIMEN AHMAD MASLAN CGPA 3.85 PUN KENA GST.



Meskipun hanya diberikan lesen sementara bagi menjalankan perniagaan di tapak pasar lambak di Pekan Nenas, beberapa peniaga mengeluh kerana dikenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa peniaga pasar lambak mengenai bayaran GST yang dikenakan ke atas lesen sementara mereka pada 5 April, lalu.

“Saya dimaklumkan peniaga sendiri mengenai bayaran cukai tersebut, dan mereka turut menunjukkan bukti lesen sementara yang dikenakan  cukai berkenaan.

“Meskipun bayaran tersebut hanyalah 12 sen, namun mereka (peniaga) mahukan penjelasan berhubung cukai dikutip itu,” katanya.

Menurutnya, memandangkan peniaga tidak menyewa tapak berkenaan secara kekal kerana berniaga dalam tempoh sekali seminggu, tidak wajar mereka dikenakan GST.

Jelasnya, peniaga terlibat adalah peniaga kecil dan mereka menggunakan tapak sementara hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Sehubungan itu, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada PBT berhubung isu tersebut.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian (MDP), Suhairi Hashim berkata, bayaran RM5 yang dikenakan ke atas lesen sementara peniaga pasar lambak meliputi bayaran kerja pembersihan, bayaran permit dan sewa tapak. 

“Daripada RM5 itu, RM3 dikenakan bagi bayaran permit, tetapi cukai GST hanya dikenakan bagi bayaran RM2 ke atas sewa dan kerja pembersihan.

“Bagaimanapun, MDP akan mengkaji semula cukai dikenakan itu, dan kemungkinan akan menyerap kos berkenaan dengan mengeluarkan permit kekal kepada peniaga,” katanya, semalam.



APA LAGI RAKYAT PONTIAN MAU!!!!!
  ... KALAU TIDAK MAU BAYAR GST IKUT SAHAJA SARANAN AHLI PARLIMEN LANGKAWI MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN LANGKAWI DATO' IR NAWAWI AGAR BERPINDAH DUDUK DI BULAN.

BEBERAPA GAMBAR ARMADA KERETA BMW 7 SERIES DENGAN JATA KERAJAAN DILIHAT DI BMW BANDAR PUTERI PUCHONG MENJADI TANDA TANYA????.



Omak Kau mendapat maklumat bahawa kereta-kereta BMW 7-Series ini dengan jata Kerajaan Malaysia dilihat di BMW Bandar Puteri, Puchong.

Omak Kau tidak dapat mengesah dan mempastikan sama ada apa yang diberitahu ini benar lagi sahih.

Mohon sesiapa yang ada maklumat dan pihak BMW  membuat pengesahan demi pencerahan sebab jika apa yang dikatakan ini benar maka ini sudah dikira suatu pembaziran dikala ada kementerian menyamakan kualiti Proton sudah setanding dengan BMW jadi apa perlu mengguna pakai BMW sebagai kereta rasmi kerajaan.

Katanya sebuah kereta BMW ini berharga hampir setengah juta ringgit.

ANAK PEREMPUAN MUHYIDDIN NAIK HELIKOPTER TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL.


Heboh dimedia sosial mengenai gambar kononnya anak Muhyiddin Yassin yang baru sahaja berkahwin naik helikopter ada terpampang jalur gemilang.

Tidak dapat disahkan sama ada helikopter ini kepunyaan kerajaan ataupun persendirian.

Demi berlaku adil demi kebenaran maka perlunya pihak yang terbabit memberikan respon segera.

Lagi lama membisu lagi teguh terbentuk persespi yang tidak indah dan lunak.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...