Monday, 31 March 2014
BIAR KAIN RENTANG BERBICARA .... APA LAGI PENYOKONG SETIA UMNO/BN MAU!!!!
" TOLONG JANGAN ROBOH ... KAMI PENYOKONG SETIA BN ... BEGINIKAH LAYANAN KERAJAAN KEPADA PENYOKONG SETIA BN DI DESA IDAMAN "
Masa PRU 13 lain bicara .. sudah menang jentolak tiba.
Tidak mau mengupas lebih panjang sekadar mengajak pembaca, peninjau, pengkritik, penegur, peminat, pengacau dan pembenci blog Omak Kau agar cuitkan minda kalian dan tanya ... patutkah Kerajaan UMNO/BN yang menjerit terlalak terlolong berkata yang kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan Tradisi Membela Rakyat .. Kerajaan yang Mendahulukan Kepentingan rakyat .. Kerajaan Mesra dan Berjiwa Rakyat.
Apakah benar bagai dikata .. berkata seperti bikin dan bikin seperti yang dibisingkan satu dunia????
Masih mau mengaku pembela Ketuanan Melayu???? .. Mau berkata dan hebohkan kepada dunia UMNO/BN tidak menysia-siakan sokongan padu dan setia jitu para penyokongannya?????
Jika ini boleh berlaku kepada mereka .. apa jaminan tidak akan berlaku keatas diri kita????
Kejadian pilu menyayat hati tersentap jiwa ini berlaku di Segamat Johor .. Negeri kelahiran UMNO.
TRAGEDI MH370 ... BILA DAH KANTOI HISHAMUDDIN HUSSEIN KATA NAJIB TIDAK PERNAH KATA PESAWAT MH370 TERHEMPAS DILAUTAN HINDI DAN SEMUA PENUMPANG TERKORBAN.
Setelah 1 minggu Najib Razak membuat pengumuman baru sekarang kata Najib Razak tidak pernah berkata yang pesawat MH370 terhempas dan semua penumpang terkorban?????
Habis itu mengapa dia ucapkan takziah dan minta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluar fatwa untuk solat jenazah ghaib pada jam 6.00 ptg hari itu juga ketika membentang usul tergempar di Parlimen?????
Mengapa selepas itu habis semua saluran TV siarkan orang mengaji baca surah Yaasin dan Al- Fatihah?
Mengapa ada negeri-negeri yang dah kibarkan bendera separuh tiang tanda berkabung?????
Paling menghairankan sekali semalam sebelum mulanya perlumbaan Formula 1, Najib ajak semua penonton dan hadirin supaya bertafakur seminit untuk mangsa MH370???? .. Bukankah bertafakur untuk mereka yang sudah meninggal dunia???? .. Belum pernah lagi dalam sejarah orang bertafakur kerana hilang dan lesap tak dapat dicari .. Belum pernah.
Mengapa media utama lidah rasmi UMNO Utusan pun umumkan yang Najib kata pesawat MH370 terhempas dan semua penumpang terkorban?????
Kalau bukan terhempas di lautan Hindi pesawat itu tergantung diawang-awang Lautan Hindi????..
Aduhhhh ... makin bertambah bercelaru haru biru dibuatnya ni weh!!!!! .. Janganlah berterusan berbelit-belit memberikan fakta.
Apabila pihak media asing serang kata Malaysia penipu dan tidak boleh dipercayai pandai pula marah naik angin seluruh badan kata ada agenda nak memburukan kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak ... tetapi cara krisis ini di tangani amat buruk sekali .. sekejap kata gini .. lepas itu bila dibelasah kerana dapati tiada kebenaran, mulalah berbelit lidah nak baiki fakta tapi sudah terlambat.
Biala banyak sangat spekulasi naik angin satu badan sedang diri itu yang menjemput spekulasi sebab sentiasa berbeza fakta setiap kali waktu berubah.
Kalau benar Najib Razak tidak maksudkan pesawat MH370 terhempas di lautan Hindi dan semua penumpang terkorban, sepatutnya keesokan hari kena perbetulkan apa yang dihebohkan oleh semua media.
Ini tidak .. dah 7 hari bila kesemua bukti tidak menyokong pendapat itu mulalah berbelit-belit lidah.
INI KENYATAAN HISHAMUDDIN HUSSEIN HARI INI.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menyatakan pesawat MH370 mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi.
"Perdana Menteri langsung tidak menyebut terhempas dan semua penumpang terkorban," katanya pada sidang media harian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.
Pada sidang media tergempar 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 dikesan berakhir di selatan Lautan Hindi.
INI KENYATAAN NAJIB 7 HARI YANG LALU.
KUALA LUMPUR 24 Mac - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia.
Pengesahan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas itu menamatkan segala teka-teki mengenai ke mana hilangnya pesawat MH370 sejak 17 hari lalu.
Menurut Perdana Menteri, rumusan mengenai nasib pesawat MH370 dibuat berdasarkan kajian serta siasatan rapi oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).
Kata Najib, AAIB memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir pesawat.
"Berdasarkan analisis tersebut, Inmarsat dan AAIB merumuskan MH370 terbang di koridor selatan. Lokasi terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi yang terpencil dan tidak mungkin mendarat.
"Dengan rasa sedih dan kesal saya perlu memaklumkan berdasarkan data itu, penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.
"Kepada semua keluarga, beberapa minggu terakhir ini sangat menyedihkan dan saya tahu berita terbaharu ini menambahkan lagi keperitan mereka," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
KENYATAAN USUL TERGEMPAR NAJIB DI PARLIMEN
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk menentukan masa sesuai mengadakan Solat Ghaib bagi mangsa beragama Islam tragedi pesawat MH370.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat mengenai pesawat MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu.
