Sunday, 6 July 2014

NAMPAKNYA KETUA AMK LANGSUNG MASIH TIDAK AKUR AKAN NASIHAT DAN ARAHAN YANG DIBERIKAN OLEH KETUA UMUM KEADILAN, DSAI WALAUPUN SURAT TUNJUK SEBAB TELAH DIBERIKAN OLEH LEMBAGA DISIPLIN PARTI MENGENAI ISU JAWATAN MB SELANGOR.



KENYATAAN MEDIA

6 Julai 2014

RAKYAT SELANGOR MENGUNDI PAKATAN RAKYAT SEMASA PRU13, BUKAN KHALID IBRAHIM SEMATA-MATA


Saya mengecam kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa “kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya” sebagai merujuk kepada kedudukan Dato' Menteri Besar Selangor yang kini disandang beliau.


Apatah lagi kenyataan beliau tersebut telah dijadikan modal politik oleh media-media milik UMNO-BN seperti Utusan Malaysia dan TV3 untuk menghentam Pakatan Rakyat. Media-media tersebut juga mutakhir ini kelihatan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan Tan Sri Khalid serta memberikan ruang kepada penyokong-penyokongnya untuk memburukkan parti.


Kenyataan ini jelas menzahirkan kedangkalan beliau dalam memahami bahawa jawatan Dato' Menteri Besar itu sendiri diperolehi melalui pencalonan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khususnya dan konsensus Pakatan Rakyat amnya, yang telah dipilih majoriti rakyat Selangor semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.

Amat malang apabila proses ini tidak dianggap penting dan dibelakangi. Ini jelas menunjukkan beliau meletakkan dirinya melebihi kepentingan parti, seolah-olah beliau merupakan faktor utama kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor.


Jika Tan Sri Khalid merasakan Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya dibentuk oleh Pakatan Rakyat selepas PRU13 adalah berpunca daripada pencapaian dirinya seorang, maka ternyata beliau silap. Mungkin beliau lupa "terpaksa lari" dari mempertahankan kerusi DUN Ijok kerana dilaporkan mungkin tewas sekiranya kekal di sana.

Malah beliau gagal mempertahankan jumlah majoriti yang diperolehi di DUN
Pelabuhan Klang dan kini terpaksa melantik penyelaras DUN yang memegang pelbagai jawatan lain termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dengan gaji mewah untuk menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat kawasan.


Saya ingin tegaskan bahawa Tan Sri Khalid tidak mungkin menang di DUN Ijok atau Pelabuhan Klang pada tahun 2008 dan 2013 sekiranya bertanding sebagai calon Bebas ataupun Barisan Nasional (BN). Rakyat Selangor telah memilih KEADILAN dan Pakatan Rakyat kerana yakin dengan agenda dan manifesto yang ditawarkan secara kolektif dan bukan kerana Tan Sri Khalid.


Saya menuntut Tan Sri Khalid berhenti daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal dan menghina kebijaksanaan rakyat serta akur dengan desakan agar beliau berundur segera. KEADILAN telah sepakat mendesak pengunduran Tan Sri Khalid dan ini telah pun diputuskan lebih awal iaitu dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Parti pada 15 Januari 2014.

KEADILAN juga menghormati pandangan DAP dan PAS sebagai parti rakan di samping mahu mengingatkan konsensus Pakatan Rakyat tidak tertakluk kepada majoriti kerusi semata-mata sebagaimana kes di Perak dan pelantikan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, apatah lagi hanya individu.


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua
Angkatan Muda Keadilan
merangkap Ahli Parlimen Bukit Katil


ULASAN JUJUR LAGI IKHLAS OMAK KAU:-

1)   Adakah Shamsul Iskandar ingat bahawa kenyataan melampau beliau ini tidak akan dikutip oleh pihak media milik dan kawalan UMNO/BN untuk dijadikan modal politik mereka menyerang kepimpinan PR secara am dan KeADILan secara khususnya? .. Jadi tidakkah dirinya sendiri yang beriya-iya bersikap biadap melampau dalam memburukkan parti secara tidak langsung dengan tidak sedikit pun ambil kisah tentang amaran dan nasihat Ketua Umum KeADILan, DSAI walaupun surat tunjuk sebab telah dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin Parti?

2)   Bagaimana pula TSKI meletakkan diri lebih dari kepentingan parti sedangkan tiada kata putus mutlak yang dikeluarkan oleh parti mengenai kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. .. yang hanya kedengaran ialah kata-kata peluru kapur berselindung dibelakang jawatan sebagai wakil rakyat oleh beberapa individu menyebabkan rakyat kini bertambah keliru dan bercelaru serta parti dipandang menjadi haru biru.

