Wednesday 19 March 2014

BERITA GEMBIRA UNTUK SEMUA RAKYAT .... LAPORAN ORGANISASI PERJANJIAN PENGHARAMAN UJIAN NUKLEAR KOMPREHENSIF (CTBTO) YAKIN MH370 TIDAK MELETUP.



Laporan Organisasi Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO) yang berpengkalan di Austria memberi harapan baharu terhadap usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Akhbar The Star melaporkan, sensor CTBTO yang sangat sensitif di seluruh dunia itu tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac lalu.

Setiausaha Kerja CTBTO, Lassina Zarbo berkata kemalangan kapal terbang boleh dikesan dengan tiga daripada empat teknologi yang digunakan oleh Sistem Pemantauan Antarabangsa organisasi.

"Data kami berpotensi memberi penerangan tentang di mana penerbangan MH370 berada," katanya di laman web CTBTO.

Walaupun sistem itu disediakan untuk mengesan letupan nuklear, ia juga boleh mengesan letupan pesawat yang besar serta kesannya ke atas tanah atau di atas air.

Stesen CTBTO telah mengesan beberapa kemalangan kapal terbang pada masa lalu, termasuk kemalangan pesawat di lapangan terbang Narita di Jepun pada Mac 2009.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Beijing hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Sehingga kini, Malaysia telah menerima bantuan kemanusiaan dari 26 buah negara yang turut mengesan dan menjejaki pesawat terbabit di perairan negara masing-masing.

Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak hari pertama mencatatkan usaha pencarian terbesar dan paling lama dalam sejarah.

17 comments:

  1. ANWAR : INI SEMUA SALAH UMNO

    MACAI (1) ANWAR : YA INI SEMUA SALAH UMNO.

    MACAI (2) ANWAR : KITA AKAN BAKAR BENDERA JEPUN.

    MACAI RAMAI2 : YA KITA BAKAR BENDERA JEPUN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah kurniakan otakpd awak bukan suruh awak berpikir cara itu. Apa awak ingat tulisan awak tu orang suka ke baca. Sedarlah malaikat dah catat semua komen awak tu tau!!!

      Delete
    2. bukan macai2 pkr bakar bendera jepun ke hr tu?? salah umno korang nampak. salah sendiri malu nak mengaku. hehe

      Delete
    3. kes paling kelakar tahun 2014. lawak tul anwar & macai2nya.

      Delete
    4. Tp bendera mesia selalu kna bakar dgn indon.. kita ahli umno akan relax je... takde apa hal lah setakat bakar bendera

      Delete
  2. Awal2 dah tunjuk bodoh nk mmpos

    ReplyDelete
  3. Panjang betul drama najib ni lpaskan la penumpang2 yg tak bersalah tu.apa lagi yg najib mau.

    ReplyDelete
  4. mereka menuntut agar org yg mengarahkan pembunuhan kejam altantuya diserahkan kpd kerajaan monggolia utk diadili oleh ICJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib under pressure...
      Maslah altantuya dia x settle g.. sapa tau apa pnyelesaian kes lahat datu?? & ingat.. bakal besan & bkal menantu najib adlh buruan INTERPOL!!
      Klu x dpt jga nk cri scape goat
      Bila dh slesai nti. mka najib akn declare .. krna ktidakupayaan beliau menagani khilangan MH 370 tu... ato apa2 jua alasan laa trmasuk alsan kesihatan mka jwtn pm tpksa dilepaskn....

      Delete
  5. Sampai bila najib nk simpan penumpang mas tu.bukan org tak tahu cara umno ni.dia timbulkan 1 kes lepas tu salahkan anwar.kes lahad datu diam sampai sekarang dulu ckap anwar yg rancang.

    ReplyDelete
  6. Air asea untung. MAS untung jua. Tapi untung MAS diambil oleh syarikat pak lah ( perjanjian sewaktu bersara ). Bahagian rugi diambil oleh MAS. Finally MAS rugi billion RM. BN pandai mentadbir.

    ReplyDelete
  7. gmbr DOA UNTUK MH370 pun cilok dr Friends of Barisan Nasional. nmpk sgt blog ni machai BN yg buat untuk melaga2 kan org2 PKR yg bodoh pegi percaya bulat2... kaurang ini semua POYO!!!! OMAKKAU!!!

    ReplyDelete
  8. hidup altantuya!!!

    ReplyDelete
  9. 15 Mac lalu letupan kuat di Serian, Sarawak. 3 killang runtuh... takkan sensor CTBTO tak dapat kesan? sampai gegaran 100 meter radius terase gempa bumi.... Betul ke sensor nih...

    ReplyDelete
  10. Sensor ni memang kuat... kentut rosemah pun mampu dikesan..

    ReplyDelete
  11. Magnitude skala richter 9 ke atas.

    ReplyDelete
  12. 15:31. Bermakna Friends of BN tak tahu langsung nak hormat atau kate lain, menghina MAS. Pesawat kat gambar tu model B747..bukan B777. Cer kalau wajah orang lain ditampalnya rupe awak...marah dan terhina tak?? Usaha OMAKKau dah dikire ok dah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...