"Saya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Majlis Fatwa akan bersidang jam 6 petang ini untuk menentukan solat jenazah ghaib bilakah patut dilakukan.
"Apa yang kita saksikan ini adalah perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejaran penerbangan moden. Kita hargai sokongan dari negara asing dan rakan-rakan kita," katanya.
Sementara itu, Najib berkata, kerajaan menerima pelbagai cadangan antaranya untuk berkabung dengan menurunkan bendera separuh tiang.
"Bagaimanapun, kerajan berpendapat kita perlu menemui serpihan pesawat terlebih dahulu sebelum melakukan perkara itu," katanya.
NEGERI SARAWAK SEKAT PARA PEMIMPIN KEADILAN MASUKI NEGERI ITU DAN SABAH PULA BERTINDAK MENYEKAT MENTERI SARAWAK DARI MEMASUKI SABAH!!!!
WHAT GOES AROUND COMES AROUND ... Rasakan betapa pedih, pilu dan malunya apabila pegawai Imigresen tidak benarkan memasuki negeri Sabah sedangkan kamu adalah seorang rakyat Malaysia bertaraf Menteri Negeri.
Begitulah perasaan para pemimpin Pakatan Rakyat dihalang dari memasuki Sarawak walaupun mereka warga negara Malaysia bertaraf pemimpin rakyat.
Menteri Pembangunan Tanah Sarawak James Masing telah ditahan oleh pegawai-pegawai Imigresen Sabah semalam yang tersalah anggap dia menyamar sebagai seorang menteri.
Masing, yang mendarat di Lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 6 petang semalam, menunjukkan ' Pengenalan Istimewa ' beliau , pas khas yang digunakan oleh wakil-wakil politik dan menteri-menteri di kaunter tetapi tidak dibenarkan masuk
Mereka anggap dan ingat serta yakin yang beliau menggunakan pas palsu.
Kekeliruan ini nampaknya adalah kerana dia berpakaian seluar jeans dan baju T.
Harian tempatan Borneo Post memetik Masing sebagai berkata bahawa dia mempunyai masa yang amat sukar untuk meyakinkan pegawai-pegawai bahawa dia adalah tulen walaupun cara pemakaian beliau.
"Saya ditahan mungkin kerana saya memakai seluar jeans, saya tidak sedar Yang Berhormat dan menteri mesti menggunakan pakaian kemas jika mau ke Sabah.
"Ia adalah memalukan. Saya perlu membuktikan bahawa saya James Masing seperti yang ditunjukkan di dalam kad pengenalan , "kata Masing .
Menteri itu berkata pengalaman beliau adalah peringatan bagi menteri-menteri yang lain dan wakil rakyat cara pemakaian yang betul apabila menggunakan pas istimewa.
RIDHUAN TEE ABDULLAH KRITIK KERAS MAJLIS MALAM CINTA ALLAH DAN CINTA RASUL DI PUTRAJAYA BARU-BARU INI SEBAGAI PEMUJAAN MELAMPAU!!!!
Sebelum ini pencetus Anti Hadis Kassim Ahmad pernah membangkit perkara yang sama, mempersoalkan pendewaan umat kepada Rasulullah SAW.
Kassim Ahmad sudah di heret ke Mahkamah Syariah oleh JAKIM .. apakah JAKIM bakal mengambil tindakan keatas Ridhuan Tee Abdullah?
Pensyarah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak bersetuju dengan selawat perdana yang terlalu 'berlebihan' memuji Nabi Muhammad sehingga membawa kepada tahap pemujaan.
Pendakwah bebas itu berkata, penonjolan berlebihan ke atas Rasulullah semasa majlis Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul baru-baru ini di Putrajaya menenggelamkan penonjolan kepada Allah.
"Penonjolan kepada Rasulullah terlalu berlebihan sehingga menenggelamkan penonjolan kepada Allah," kata Ridhuan dalam artikel bertajuk "Selawat Nabi, bukan puja" dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian, hari ini.
Ridhuan berkata, lagu cinta Rasul seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan sehingga membawa kepada tahap 'pemujaan' terhadap Nabi Muhammad.
"Lagu-lagu cinta Rasul yang disampaikan seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan, sehingga membawa kepada tahap 'pemujaan' terhadap Nabi.
"Adakah Rasulullah mahukan kita memuja baginda? Sudah tentu tidak," katanya.
Tidak menafikan Rasulullah sebagai contoh yang wajar dijadikan teladan kepada umat Islam, Ridhuan berkata, ia tidak bermakna kita memuja secara berlebihan.
"Kita memang dituntut mencontohi Nabi Muhammad dalam apa jua keadaan dan cara hidup baginda, tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga mengidolakan baginda," katanya.
Ridhuan juga menggesa supaya umat Islam memperkukuhkan akidah dan mengenali Allah terlebih dahulu, tunjang kepada agama Islam.
"Bersolat dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia.
"Sebab itulah akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada Allah sebelum kenalkan kepada pesuruhNya iaitu baginda Rasulullah," katanya.
Minggu lalu, program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 diadakan di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta tetamu VIP lain.
Program itu bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Putra dengan diimamkan Abdul Manaf Mat, disusuli dengan solat hajat bagi memohon supaya dipermudah operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Selepas itu, majlis selawat dan qasidah dimulakan pada 9 malam diikuti pengisian lain ialah seperti zikir terapi, bacaan Al-Quran serta tazkirah.
Terdahulu, bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad juga membangkitkan perkara sama, mempersoalkan pendewaan umat kepada Rasulullah.
Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Februari mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.
