Tuesday 1 July 2014

FAEKAH HUSIN BELASAH LUMAT LUNYAI KETUA AMK KERANA DESAKAN AGAR TSKI LETAK JAWATAN SEBAGAI MB SELANGOR TERSEBAR LIGAT DI ALAM MAYA.



Desakan Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ahli Biro Politik KEADILAN untuk YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor adalah satu tindakan yang melangkaui arahan Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.

Samada beliau sedar atau pun tidak, arahan yang diberikan oleh Ketua Umum tersebut dikeluarkan sebaik sahaja beliau secara membuta-tuli membuat dakwaan bohong tentang wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.

Selain singgungan terus yang dibuat oleh Ketua Umum sebaik dakwaan bohong itu keluar, Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar Samad pula telah membuat kenyataan balas kepada Ahli Parlimen Bukit Katil tersebut dengan kiasan bahawa PAS tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat bagi membuat keputusan bagi  pihak parti itu.

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan Rakyat dan merosakkan imej KEADILAN di mata rakyat.

Sewajarnya beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota Biro Politik parti. Apatah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam Biro Politik sendiri, iaitu YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid.

Jika hujah YB Shamsul Iskandar bahawa YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan YB Dr. Daroyah Alwi? Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah YB Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?

Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden KEADILAN sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang? Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?

Dalam hal ini saya kira YB Shamsul Iskandar perlu objektif. Sebagai peguam, beliau sepatutnya telah sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan Menteri Besar. Janganlah kerana keinginan yang teramat sangat untuk mengampu langsung mencampakkan dirinya ke ruang kebodohan undang-undang.

Wajarnya YB Shamsul Iskandar bermuhasabah diri tentang prestasi beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felda di Selangor sebelum ini. Dengan laporan kerja yang tidak pernah diterima oleh pentadbir negeri, wajarkah beliau mempersoal kredibiliti seorang Menteri Besar yang telah terbukti keupayaannya di mata rakyat? Beliau harus jawab!

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI PENYELARAS DUN PELABUHAN KLANG

17 comments:

  1. Canteek kita tunggu jawapan...
    Klau tak boleh jawab....hara kiri jelahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balikla TB, semua orang dah tau kau sapa. Pencscsi fitnah. Sehari tak fitnah TSKI tak dah

      Delete
    2. Yep betul tu. Malaysia Waves / Deramang / Tulang Besi cukup benci 3 perkara

      a. Khalid MB - (Comment - Orang jujur pun Deramang nak benci)
      b. Golongan Ulamak PAS - ( Comment - Orang arif pasal hukum pun Deramang benci)
      c. Kereta Alphard - (Comment - Orang keluarga ramai pun Deramang Benci)

      Kah Kah Kah, ahli PAS kunun. 2013 Deramang ni naik Syeikh kat opis PKR kat Tropicana.Kah Kah Kah maki reporter macam UG (Urang Giler).

      Lantak la Deramang nak naik sheik ke tak. None of my business. Tapiiiii
      orang PAS kalau nak naik sheikh dia pi opis PAS kat jalan Ipoh, Orang UMNO pi PWTC, Golkar pi Jakarta dan PKR pi Tropicana.

      Soalannya. mengapa Deramang d Doremon pi naik sheikh kat Pejabat PKR. Dia pakai T-Shrt hijau bukan light blue macam kalerr United Nation.

      Soalan Objektif untuk dijawab. SIla jawabbbbbbb
      a. Adakah dia salah opis? Dia ingat Jalan Ipoh kat PJ Utara Kah Kah Kah
      b. Adakah dia silap parti ? Dia ingatkan DSAI adalah Presiden PAS Kah Kah Kah
      c.Adakah dia maki wartawan sebab tak dapat kerja sebagai Reporter Utusan
      d. Adakah dia maki reporter sebab perasan The Rock (Abang Dwayne dalam WWE)
      e, Lain2 alasan yang munsabah atau UG (Urang Gilerrrrrrrrrr)

      Rakaman TB@Malaysia Waves@ Deramang buat aksi Tancho (Bukan Macho kat opis PKR ada di link dibawah
      ww.youtube.com/watch?v=3vqmF-4_ZzA

      Delete
  2. ok. aku samsul iskandar akan menjawab.

    selaku Pnegerusi Jawatankuasa Bertindak Felda Selangor..memang tak hantar laporan kat pentadbiran negeri. Camna lah aku nak antar. aku dah la ketot. dah la ketot. pala nak botak lak tu. aku ni ibarat toyol pkr la. ko jgn hentam aku faekah.

    Yang penting Azmin. Hanya azmin sahaja layak jadi MB dan kekalkan pemerntahan PR di selangor. PKR akan hanya dapat rampas putrajaya kalau Azmin jadi MB. Walaupun azmin ketagih mengaiskrim kan kotenya..namun dia layak.



