KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 9 April 2015

AHLI PARLIMEN SEPANGGAR DI GANTUNG SEBAGAI KETUA UMNO BAHAGIAN SEBAB KRITIK KETUA MENTERI SABAH DI FACEBOOK.



Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris digantung sebagai ketua Umno bahagian itu kerana didakwa menjejaskan imej parti tersebut.

Pergantungan itu dilapor telah diputuskan sejak dua minggu lalu oleh Lembaga Disiplin Umno.

Difahamkan, bagaimanapun Jumat diberi peluang untuk membuat rayuan berhubung tindakannya yang lantang mengkritik pimpinan Umno negeri tersebut.

Setiausaha Kerja Umno Sabah, Kadzim Yahya ketika dihubungi mengesahkan bahawa Perhubungan Umno Sabah belum menerima sebarang notis mengenai pergantungan itu dari ibu pejabat.

Pada Januari lalu, Setiausaha Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahiruddin bersama Naib Ketua Pemuda, Shahelmy Yahya dan Ketua Puteri, Normalah Sidek menggesa Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap Jumat kerana menjejaskan imej parti.

Jumat dilapor telah mengkritik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman secara terbuka di laman sosial Facebooknya.

6 comments:

  1. Orang2 kat Malaysia umpama dah didoktrinkan bahawa politik partisan boleh mengubah keadaan hidup mereka, sehingga semua benda mahu dikaitkan dengan politik, walhal untuk mengubah hidup mereka memerlukan usaha, keberanian dan kerja keras. Kerana adalah lebih senang untuk menyalahkan orang lain dari menerima kelemahan diri sendiri lalu mengatasinya. Orang Islam dari keturunan Melayu khususnya, seperti hanya nampak politik, politik, politik sahaja dalam kehidupan mereka. Seolah-olah mencari jalan pintas mudah untuk menyelesaikan semua masalah mereka, sedangkan ianya hanya dapat menyelesaikan masalah pada peringkat permukaan sahaja. Sikap dalaman Islam-Melayu negara ini masih lagi malas dan lemah. Malas segala-segalanya; berfikir, bekerjasama, bekerja, belajar, mengkaji, mencipta dan apa-apa jua. Lemah; ketahanan mental, semangat, daya fikir, daya bersaing, fizikal, kreativiti, inovasi. Diterukkan lagi dengan sikap-sikap buruk seperti tidak amanah dalam menjalankan tugas, dengki, khianat, batu api, serkap jarang, label melabel dan semua itu.

    Kelemahan ini telah ditangguk sepenuhnya oleh orang yang mahu menguasai tanah ini kerana mereka tahu kelemahan Islam-Melayu ini. Menggunakan politik partisan sebagai senjata, mereka dengan mudah menjalankan taktik pecah dan perintah untuk menguasai. Ditambah pula dengan mereka telah berjaya menguasai ekonomi (kerana kerajinan dan tolong bantu sesama mereka tetapi menekan sesiapa yang bukan dari kalangan mereka), dengan senang mereka memanipulasi pasaran untuk menimbulkan suasana yang menekan ekonomi dan melemahkan umat Islam ini. Provokasi ekonomi ini berjaya. Melayu-Islam bertengkar sesama sendiri. Mereka tekan lagi dan pertengkaran semakin berapi. Parti politik bagi mereka hanya alat, bukan anutan, bukan betul-betul pun mereka memperjuangkan label parti mereka.

    Malah kelemahan Islam-Melayu ini juga diambil peluang oleh kuasa asing untuk menguasai negara ini. Tali barut mereka berkeliaran di Malaysia. 'Bantuan' kewangan diberikan kepada tali barut2 berkenaan.

    Malas berusaha, tidak berani dan sering menuding jari menjadikan Islam-Melayu makin mundur. Politik partisan ini berjaya menyempitkan, merosakkan dan memundurkan fikiran orang Islam-Melayu. Malangnya mereka tidak sedar-sedar. Terus menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri.

    Buang politik partisan dari diri. Hidup dengan jelas, bebas dan kuat. Jangan malas dan perkuatkan diri. -Nota: Kenyataan di atas ini Cut & Paste job, daripada blog page "Buasir Otak". Saya seorang Anonymous yang malas tapi saya tiada masalah untuk buat pengakuan-

    ReplyDelete
  2. Salam semua,

    Dinasihatkan Omak Kau dan pembaca2 suruh PKR beramai2 beri kritikan membina kpd president parti kita. Tak habis2 nepotism. Yang jelek mamat ninja turtle pandan mareiiiiii tu kata yg layak Mrs Jijah kipas d Satay Kajang. Ada plakkkkkkkk kutu sewel nepotism kata Nurul Nuha patut. bertanding. Ini semua dakyah2 pendokong nepotism dlm parti.

    PKR perlu direformasikan parti sebelum dapat mereferomasikan negara.

    Part adalah hak ahli bukan hak keluarga mat matang bamboo river villa

    Cukup sampai sini saja. Zuhur sat ni mailah kat Masji Sri Petaling (Markas Jamaat Tabligh), kami dari Jamaah nak buat ghash kat Puchong Permai malam nanti. Hangpa turun surau puchong permai ada majlis ilmu.

    Wokey Dokey

    Yang Benerrrrrrrrrrrrrrrrrrr
    Jeff Ulu Bernam
    Reformist yg Originel

    P/S: Politik2 juga, kerja dakwah jangan berhenti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekuatan PKR terletak di tangan Anuar Ibrahim. Kekuatan Anuar berjaya satukn pas dan dap. Umno terpaksa pakai idea yahudi utk pecah belahkn PR. Akhirnya jln pintas utk tujuan ini Anuar dipenjarakn. Strategi ke dua lemahkn PAS. Siapa yg akn galas tugas Anuar klu bukan Azizah. Tak timbul soal nepotism. Jgn percaya dakyah Jeff tauke 4 kandang. Jeff ni ahli umno. So...kita tahu apa niat Jeff.

      Delete
  3. Apsal bodoh sgt lawak ko ni? Oppsss... Sorry, lupa. Orgnya pun bodoh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeff tauke babi bukan buat lawak. Dia mmg serius utk hancurkan PKR dan PR. Dr niat jahat diterjemahkn melalui tulisan.

      Delete
    2. Dont drink n drive.Jeff Jeff i kill my brother

      Delete