Susulan kritikan tersebut, Kassim menerima tekanan daripada pelbagai pihak dan juga disiasat penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
PARTI AKP PIMPINAN PERDANA MENTERI ERDOGAN MENANG BESAR PILIHANRAYA TEMPATAN TURKI.
Dalam keputusan itu, AKP memperoleh 47 peratus undi berbanding pembangkang, Parti Rakyat Republikan (CHP) yang memenangi 28 peratus.
Selain itu, dua lagi parti yang turut bertanding Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) dan Parti Demokrasi dan Keamanan Kurdis (BDP) masing-masing memperoleh 13.28 peratus dan 2.79 peratus.
Erdogan ketika berucap dihadapan penyokongnya di Ankara berkata, keputusan itu merupakan satu referendum rakyat menolak "politik tidak bermoral" dan "politik tidak bermatlamat".
Beliau juga menyifatkan parti yang memperjuangkan demokrasi dan keadilan telah menang pada pilihan raya ini.
"Jangan sesiapa bersedih hari ini, hendaklah tiap-tiap orang daripada 77 juta rakyat tahu bahawa Turki memenangi hari ini.
"Kami akan membawa demokrasi yang lebih kukuh," kata Erdogan disambut sorakan penyokong di ibu pejabat parti itu.
Pilihan raya kali ini berlaku di tengah-tengah tuduhan rasuah dan kebocoran keselamatan yang menggongcangkan pemerintahan 12 tahun AKP.
Beberapa siri tunjuk perasaan anti kerajaan dilakukan pada tahun lepas yang dipanggil sebagai protes 'Gezi'.
Penunjuk perasaan Gezi kebanyakannya dilabel sebagai kumpulan pemuda yang tidak puas hati dengan peraturan 12 tahun Erdogan.
Bagaimanapun dengan majoriti 52 juta pengundi termasuk yang aktif dalam protes ' Gezi ', ia dilihat sebagai meluluskan peraturan Erdogan .
Dalam pada itu Erdogan turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana menuntut kembali perjuangan 'untuk kebebasan di Turki baru'.
"Anda berdiri untuk cita-cita Turki ... untuk politik, bagi pihak anda dan Perdana Menteri," kata Erdogan.
RAHSIA MENGAPA BN MENANG BESAR DI PRK BALINGIAN SUDAH TERBONGKAR ... SEKOLAH DISANA TALIAN TALIPON DAN FAX PUN TIDAK ADA!!!!
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, dengan majoriti 6,911 undi.
Calonnya Yussibnosh Balo, 48, memperoleh 8,194 undi, berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi.
Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.
Begitulah ayat yang dipapar dan disiarkan merata negara oleh media arus perdana dan blog pro UMNO/BN.. Berasa megah dan sombong sebab berjaya menang dengan majoriti lebih besar dari dulu.
Omak Kau bila selidik selain dari Ketua Menterinya menggunakan Imigresen sekat para pemimpin tertinggi KEADILAN dari di benarkan masuk kenegeri Sarawak untuk berkempen, alasan besar lain ialah sekolah di Balingian talian talipon dan fax pun tidak ada.
Ertinya akses kepada internet sifar .. mendapatkan maklumat yang benar lagi sahih dari sumber alam maya adalah sifar ... menunjukkan bahawa penduduk dan pengundi Balingian jenis menerima maklumat dari saluran yang dibekalkan oleh media milik UMNO/BN sahaja.
Peliknya kalau sampai sekolah pun tiada talian talipon menunjukkan betapa terpinggirnya kedudukan Balingian ini .. terpinggir dari segala-galanya .. bukan sahaja terpinggir maklumat .. pembangunan dan keperluan asas pun di pinggirkan.
Jadi tidak perlulah pemimpin BN mau berlagak sombong dan angkuh sambil dabik dada. Sepatutnya berasa malu yang BN kini hanya ada sokongan dikawasan yang cukup daif dan terputus perhubungan dunia luar.
PENDUDUK KAMPUNG ULU SEPETANG, BATU KURAU, PERAK TELAH MELAKUKAN "BUGHAH" BANTAH CARA PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUAN KAMPUNG (JKKK) OLEH KERAJAAN NEGERI UMNO/BN PERAK.
BATU KURAU – Penduduk Kampung Ulu Sepetang, di sini, mengugut mahu berhimpun setiap hari berikutan tidak berpuas hati dengan corak pemilihan ahli Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan.
Perhimpunan itu bagi menyuarakan bantahan terhadap pelantikan ketua kampung baharu yang dipercayai bukan anak jati kampung berkenaan.
Penduduk, Zulkifli Osman, 47, berkata, pelantikan itu dibantah dan mereka sebulat suara akan terus berhimpun sehingga ada pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu berkenaan.
"Penduduk di sini lebih tahu siapa yang layak menerajui pentadbiran kampung, namun sebaliknya berlaku, tiada perbincangan hingga keputusan ditentukan orang luar.
“Kami akan terus berhimpun setiap hari bagi menunjukkan bantahan sehingga pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Semalam, lebih 100 penduduk berhimpun membantah pemilihan iu berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sepetang bermula kira-kira jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Difahamkan, satu memorandum bantahan dihantar kepada pihak berkaitan sebelum ini untuk menolak pelantikan itu, namun tidak mendapat sebarang respons.
Sementara itu, M Pusparajan, 40, berkata, dia yang mewakili kaum India di kampung itu turut tidak puas hati dan membantah keputusan diumumkan minggu lalu.
Menurutnya, sebaik keputusan diumumkan, penduduk mula nampak berpecah-belah kerana tidak setuju dengan pelantikan itu.
“Ia menunjukkan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan pemilihan itu, tambahan pula calon dilantik bukan atas pilihan penduduk,” katanya.