    Samsul iskandar ketot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia gaya bahasa.contoh Islam wasatiyah.agak agak ler bro.bahasa melambangkan cara didikan diterima.

      Delete
  3. pi mampus la ko sam ketot...ko jaga la parlimen ko tu...lg satu ko tu x layak jaga selangor, aku rkyat selangor jati berdiri teguh menyokong tski...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun rakya selangor jati berdiri teguh dgn tski yang banyak mencatur air, dan banyak meluluskan lebuhraya bertol akan datang kt selangor. 5 lebuhraya baru diutara selangor dan 4 di selatan slgor. hidup tski!

      Delete
  4. Masih lagi buat-buat buta dan tuli. Langkah Kajang dah gagal. Ini semua mainan licik Anwar Ibrahim bagi mengelak malu dan juga bagi penuhi nafsu politik anak beranak. Masih ingat ketika dalam ABIM, inilah strategi lapuk utk kekal menjadi Presiden. Kawan2 rapat dikukuhkan kedudukan supaya tidak mengganggu gugat. Sila tanya Md Nur Manutti. Sila tanya Yusri. Sila tanya kawan-kawan yg dah lama tinggalkan Anugerah Tuhan ini. Kenapa begitu ramai kawan-kawan kini menjadi musuh? Mengapa beberapa kerat musuh kini menjadi kawan? Jangan kerana hendak bermain political game, kamu perjudikan nasib dan masa depan Rakyat yang telah kamu heret sama demi mendapatkan muka depan akhbar utama. DSAI, I am asking you to just LEAVE. Fikir-fikirkanlah. -TAXPAYER-

    ReplyDelete
  5. Sy sokong TSKI tapi sekarang ni banyak berpihak mengikut telunjuk putrajaya ...banyak condong membuat keputusan berpihak putrajaya mungkin ini la sbb jawatan MB hendak ditukarkan...Berubah la TSKI tidak lagi membuat keputusan mengikut telunjuk putrajaya ...banyakkan berbincang bersama exco2 dan ahli PR selangor..membuat keputusan negeri.....jika TSKI masih tidak berubah....maka ahli3 pasti lebih curiga...berubah la TSKI ramai yg menyokong TSKI....jgn jadi macam isu Kidex semua ahli tidak menyokong...tapi MB seorg yg sokong adakah itu membuat ahli marah dan itu juga menunjukkan MB punya fikiran tidak melihat ahli2 sekeliling . Seolah2 TSKI ...mengikut condong putajaya...jadi ikutla suara besar ahli PR selangor supaya TSKI tidak di pandang negetif lagi dek kerana semacam sebulu dgn putrajaya...

    ReplyDelete
  6. Aku sokong Faekah..
    Agaknya shamsul ni dah jadi ejen umno kut .. utk pecah belahkan pr ... berhatihatilah dengan mamat ni.
    So far TSKI is the best mb...
    shamsul ni macam dh gila pangkat jer..

    ReplyDelete
  7. KENAPA PUTRAJAYA ?
    PUTRAJAYA CANTEK.

    ReplyDelete
  8. Secara logik la contoh kes kidex ....semua org dlm pakatan tak sokong dgn kidex...pakahalnya mb seorg yg sokong .. MB sudah kena bg mkn ulam raja ker...sehingga menyahut membeei sokongan pd projek putrajaya ni....sedangan yg lain x sokong mb seoeg aokong ada permainan apakah ini?

    ReplyDelete
  9. Khalid Ibrahim tetap MB Selangor sehingga sekarang dan dia ada kuasa eksekutif utk membuat keputusan...Siapa Anwar utk pertikai? Siapa Kit Siang utk pertikai? Siapa Shamsul Ketot utk pertikai? Harap mereka ini cermin diri. Kuasa melantik MB baru adalah kuasa Sultan. Nak kata Bodoh tapi orang lantik jadi pemimpin. Sila rujuk perkara 53 (2)(a) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. To others, SHUT UP! -USJ United-

    ReplyDelete
  10. ungku mohdnoor mahmoid2 July 2014 at 13:01

    Tersasar di perjalanan, muhassabah lah. Beza berpolitik orang Islam dgn bukan Islam, ada term dakwah. . Orang Islam di tuntut berdakwah . Politik dan dakwah perlu seimbang dan complements each other. Pendakwah wajib berjiwa besar .

    ReplyDelete
  11. Buat kerja masing². Tanya org atas, "boleh ke saya buat kenyataan ssekia-sekian?"

    ReplyDelete
  12. sebaik2nya YAB Dato Menteri Besar Selangor TSKI

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...