Ketika China menerima berita mengenai 154 warganya dipercayai maut apabila pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi, Putrajaya didesak supaya tidak menyembunyikan maklumat yang boleh memberikan jawapan kepada beberapa persoalan utama yang menyelubungi misteri kehilangan pesawat itu sejak lebih dua minggu lalu.
Lidah pengarah China Global Times berkata, Malaysia perlu mendedahkan semua maklumat kerana keraguan terhadap kehilangan pesawat itu akan hanya memusnahkan kredibilitinya.
“Malaysia perlu menggunakan semua pasukan untuk mengesahkan kedudukan tepat pesawat itu terhempas secepat mungkin, mengesan bangkai dan cari kotak hitam, dan mengesahkan sebab sebenar di sebalik kemalangan itu bersama masyarakat antarabangsa.
“Tanpa semua itu, keraguan akan sentiasa ada mengenai takdir terakhir pesawat itu. Mendedahkan kebenaran kepada orang ramai adalah perkara utama Malaysia,” kata editorial itu.
Akhbar harian itu berkata, dengan 154 penumpang adalah warganegara China, negara itu mempunyai hak untuk menggesa kerajaan Malaysia memaklumkan kepada umum apa sebenarnya yang berlaku.
“Kita perlu tahu dengan jelas jika malapetaka ini disebabkan oleh anak kapal atau sama ada wujud paksaan di udara atau daratan.
“Kita harap kerajaan Malaysia tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat, di samping kebimbangan mengenai keselamatan negara dan politik dalaman,” kata editorial itu.
Apabila penyiasatan pesawat yang hilang itu bermula, tidak ramai rakyat China yang mengaitkannya dengan konspirasi yang mensasarkan China.
“Rakyat China selama ini melihat Malaysia sebagai rakan. China minta kebenaran.
“Harapnya, kerajaan China bersama negara-negara lain yang mempunyai keupayaan risikan, boleh membantu dan menggesa Malaysia untuk lebih telus dalam memberikan maklumat,” kata editorial itu.
Semalam, kira-kira 200 ahli keluarga pesawat MH370 dari China yang berduka lara berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing.
Mereka mendesak Malaysia Airlines dan Putrajaya menjelaskan apa yang berlaku. Ada yang menangis, berpimpinan tangan dan menjerit slogan termasuk, “Kerajaan Malaysia pembunuh” dan “Kami mahu saudara-mara kami semula”.
Ahli keluarga penumpang yang marah itu turut bertempur dengan polis di luar kedutaan.
China turut mendesak Putrajaya menyerahkan data satelit yang membawa kepada kesimpulan pesawat ke Beijing itu terhempas di laut dan tiada seorang pun daripada 239 penumpang selamat.
Cara Malaysia mengendalikan krisis itu dikritik oleh beberapa media antarabangsa dan pakar yang berkata, percanggahan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa pada hari-hari awal kejadian itu dan kelewatan mendedahkan data tentera mungkin menjejaskan pencarian Boeing 777-200ER itu.
Putrajaya menghantar delegasi pemimpin tertinggi Malaysia ke Beijing untuk memberi taklimat kepada keluarga penumpang pada Isnin, susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai analisis data satelit daripada syarikat Britain, Inmarsat yang mendedahkan pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi.
Di sebalik pengumuman Najib, ramai keluarga yang akan hanya berhenti berharap jika bukti kukuh dikemukakan dalam bentuk bangkai pesawat atau kotak hitam ditemui.
Maka, editorial Global Times berkata:”Nahas udara ini adalah sesuatu yang jarang berlaku dan misteri, dan tidak patut direkodkan dalam sejarah sebagai perkara yang tidak berjaya diselesaikan, tetapi ia perlu menjadi pengajaran untuk masa depan.”
Tanpa bukti sahih lokasi terhempas atau cebisan pesawat,hanya mengundang lbih bnyk spekulasi pd ahli kluarga mangsa,lebih2 lagi lps istiharkan pesawat dh terhempas n hilang bgitu saja..
ReplyDeleteBagi diorang tongkang sebijik lepaih tu suruh carik sendiri. Apa diaorang ingat nak carik benda tu sesenang carik spender Kat kolam renang rumah diorang ke?
ReplyDeleteDah tau x blh cr kapal mh370 bg tau la x blh kan senang x pyh la ckp jatuh kat laut
ReplyDeleteBodoh kau 11:30 dia org desak supaya malaysia tidak sembunyikan maklumat tentang mh370 bukan desak suh cari bangkai pesawat..diaorg tak bodoh macam kau.padan muka najib selama ni buat pekak badak dan bisu tentsng isu2 dlm negara ,kali ni lu nak lari kemana...
ReplyDeleteYg pastinys najib nak tutup ceta..jatuh kat laut hindi dah tentu tak dpt cari..napak sgt lemahnya pm
ReplyDeleteSekor ni blm ada bukti jelas bagi tau sudah berakhir..poyo... aduh... lemah main dgn puak umnobn ni..tahun lepas kena tipu dgn
pencerobohan sulu..bulan yg sama..tunggu taun
depan apa pula peramcangan puak setan ni ..
Terus terang je...MH370 ada di lautan china selatan dlm kaw. Msia..brtahu ini agenda Israel utk mjatuhkan ekonomi china...dlm MH370 ada emas yg utk dibawa ke China...utk meningkatkan mata wang YUAN..ITU yg USA tkut...Msia disumbat dgn RM supaya tutup mulut...BN(dpt bahagian).....yg mjdi susah rakayat Msia
ReplyDeleteMH370 bawa Badak Air, Air force Zimbabwe dapat tahu, yang MH370 membawa Badak Air yang dicuri dari hutan Africa,dia orang kejar MH370 dan paksa MH370 hantar Badak Air ke Zimbabwe semuala, tengah jalan minyak abis...terjunam ke dalam laut...hanyut sampai kutub selatan .
DeleteSekarang Zimbabwe menyesal kerana tersilap ,Badak Air tidak berada dalam MH370, dia masih di Malaysia....
Ambil kau, pandai2 mereka mereka cerita bodoh, cerita aku lebih bernilai komersil....ha ha ha ha
umno kat teror cipta bukti. umno pun kan terror ubah ubah kenyataan termasuk pertuduhan. dubur tak ada air mani tak ada dna tiba tiba ada. kes padang merbuk boleh berubah . mati kena campak jd mati bunuh diri kalau mahkamah yg mulia tunggak negara boleh di perlekeh ini lah akibat nya .
ReplyDeleteSekurang2nya... teori anon1345 lebih realistik drpd anon2029...
ReplyDelete