Mohd Said Abu Bakar, 59, mengakui, kebanyakan penduduk masih mahukan khidmat ketua kampung lama dikekalkan.
“Penduduk mahukan individu yang mesra rakyat dan mudah bekerja.
“Nilai inilah yang ingin kita terapkan supaya wujud perpaduan antara penduduk yang pelbagai kaum,” katanya.
Bagi Ramli Shaffie, 58, pula, situasi tegang yang wujud dalam kalangan penduduk perlu diberi perhatian segera.
Menurutnya, adalah lebih baik jika perbincangan menyeluruh dilakukan dan lantikan ditangguhkan sementara hingga keadaan reda.
Sudah jangka ada aduan
Sementara itu, Adun Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, kekecohan yang timbul sudah dijangka kerana terdapat beberapa aduan diterima sebelum ini berhubung pelantikan itu.
Menurutnya, setiap lantikan JKKK diselia Umno bahagian, pejabat penghulu dan pegawai daerah.
“Saya sendiri tidak terlibat dalam proses itu, namun kita harap tidak timbul kekecohan yang boleh mengganggu perpaduan dalam masyarakat.
“Dalam situasi ini, ketua kampung yang baru dilantik perlu menunjukkan kredibiliti menjalankan tanggungjawab dan boleh memberikan kerjasama," katanya.
Persoal empat borang pencalonan
Dalam pada itu, insiden terbabit turut menarik perhatian JKKK Kampung Pondok Quin yang mempersoalkan kewujudan borang keempat dalam proses pencalonan ketua kampung sedangkan hanya tiga dibenarkan sebelum ini.
Bekas Ketua Cawangan Umno, Anuar Jaafar berkata, perkara itu disedari apabila pengumuman keputusan pemilihan dan tiga calon yang menghantar borang langsung tidak tersenarai sebagai ketua kampung baharu.
Menurutnya, perkara seumpama itu sewajarnya tidak berlaku kerana seolah-olah membelakangkan JKKK lain yang berkhidmat hampir 20 tahun.
“Macam mana timbul pula calon keempat, mereka itu juga bukan dalam kalangan JKKK dan langsung tidak dipilih penduduk.
“Kami kecewa dengan perkara ini, tak mustahil selepas ini ramai dalam kalangan JKKK sendiri menarik diri,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Surau Kampung Pondok Quin, Zakaria Omar berkata, apabila berlaku keadaan seumpama ini, wujudnya pergolakan dalam kampung akan dilihat sedangkan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Pihak bertanggungjawab sewajarnya memantau perkara ini kerana ia melibatkan pentadbiran kampung.
“JKKK dan penduduk lebih tahu individu mana layak menjawat jawatan itu, jadi calon yang disenaraikan perlu diberi keutamaan,” katanya.
Selain itu, Zakaria berkata, pemilihan yang dibuat harus adil dan tidak memilih kroni.
“Kami tidak mahu perkara ini menjadi punca perpecahan kerana hampir 90 peratus penduduk menyokong pentadbiran yang ada,” katanya.
Desak guna pakai keputusan sedia ada
Majoriti ahli JKKK Batu 14, di sini, pula mendesak keputusan mesyuarat JKKK bagi proses pelantikan ketua kampung baharu diguna pakai.
AJK, Adnan Ahmad berkata, pelantikan ketua kampung dilihat tidak adil apabila keputusan tidak mengambil kira mesyuarat JKKK yang diadakan.
“Persoalannya, bagaimana seorang kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat boleh jadi ketua kampung.
“Sebagai ketua kampung, perlu sentiasa ada bagi memudahkan urusan melibatkan penduduk. Jika mereka yang dipilih masih berkhidmat bagaimana hendak membahagikan tugas dengan baik,” katanya.
Adnan yang juga Ketua Umno Cawangan Kampung Sungai Akar berkata, JKKK sendiri tidak tahu proses bukan calon pilihan ini berlaku.
“Sebelum ini, JKKK telah menyenaraikan nama calon, keputusan mesyuarat JKKK langsung tidak diguna pakai dan calon dicadangkan pula tidak diambil kira,” katanya.
SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN ADUN KOTA ANGGERIK YB DR YAAKOB SAPARI DI DEWAN JUBLI PERAK, SUK 30HB MAC 2014.
Semalam di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam telah berlangsung majlis walimatul urus anak perempuan ADUN Kota Anggerik, YB Dr Yaakob Sapari sederhana tetapi cukup meriah.
Antara tetamu yang kelihatan hadir ialah Dato' Menteri Besar Selangor YAB, Tan Sri Khalid Ibrahim, calon Ketua Wanita Pusat KEADILAN merangkap Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Batu Tiga, YB Hajah Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad.
Sebagai tuan rumah, YB Dr Yaakob Sapari mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para tetamu yang hadir dan terima kasih daun keladi kepada para petugas yang bertungkus lumus membantu untuk menjayakan majlis tersebut.
CUKUP HEBAT PANDANGAN BEKAS HAKIM MAHAKAMAH RAYUAN YANG MENGAKU DIRINYA PAKAR PERLEMBAGAAN NEGARA .... BUKAN MELAYU PELUK ISLAM TERUS MENJADI MELAYU ISTIMEWA!!!!!
Kalau begitu warga Afrika kalau masuk Islam terus diiktiraf sebagai Bani Melayu????? .. Jadi Ridhuan Tee Abdullah kini adalah bangsa Melayu??????
Bukan sebarang Melayu tetapi Melayu istimewa .. lebih Melayu dari Melayu .. Begitu ke bekas Yang Arif?????
Apa punya teruk pemikiran dan pendapat seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan yang mendabik dada cakap besar berdegar-degar kata dia seorang Pakar Perlembagaan Negara.
