Wednesday 26 March 2014

MH370 ... SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES ( MAS ) BAKAL BERDEPAN DENGAN KES SAMAN DI MAHKAMAH AMERIKA SYARIKAT.



Syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan pengeluar pesawat Boeing 777 yang digunakan untuk penerbangan MH370 kini berdepan dengan tindakan mahkamah.

Laporan Reuters menyebut, bapa kepada salah seorang penumpang penerbangan tersebut memfailkan petisyen untuk mendapatkan bahan bukti dalam kes kemalangan tersebut.

Firma Ribbeck Law dari Chicago, Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menyebut, petisyen untuk memperoleh bukti berkenaan difailkan ke atas Boeing Co dan Malaysia Airlines yang mengendali penerbangan itu.

Firma itu mewakili Januari Siregar, bapa kepada Firman Chandra Siregar – salah seorang daripada tujuh warga Indonesia yang menaiki penerbangan tersebut.

Menurut firma tersebut, petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoie Circuit Court itu bertujuan untuk memperoleh bukti berhubung kemungkinan kecacatan rekaan dan pembuatan yang mungkin menyumbang kepada kemalangan itu, lapor Reuters.

Peguam yang mengetuai kes tersebut, Monica Kelly dalam laporan itu menyebut, pemfailan berkenaan adalah permulaan kepada saman berjumlah berjuta dolar oleh keluarga penumpang terbabit ke atas MAS dan Boeing.

“Kita percaya kedua-dua defendan yang dinamakan bertanggungjawab ke atas bencana yang menimpa penerbangan MH370,” katanya.

Pesawat Boeing 777 gagal dikesan tidak lama selepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada hari Isnin lalu menyimpulkan, penerbangan pesawat berkenaan berakhir di tengah perairan selatan Lautan Hindi, di kawasan terpencil yang jauh dari sebarang daratan.

Pihak berkuasa MAS turut mengumumkan bahawa kesemua 239 orang dalam penerbangan tersebut dipercayai telah meninggal dunia...M'SIAKINI

19 comments:

  1. Mari Beri Pendapat : Tragedi MH370

    Bertama sekali takziah diucapkan kepada keluarga mangsa MH370 diatas berita terbaru mengenai MH370 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sudah pasti, sejak daripada pada hari mula MH370 dilaporkan hilang semua pihak mengharapkan agar berita-berita yang bakal diterima adalah berita yang mengembirakan. Namun berita yang sebaliknya telah dilaporkan.

    Pada masa yang sama ada banyak persoalan-persoalan besar yang sentiasa berlegar-legar diminda apabila berfikir secara mendalam tentang tragedi ini. Oleh itu, untuk mendepani hari-hari mendatang, kita mesti sentiasa peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Apatah lagi apabila melibatkan peristiwa-peristiwa yang besar seperti Tragedi MH370.

    Sebagai inisiatif untuk memahami tahap kesedaran serta pandangan rakyat Malaysia mengenai sebarang isu yang sedang berlaku di sekeliling samaada dalam dan luar negara. Maka, kajian soalselidik ringkas seperti ini saya jalankan. Insyaallah saya akan kongsikan pendapat atau pandangan saudara/i dalam bentuk penerbitan yang sesuai kepada semua khususnya rakyat Malaysia. Mudah-mudahan ianya akan dapat menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada semua.

    Mari Beri Pendapat tentang Tragedi MH370.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gomen terlalu perhabiskan wang di tempat yg salah dan tiada PANIC BUTTON. Ada kapal selam tapi takboleh menyelam. Boleh menyelam tapi terus tenggelam. Million or maybe billion utk jaga maintanance nya. Panic Button coz bila berlaku MH370 kita macam tak tahu mana yg penting dan mana yg tak penting. What happen actually dgn kita punya RADAR? bila dah tahu kapal hilang dlm RADAR so next we should sent kita punya JET. bukan JET yg kak ROS naik tu. I think within 20 minute JET dah sampai ketempat terakhir lokasi...yg dikesan radar.sekiranya kita PANTAS memantau waktu itu dah pasti kita tahu kemana perginya MH370.
      Malaysia BOROS ditempat yg salah dan BODOH ditempat yg tak sepatutnya..