3)   Kalau sudah pemilihan TSKI sebagai MB Selangor berdasarkan kepada kosensus Pakatan Rakyat dengan pencalonan datang dari Parti KeADILan Rakyat maka sewajarnya biarlah perkara dan adab serupa mengambil tempat bukannya kata-kata tepi jalan dari pemimpin yang diketahui umum berada dalam kelompok Keadilan Raya... biarkan pucuk tertinggi Pakatan Rakyat berbicang dan membuat keputusan sepertimana saranan DSAI dan dalam masa yang sama jangan ada pemimpin dan wakil rakyat mengeluarkan kenyataan mengeruhkan lagi keadaan.

4)   Disini jelas sekali Ketua AMK amat dengkel dalam membuat pertuduhan bahawa TSKI lari dari bertanding di DUN Ijok dan lari bertanding di DUN Pelabuhan Kelang dengan gagal mempertahankan majoriti ... A)  Siapa Pengarah Pilihanraya PKR yang difahamkan memberi kuasa menentukan pemimpin itu bertanding dimana?.. Siapa? Adakah TSKI sendiri atau kepala Keadilan Raya? .. Adakah tanpa restu dan kelulusan pucuk tertinggi KeADILan maka TSKI boleh berpindah bertanding dari Ijok ke Pelabuhan Klang??  Ikut hukum akal logik .. Boleh????

5)   Ketua AMK kena terima hakikat dan jangan putar sorok fakta bahawa semasa PRU 13 lalu isu keberkesanan dan kecekapan TSKI sebagai MB Selangor dijadikan modal utama di Selangor dalam kempennya mempertahankan Selangor .. Itu jangan cuba nak nafikan. .. Mengenai kemerosotan undi majoriti beliau perolehi di DUN Pelabuhan Klang adakah Ketua AMK terlepas pandang atau buat-buat tidak tahu bahawa Ketua Kartel Keadilan Raya pun gagal mempertahankan majoritinya di Parlimen Gombak. Masa PRU 12 majoriti 6,867 dan PRU 13 majoriti hanya 4,734 .  Dan majoriti TSKI di Parlimen Bandar Tun Razak PRU 12  ialah 2,515 undi sedangkan majorti PRU 13 melonjak naik ke 11,832 undi. .. Malahan YB Dr Idris menang di DUN Ijok dengan majoriti undi yang merosot sekadar 739 undi dari PRU 12 dimenangi TSKI sebanyak majoriti 1,920 undi.

6)   Omak Kau akui rakyat memberikan undi kepada setiap calon PR terutamanya PKR adalah sifat bertanding atas parti begitu juga Ketua AMK bertanding di Parlimen Bukit Katil .. Jadi mengapa tidak mau akur arahan dan nasihat Ketua Umum KeADILAN, DSAI agar berhentikan segera segala kenyataan mengenai jawatan MB Selangor? .. Sombong dan angkuh sangat ke? . Merasakan diri itu kebal dari sebarang tindakan disiplin parti ke? .. Lagi pun tidak pernah lagi TSKI keluarkan kenyataan mendabik dada yang beliau menang bertanding di DUN Ijok mau pun DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak atas sifat peribadi .. Tidak pernah.

7)   Adakah mnenjadi kesalahan melantik orang yang TSKI percayai menjadi Pegawai Penyalaras DUN? .. Suatu jawatan semacam Pegawai Khas DUN .. mengapa tidak mempersoalkan para pemimpin PR lain yang lantik Pegawai Khas menjaga kawasan parlimennya? ... Adakah beliau sendiri tidak ada Pegawai Khas atau Pembantu Peribadi di Parlimen Bukit Katil?

8)   Benarkah ada keputusan mutlak yang dicapai dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Parti pada 15hb Januari 2014 yang lalu sepakat mendesak TSKI undur sebagai Dato' Menteri Besar Selangor? .. Jika ada sedemikian mengapa sehingga sekarang tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pucuk tertinggi KeADILan? .. Mengapa?????? .. Bukankah isu sebesar ini dan keputusan sudah dibuat maka wajar dihebahkan kepada rakyat amnya dan setiap anggota parti khasnya lebih-lebih lagi kepada rakyat Selangor???