Inilah akibatnya apabila dah pencen masuk NGO rasis jadi penaung, pengerusi dan pengikut.
Kalau nak bodek pun berpada-padalah.
Golongan mualaf di negara ini sewajarnya diberi hak istimewa sebagaimana yang dinikmati orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah semalam.
Mohd Nor yang juga penaung Persatuan Darus Sa'adah Negeri Sembilan, sebuah persatuan Mualaf, berkata ini kerana kedudukan mualaf adalah sama dengan ciri-ciri takrifan yang diberikan oleh perlembagaan kepada orang Melayu.
Bagaimanapun, katanya, pada masa ini ramai di antara saudara baharu ini disisihkan daripada menerima manfaat tersebut oleh sesetengah pegawai kerajaan yang menganggap mereka sebagai bukan Bumiputera.
"Hak istimewa orang Melayu itu termasuk peluang membeli tanah rizab Melayu, Amanah Saham Bumiputera dan menikmati kuota untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan sebagainya.
"Peluang yang diberikan kepada golongan mualaf itu tidak bermakna merampas hak orang Melayu, tapi sebaliknya ia bakal membesarkan kek ekonomi dan sosial kepada umat Islam di negara ini.
"Mereka (golongan mualaf) ini adalah 'orang Melayu istimewa' yang dicipta sendiri oleh Perlembagaan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-23 persatuan itu di Seremban.
TINDAKAN KETUA MENTERI PULAU PINANG YANG DITUDUH OLEH MACAI-MACAI UMNO TERMASUK PERKASA DAN PEKIDA SEBAGAI PEMIMPIN ANTI ISLAM INI SUDAH MELAMPAU?????
Bukankah YAB Lim Guan Eng dilemparkan pelbagai tuduhan oleh macai-macai UMNO sebagai anti Melayu dan benci Islam?????
Oleh itu mengapa dia sebagai Ketua Menteri Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang tidak luluskan kasino wujud dan bertapak di Pulau Pinang????
Mengapa nak fikirkan kesan sosial dan rohani cukup berat dan tinggi untuk di tanggung masyarakat majmuk di Pulau Pinang ?????
Mengapa tidak ikut jejak langkah bijak kerajaan yang mendabik dada sebagai pejuang Islam yang sebenar dan negara Islam contoh seantaro dunia, Kerajaan UMNO/BN, dengan memberikan lesen kepada Genting untuk menjalankan aktiviti casino?????
Apakah casino di Genting tidak sama dengan casino di Pulau Pinang???? .. Mungkin casino di Genting sekadar nama saja kot tetapi aktiviti-aktivitinya langsung tidak bercanggah dengan Islam.
Kalau dah haramkan aktiviti judi dari casino bertapak di Pulau Pinang apa lagi modal macai-macai UMNO nak serang dan fitnah kerajaan DAP/PR Pulau Pinang.
Sudah pasti nak tuduh PAS hanya sebagai budak suruhan mati kutu membisu jika kegiatan mungkar dibenarkan oleh kerajaan PR Pulau Pinang sudah tidak boleh diguna pakai dan rakyat sudah tidak lagi percaya dan terpedaya.
TRAGEDI MH370 .... OBJEK DI KUTIP HANYA BUANGAN TERAPUNG TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN PESAWAT MH370 KATA AMSA.
Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam ini, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.
Bagaimanapun, menurut AMSA, pesawat
Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.
Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Menurut AMSA, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.
Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.
Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.
Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.
Sementara itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia 'Ocean Shield' dijadual berlepas dari Perth esok selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam dan kenderaan di bawah air.
Operasi pencarian bersambung hari ini.
Sunday, 30 March 2014
BEKAS KETUA JURUTERBANG SERANTAU MAS PERTIKAIKAN PERCANGGAHAN KETARA INFORMASI TERDAHULU DENGAN TAKLIMAT YANG DIBERIKAN KEPADA KELUARGA DI CHINA.
Sudah semakin berkecamuk dan berkecelaru kini .. pelbagai versi dan informasi di berikan kepada rakyat.
Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.
Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan nikazizsatu “pencerahan baru” yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.
Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.
“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.
Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.
“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.
TRAGEDI MH370 ... NAJIB KINI MENDAPAT TAMPARAN MAUT DARI MAS APABILA SYARIKAT PENERBANGAN NEGARA BERKENAAN MAUKAN KEPASTIAN YANG MH370 BENAR-BENAR TERHEMPAS DI LAUTAN HINDI!!!!!
Pada 24hb Mac 2014 yang lalu Najib dengan penuh keyakinan memberitahu satu dunia yang pesawat MH370 kali terakhir dikesan ialah di Lautan Hindi dipercayai terhempas dan tiada seorang pun terselamat.
Kenyataan tergopoh gapah dengan tiada sandaran yang kukuh itu menyebabkan tidak ramai yang percaya sehinggakan kini MAS sendiri pun secara tidak langsung tidak mempercayainya.
Suatu tamparan hebat akan integriti dan kepercayaan rakyat kepada kenyataan dan kata-kata Najib .. kini moral dan maruah Najib cukup tercalar parah apabila syarikat penerbangan negara sendiri mempersoalkannya.
Kalau yakin mengapa perlu mau kepastian lagi... Lagi pun bukan CEO MAS sendirti berada disisi Najib ketika beliau membuat pengumuman???? .. Kepastian macam mana lagi yang beliau mau melainkan jika tidak ada sedikit pun kepercayaan dan keyakinan akan kata-kata Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
MAS akan hanya menerbangkan ahli-ahli keluarga penumpang pesawat MH370 ke Perth sebaik sahaja ia telah disahkan dan yakin pesawat berkenaan memang berakhir di sana.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata persiapan untuk mengangkut ahli keluarga ke Perth akan dibuat sebaik sahaja pengesahan telah diterima.
