Saturday, 28 December 2013

ZALIM SUNGGUH KERAJAAN PR SELANGOR!!!! ... BAKAL MELAKSANAKAN CARUMAN WANITA SELANGOR KHUSUS KEPADA KAUM WANITA TIDAK BEKERJA TERUTAMA IBU TUNGGAL!!!


Tak habis-habis kerajaan PR Selangor menzalimi rakyat Selangor ... macam mana UMNO tak naik angin .. GAPS tak berang, Perkasa tak marah dan JATI tidak mengamuk.

Lepas satu-satu polisi untuk meringankan beban rakyat bawahan di perkenalkan dan dilaksanakan oleh kerajaan PR Selangor.

Kalau begini berterusan .. macam mana nak ada peluang UMNO/BN ambil semula pucuk pemerintahan Selangor dari Pakatan Rakyat.

SHAH ALAM - Kerajaan negeri bakal melaksanakan Caruman Wanita Selangor khusus kepada kaum wanita tidak bekerja terutama ibu tunggal dalam masa terdekat  bagi memastikan masa depan golongan itu terbela.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, pihaknya sudah mengemukakan kertas kerja kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi merealisasikan perkara itu.

“Sekarang kita tunggu pengumuman menteri besar dalam masa terdekat,” katanya dalam Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Selangor, semalam.

Menurutnya, caruman ini bakal dilaksanakan setiap tahun sebagai salah satu usaha untuk mengiktiraf wanita yang tiada tempat bergantung.

“Skim caruman ini untuk memastikan kaum wanita mendapat caruman seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mereka boleh menggunakan wang ini semasa usia emas,” katanya.

Beliau menambah, salah satu objektif caruman ini dibuat adalah untuk menjadikan Selangor sebagai negeri contoh yang tidak meminggirkan malah membela nasib wanita.

Katanya, Skim Caruman Wanita merupakan salah satu satu perkara yang terkandung dalam Agenda Wanita Pakatan yang dijanjikan sebelum  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyarankan pusat membeli-belah peka dengan kemudahan khusus buat warga emas dengan menyediakan kawasan rehat dan tempat duduk yang mencukupi.

5 comments:

  1. maka tunggulah rahmat dari Allah yang datang mencurah-curah pada negeri yang membantu orang yang dizalimi, anak-anak yatim serta menyayangi kanak-kanak, wanita dan orang tua. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elehhhhh, baru sikit dah heboh puok2 PR nih. Cuba lihat pemimpin BN kami pulak. Pemimpin kami baru aje menurunkan harga petrol dan gula. Tahun 2014 ni pemimpin kami akan menurunkan cukai rumah di KL. Pemimpin kami akan menurunkan bayaran tol di seluruh negara dan kemungkinan besar akan menghapuskan tol untuk selama-lamanya. Pemimpin kami juga akan menurunkan tarif letrik sebanyak 15%. Kami juga bersyukur pemimpin kami akan menghapuskan GST dan kemungkinan besar menghapuskan semua cukai2 di negara kami seperti di Brunei. Kemungkinan jugak, pemimpin kami akan terus menurunkan harga gas masak, beras dan sebagainya. Pemimpin kami hanya menaikkan harga garam, cencalok, budu dan belacan kerana barang ini boleh menyebabkan penyakit darah tinggi. Sebagai ahli umno, kami amat bersyukor kepada pemimpin kami. Terima kasih BN. Satuuuuuuuuuuuu Malaysia. Satuuuuuuuuuuu Malaysia.

      Delete
  2. Salah satu benda yg diluar pemikiran @ out of d box. Muga Allah merahmati nilai mulia ini. AMNO hanya tahu bagi makan Ikan akan tetapi tak tahu macam mana nak ajar tangkap ikan. SO ORANG PR dah memulakan satu benda yg akan dikenang sampai mati...

    ReplyDelete
  3. Hanya Omnu sahaja yang pandir memPERAID duit dalam donia ni

    Nasib baik Selangor terlepas dari cengkaman Omnu dalam PRU 13, kalau tidak beraya sakan pemimpin Omnu memperaid duit hasil mahsol negeri Selangor sesama kroni

    ReplyDelete
  4. Tahniah pas di selangor sebab telah dapat mengislam seluruh selangor dan tiada lagi maksiat diselangor......good by umngok forever eber........kita mesti confirm ahli syurga.......

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...