9)   Oleh itu Ketua AMK jangan bertindak melebihi yang sepatutnya .. jangan lebih sudu dari kuah .. rakyat semakin muat dan meluatlah .. Mohon berdiam diri . Hormati nasihat dan arahan Ketua Umum KeADILan .. Akur akan tunjuk sebab Lembaga Disiplin Parti. .. Jangan merasakan diri itu hebat dan tidak boleh digugat. Kamu naik kerana rakyat dan dari rakyat juga kamu akan diperhambat  jika berterusan degil dan sombong dengan nasihat dan arahan Ketua Umum KeADILan DSAI serta dipandang seperti memperlekehkan surat tunjuk sebab dari Lembaga Disiplin Parti.

10)  Akhir kata .. mengkritik dan menegur parti dan kepimpinan ada batasannya .. biarkan perkara yang besar ini diselesaikan secara baik oleh pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat .. sudah pasti demi kebaikkan parti dan rakyat diambil kira sebagai prioriti bukannya kepentingan peribadi.

Penutup bicara :-

Omak Kau amat sedih pada bulan Ramadhan bulan yang mulia ini kita sepatutnya berbaik-baik bukannya cara begini menama perasaan benci dan keliru kalangan anggota parti..apakah Ketua AMK sudah lupa syariat dan hukum Allah?

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya". [HR Bukhari & Muslim]

Dari Hurairah ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara".
[HR Bukhari & Muslim]

Dari Abu Darda ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." [HR Muslim]

Rasulullah saw. bersabda, "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi saw. menjawab: "Cegahlah dia". [HR Bukhari]

21 comments:

  1. Dasar Ketua AMK yg paling BODOH yg aku pernah jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam cari pasal aja nak lompat ke UMNO ikut jejak kengkawan Ruslan Ksaaim, Ezam etc...Dulu katak2 ni semua pun mula2 buat perangai camni gak sblum resmi kuar PKR.

      Delete
    2. SINAR
      SHAH ALAM 5 Julai - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pentadbiran kerajaan negeri ditempelak oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

      Menurut Abdul Khalid, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.

      "Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan.

      "Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.

      "Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di sini hari ini.

      Semalam sebuah portal berita melaporkan, Anwar dikatakan bimbang dengan pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Abdul Khalid.

      Antara isu yang dibimbangi Anwar adalah tiada rundingan dalam kalangan pemimpin kerajaan negeri berhubung pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air.

      Abdul Khalid berkata, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikannya.

      Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri perlu dipatuhi supaya rakyat yakin dengan kepimpinan tertinggi.

      "Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya.

      Beliau menambah, pendirian yang dipegangnya untuk melakukan sesuatu perkara adalah sentiasa mengutamakan kepentingan negeri.

      "Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak.

      "Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.

      Delete
  2. inilah manusia pendek yang kontot yang dok sedar diri, aku duk rasa nilah kali terakhir dia jd MP di Bt Katil, dasar dok sedor diri, tahniah TSKI, jangan dilayan langau azmin cam gila kuasa nie, pengundi undi PKR bukan sbb ko bodoh kontot, pengundi undi sbb MB yang bagus utk rakyat

    ReplyDelete
  3. Pecat ketot ni dari GLC

    ReplyDelete
  4. Rasanya semakin lama TSKI memegang jawatan MB Selangor semakin ramai pemimpin2 dan ahli PKR yang jadi sasau dan mereng kerana hasrat nak menyamun wang negeri Selangor tak kesampaian. Tambah pula bila dapat tahu MB sedang bercadang nak taburkan wang raya kepada kakitangan kerajaan negeri, peluang untuk puak2 Keadilan Raya nak beraya sakan dengan wang rakyat makin tipis. Carry On TSKI. Kalau perlu sediakan Insitut Gila/Mereng di Selangor takut tak cukup tempat di Tanjung Rambutan dan Tampoi.

    ReplyDelete
  5. Haluuuuuuu. .........

    Sabar....sabar... bri ksempatan gua tarbiah dulu malaun ni.....jgn jdi cam che det....urut usus dh expired pun msih dok kacau parti jmbalang lagi....jit tuya smpai trkementot urat dubur tahan berak 2 hari cam saipol shit trkemut2 menepis citarasa mahafiraun...biarkan parti buat kputusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudahlah OMAKKAU jangan buat ulasan panjang lebar kat blog akan menjadi modal lagi....biarkan parti berbincang secara telus jangan jadi macam jibtuya orang UMNU sok sek kat bawah soh turun takhta tapi ada dia buat kesah yang penting kekal pegang kuasa walau pun rakyat majoriti meluat so MB kena fikir juga tentu ada sesuatu tak kena kalau dah kuar sok sek kat sana sini....secara gentelman eloklah berundur kalau sayangkan parti.....udah-udahlah tu....tunjukkan yang baik kita memerintah bukan gila kuasa .....itu amanah rakyat.....