"Malaysia Airlines juga perlu menunggu untuk agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberikan kelegaan bagi keluarga yang akan dibawa ke tapak kemalangan itu, " kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Jauhari berkata pusat bantuan keluarga juga akan ditubuhkan di Perth di mana ia akan menjadi tumpuan utama untuk semua aktiviti.
"Ini termasuk taklimat, perkhidmatan agama dan doa ," kata Ahmad Jauhari .
Apabila pesawat MH370 hilang pada 8 Mac, MAS membuat perkiraan bagi ahli keluarga untuk diterbangkan ke Beijing atau Kuala Lumpur.
Ini termasuk penginapan yang disediakan di hotel di Lembah Klang bersama-sama dengan taklimat yang diberikan oleh MAS.
Setiap keluarga juga diberikan bantuan bantuan permulaan sebanyak AS $ 5,000 ( RM16 , 000).
Berdasarkan data yang disediakan oleh syarikat satelit Inmarsat British dan Kemalangan Udara Cawangan Siasatan di UK , pihak berkuasa kini mencari di bahagian selatan Lautan Hindi.
Pesawat dan kapal dari 26 negara sedang mencari serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370 di kawasan itu.
RTM TV2 SEMALAM SAHKAN PESAWAT MH370 DIRAMPAS?????
Semalam kecoh satu dunia apabila RTM tetiba paparkan isu MH370 di paparan skrin dan mengatakan pesawat MH370 yang hilang disahkan telah dirampas.
Ketika itu RTM saluran TV2 sedang menyiarkan rancangan telemovie. Tetiba berita flash terpapar di skrin tv memberitahu bahawa pesawat MH370 disahkan telah dirampas.
Kejadian yang menggemparkan seluruh negara ini menyebabkan tindakan segera RTM melakukan siasatan dalaman siapakah dalang kepada kejadian tersebut.
Kalau difikir secara akal logik .. betul kah ini angkara sabotaj atau sememangnya benar-benar wujud dan berlaku.
Ini bukan kali pertama RTM melakukan stunt sebegini rupa. ..
Kalau sudah terlalu kerap maka wajar Menterinya letak jawatan jika ada maruah dan harga diri demi negara terus dimalukan dan mendapat malu.
APA LAGI MEREKA MAU .... APA LAGI PERKASA DAN PEKIDA MAU TUNGGU.
Kekadang Omak Kau pun rasa pelik binti hairan binti pening kepala juga bila melihat gelagat dan perangai para waris warga China tragedi MH370.
Pencaraian MH370 menggunakan bantuan satelit dari Amerika Syarikat, Peranchis, Australia, India, Thailand, Indonesia, Vietnam, Russia, UK dan negara China sendiri tetapi masih lagi kabur dan kosong untuk mencari dimana hilangnya MH370.
Kalau menggunakan khidmat kepakaran satelit Malaysia patut dan wajarlah mereka nak berang dan naik angin sebab sampai kiamat tidak akan jumpa cerap.
Malaysia pun amat mengharapkan maklumat dari negara-negara berikut ... jadi kalau nak tahu lebih pantas dan telus mengapa tidak desak saja negara-negara berkenaan mengeluarkan maklumat dan salurkan terus kepada negara China?????
Tidak dinafikan dan memang benar cara Kerajaan UMNO/BN kendaliukan krisis besar ini amat lembab dan berbeli-belit .. itu tiada siapa menafikan.
Apakah Perkasa dan Pekida mau melihat saja negara kita yang tercinta ini berterusan dihina sebegini?
GAMBAR YANG DI HEBAHKAN DI INTERNET KONONNYA MEREKA YANG MATI BERKAFAN ITU 529 PENYOKONG PRESIDEN MORSI DIHUKUM GANTUNG ADALAH TIDAK BENAR .. ITU GAMBAR PENDUDUK SYRIA MATI DISERANG DENGAN SENJATA KIMIA PADA OGOS TAHUN LALU.
Sejak minggu lalu, puluhan laman web dan blog menyebarkan beberapa gambar dan fakta palsu mengenai 529 penyokong presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.
Pada 25 Mac lalu, Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap penyokong pemimpin itu termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie namun hukuman terbabit masih belum dilaksanakan.
Jurucakap Ikhwanul berpangkalan di London Abdullah el-Haddad menerusi wawancara dengan BBC berkata, hukuman terbabit hanya satu 'gertakan' atau mesej ancaman bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tentera Mesir kebal dan negara itu kini dalam tempoh melaksanakan pemerintahan diktator.
“Hukuman ini mungkin satu ancaman dan keputusan mahkamah akan berubah selepas rayuan dibuat,” katanya.
Dalam kenyataan sebelum ini, beliau turut mengetengahkan trend ‘Mesir Baharu’ iaitu pemerintahan diktator yang mungkin diamalkan selepas Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi dilantik menjadi Presiden.
Bagaimanapun, penyebaran gambar dan maklumat palsu terbabit mencetuskan situasi cemas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Gambar jenazah siap dikafan dan foto seorang lelaki berbaju biru tersenyum ketika digantung dikhalayak ramai yang disebarkan sejak Rabu lalu adalah bukanlah gambaran sebenar hukuman gantung terhadap 529 penyokong Mursi.
Ia adalah gambar penduduk Syria ketika diserang dengan senjata kimia pada Ogos tahun lalu.
LUAHAN HATI IKHLAS YB RODZIAH ISMAIL MENGAPA BELIAU BERTANDING KETUA WANITA KEADILAN PUSAT.