      Delete
    2. Mesia kita punya kemampuan tapi tak punya keupayaan, mampu berbelanja besar beli mcm-mcm peralatan canggih mcm kapal selam, jet tempur tapi tak berupaya beroperasi kerana kekakangan birokrasi, ada radar tentera tapi tak mampu bertindak kerana semua tidur atas duit dan lena atas kesenangan. Pabila jadi mcm ni baru semua terbangun dari mimpi itu yang kita dapat lihat pelbagai statement yg bercanggah, menteri kata ini Mas kata itu, ketua polis kata lain. Yg celaru kita semua suit rakyat habis tahap keselamatan negara membimbangkan. Ini lah akibatnya membiarkan penyamun menjadi pemimpin.

      Delete
  2. Di dalam pesawat itu ada membawa hampir 20 orang pekerja FREESCALE iaitu sebuah syarikat telekomunikasi antarabangsa.
    4 orang daripada mereka adalah pemegang hak cipta untuk sebuah "CIP" yang mereka cipta.
    Hak cipta juga dimiliki oleh seorang Yahudi di FREESCALE tetapi dia tidak menaiki pesawat itu.
    Jadi, untuk membolehkan Yahudi itu mendapat hak cipta mutlak adalah dengan cara "mematikan" 4 orang pemilik hak cipta yang lain.
    Sekarang selepas kejadian MH370, Yahudi itu telah menjadi pemegang hak cipta mutlak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke statement ko ni? atau sekadar tikam sana tikam sini mcm tikam nombor ekor... klau ada nasib kena le....kalau tak, tikam angin je lah.

      Delete
  3. Tahniah kerajaan Malaysia kerana telah bertungkus lumus menjalankan operasi SAR. Kekuasaan Allah SWT mengatasi seluruh keupayaan manusia. Terbukti kerajaan tidak lepas tangan dlm situasi genting ini. Ucapan terima kasih kod DS Hishamuddin kerana membwri jaminan utk terus mencari MH 370 walau kita tau peluang dan ruang amat tipis. Tp bagi yg sentiasa membuat andaian jijik dn mencari salah serta menabur pelbagai fitnah bertaubat la. Jgn la meletakkan pemikiran kita ini di tempat yg jijik. Berfikir secara matang. Xde kerajaan yg nk melihat rakyatnya sengsara tp rakyat sendiri yg lebih suka menbagi kesengsaraan kpd negara. Selagi takde bukti jgn la kita membuat apa andaian yg menjerumus kita ke dlm dunia fitnah. Berat dosa menfitnah. Tidak ada istilah kapal selam xboleh menyelam dan takde istilah jet perjuang xboleh terbang. Jgn biarkn diri kita dan pemikiran kita di'liwat' oleh puak2 yg suka menabur fitnah demi nafsu serakah politik. Kpd keluarga MH 370 terima la is sebagai ketentuan Allah SWT. Kod yg nk menyaman berkaitan isu ini. Lupakan la saja niat tu. Kamu yg memilih utk menaiki pesawat itu bukanya ada paksaan. Justeru sendiri tanggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah la ko nak berlakon gentleman padahal hati hitam! Ko tgk semula kata2 ko dan tanya pada diri sendiri...siapa yg cuba mengkambing hitamkan rakyat sendiri? Siapa ibu segala spekulasi bg mh370?

      Delete
    2. Anon 14:28..ayat kau mmg kaki jilat umngok..tp ayat kau baris terakhir yg paling sial..celaka..dan bodoh ngalahkan pemimpin idola kau tu!

      Delete
    3. apahal la nk bergado2 lagi…camne nk beli peraatan canggih..beli yg kurang canggih pon da jadi isu…inilah rakyat MALAYSIA...

      Delete
  4. Dalam audit terbaru, syarikat penerbangan kerajaan MAS terpaksa menanggong kerugian RM1.17 bilion. Dalam rekod MAS, setiap tahun perniagaan mereka rugi sedangkan syarikat penerbangan lain pula mengumumkan mereka dapat keuntungan besar.

    Apakah rakyat Malaysia tidak terfikir bahawa syarikat penerbangan MAS itu mempunyai masaalah dalaman yang paling kronik tapi disorok oleh kerajaan BN dan dibiarkan kejadian yang merugikan itu berterusan ? Setiap tahun terpaksa bailout.

