Tuesday 7 August 2012

Mahasiswa Malaysia diberi Penghormatan Mengimami Solat Jumaat Raja Jordan


  • Share

AMMAN-JORDAN, Raja Abdullah II telah mendirikan solat jumaat bersama-sama rakyat jelata di Masjid Naji Al-Hamsyari dan merasmikan pembukaan masjid ini yang terletak di kawasan Khalda Amman.

Keluasan masjid ini boleh memuatkan seramai 4 ribu Jemaah dalam satu masa tertentu. Raja Abdullah dan para Jemaah yang hadir khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib masjid iaitu DR Rabi’ AL-A’idi.

Turut diberi penghormatan kepada Mahasiswa Malaysia, Muhammad Nawawi Bin Abdul Raof dari Universiti Al al-Bayt, Mafraq untuk mengimami solat Jumaat Raja Abdullah II pada hari perasmian tersebut dan sekaligus dilantik menjadi imam kepada masjid yang baru dirasmikan itu.


Dalam khutbahnya beliau menerangkan tentang makna yang agung terhadap islam yang datang atas tujuan kebenaran dan memakmurkan muka bumi ini dengan kebaikan dan taqwa kepada Allah.

Dan beliau berkata lagi,sesungguhnya Allah meletakan satu contoh kebenaran dan kebatilan.kerana yang dikehendaki daripada manusia di dunia ini mereka mengetahui kebenaran maka mereka ikut,dan mengetahui kebatilan maka mereka menjauhkannya.

Di dalam khubahnya, beliau menerangkan bahawa kalau kita mahu mengenali islam maka hendaklah kita jauh daripada kehendak nafsu dan syahwat. Sepertimana yang dikehendaki oleh Allah tanpa sebarang pencemaran terhadap diri manusia’.


Berhubung dengan masjid itu, yang bentuknya mempunya ciri-ciri senibina islam moden. Masjid ini dibina di atas satu kawasan tanah yang luasnya 4,2 ekar, keluasan ini mampu menampung seramai 3200 jemaah lelaki didalam masjid dan 400 jemaah lelaki di kawasan luar masjid, dan 400 jemaah wanita di dalam masjid. Kos pembinaan masjid ini hamper 4 juta dan 500 ribu dinar.


Menurut penderma, IR Hassan Naji AL-Hamsyari, masjid ini dibina atas dasar agama dan ingin menjadi pahala yang berterusan kepada kami,corak moden dalam bangunan masjid ini telah dibina khas bagi serasi dengan alam sekitar khususnya permaidani, batu-bata dan tiang-tiang.


Masjid yang menempatkan hiasan Islam pada dinding dalaman dan luaran, dan menggunakan dibina dalam ukiran batu marmar dan kayu.


Ia terdiri daripada tiga tingkat yang menempatkan tempat sembahyang bagi lelaki dan lorong khas bagi orang kurang upaya (OKU).


Dan tingkat bawah tanah menempatkan tempat sembahyang lelaki dan tempat sembahyang perempuan yang dipisahkan laluannya dan bilik menghafal alquran dan perpustakaan dan tempat wuduk. Manakala tingkat satu merupakan tempat sembahyang utama masjid dan terdapat koridor yang khususnya yang mempunyai keperluan khas.
– sumber : ALRAI (Surat Khabar Jordan, http://www.alrai.com/article/530984.html)

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...