Tuesday, 24 December 2013
KEJAM SUNGGUH KERAJAAN PR SELANGOR .... PENANTIAN SELAMA 20 TAHUN OLEH RAKYAT SELANGOR UNTUK MILIKI RUMAH SENDIRI AKHIRNYA TERCAPAI!!!!
Apalah punya zalim, tidak berhati perut dan kejamnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ni .. rakyat yang menunggu sekian lama lebih kurang 20 tahun untuk miliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
Kalau ikutkan cara pemerintahan kerajaan UMNO/BN dulu mungkin belum dapat lagi .. akan terus memberikan janji dan harapan serta impian kosong dan palsu sebagai umpan pilihanraya.
Ternyata kerajaan mana yang benar-benar menjaga dan memperjuangkan nasib rakyat .. jelas, terang dan sahih bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat sememangnya berjiwa rakyat yang dipimpin mereka yang faham dan merasai denyutan nadi rakyat.
Penantian 20 tahun tunggu dapat rumah berakhir
KLANG 24 DIS : Setelah lebih 20 tahun menanti, hanya airmata kegembiraan yang dapat dititiskan Rosli A. Hamid apabila menerima replika kunci rumah daripada Kerajaan Selangor.
Lelaki berusia 58 tahun itu berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih dengan usaha Kerajaan Negeri yang sudi membantu rakyat sepertinya memiliki rumah sendiri.
Katanya, beliau dan keluarga pernah menempuh pengalaman perit apabila beberapa kali diusir daripada rumah sewa kerana gagal menjelaskan wang sewaan.
“Kali terakhir diusir, saya terpaksa membawa anak dan isteri untuk menumpang di rumah keluarga mertua tetapi persoalannya sampai bila.
“Satu masa nanti andai orang tua tiada, perkara lain pula harus difikirkan apabila soal hak rumah menjadi pertikaian adik beradik.
“Jadi, hari ini tidak terkira kesyukuran kerana akhirnya kami dapat juga kediaman sendiri,” kata pesara tentera ini.
Rosli kali terakhir bekerja sebagai pengawal keselamatan namun akhirnya dibuang kerja akibat mempunyai masalah kesihatan; kencing manis, serangan jantung dan juga darah tinggi.
“Sejak itulah, tiada siapa lagi mahu ambil bekerja sehingga rumah yang saya beli terpaksa dilelong dan akhirnya kami semua hanya mampu menyewa merata-rata dengan berbekalkan wang pencen sahaja,” jelasnya lagi.
Beliau yang hadir ditemani anak bongsunya merupakan antara 43 penerima rumah baru di Majlis Penyerahan Kunci Rumah yang diadakan di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang di sini.
Majlis yang disempurnakan Timbalan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Tiew Way Keng itu turut meraikan 21 penerima bantuan program Baik Pulih Rumah.
Sementara itu, penerima program Baik Pulih Rumah, Zarina Mahmud 39, pula berharap program kebajikan yang dianjurkan Kerajaan Negeri dapat terus dikembangkan dan ditambahbaik demi kepentingan rakyat.
“Contohnya seperti program ini, memang baik kerana jika bahagian rumah rosak tidak dibaik pulih, ia akan beri kesan yang lain pula pada penghuni rumah.
“Cuma diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat mempercepatkan lagi proses permohonan baik pulih ini kerana jika sesuatu kerosakan itu dibiarkan lama, ia akan membawa kesan kerosakan yang lebih teruk lagi, dan ini beri kesan pula pada kos pembaikan,” kata Zarina yang menerima bagi pihak ibu mertuanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Tahniah, negeri contoh.perihatin pada rakyat, nak cemburu apa, duit berlebih 3 billion, kalau bn pakai nampak lah.
ReplyDeleteHaluuuuuu. ...
ReplyDeleteFulamak terbaeeeekkkkk....kalo BN pakai alamat habis trus buat shooping maa....x gitu Umnongok mangkuk...
Khak tuih.....
Terbaek... Kerajaan SELANGORKU....
ReplyDeleteItulah yg rakyat dapat apabila pangkah undi betul. Dapat kerajaan yg pandai mengurus harta rakyat, yang akhirnya membawa kpd kesenangan rakyat.
ReplyDeletesetuju dengan 21:53.
DeleteTak sia-sia kita memangkah PR masa PRU13 dulu.
Secara tak langsung kita membantu mereka yang kurang bernasib baik ni.
Terima kasih juga kepada 47% mereka yang memangkah beEnd sebab kerana mereka jugalah kita dapat merasai 'kelazatan' kenaikan harga
barang-barang.
Kepada sesiapa yang bakal menerima bonus, bantuan persekolahan dan br1m tu, beringat-ingatlah. Simpan duit tu untuk membayar kenaikan tambang bas sekolah, tambang LRT, bayaran elektrik, cukai rumah kediaman, tol dan sebagainya. Apa yang anda akan dapat mungkin tidak memadai dengan apa yang mungkin anda kena bayar. Jadi janganlah terlalu suka sangat.....
ReplyDelete43 dapat rumah baru, 21 dapat program baiki rumah...ini yg dibanggakan PR, apa punya bodoh lah korang semua yg bagi komen. Sudah beribu orang kerajaan pusat bagi bantuan rumah dan beribu juga membaiki rumah rakyat korang tak tau dan tak nak ambil tau. Tulah sebab jgn baca Harakah aje, dapatkan info dari semua media cetak dan media elektronik, benda yg ciput ni nak diperbesarkan. Jgn jadi bangang, pangkah PR tu lagi menjahanam kan tau tak...kalau betul lah untung undi PR ni, suruhlah PR turunkan harga barang keperluan di negeri pemerintah PR...jgn cakap dengan otak sempit dan dibodoh2 kan oleh fakta dari Rafizi yg dah memang nya otak keldai...
ReplyDeleteKalau diam nampak macam bodoh... tapi bila bagi pendapat rupanya memang betul-betul bodoh...
DeleteSaya pesara tentera lain2 pangkat bukannya pegawai, umur 55thn lebih kurang sama dng En Rosli A.Hamid, Yg peliknya semasa berhenti telah di beri duit pampasan tak kurang 60K. kemana pergi duit tu sampai menumpang rumah orang, dan mengemis untuk mendapatkan rumah...kalau dah salah sendiri jgan nak babitkan pihak lain, tak tau nak menguruskan kewangan sendiri memang bodohlah...untk makluman (bukan nak membanggakan diri, rezki semua dari Allah) saya memiliki 2buah rumah, satu loan kerajaan, dan satu loan bank, selepas pencen saya bekerja juga, In Shaa Allah bulan Okt 2014 ni wang KWSP yg akan saya keluarkan lebih kurang 60K......kalau kita rajin berusaha In Shaa Allah rezki tu ada, tak perlu nak mengharap, mengemis, meminta macam otak PR semua nak free dan suka menyalahkan orang lain.....bodoh tahap gaban
ReplyDeleteButalah MATA HATI orang UMNO yang tolak Kerajaan PR kerana terkabur oleh rasuah seringgit dua dari pemimpin mereka
ReplyDelete