Monday 29 April 2013

TAN SRI SHAHRIR SAMAD NAIK ANGIN PASAL DIA TERPAKSA BERCAKAP HADAPAN KERUSI KOSONG DI SATU CERAMAH ANJURAN BN DI JOHOR BAHRU!!!!!

Calon BN JB Shahrir berceramah dihadapan ‘kerusi kosong’

JOHOR BARU, 29 April — Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century  di sini yang hadir semalam.

Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.

Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul.

Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin.

Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu.

“Orang luar datang kata Umno rasis dan tiada pandangan seimbang ... dan yang cakap ini DAP, mereka bukan mahu undi orang Melayu, tetapi mahu jadi suara orang Cina, itu pandangan yang racial,” kata Shahrir yang pernah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket calon bebas selepas meletakkan jawatan sebagai protes kepada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 malam tadi.

“Sebagai orang Johor saya ingin menyatakan kita diajar untuk membuat keputusan. Sama ada kita Melayu Cina, India ... cara sebagai orang Johor mahu kita teruskan atau orang seperti Kit Siang akan bawa keadaan lain,” katanya, merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Jelas Shahrir, cara yang dibawa pemimpin veteran DAP itu bukanlah cara masyarakat Johor, kerana rakyat berbilang kaum di negeri itu mengamalkan kaedah komuniti berbincang dengan kerajaan tanpa melibatkan retorik politik.

Shahrir yang memenangi kerusi berkenaan pada 2008 dengan majoriti 43,143 undi kali ini akan menentang pesara tentera, calon PKR daripada PR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

Hashim merupakan anak jati Kempas, Johor dan merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di serata dunia serta berjanji akan meningkatkan mutu dan taraf hidup anggota tentera ekoran kehidupan mereka kini dakwanya tidak dibela kerajaan.

“Ini soal kita harus fikir benar-benar kerana ia tentunya keputusan dan persoalan yang begitu besar.
“Selama ini tiada masalah yang kita tidak boleh selesaikan. Tiada rintangan menyekat kemajuan kita ke depan,” katanya, dan menambah, “kita mahu ubah kepada keadaan yang kita tak tahu untung atau rugi.”

Kerusi Parlimen Johor Bahru mempunyai sejumlah 96,515 pengundi berdaftar dengan masyarakat Melayu membentuk 51 peratus, Cina 43 peratus atau 41,501, dan baki lima peratus adalah India.

Selepas majlis  selesai, Shahrir ketika dalam perjalanan menuju ke kenderaannya turut kedengaran memberi teguran kepada penganjur program itu.

“Lain kali nak organise (anjur), organise betul-betul”....m'sian insider

HELLO TAN SRI.... INI BUKAN PASAL PENGANJUR TAK PANDAI ANJUR EVENT TAPI RAKYAT DAH TOLAK UMNO DAN BN!!!!

13 comments:

  1. KEADILAN kEPALA BATAS MASIH BEROTAK UMNO,,APA CITER NI,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, jgn dihina mrk ni sebab kita pr tak pandang rendah pada bn sebab pru13 ini sungguh sengit , kami pr pun tak berani kata mesti tetapi mungkin berpeluang menang disebabkan kebangkitan rakyat yg begitu bersemangat. semoga semangat perubahan ini diteruskan demi kemenangan buat rakyat malaysia utk kemederkaan rakyat semua. reformasi.....tabbir...amin.

      Delete
  2. Sepatutnya tan sri shahrir bersyukur krn kerusi2 tersebut sudi mendengar dan menghayati ceramah beliau...


    Ihsan:
    media Chennai

    ReplyDelete
  3. ni macam kes muhyiddn yassi berceramah dgn banyak kerusi kosong diperlis.sebenar rakyat dah meluat dengan kelentong depa,Mca.Gerakan,Mic & Bn ceramah dia orang tak dah sambutan dari asyik nak auta aje

    ReplyDelete
  4. mana org johor.. tolong jwb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana aku nak Jawap??? aku pun maleh nak pegi...
      Tapi ketara,
      1)DUN Johor Jaya crowd DAP nampak banyak, crowd BN , sila rujuk diatas
      2) Kota Masai, Cahaya Masai, Cahaya Bahru, asal DSAI turun je , jemmm..

      Delete
  5. angin perubahan sudah melanda johor........golongan muda sudah berubah...........ini kalilah

    ReplyDelete
  6. Penyokong BN tunggu keluar TV3 dan RTM jerk

    ReplyDelete
  7. fuuyooooo..........penyokong setia be end.kerusi dan rumput.

    ReplyDelete
  8. Jgn la mgaibkan rakan politik kita.. Mereka pun djadikan oleh Allah,ada perasaan malu dan segan.. Itulah iman yg mereka ada.malu dan segan itu adalah secubit dari iman.. Bantulah mereka dgn menjatuhkan mereka, ada hkmah nya.moga2 dgn kejatuhan mereka,mereka akan insaf dan akan percaya pd Allah, bahawasa nya Allah lah yg mmberi rzki dan menarik balik rzki itu.
    -matrock-

    ReplyDelete
  9. Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
    Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
    Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
    Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...