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2014:
Jawatan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat
Saya ingin mengumumkan bahawa saya akan bertanding jawatan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat dalam pemilihan PKR 2014 ini.
Ia adalah di atas keyakinan bahawa Wanita PKR akan dipimpin untuk melaksanakan Agenda Reformasi dengan santunan, gerak kerja, perancangan dan pelaksanaan yang sudah sedia diperolehi model-modelnya dari pengalaman saya dalam barisan pimpinan PKR dan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor.
Keyakinan dari anggota kepimpinan Wanita dan akar umbi juga menggesa agar adanya suatu perubahan dalam Sayap Wanita yang membolehkan kepimpinan baru menerajui Sayap Wanita PKR.
"Pembaharuan itu diyakini akan memberikan kesegaran dalam pengolahan agenda masa depan Wanita PKR."
Ia merupakan suatu gesaan yang tidak boleh diketepikan dan saya tampil menyahutnya dengan segala i’tikad dan semangat supaya segera dapat dikotakan kepimpinan yang dikehendaki oleh anggota wanita PKR: penerapan dan pengaktualan pembuatan keputusan secara kolektif, ketelusan dalam pengoperasian aktiviti wanita dan keakuran berlandaskan panduan dan perlembagaan parti.
Gesaan dari akar umbi itu adalah amanah bagi saya, yang akan saya genggam erat dan memohon agar sering diperingatkan kepada saya secara jujur dan tulus.
Saya yakin wanita-wanita anggota parti yang berkebolehan wajar juga menawarkan diri mereka untuk bertanding bersama-sama dalam barisan kepimpinan wanita PKR. Ia bertujuan agar barisan kepimpinan wanita PKR lebih mantap dalam usaha ke arah membentuk masyarakat dengan rasa kasih dan empati, bersulamkan amalan saling memberdaya dan melengkapi.
Dengan penuh kesediaan dan rasa kesedaran akan amanah itu, saya telah mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat dalam Pemilihan PKR 2014 nanti.
Rodziah Ismail
Calon Ketua Wanita KEADILAN Pusat.
TRAGEDI MH370 .... KAPAL CHINA DAN AUSTRALIA SEHINGGA KINI HANYA JUMPA SAMPAH DAN BUKANNYA SERPIHAN MH370.
Adakah sehingga kini kita di hidangkan dengan taklimat dari maklumat bertaraf sampah?????????
Kapal China dan Australia tidak menemui apa-apa yang bermakna dan boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 dari kawasan pencarian baharu selepas objek pelbagai warna yang dikesan semalam hanya sampah laut sahaja.
Wartawan BBC yang berada di atas salah sebuah kapal itu menunjukkan ia hanya jaring biasa yang sukar untuk dikaitkan dengan MH370.
Semalam, kapal terbang tentera China melihat tiga objek yang disyaki dari pesawat MH370 berwarna putih, merah dan oren di kawasan baharu pencarian semalam yang meliputi kawasan seluas 1,850 km di barat Perth, Australia, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.
Susulan penemuan itu, kapal China membuat pencarian di kawasan itu bagi mengesan pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Ia adalah pencarian yang memasuki minggu keempat selepas penemuan tanda palsu yang disangka serpihan pesawat itu sebelum ini.
Pihak berkuasa Australia menyusun semula pencarian ke 1,100 km ke utara Jumaat lalu selepas analisis radar dan data satelit menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada andaian sebelum ini.
Penemuan objek pelbagai warna oleh kapal terbang China itu berikutan laporan kapal antarabangsa pada Jumaat yang melihat objek pelbagai warna, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa).
Amsa berkata, sesetengahnya dilihat seperti daripada kapal nelayan dan ia tidak boleh disahkan sehingga diambil oleh kapal laut yang mencari.
"Kami berharap dapat mengenal pasti objek yang kami lihat semalam," kata Ketua Skuad Tentera Udara Diraja New Zealand, Leftenan Leon Fox kepada Reuters sebelum terbang ke kawasan pencarian dengan Orion P-3.
"Kami berharap kapal di kawasan itu dapat mengambilnya dan memberikan kepada kita petunjuk terhadap apa yang kami lihat,” katanya.
Kapal China Jinggangshan yang membawa dua helikopter di atasnya sampai ke kawasan pencarian itu semalam dan dijangka memberikan fokus kepada serpihan kapal yang timbul termasuk tumpahan minyak dan jaket keselamatan di laut yang luasnya 6,900 km persegi, kata Xinhua.
Empat lagi kapal China dan satu dari Australia dalam perjalanan ke sana tetapi hanya sampai lewat semalam.
Sebaik sahaja pesawat MH370 dikesan hilang pada 8 Mac lalu, pencarian tertumpu di Laut China Selatan.
Operasi mencari kemudian dipindahkan ke Lautan Hindi selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pesawat itu berpatah balik dalam perjalanannya dari KLIA ke Beijing.
Pencarian kemudian tertumpu selama seminggu di kawasan 2,500 km persegi di tenggara Perth selepas imej satelit menunjukkan kemungkinan ada serpihan pesawat itu. Kawasan itu juga kemudian ditinggalkan.
Kini pencarian memasuki kawasan baharu selepas analisis radar dan setelit mendapati kemungkinan ia terbang lebih laju daripada jangkaan awal.
TRAGEDI MH370 ... JANGAN KELIRU ... BERSATU UNTUK NEGARA TIDAK SAMA DENGAN BERSATU UNTUK KERAJAAN BARISAN NASIONAL.
Kita mesti faham dan tahu membezakan perbezaan di antara kerajaan dan negara. Ianya suatu perbezaan yang besar. Dan meminta orang ramai untuk bersatu bagi negara ini benar-benar berbeza daripada meminta orang ramai untuk bersatu untuk kerajaan.
