Monday 20 August 2012

MAJORITI RAKYAT TERUTAMANYA GOLONGAN BELIA TERIMA KEPIMPINAN NAJIB RAZAK??????


BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI.


PUTRAJAYA, 20 Ogos — Majoriti rakyat menerima dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan konsep 1Malaysia secara terbuka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany.

Lebih membanggakan, katanya golongan belia yang merupakan kumpulan demografi terbesar dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara, begitu yakin dengan corak kepimpinan, keupayaan, prestasi dan pendekatan Najib yang lebih terbuka serta telus.

Katanya majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan Perdana Menteri dan
menteri Kabinet semalam yang dihadiri kira-kira 100,000 pengunjung, merupakan bukti sokongan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib.

Pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja dari sekitar Lembah Klang, bahkan
dari Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pahang dan Johor datang bersama keluarga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sokongan mereka terhadap perdana menteri, katanya.

“Saya juga sempat berbual dengan golongan belia yang hadir semalam,” kata Devamany kepada Bernama di sini hari ini. “Mereka begitu yakin dengan kepimpinan dan usaha transformasi yang sedang dilakukan Najib.

Mereka puji Najib sebagai Bapa 1Malaysia, Bapa Transformasi Negara.”
Devamany berkata golongan belia juga memuji sikap dan pendekatan Najib yang sedia mendengar pandangan, idea serta teguran daripada semua lapisan rakyat di negara ini dalam usaha memperbaiki kelemahan sedia ada.

“Kebanyakan belia yang saya temui berkata Najib adalah contoh ikutan mereka,” katanya. “Beliau (Najib) adalah Perdana Menteri yang paling mudah untuk didekati sama ada melalui Facebook, Twitter, blog mahupun secara peribadi serta menyalurkan isi hati mereka.” — Bernama

DEMI MENJIMATKAN NAFAS AGAR TIDAK MEMBAZIR,  MAKA BIARKAN SAJA GAMBAR BERBICARA SAMADA PARA PEMIMPIN BN BERPIJAK DIBUMI NYATA ATAU KHAYAL DILAMBUNG  BODEK AMPU.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...