Monday, 16 December 2013

SEDIKIT CATATAN RINGKAS PENGALAMAN OMAK KAU YANG TIDAK MUNGKIN DAPAT DILUPAKAN KETIKA BERSAMA SKUAD ELITE MELAWAT MANGSA BANJIR DI KEMAMAN.


PENGALAMAN MENDEWASAKAN KITA .. IANYA TIDAK DAPAT DIJUAL BELI ... PENDERITAAN MENGINSAFKAN KITA .. IANYA MAMPU MENYEDARKAN SIAPA KITA.

Akibat masa yang agak terhad kami Skuad Elite hanya berada di Kemaman selama 3 hari 2 malam sahaja. Sewaktu di sana Omak Kau sempat merakam kesan trauma mangsa banjir dan kesan fizikal di sebahagian Bukit Mentok itu sendiri.

Dua kenderaan Skuad yang rata-ratanya dari Cabang Shah Alam yang tiba di perkarangan Madrasah Bukit Mentok membuka kisah sebenar apabila kanak-kanak yang sedang bermain di situ mengeluarkan dailog "ehh bantuan datang, bantuan datang.....". Mereka tidak mengerti apa-apa kecuali keseronokan ketika banjir dengan bantuan barangan sahaja. Pastinya dua puluh tahun lagi jika banjir melanda, mereka baru tahu erti peritnya kemusnahan!

Misi kami sebelom itu ke Ibu Pejabat KeAdilan Kemaman. Sdr Kamarudin Cik merupakan calon Parlimen Kemaman PRU13 yang ditemui telah memberikan taklimat bagaimana perjalanan kerja-kerja bantuan dijalankan. 


Sebelum itu kami sering dicemuh kerana menjalankan Misi dengan menggunakan logo Parti dengan alasan mahu menunjuk-nunjuk tetapi harus diingatkan ini adalah sekadar untuk menutup mulut pihak tertentu yang suka mencemuh kononnya PKR dan PR hanya mendiamkan diri buat bising apa yang berlaku di bawah permainan kotor lagi jijik media lidah biawak UMNO/BN yang memburukkan PR. Politik hanyalah permainan persepsi maka sebagai parti haruslah bertarung membetulkan persepsi jika mahu menawan hati dan minda rakyat. Jujur dan ikhlas adalah subjektif..berpaksi dari mana iainya berdiri.

Dengan bantuan beliau dan Kak Mairan serta suaminya kami kemudiannya ke Kampung Bukit Mentok yang terletak di Kemaman. Kesan yang dialami memang menyayat hati. Air setinggi bumbung rumah.

Omak Kau tidak mahu menceritakan kemusnahan harta yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir. Omak kau hanya ingin melihat dan membawa balik kesan emosi oleh mereka. Bayangkan seorang wanita warg emas bersama anakya sedang membersihkan barangan yang berselut lumpur. Paling menyedihkan hati kami lihat masing-masing dalam keadaan yang buntu tidak tahu mana nak mula.

Teringat pada teori yang disampaikan oleh guru ketika belajar membuat novel dan cerpen, "jangan menulis apa yang kamu tidak nampak, tapi tulis apa yang kamu alami..."

Kini yang terjadi, apa yang Omak Kau lihat tetapi tidak mampu untuk menulis semuanya dalam ruangan yang terhad ini. Mujur rakan-rakan sempat merakamkan beberapa keping gambar maka banyak gambar-gambar yang dirakam dan boleh menceritakan segala-galanya dengan panjang dan lebar.

Setelah berada di beberapa daerah yang terlibat banjir di sini
, Omak Kau ingin membawa kepada anda untuk merenung kata-kata ini: "hari ini hari anda, hari esok entah saya; hari ini kita berada (harta benda), hari esok entah tidak entah ya!!". Walaupun telah sampai ke Selangor dengan selamat sehingga detik dan waktu ini masih bergenang air mata tatkala teringat muka-muka mangsa-mangsa banjir yang sempat kami bantu...tak mampu diekspresikan dengan kata-kata.

Justeru banjir besar yang berlaku di negara kita, haruskah kita melihat sahaja? Hulurkan apa sahaja yang termampu oleh kita. Hulurkanlah apa saja kepakaran yang ada. Kerana ujian ini Allah turunkan didepan mata kita.