      Delete
  6. upah je samseng pkr bagi pecah kepala.

    pkr kan ramai samseng pandai bagi pecah kepala.

    tak payah gado2, belasah je terus.

    kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pecahkan kepala sape? kepala ko...dasar batu api...pei mampusla lu dgn umno...ptuiiii

      Delete
  7. bangang punya MP dia ni. Sape la yg bangang pegi pilih dia jadi ketua AMK dulu. Nak banding dia dgn chegu Bard...hahaha...mcm langit ngan bumi..samsul pendek ni tau wat repot polis je...yg lain...yelekkkk...porahhhhh...Next election, pendek ni dgn MP Temerloh bole bla cari keje lain ek..

    ReplyDelete
  8. Tski jangan jadi badut ok,dgr sikit suara penduduk pj.

    ReplyDelete
  9. Ho ho ho ......
    From our reading through this block ..... Statement from YB Shamsul...SOME are not Correct ... If Statements are NOT Correct , then it is ........WHAT ?

    So, YB Shamsul , please STOP ALL NONSENSES .

    We are publik NOT NONSENSE.

    ReplyDelete
  10. Bodoh punya beruk...
    Kami rakyat selangor tetap mahukan TSKI.
    Kepimpinannya sudah tetbukti utk rakyat selangor. Beliau memerintah tifak memilih bulu. Politik lain punya hal. Bila maduk hal pentadbiran negeri...politik filetak ketepi. Kerana selangor ini rakyatnya betbilang fahan politik dan ia bukan utk pkr seorang sahaja. Ada fahammmmm...beruk boroi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSKI MB yang tebaik yg pernah aku jumpa... Yg dengki gila tu, org kaya2 je sbb Tan Sri suka layan org miskin dan sederhana... Syabas Tan Sri, teruskan kecemerlangan utk Selangor..

      Delete
  11. Berok2 mcm Samdul & yg se geng dengannya ni tak paham2... Bahawa kalau jatuh TSKI, ini merupakan era bermulanya kejatuhan Pakatan Rakyat di Selangor. Percayalah rakyat tidak akan mengundi lagi PR jika juak2 yg gila meroyan ini mengambil alih kerusi MB dari TSKI. Anwar juga sepatutnya pandai membaca langkah politik... jangan jadi sama dungu dengan berok Samdol & the geng... ingat Anwar.. kelebihan yang dimenangi oleh PR dalam PRU 13 dulu adalah kerana rakyat selangor mengkehendaki TSKI sebagai MB... bukan mamat2 penyamun ini. Anwar perlu sedar bahawa segala langkah yang dia buat utk mengambil alih Parlimen semuanya GAGAL kerana dia tak pandai strategi politik dan selalu mengambil langkah yang salah... waima apa alasan sekali pun.

    ReplyDelete

  12. KATA PEMUTUSNYA BELUM LAGI. KITA SERAH JE KEPUTUSANNYA PADA KERUSI. TSKI JGN RISAU KITA KUMPULKAN KERUSI.

    ReplyDelete
  13. Kenapa PKR ni gila publisiti..kalau dah tipikal membangkang tu ditambah pula anak tut amno,maka perangai sukar berubah..kalau ada masaalah tidak boleh ke bincang secara dalaman parti,atau usul undi tidak percaya kepada TSKI dalam DUN.Sepatutnya dorang bersepakat menyelesaikan masaalah rakyat,bukan gila jawatan atau asyik salahkan pihak lain

    ReplyDelete
  14. Berok MP Bukit Katil patut lebih pantau Melaka bukan Selangor. Masalah Air kopi Dan teh kat merlimau Dan jasin tu kenapa diam aje. Akal dah kemetot keee

    ReplyDelete
  15. woi letak prof aziz bari nape tak menang??? undi calon ke undi parti??? Ko tumpu rampas melaka sudah lah!!! jangan jadi CELAKA..

    ReplyDelete
  16. anak jawa Johor : ko ni bodoh ke apa, ko tau tak merlimau dan jasin tu siapa mp dia, drpd bn dan umno bodoh, apa kene mengena dgn mp bukti katil, pie blaja geografi dulu sebelum tulis, akal ada ka

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...