Thursday 16 August 2012

KERAJAAN PKR/PR SELANGOR MAU RAMPAS TANAH RAKYAT UNTUK SERAH KEPADA KRONI MEREKA?????



Selangor akan rampas tanah jika pembakaran terbuka dilakukan

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, dan Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata, kerajaan negeri Selangor akan merampas tanah kepada pemilik tanah yang membiarkan pembakaran terbuka di kawasan mereka.



Katanya, tindakan ini bagi memastikan masalah jerebu tidak bertambah serius di Lembah Kelang.

“Baru-baru ini, kita telah mengesan pembakaran terbuka di Johan Setia, Klang dan pihak bomba terpaksa bekerja keras untuk memadamkan kebakaran ini.


“Malangnya kebakaran itu di kawasan tanah gambut dan menyebabkan kesukaran untuk pihak bomba untuk mengawal api yang marak,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan itu.


Katanya, musim kering yang berterusan hingga September menyebabkan titik panas semakin banyak di negara ini dan di negara jiran terutamanya Indonesia.


“Di Sumatera sahaja kita dapat mengesan lebih dari 400 titik panas, dan angin dari sana akan bertiup ke arah pantai barat Semenanjung menyebabkan jerebu semakin buruk terutamanya di Lembah Kelang,” katanya lagi.


Sehubungan itu, kerajaan negeri katanya, mempunyai hak untuk merampas tanah sekiranya pemilik tidak mahu menjaga kawasan tanah mereka.


“Kerajaan mahu memastikan dalam musim kering ini, mereka tidak sewenang-wenangnya memburukkan keadaan,” kata Wong (gambar) lagi.


Kerajaan negeri juga menasihatkan kepada orang ramai supaya kurangkan aktiviti luar ketika jerebu.

LAAAAA... INGATKAN APA TADI.... INGATKAN KERAJAAN PKR/PR SELANGOR PIMPINAN YAB TAN SRI DATUK SERI ABD KHALID IBRAHIM NAK RAMPAS TANAH RAKYAT UNTUK BUAT PROJEK TERNAK UDANG....


3 comments:

  1. kalau betullah YB yg kata camni... mana boleh ... bakar je .. rampas. itu zalim... kadang2 tanah gambut ni boleh terbakar sendiri... tapi apa pun sebabnya tak boleh lah rampas tanah rakyat... banyak lagi org2 besar dan sykt korkeparat yg melanggar undang2 alam sekitar yg tidak diambil tindakan... setakat tanah rakyat... mana boleh rampas. asap ni boleh dtg dari mana2 arah, ikut angin. Banyak kes ladang2 besar kepunyaan korkeparat2 dari malaysia di indon yg dibanar utk tanam semula... tak diambil tindakan oleh kera-jaan... memanglah tanah di indon tapi asap sampai ke malaysia... sekurang2 nya kera-jaan boleh pangil korkeparat tu dan sekeh kepala dia supaya ikut undeng2...

    ReplyDelete
  2. hahahaha...lg satu undang2 bodoh n bebal hasil dr parti yg dipimpin oleh org bebal...suke2 ati nk rmpas tnah org lain...ni ikut undang2 mn ni...alahai...terbukti blog pr ni dibuat oleh pencacai2 yg berotak udang..hahaha...lawak la blog pencacai ni..

    ReplyDelete
  3. “Kerajaan mahu memastikan dalam musim kering ini, mereka tidak sewenang-wenangnya memburukkan keadaan,” kata Wong (gambar) lagi. " musim kering diibaratkan musim poket kering, dapat tanah jual cover lubang2 lain" sekian..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...