Wednesday 15 August 2012

PANASSS!!!!.. AHLI-AHLI MCA PENGERANG, JOHOR MENGAMUK...MAKI HAMUN PENGERUSI MCA PENGERANG SEBAGAI PENGKHIANAT DAN TALI BARUT!!!! PETANDA UMNO/BN BAKAL TUMBANG DIJOHOR!!!!



"MCA khianati tanah nenek moyang kami!' -itulah antara  laungan  penduduk-penduduk Pengerang, Johor  yang rata-rata  menjadi ahli MCA kepada Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng

Nampaknya malapetaka semakin menimpa-nimpa secara berturut-turut terhadap UMNO/BN.

Selepas pelbagai kemelut melanda di Sabah dan Sarawak sehingga berlaku penolakan kepada BN apabila ada pemimpin mereka yang berputus asa dengan perjuangan parti yang gagal membela rakyat kebanyakkan .

Kali ini situasi yang sama melanda pula di negeri yang sedia maklum menjadi kubu paling kuat UMNO/BN dalam dunia,  negeri Johor Darul Takzim.

Ketidakpuashatian rakyat Pengerang, Johor akhirnya tidak dapat terbendung lagi dan meletus pada satu seminar yang diadakan oleh UPEN Johor di SJKC Yok Poon, Sg Rengit pada 13 Ogos 2012 untuk perkembangan Projek RAPID.

Penduduk yang tidak bersetuju dengan projek ini merasa kecewa dan marah di atas tindak tanduk Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng kerana tidak mempertahankan tanah tempat tinggal mereka.

Penduduk setempat merasa kecewa apabila MCA telah mengkhianati masyarakat dan memihak kepada pihak lain untuk memusnahkan seluruh kampung.

Lebih menyakitkan hati mereka ialah sebagai ahli MCA berpuluh-puluh tahun lamanya namun nasib mereka langsung tidak dibela.

Mereka merasa kesal menjadi ahli dan menyokong MCA/BN selama ini.

Admin difahamkan pengundi Cina di Pengerang khasnya dan Johor amnya akan berpindah kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...