Saturday 18 August 2012

PROGRAM MESRA RAKYAT 2 - KISAH MENARIK DR. V. NEDUNCHELIAN DISEBALIK PROGRAM INI


"Program Ramah Mesra Rakyat II Anjuran Urusetia Ketua Komuniti Selangor Kawasan Batu Belah / PKR Cabang Kapar dengan restu Kerajaan Negeri Selangor yang Berjiwa Rakyat yang sanggup merakyatkan Ekonomi Negeri ..... Inilah pemerintahan yang berlandaskan konsep demokrasi tulen- DARI RAKYAT , OLEH RAKYAT DAN UNTUK RAKYAT. Program memberi sumbangan ini berlangsung di Bilik Gerakan Ketua Komuniti KI Selangor Batu Belah / Sg Pinang pada 17.8.2012. Disempurnakan Oleh Saudara Azizi Ayob Ketua Cabang PKR Kapar. Terima kasih pada Jawatankuasa Saya yang dapat menjayakan program ini dalam masa 24jam!!!" Antara ucapan kata alu-aluan dari Ketua Komuniti KI Selangor Dr. V. Nedunchelian AMS.

Bukan sembarangan Dr. V Nedunchelian ini..berwatak sederhana dan bersahaja...anak kelahiran Batu 5 Jalan Kapar, yang diasah sopan, akhlak dan pendirian. Bijak berilmu sehingga melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, pengkhususan dalam bidang Kedoktoran...tak mudah melawan walaupun musuh menyerangnya bertubi-tubi kerana tajinya sangat tajam.
 

 Apa yang hendak dituliskan disini bahawa beliau sangat low profile dan sanggup membuat kerja-kerja biasa untuk menjayakan sesuatu program rakyat walaupun omak menawarkan diri untuk membantu..sesungguhnya beliau bukan seorang pemimpin yang suka melakonkan watak di hadapan lensa semuanya terbukti apabila omak diberi peluang mengekori beliau masuk dari rumah kerumah orang-orang yang memerlukan bantuan tanpa rasa janggal dan kekoknya.

Menariknya tentang Doktor yang telah dianugerahkan dengan Darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor ini sanggup bermandi peluh mengangkat sendiri barangan2 asas keperluan rumah demi untuk kelancaran program..pendekkata apa saja yang dibuat beliau sentiasa memikirkan kesusahan urusetia dan AJK2nya dan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat.

Program Mesra Rakyat 2 telah dijalankan dengan meriahnya dengan dan disempurnakan oleh Ketua Cabang PKR Kapar Tuan Azizi Bin Ayob bersama rakan2 perjuangan yang lain walaupun diuruskan dalam jangka waktu yang sangat pendek oleh Dr. Nedu dan sebahagian urusetianya.

Begitulah kehebatan seorang Doktor gigi atau lebih mesra dengan panggilan Dr. Nedu yang tiada duanya, kelibat keperibadian beliau tidak mampu dikarang berkajang-kajang...hanya selembar kisah..secebis cerita untuk tatapan semua untuk mengenali cuba mendekati dan mencontohi sikap beliau yang jauh di mata dekat di hati.

Moga mendoakan agar kepimpinannya berpanjangan dan sekiranya berterusan maka mudahlah omak menyudahkan cerita 1001 macam di sebalik tabir Dr. V. Nedunchelian AMS ini. Salam Eid Mubarak dari Omak kau!!

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...