Hati berasa sangat sayu bila melihat berita tentang banjir beberapa minggu lalu yang melanda beberapa negeri dan sayu melihat bagaimana mangsa-mangsa banjir terpaksa berpindah ke pusat pemindahan dengan serba-serbi kekurangan dan serba-serbi ketidak selesaan. Atas dasar simpati dan peduli Cabang Shah Alam dengan di ketuai oleh Puan Anizan dan En Teoh juga AMK dan Wanita telah bermuafakat mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan mempelawa omak kau untuk sama-sama menyertai Misi Bantuan Mangsa Banjir ke Kemaman untuk melihat sendiri dengan mata kepala bagaimana perit, jerih mangsa-mangsa yang kehilangan dan kerugian harta benda dan cuba membantu meringankan beban mereka menghadapi ujian ini sama ada secara fizikal atau emosi.
Setiba di sana kami disambut oleh Sdr Kamaruddin iaitu Calon Parlimen Kemaman PRU13 melayan makan minun dan penginapan sepanjang berada di sana. Adun Kota Anggerik YB Yaakop Sapari juga tidak melepaskan peluang bersama-sama berselut dan membantu kami ketika operasi dilakukan sehingga selesai membersihkan beberapa unit rumah dan madrasah di Bukit Mentok.
Kita sedia maklum banjir kali ini merupakan antara banjir terburuk yang pernah dicatatkan terutamanya di daerah Kuantan, Kemaman dan Johor idak menjangka bencana ini akan memusnahkan semua harta benda mereka memandangkan paras air naik sehingga mencecah bumbung kediaman mereka.
Ianya cukup terkesan dan telah menguatkan hati kami untuk membantu mangsa-mangsa banjir walaupun kami datang dari jauh..
Perlu ingat berat mata memandang berat lagi bahu yang menggalas beban akibat bencana ini.
Kepada Skuad Elite..syabas Omak Kau ucapkan atas keperihatinan ini..
Tahniah kpd Skuad Elite PKR.......di atas usaha & keprihatinan membantu mangsa2 banjir di Kemaman. Semoga Allah membalas budi anda semua. Diharapkan agar kerja kebajikan ini diteruskan di masa akan datang tanpa mengira status kedudukan dan sebagainya......Keep it up......
ReplyDeleteberkebajikan merentasi sempadan....
Deletemana kaum cina dan india?
ReplyDeleteas usual... pemimpin atasan tak turun padang... rasa jijik kot nak membersihkan rumah mangsa banjir
ReplyDeleteYB Yaakop Sapari turun sama2 membantu..tengok la foto tu...ramai lagi YB2 yg turun..
DeleteTAK PATUT DALAM SATU GAMBAR ADA SORANG DUA SAJA, TAK RAMAI LAH YANG BUAT KERJA, tak macam pemuda umno satu gambar satu kawasan kecik sampai 10-15 orang buat kerja baru betul, semua dapat publisiti..... TERUK BETUL PR /PKR TAKA ADA KERJA BERAMAI-RAMAI.....
ReplyDeleteBab kerja-kerja kebajikan tak perlukan publisiti yg meluas. Cukup kita tahu apakah peranan masing-masing bila bawa diri kearah kebajikan ini. Kami bukan mengharapkan nama, balasan, pangkat atau yg sewaktu dengannya. Cukuplah sekadar mengurangi bebanan keluarga2 mangsa yg terlibat dengan malapetaka banjir ini. Pemuda Umno yang berposing ramai-ramai utk dpt pujian (walau dlm hati tidak ikhas, buat apa....). Kita tahu apa yg kita mahu dan ALLAH juga tahu apa yg kita lakukan, Wa'Allahua'lam...
ReplyDeleteSharizat bila lagi nak turut membantu? Bangsat punya betina!
ReplyDelete