Sunday, 2 September 2012

AHLI-AHLI PERKASA SERAMAI LEBIH KURANG 100 ORANG CUBA MENYERBU MASJID SEBERANG PUMPONG, ALOR SETAR KETIKA DSAI MENYAMPAIKAN TAZKIRAH!!!!!



Beberapa ahli dan penyokong PERKASA Kedah berpakaian hitam, cuba menyerbu Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar ketika DSAI sedang menyampaikan tazkirahnya sempena siri Jelajah Merdeka Menuju KePutrajaya.

Mereka berang kerana kononnya masjid digunakan untuk berpolitik.

Bagaimana pun serbuan itu tidak berjaya dan DSAI dapat meneruskan tazkirahnya.

Jelas sekali UMNO kekal menggunakan politik samseng untuk mempertahankan Putrajaya dan mau merampas Kedah .

Kemampuan menggunakan otak, akal dan budi bahasa langsung tidak ada. Satu-satu jalannya ialah menggunakan otot.

Sudah pasti mereka tidak berani melakukannya jika tidak mendapat sokongan dan perlinndungan dari para pemimpin yang masih memegang kuasa.

Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH... SETAKAT TARAF CICAK MENGKARUNG TAK GUGUR BULU ROMA DAN KENDUR URAT SARAF... LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA PUTRAJAYA DAPAT DITAWAN..

4 comments:

  1. Mudah2an budak2 suruhan UMNO/Perkasa itu Allah bukakan pintu hati mereka dan akan bersama dgn PR dlm PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  2. yeke gunakan otot..rasenye tak kot sbb anjing umno ni semuanya gunekan akal dar bontot najib...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...