15 comments:

  1. sorrylah, nak tanya sikit. mana pemimpin atasan? asyik org bawahan je buat keje. pemimpin atasan rasa jijik nak bersihkan rumah mangsa banjir ke?

    ReplyDelete
  2. walaupun aku org pkr, tapi dlm hal ni aku terpaksa respek dkt umno. korg tgk, diaorg dari org no 1, 2 & semua pemimpin atasan turun. tapi kita? sampai dah habis banjir utk bersihkan rumah pun pemimpin atasan tak sanggup. alahai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macai detected!!! mana kak ijat??? menyalak je keja..blah la lu

      Delete
    2. Klau najib xturun, mmg sempoi la..psl die bekas mb pahang..dulu rayu2 minx undi..hehehe

      Org pahang amacam?
      Best brim brom?
      Dpt rm500, yeaa....!
      idup lg melayu?

      Delete
    3. Kalau awal qalam dah kata " aku orang pkr...." Sah qalam setrusnya MENIPU, BERBOHONG dan JELAS BAHALOL.........
      Mana ada no 1 & 2 umno turun? Atas heli adalah, saf pimpinan PAS termasuk TGHA, Tuan Ibrahim dll mengahrung air....
      Mereka tak perlu beramai-ramai bergambar mencuci sekangkang kera dengan sepuluh mob / penyapu & puluhan mata lain menempil tumpang galmour....mcm pemuda umno
      Kalau macai itu mudah sangat nak kenal teklias ikan di air tahu aku jantan betinanya....

      Delete
  3. nama skuad elit, tp 10 org pun tak sampai? org pkr yg lain mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak2 la..takkan nak tumpu pada satu tempat je...yg lain2 kt kawasan lain le...apa la korang ni langsung tak up to date... JINGGA13 dari awal da turun padang...juga ahli2 parti yg lain,,gerombolan BN je turun cuma bawak borang ahli...puiiii

      Delete
    2. alhmdllah...moga2 apa yg dkerjakan dgan ati yg iklas mendapat ganjaranNYA..

      Delete
  4. Kpd yg menolong tu..stinggi tahniah diucapkn..wa percaya beb
    Xpayah kita crite pasal parti ker.. klompok ker..yg penting ikhlas..
    Bukan kita xboleh tlg klu xbwk bendera....
    Tapi.............org pun perlu tau saper kita

    ReplyDelete
  5. Org2 umno BNatang tkut air....sbb tu x trun....asik menyalak jer kejenya.....x caya tya kak ijat dgn badak sumbu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ijat tak akan bantu tempat yg bangsat tu. Kalau Najib ada baru boleh ikut. Buat apa meletih dan mengotorkan badan! Padan muka pilih lagi bangsat tu.

      Delete
  6. Kesian dah tengok macai lembu ni.dah sampai tahap terpaksa menyamar semata-mata nak lagakan orang lain.lembu pun tak ada sampai tahap ni.kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Gunakan duit rakyat selangor atau perbelanjaan sendiri tu? Buat rombongan sempena akhir tahun sambil menjadi pemuas nafsu. Yg dah berkahwin inilah peluang nak outstation. Bukan tak tau tektik pkr ni. Sama je dengan perangai umngok parti sekular.

    PAS kelang
    Menuju ke arah negara Islam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat fitnah dengan menjual nama PAS..maka jawab la kamu nanti di akhirat!!

      Delete
  8. Apalah kau ni Machai .Anon 00:25. Biarlah omakkau menari dgn pena nya.nak tanya duit sapa pakai, yg DERMA bagi banjir tu datang dari sapa? Machai akan jawab duit kerajaan@ AMNO. Bab bab kesusahan orang kamu janganlah jadi Manusia Munafik yg tergolong dari darjat yg paling terkutuk. Kau belum kena musibah lagi hari ni.akan tetapi apabila Musibah menjemput kamu maka akan kamu kenal bertapa tinggi langit itu.Doa ku pada MACHAI agar kamu dilimpahi rzeki & disempurnakan AKAL YG WARAS agar dpt menilai dgn menggunakan akal bukannya mengikut Nafsu

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...