Wednesday, 26 March 2014
ADUN KOTA ANGGERIK SELAKU TIMBALAN PENGARAH PILIHANRAYA PRK KAJANG TAMAN DELIMA BONGKAR RAHSIA MENGAPA PENDUDUK TAMAN DELIMA TEGAR UMNO BERHIJRAH MENYOKONG KEADILAN
Taman Delima, Kajang adalah sebuah taman perumahan kos sederhana didiami oleh majoriti penduduk-penduduk berbangsa Melayu.
Taman Delima ini juga di kelilingi oleh kampung-kampong tradisional iaitu Kampung Batu 13, Kampung Batu 14 dan Kampung Sungai Balak.
Selama ini kawasan pusat mengundi Taman Delima telah dikuasai oleh UMNO/BN... terkenal sebagai antara kubu terkuat UMNO/BN di DUN N25 Kajang.
Dalam PRK DUN25 Kajang baru-baru ini, pengundi telah pun melakukan perubahan angin berhijrah dengan memberi sokongan kepada calon dari Parti KEADILAN/PR iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah berjaya meningkatkan undinya di kawasan Melayu di samping kawasan pengundi muda.
Di Taman Delima khasnya, KEADILAN menang tiga undi berbanding kalah 123 undi dalam PRU13 lalu.. Suatu peningkatan yang cukup membanggakan sekali... peningkatan yang tidak diduga sama sekali.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah daripada usaha gigih pertugas-petugas Pakatan Rakyat khusunya DM Taman Delima yang telah menyakinkan dan menjelaskan kepada penduduk-penduduk setempat tentang dasar-dasar kerajaan PR Selangor.
Rakyat mula yakin untuk menyertai PR untuk ke Putrajaya.
Menurut Y.B Dr Haji Yaakob bin Sapari selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Taman Delima, akui bukannya mudah untuk memujuk rakyat yang sekian lama memeluk tubuh UMNO yang dianggap mereka kononnya parti keramat Melayu .. Dalam minda dan jiwa mereka tanpa UMNO hilanglah Melayu.
Sebagai yang diberikan amanah dan tanggung jawab oleh parti perlu mencari jalan untuk merobohkan kubu kental UMNO ini.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan sekaligus mampu merampas Taman Delima daripada UMNO/BN adalah:-
1. Ceramah kelompok yang terus kepada sasaran .. walaupun berskala kecil tetapi cukup memberi impak dan kesan.
2. Cara kempen dan serangan keterlaluan kepada DSAI sehingga menimbulkan dari rasa benci timbul kesian.
3. Penggunaan Mahkamah untuk sekat DSAI dari bertanding dilihat sebagai mencermninkan rasa takut tidak bersebab.
4. Para perayu undi BN yang dilihat bersikap terlalu kasar dan dengan budaya samsengnya.
5. Penduduk masyarakat Melayu terutamanya di kawasan bandar dan separa bandar sudah tidak mudah ditipu dan diperdayakan dengan momokan dari Utusan, Berita Harian, TV3 dan RTM ... kini maklumat boleh diperolehi dihujung jari .. mengakibatkan mereka mampu untuk menilai berita yang sahih dan fitnah.
6. Anak-anak muda Melayu bukan lagi anak-anak muda Melayu zaman 80an dan awal 90an .. ditiupkan dengan slogan laungan Hidup Melayu akan menyebabkan bulu roma mereka meremang .. kini sudah tidak wujud lagi . Laungan Hidup Melayu hanya segelintir saja kelompok elit Melayu UMNO yang hidup senang lenang tetapi majoriti kaum Melayu masih lagi merempat.
7. UMNO dilihat pada kaca mata rakyat terutamanya anak-anak muda Melayu adalah sebuah parti yang poyo ketinggalan zaman .. jumud dan kaku .. diselaputi penuh dengan mungkar, salah guna kuasa, penyelewengan, tidak cekap dan rasuah.
8. Rakyat menolak politik perkauman melampau.
9. Rakyat juga menolak kempen politik yang aggresif dan lucah.
10. Paling utama kesepakatan antara komponen Pakatan Rakyat yang begitu akrab dan mesra sekali dan diperkuatkan dengan kerja keras para petugas dan sukarelawan tanpa mengenal erti penat dan mengalah... Semangat Lawan tetap Lawan dijadikan obor perjuangan.
Ins'yAllah pada PRU 14 akan datang cahaya kemenangan merampas Putrajaya adalah cukup cerah sekali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Saya setuju yg no.7 tu..
ReplyDeleteUmno parti menjahanamkan bangsa melayu...Ingat tu... yg senang lenang pemimpin dgn kroni...rakyat jadi bangsat...
ReplyDeleteSaya pun sama,setuju yg no 7 tu
ReplyDeleteSaya paling setuju no 6...kihkih
ReplyDeleteSaya pula setuju no10.
ReplyDeletePemuda umno melayu hutan
Saya x memihak mana2..tp suma tu saya setuju sgt2..
ReplyDeleteSaya setuju no 11.
ReplyDeleteMelayu dah tak pecaya bomoh penipu 1mesia
I like no 7..mcm kena jer ngan karekter macai2 umngok bahlol yg selalu dok menyebok kat blog ni...poyooooooo
ReplyDeletecuma pakatan rakyat perlu membina pelapis x10 utk berdepan dgn usaha mahkamah kanggaroo umno bn utk memenjara seramai mungkin MP dan ADUN pakatan....jika semakin ramai pelapis mara kedepan umno bn akan berhenti guna mahkamah khinzir mereka ni......always one step ahead or have alternative emergency plan from now on...
ReplyDeleteCuba bagi brim rm1000 sebulan sekali. Mungkin melayu undi umno balik kot
ReplyDeleteSy rasa sbb calon melayu pkr dan undi cina meningkat sbb calon cina itu sendiri. Kalau dua2 calon cina..sy rasa sebaliknya
ReplyDeleteYang masih tak sedar2 jual slogan 'boikot barangan cina dap'...tapi kat kajang sanggup jadi balaci dan cacai mca....menghina diri sendiri yang sememangnya hina...cina mca pun tak gadai maruah mereka macam umno
ReplyDeleteMelayu jadi bangsat nak minum milo terpaksa mencuri pakai uniform lambang dacing pulak tu...setengah mati cari ayam seringgit tak jumpa...pm ajar rakyat makan biskut kering dan kangkung...celaka betul pm& badak air negara.
ReplyDeleteUmno makin lama makin parah la... bila yang tua2 dah kembali ke alam satu lagi... dan bila kawasan kampung telah menjadi pekan dan bandar... sapa lagi nak sokong umno??....
ReplyDeletebangla,indon, myanmar, pakistan akan sokong umno....hahahahahaha
Deleteperanan makcik2 joyah dan pakcik2 gebang la boleh ubah mentaliti orang Melayu sebenarnya..profesional sekadar mangkin yg menggerakkan mereka ni..
ReplyDeleteNO 6 MEMANG TEPAT LAGI SAHIH,DARI ATAS SAMPAI KETUA KAMPUNG,SEMUA MACAM GAMPANG,TOLONG MELAYU KONON,PIIIIIRAAAAH MABUK
ReplyDeleteletak cina, memang la menang. strategi umno utk amik seat tu nnt dgn alasan nk lwn calon melayu. masa tu mungkin jd mcm kes dun pasir panjang
ReplyDelete