Sunday, 9 September 2012

BUKTI BERGAMBAR BUKAN CAKAP BERDEGAR-DEGAR...DEMOKRASI 1M'SIA ISLAM WASSATIYAH!!!..BENDERA PAS DITURUNKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN (MPS), DI SENAWANG, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN, BENDERA UMNO/BN YANG BERKIBARAN BERSEBELAHAN DIBIAR TANPA DIGANGGU MALAHAN DIJAGA!!!!!

 Bendera PAS diturunkan
 Bendera BN telah berbulan-bulan berkibar







Majlis Rumah Terbuka PAS di Negeri Sembilan hanya akan bermula jam 11 pagi Sabtu 8 September 2012 di Dataran Senawang. Akan tetapi awal pagi lagi sebuah lori MPS (Majlis Perbandaran Seremban) telah berlegar-legar sekitar Dataran Senawang, ketika petugas Majlis Rumah Terbuka sedang membuat persiapan, membuat air, menyusun kerusi, memotong buah dan sebagainya.

Sekitar jam 9.25 pagi kakitangan MPS memulakan operasi menurunkan bendera PAS di sekitar Dataran Senawang yang baru dipasang 1-2 hari yang lalu, sedangkan begitu banyak bendera BN dan Umno telah bergantungan berjuntai-juntai berbulan-bulan sebelum ini di Dataran Senawang tiada tindakan langsung oleh MPS untuk menurunkannya.

Satu demi satu bendera PAS diturunkan, dikait dengan galah besi oleh beberapa kakitangan MPS. Petugas PAS hanya memerhatikan sahaja tanpa membuat sebarang tindak balas, memaki hamun atau menghalang kakitangan MPS.

Kakitangan MPS ini bertindak demikian kerana menerima arahan dari pihak atasan.

Inilah demokrasi ala Umno/BN 1Ms'ia Islam Wassatiyah di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.

Semoga Allah menumbangkan Umno/BN dalam pilihanraya yang terdekat ini.

3 comments:

  1. x mengapa, biarkan mereka gah dengan bendera sahaja tetapi hakikatnya mereka sekarang kosong....kosong

    ReplyDelete
  2. Kami anak2 Malaysia berikrar kita akan menumbangkan kerajaan yang zalim ni!Setiap dr kita mesti bekerja keras menyebarkan penyelewengan BN kepada kawan2,saudara mara dan sesiapa shj..PRU13 insyaAllah Allah akan memberi kita kemenangan..Amin..

    ReplyDelete
  3. i agree we need to spread the words! truth b told, they r now clinging into power bcuz of those ruralites and some civil servants! actually a lot of civil servants r against them already! so it's a matter of us getting the messages to the ruralites to change their minds! they can still b educated. only those cronies, paid thugs and those who get free ICs r voting for them now!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...