Friday 21 October 2011

NAJIB PERGI JUMPA PM DAN PEMIMPIN KORPORAT CHINA KOMUNIS



Najib Akan Bertemu Perdana Menteri China, Pemimpin Korporat
NANNING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao semasa lawatan kerja dua hari di sini, kata Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin.
Najib juga akan mengadakan dialog meja bulat dengan pemimpin korporat China, kata Iskandar dalam satu taklimat di sini, Khamis mengenai lawatan kerja Perdana Menteri ke Nanning.
Perdana Menteri tiba di sini Khamis malam untuk menghadiri Ekspo China-Asean (CAEXPO) kelapan atas jemputan rakan sejawatannya apabila Malaysia dipelawa menjadi negara kehormat CAEXPO tahun ini.
Iskandar berkata, semasa mengadakan perbincangan sambil bersarapan dengan Wen pada 21 Oktober, Najib juga berpeluang mempertingkatkan hubungan diplomatik Malaysia-China yang sedia terjalin sejak 37 tahun.
Beliau berkata, sebagai negara kehormat CAEXPO, pemimpin Malaysia diberi peluang mengadakan dialog meja bulat dengan pemimpin korporat China, yang merupakan aktiviti khas ekspo tahun ini, untuk menarik pelabur China ke Malaysia.
Iskandar berkata Najib dijangka menyampaikan ucaptama pada majlis pembukaan CAEXPO, berhubung bagaimana peranan China dan negara anggota ASEAN bagi mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi di rantau ini.
Beliau berkata ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia kerana dijemput sebagai negara kehormat CAEXPO, bagi menonjolkan perkembangan ekonominya dan peluang perniagaan dan pelaburan kepada China dan negara anggota Asean.
Iskandar berkata Nanning telah pun dikhususkan sebagai hab bagi negara anggota Asean untuk memasuki pasaran China dan CAEXPO boleh menjadi satu platform kepada Malaysia bagi mempromosi perkhidmatan dan produk negara ke bandaraya lain terutama bandaraya peringkat ketiga atau keempat di China. - BERNAMA

PANDANGAN OMAK:-

DULU CHIN PENG DAN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) BERSAHABAT RAPAT DENGAN PEMIMPIN DAN PARTI KOMUNIS CHINA ....KINI PERANAN YANG DIKOSONGKAN OLEH CHIN PENG DAN PKM TELAH DIAMBIL ALIH OLEH UMNO DAN PEMIMPINNYA...SEKARANG SUDAH NAMPAK JELAS PARTI MANA YANG CUKUP INTIM DENGAN PERJUANGAN PARTI KOMUNIS CHINA.... NAK KELIRUKAN RAKYAT MEDIA HANYA SEBUT CHINA SAHAJA DENGAN MENGENEPIKAN PERKATAAN KOMUNIS SELEPAS PERKATAAN CHINA...RAKYAT SEKARANG BUKANNYA BODOH...YANG BODOH MASIH LAGI BERADA DALAM KELOMPOK UMNO....UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...