Lebih-lebih lagi pada hari-hari dan minggu selepas tragedi penerbangan pesawat MH370 dimana 239 penumpang termasuk anak kapal hilang tanpa dapat dikesan. Rakyat yang telah diminta bersatu bersama-sama mendoakan untuk penumpang ,pesawat dan juga negara.
Itu tidak bermakna bahawa mengkritik ketidakcekapan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau andaian yang tidak tepat dan karut malut daripada Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri adalah tidak patriotik .
Mereka adalah ahli-ahli politik yang dipilih ke parlimen dan dilantik untuk jawatan awam sebagai menteri dan timbalan menteri oleh kerajaan yang memerintah . Mereka tidak negara. Kita semua sebagai rakyat adalah negara.
Mereka mewakili kita di Parlimen dan mereka yang memegang jawatan eksekutif perlu menjalankan tanggung jawab dan amanah mengawasi dan membimbing kementerian yang diketuai mereka dengan memastikan negara ini berjalan dengan baik.
Dan jika ia tidak berjalan dengan baik , tindakan sewajarnya perlu diambil untuk mendapatkan kembali ke landasan yang betul.
Jadi, ia adalah menarik untuk melihat bagaimana media arus perdana cuba berlagak dengan ambil kesempatan tragedi penerbangan MH370 telah menyatukannegara ini.
Semua rakyat Malaysia cintakan negara. Apa lagi dalam masa negara ditimpa tragedi dan kesedihan.
Kerana perasaan cintakan negara inilah yang berjaya memujuk sebilangan besar rakyat Malaysia untuk mengundi 5 Mei lepas. Atas perasaan patriotik yang sama telah membuat rakyat Malaysia bertekad dan bersatu untuk memerangi rasuah , kronisme , penyelewengan, ketidakcekapan, politik perkauman dan cauvinisme .
Walaupun ahli-ahli politik yang berusaha untuk memecah belahkan kita dengan permainan politik perkauman sempit dan jijik untuk kepentingan mereka sendiri namun atas sifatkan cinta dan kasihkan negaralah rakyat bersatu padu untuk memperbaikinya dari negara kita terus musnah hancur lebur..
Sama seperti kritikan terhadap cara pengendalian kerajaan UMNO/Barisan Nasional dalam tragedi MH370, ianya tidak perlu dilihat sebagai kritikan terhadap Malaysia, bersatu di belakang negara ini pada masa kesedihan tidak boleh dianggap sebagai bersatu dibelakang Najib dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya..
Kami adalah rakyat Malaysia dan kita hanya mempunyai satu negara untuk dipanggil rumah dan tanah air. Tetapi kita mempunyai pilihan memilih kerajaan mana yang kita mahu untuk diberi amanah dan tanggung jawab mengurus tadbir negara kita.
Saturday, 29 March 2014
SUDAH MELAMPAU ... MENTERI KESIHATAN PERLI SIAPA PULA NI?????
Siapa pula Menteri Kesihatan tujukan kenyataan panas ni ... dah nak kena buang jadi menteri ke?????
Cakap siang pandang pandang ... cakap malam dengar-dengar .... cakap perli isteri pemimpin alamatnya nak kena terajang.
Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Beliau berkata pada 1996, kadarnya mencatat 44.4% namun ia meningkat 15.1% pada 2011 kepada 59.1%.
Katanya peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.
"Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
"Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman," katanya ketika merasmikan “Bulan Nutrisi Malaysia 2014” di Kuala Lumpur hari ini.
Dr Subramaniam berkata rakyat perlu mengelak daripada makan secara berlebihan dan perlu kerap membuat senaman sebagai langkah utama mencegah masalah obesiti secara berkesan.
Beliau juga mencadangkan supaya orang ramai lebih kerap menggunakan tangga dan kurangkan penggunaan lif bagi mengurangkan kalori dalam badan mereka. – Bernama
AKHIRNYA RAJA BOMOH 1M'SIA CABAR MUFTI PERAK BUKTIKAN RITUALNYA ADALAH SYIRIK DAN KHURAFAT.
Raja Bomoh Sedunia 1M'sia Nujum VIP , Mahaguru Ibrahim Mat Zin mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membuktikan dakwaan kononnya ritual yang dilakukan sebelum ini sebagai sesat dan khurafat.
Menurutnya semua ritual dan peralatan yang digunakan sebelum ini hanyalah merupakan simbolik semata-mata, tanpa ada sebarang unsur pemujaan terhadap jin dan syaitan.
“Seperti yang Datuk jelaskan sebelum ini, semua itu adalah merupakan simbolik semata-mata. Langsung tidak melibatkan unsur-unsur pemujaan terhadap jin ataupun syaitan. Malah Datuk juga tidak menggunakan sebarang mantera yang boleh menyebabkan tindakan itu menyekutukan Allah.
“Datuk hanya ingin membantu. Mungkin cara yang digunakan tidak kena pada sesetengah pihak, namun itu adalah cara Datuk. Cuba teliti dan dengar baik-baik, Datuk menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa agar usaha yang dijalankan ini berhasil,” jelasnya.
Mufti Perak itu sebelum ini menyelar tindakan Ibrahim dan memintanya agar segera bertaubat dan berhenti daripada melakukan perkara-perkara khurafat yang akhirnya membawa cacian dan penghinaan.
“Umat Islam perlu menjauhkan diri daripada amalan syirik dan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kerana ia mengundang kemurkaan ALLAH,” katanya baru-baru ini.
Menurut Ibrahim lagi, sebagai seorang Mufti Harussani sepatutnya berjumpa atau bertanya terlebih dahulu dan menyiasat sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.
“Datuk sarankan ada baiknya mereka meneliti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...