Tuesday 1 July 2014

WISMA PUTRA SUDAH KENA KANTOI DENGAN KERAJAAN NEW ZEALAND ISU PEGAWAI WARAN YANG DITUDUH MENCABUL CUBA MEROGOL.

JENIS DAH BIASA TIPU MAK CIK-MAK CIK FELDA MAKA KERAJAAN UMNO INGAT DIA SENANG-SENANG NAK TEMBERANGKAN KERAJAAN NEW ZEALAND YANG TERKENAL SEBAGAI HAMPIR SIFAR RASUAH.

AKHIRNYA NEGARA JUGA DAPAT MALU BESAR!!!



New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.

Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.

Dokumen itu didedahkan hari ini, atas permintaan Fairfax Media, di bawah undang-undang kebebasan maklumat New Zealand.

11 comments:

  1. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah kah.
    Umngok umngok.
    Selamanya begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah tu..perangai mcm celaka...kompom tak keluar paper nya..

      Delete
  3. Bukan smua hal blku dlur negara bolh kowtim sb setip ngra ad pratutn dn undg2 yg x bolh dcmpuri olh politk.tpi bg malysia smua bolh buat nk tutp.nk bsrkn kes. Nk aibkn org. Smua Malysia Boleh.

    ReplyDelete
  4. Semuanya nak sapu bawah carpet nak tutup rapat2 begitulah caranya umno/bn melindungi satu sama lain

    ReplyDelete
  5. Agak2 lah dah berapa org besar yg kerajaan selindungi kesalahan mereka2 ini ya. Sbn apa ya? Misalnya kes Ketua Menteri Sabah yg lalu ie Osu Sukam itu hari yg kalah judi di luarnegara hingga mencecah jutaan ringgit sehingga mahkamah disana keluarkan waran tangkap pafa nya.Kenapa kerajaan senyap ja tak ada tindakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm amai tok teampau amai..xmulih blang angan jawi2..qu!!yank guybuy pun amai...pastukan die bias2..pagatan akyat yank guybuy.. Xx semonoh toi.. Umno puiii!!! Hakhakhak

      Delete
  6. Bila Malaysia meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan....bermakna kerajaan Barisan Nasional berhasrat nak bagi rasuah pada kerajaan New Zealand. Kah....kah....kah...

    Apakah kerajaan New Zealand sama hinanya dengan kerajaan Barisan Nasional.... kita sama-sama tunggu episod seterusnya....



    ReplyDelete
  7. Mamat yang menjadi suspek serangan seksual ni bukanlah PTD @ diplomat sebenar! Mamat ni hanya diberi kekebalan diplomatik kerana bertugas di kedutaan! Patutnya imuniti ini dilucutkan dan didakwa suspek sebab bikin malu seluruh 'diplomatic corp' di NZ. Wisma putra patut lebih selektif dalam memberi taraf diplomatik @ kekebalan diplomatik. Jangan main pakai borong aje...

    ReplyDelete
  8. boleh jadi betul boleh jadi sbliknya.. pangkat peg.waren dgn umur muda 38 tu tandanya org inteligen.. tuduhan cabul hukuman 5-10 tahun.. macam2 depa boleh buat kat dia utk dapat maklumat.. segalanya mungkn..
    think out of box

    ReplyDelete
  9. Bukanlah kita menuduh atau menghakimi pegawai kedutaan Malaysia ini bersalah tetapi sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berpegang pada prinsip undang-undang sepatutnya benarkan pegawai ini membela segala tuduhan terhadapnya di mahkamah. Tindakan Menteri yang sengaja memalukan negara juga membuatkan Malaysia menjadi buah mulut orang luar. Apakah yang ingin disorokkan oleh pihak Kementerian Luar? Jika hanya seorang pegawai kedutaan bermasalah adakah sanggup kita mengadaikan seluruh maruah negara demi pegawai tersebut? Adalah lebih baik jika pegawai itu didakwa di mahkamah dan kita membelanya dengan bukti untuk mesti kebenarannya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...