Thursday 30 August 2012

SELEPAS DBKL, KINI GILIRAN KTMB PULA ARAH DAN PAKSA KAKITANGANNYA HADIR HIMPUNAN JANJI DITEPATI DISTADIUM BUKIT JALIL....SIAP BAGI DUIT SAKU RM30, PERCUMA BAJU -T SEHELAI DAN CUTI 1 HARII!!!!




Setelah semalam, terbongkar sepucuk surat mengarahkan kakitangan Bahagian Sumber Manusia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menghadiri sambutan kemerdekaan, hari ini pula kerajaan Umno 1M'sia, Islam Wassatiyah telah mengerahkan kakitangan awam dan badan berkanun hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan bagi menjayakan Himpunan Janji Ditepati yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.

"Berdasarkan maklumat dalam surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 peserta dan setiap jabatan wajib menghantar wakil.

"Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai baju-T, tetapi tidak diketahui bila wang tersebut akan diberikan," katanya kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun kata beliau, sebagai balasan, mereka yang hadir akan diberikan cuti ganti sehari.

"Kalau ikutkan surat tersebut, pihak penganjur mahu capai 'target' lebih 100,000 hadir program itu," katanya.

Pengerusi KTMB, Mohd Zain Mohamed merupakan Koordinator dan Setiausaha BN Selangor yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Ramadan lalu, kakitangan KTMB dijadikan alat kempen kerajaan semasa program penyampaian kurma di beberapa stesen terpilih dengan memakai baju korporat BN.

Pada April pula, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Baru-baru ini, iklan kempen ‘Sayangi Selangor’ yang menampilkan gambar Najib Razak mula ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Klang.

Gambar Perdana Menteri itu diiringi slogan ‘Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan’ dan ‘Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup.

TAK PERNAH LAGI DALAM SEJARAH PEMERINTAHAN UMNO, SEBURUK DAN SETERUK INI UMNO MAU MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN...

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...