KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 10 April 2015

NAJIB DEDAHKAN BETAPA MAHATHIR DESAK AGAR HASRAT PEMBINAAN JAMBATAN BENGKOK DITERUSKAN SAMBIL MENYATAKAN DIRINYA TERBUKA KEPADA KRITIKAN YANG MEMBINA.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terbuka kepada sebarang kritikan daripada mana-mana pihak terhadap kepimpinannya.

Namun, katanya, kritikan itu seharusnya dibuat secara berhemah dan bertanggungjawab.

Beliau berkata sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, beliau akan mengutamakan kepentingan rakyat dan parti itu dalam membuat sesuatu keputusan.

“Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Apa pun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.

“Itu saya nak tegaskan,” kata beliau semasa diwawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang disiarkan malam ini.

Najib ditanya oleh hos Hamdan Ahmir mengenai kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau tetap menghormati Dr Mahathir seperti mana beliau menghormati rakyat Malaysia yang lain.

Perdana Menteri turut menafikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan adalah ‘handout’.

Sebaliknya, Najib menjelaskan ia adalah satu bentuk jaringan keselamatan sosial untuk golongan itu.

Beliau berkata pemberian BR1M yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal itu dapat memberi timbal balas kepada golongan berpendapatan rendah berikutan pengurangan dan pemansuhan subsidi.

Menurutnya banyak negara juga mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial dalam pelbagai kaedah bagi membela nasib rakyat mereka.

Najib juga membuat pengakuan pernah berjumpa dengan Tun Mahathir dirumah Tun Mahathir tidak dirumah rasmi Perdana Menteri, atas dasar hormat kepada dirinya untuk mendapatkan penerangan dan penjelasan lebih jelas tentang apa jua ketidak puas hati beliau mengenai pentabiran negara yang diterajuinya.

Dalam pertemuan tersebut Tun Mahathir sekali lagi, telah menyuarakan agar Tambak Johor yang menghubungkan Johor/Singapura diroboh dan digantikan dengan Jambatan Bengkok ... hasrat dan permintan Tun Mahathir itu Najib Razak berjanji akan bawa ke mesyuarat untuk dibincang secara halus dan mendalam dan keputusan akhirnya dibuat bahawa permintaan Tun Mahathir itu tidak dapat dilaksanakan.

Isu 1MDB juga disentuh oleh Najib Razak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta Ketua Eksekutifnya Arul Kanda Kandasamy telah mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menerangkan mengenai syarikat tersebut.

Najib berkata beliau tidak pernah menjelaskan secara langsung mengenai 1MDB kepada Dr Mahathir kerana urusan tersebut tidak dibangkitkan secara terus oleh bekas Perdana Menteri itu kepadanya.
 

Dr Mahathir baru-baru ini meminta Najib menjawab beberapa persoalan berkaitan 1MDB setelah mengkritik beliau mengenai kerugian serta hutang yang ditanggung oleh syarikat tersebut.

Dr Mahathir juga meminta Najib menjelaskan mengenai hubung kait syarikat tersebut dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, serta sumber kewangan anak tiri beliau Riza Aziz, yang membeli hartanah mewah di New York.

Dalam wawancara tersebut, Najib berkata beliau telah meminta Ketua Audit Negara mengesahkan sama ada dana 1MDB disalahgunakan untuk membuat filem dan sebagainya.

Ditanya mengapa soal pembikinan filem itu dibangkitkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: "Sebab ada dakwaan sedemikian. Saya tidak mahu mempertahankan apa-apa sebab ia melibatkan ahli keluarga saya, dan oleh sebab itu saya hendak Ketua Audit Negara mengesahkan perkara ini."

Ditanya sama ada beliau memohon kepada pihak pengurusan 1MDB supaya lebih telus dalam urus niaga akan datang, Najib berkata beliau telah pun berbuat demikian.


Mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Najib menjelaskan pada tahun 2008 di sebuah Masjid di Permatang Pauh ketika berkempen PRK Permatang Pauh beliau sudah pun bersumpah sebanyak tiga kali, Wallahi Wabillahi Watallahi, bahawa dirinya tidak pernah mengenali Altantuya, tidak pernah bergambar bersama dan jua terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam kes pembunuhannya.

Pihak polis telah menjalankan siasatan dan perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi bersandarkan kepada siasatan polis telah menyatakan dirinya tidak terlibat dan ada kaitan langsung dengan pembunuhan Altantuya.

Najib akui kini beliau berdepan dengan suatu ledakan media sosial yang begitu hebat dan tidak pernah pun dirasai pada zaman pemerintahan Tun Mahathir .. ledakkan media sosial ini menimbulkan suatu persepsi jika tidak ditangani dan di urus dengan baik persepsi akan menjadi realiti.


Apa yang pasti, dalam soal jawab tersebut Najib sedikit pun tidak menyerang Tun Mahathir secara peribadi malahan beliau bersikap berjiwa besar akui dirinya tidak sempurna dan tidak lari dari membuat kesilapan semasa mengurus dan mentadbir negara tapi yang pasti beliau sedia menerima perbezaan pendapat serta kritikan asalkan ianya dilakukan secara berhemah.

Menyentuh kenyataan Dr Mahathir yang Umno/Barisan Nasional (BN) akan tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya beliau terus menerajui negara dan BN, Najib berkata beliau tidak bersetuju kerana percaya sokongan padu yang diberikan ahli mampu memberi kemenangan.

Perdana menteri berkata selagi mana tiada unsur sabotaj dalam parti maka tidak mustahil Umno dan BN akan terus menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Itu pendapat peribadi Dr Mahathir. Apa yang kita dalam parti merasakan, soal kejayaan kepada UMNO dan BN bergantung kepada kekuatan kita. Kekuatan kita hanya akan menjadi suatu kejayaan kalau kita berpadu dalam parti.

"Kalau kita berpadu dan tidak bercanggah sesama kita, tiada unsur-unsur sabotaj dan sebagainya, saya yakin kita boleh menang dalam PRU14 yang akan datang," katanya.

6 comments:

  1. Ini kes gajah sama gajah beramuk, ada badak sekor akan tolong sekor gajah yg muda sikit tu. Gajah tua tu, sedang tunggu masa shj follow LKY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapalah kau bagi komen bodoh mcm ni?

      Delete
    2. Setuju...komen anon 00:39 mencerminkan taraf pendidikan beliau..

      Delete
  2. http://www.bnbbc.my/?p=43625
    Beliau turut menjelaskan mengenai dakwaan 1MDB memindahkan sejumlah dana ke akaun sulit di Pulau Cayman dengan menyatakan duit itu sebenarnya tidak berada di Pulau Cayman.

    “Ia adalah pendaftaran saja, ada 200 syarikat Malaysia mempunyai akaun di Pulau Cayman.
    BOLEH KAH PERCAYA LAGI INI PUNYA CAKAP

    ReplyDelete
  3. Jambatan.bengkok paut diteruskan air sepanjang tambak hitam kotor sebsb air tidak dapat menglir sempurna....tambak tu pun satu struktur paling hodoh di dunia ini abad ke 20....wajar jembtan benkok diteruskan semula...kote bengkok bang non bole mati kalu embatan bengkok diteruskan ahakss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kkalau awak mati sebagai islam. Jgn terkejut kalau semua pahala awak dpt pd yg kena fitnah.. wallahhuaqlam

      Delete