    Kenapa kerajaan BN tidak mahu memberi tahu rakyat tentang kelemahan yang ada dalam syarikat itu dan bersedia memperbaikinya agar perniagaannya dapat bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain..? Pastinya ada undang dalam kolam Noh Omar.

    Timbulnya krisis kehilangan pesawat MAS MH370 telah memberi malapetaka baru buat syarikat penerbangan itu. Semua kos SAR terpaksa ditanggong termasuk pampasan yang dijanjikan akan diberi pada pewaris. Dari mana datangnya duit untuk syarikat MAS itu menampong segala pembayaran bil ?

    Diparlimen kita telah dengar Ahmad Maslan telah meminta bajet tambahan dari kerajaan Malaysia untuk keperluan JPM dan bebberapa agensi lain. Siapa yang akan menanggong beban hutang itu ? Kita semua yang akan bayarnya melalui potongan cukai, dan mengeluarkan duit yang banyak bagi membayar harga barang yang dinaikkan.

    Sekarang timbul masaalah bapa kepada seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang memfailkan permohonan kepada Mahkamah Amerika Syarikat untuk mendapatkan 26 jenis maklumat dan rekod daripada syarikat penerbangan serta pembuatnya Boeing sebagai permulaan kepada tindakan saman.

    Bagaimana kerajaan BN boleh menang dalam menghadapinya saman itu seperti memberi kekalahan pada Anwar Ibrahim dengan kes liwatnya kerana yang mengendalikan kes bukan dalam mahkamah Malaysia yang diterajui oleh peguam negara dan hakim 50sen tapi peguam dan hakim peringkat antarabangsa. Sekarang baru tahu langit itu tinggi....

    Berat mata memandang, berat lagi bahu Najib memikulnya..... padan muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bn ingat dia bijak mengenakan orang, tapi ada orang yg lagi bijak mengenakan mereka...

      Delete
  5. Semua nak mark up tp beli murah....

    ReplyDelete
  6. Beli ja tikar terbang..bangsi...teropong murah...bangsi nak minta nasi lemak...teropong nak nenguk laluan

    ReplyDelete
  7. Teropong bagi kat pilot...bangsi bagi kat stewardess senang apa nak makan mintak ja...bule centu

    ReplyDelete
  8. Dalam ramai2 pm kat dunia ni pm mana paling bodoh dan bangang.mayat xde,serpihan pesawat xde.tiba2 semua dah mati.

    kuikuikui

    ReplyDelete
  9. Hangus lagilah duit rakyat nanti...yelah, asyik-asyik bail-out MAS...khazanah-khazanah...fungsi hang hanya buat bail-out...BODOH nak mampos............

    ReplyDelete
  10. Sy sekadar bkongsi pdapat..segale yang blaku adalah takdir Allah SWT..kte fhm seksenye hilang ahli keluarge yg kte syg..tp ble MAS disaman..rasenye xbrape rasional lah..jika MAS mmg cipte kapal terbang tsebot utk di'crash'kan..itu adelah logiknye..ape pn tragedi ni melibatkan non-muslim juge..jd kalo kte nk xplain ketentuan Allah SWT jadinye tragedi ni..smpai bile2 pn mereke xboleh trime..smoge MAS tabah mhadapi dugaan..kte sbgai umat Islam xsepatotnye menuding jari sbb Allah SWT maha mengetahui..kte ptot mendoakan kesejahteraan penumpang yg tlibat..salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju..jgn nk cari salah org je tahu…sape yg nak kapal terbang terhempas….Nabi kita sendri ajar kita bercakap yg baik2 sahaja even pada musuh…ni x…melayu dgn melayu pon bergado..sesama islam..biarlah kita berbeza pendapat tp at least dlm hal genting mcm ni…apa salahnya kita semua bersatu -_-

      Delete
    2. 4 billion lebih tu mas bakal disaman.radar ada jet pun ada,sepatutnye agak lain mcm je,teruslah bertindak.ini tunggu beberapa jam,baru buat susulan.kdg2 tu pelik la.radar tentera buat apa ea?skodeng dsai je ke?

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...