Friday 17 August 2012

PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN, DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED PERLEKEH DAN HINA KEMAMPUAN DAN TUBUH BADAN MANTAN TIMBALAN PRESIDEN PAS, USTAZ NASHARUDIN MAT ISA...BERDESING JUGA TELINGA DENGARNYA!!!!

Tok Pa: Umno K'tan tak perlu faktor 'Nasha' untuk menang

 
Umno Kelantan tidak perlu kepada faktor 'Nasha' untuk menguasai negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

NONEKatanya, Umno tidak memerlukan situasi sebegitu untuk memenangi hati rakyat sebaliknya yakin untuk menang dengan kekuatan sedia ada pada Umno dan parti komponen lain dalam BN.
  
"Umno tak perlu peristiwa sebegitu tapi perlukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat," kata Mustapa (kanan) kepada pemberita di majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Khazanah di ibunegara malam tadi.
  
Mustapa, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, mengulas mengenai saranan Pemuda PAS Kelantan dan beberapa pemimpin tertinggi parti itu yang mahu bekas timbalan presiden PAS itu keluar parti ekoran kenyataannya yang mengesa parti itu keluar daripada gabungan pakatan pembangkang sekiranya DAP terus menentang hudud.

NONEDitanya sama ada Umno sedia menerima atau memberi tempat kepada Nasharudin (kiri) yang juga ahli Parlimen Bachok, beliau berkata mengikut dasar parti, Umno terbuka kepada sesiapa sahaja.
  
Mustapa berkata saranan supaya Nasharudin keluar daripada PAS bukan perkara baru, malah telah pun berlaku sebelum ini, namun sehingga kini beliau masih kekal sebagai anggota PAS.
  
"Nasarudin seorang yang berfikiran terbuka dan ada pandangan berbeza daripada orang lain, dan atas dasarnya Umno juga sedia membuka pintu... dan ini tidak merujuk hanya pada Nasarudin," katanya.

PATUTLAH DIA CAKAP TAK TERLINTAS DIHATINYA NAK MASUK UMNO...SEBAB UMNO PUN TAK PANDANG LANGSUNG PENGARUHNYA DALAM MEMBAWA KEMENANGAN KEPADA PARTI ITU PADA PRU 13 NANTI....

HARAP-HARAP BILA DAH DENGAR KENYATAAN INI MAKA KENALAH SEDAR DIRI SIKIT.. CERMIN MUKA DULU SEBELUM NAK HERET PAS KEKANCAH KEMUSNAHAN..BEKAS PRESIDEN PAS YANG AGAK TERULUNG KETIKA ITU, TAN SRI DATUK ASRI MUDA KELUAR PAS PUN, PAS BUKAN BERTAMBAH LEMAH DAN RANAP TETAPI SEMAKIN GAGAH BERDIRI DAN HAMPIR MELEMASKAN UMNO..


5 comments:

  1. masuk lah umno nak tengok di mana akan diberi tugas...akhirnya akan jadi macam nakhie laa...ni lah cara umno...dari dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
  2. ada jgk yg kata dlm fb wakil rakyat umno...hasan ali & nasha adalah pejuang islam yg sebenar...kenyataan BODOH ! kalau 2 org ni pejuang islam sebenar adalah lebih baik pencacai umno sokong dan bagi mandat kpd 2 ni jd PM & TPM...buat apa bagi pd najib yg tak tersenarai pun sbg pejuang islam sebenar(mengikut laungan pencacai umno)...KONON DIA FIKIR KOMEN DIA CANTIQ TAPI BILA KAJI JADI HAPRAK KATA2 PEJUANG ISLAM SEBENAR...PEJUANG ISLAM SEBENAR TAK AKAN SOKONG UMNO

    ReplyDelete
  3. Rakyat tak bodo la tok pa...tak kan kerana faktor Nasha rakyat nak berbondong-bondong pangkah umno...rakyat dah perhati 55 tahun, dah bg peluang lama dah, bukan sebab Nasha. Sekarang ni musim nak kena ubah tok pa...

    ReplyDelete
  4. Nasha ni kenalah pakai songkok tinggi dan selalu ikut Mooyahudi berkempen!!!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...