Sunday, 30 March 2014
LUAHAN HATI IKHLAS YB RODZIAH ISMAIL MENGAPA BELIAU BERTANDING KETUA WANITA KEADILAN PUSAT.
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2014:
Jawatan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat
Saya ingin mengumumkan bahawa saya akan bertanding jawatan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat dalam pemilihan PKR 2014 ini.
Ia adalah di atas keyakinan bahawa Wanita PKR akan dipimpin untuk melaksanakan Agenda Reformasi dengan santunan, gerak kerja, perancangan dan pelaksanaan yang sudah sedia diperolehi model-modelnya dari pengalaman saya dalam barisan pimpinan PKR dan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor.
Keyakinan dari anggota kepimpinan Wanita dan akar umbi juga menggesa agar adanya suatu perubahan dalam Sayap Wanita yang membolehkan kepimpinan baru menerajui Sayap Wanita PKR.
"Pembaharuan itu diyakini akan memberikan kesegaran dalam pengolahan agenda masa depan Wanita PKR."
Ia merupakan suatu gesaan yang tidak boleh diketepikan dan saya tampil menyahutnya dengan segala i’tikad dan semangat supaya segera dapat dikotakan kepimpinan yang dikehendaki oleh anggota wanita PKR: penerapan dan pengaktualan pembuatan keputusan secara kolektif, ketelusan dalam pengoperasian aktiviti wanita dan keakuran berlandaskan panduan dan perlembagaan parti.
Gesaan dari akar umbi itu adalah amanah bagi saya, yang akan saya genggam erat dan memohon agar sering diperingatkan kepada saya secara jujur dan tulus.
Saya yakin wanita-wanita anggota parti yang berkebolehan wajar juga menawarkan diri mereka untuk bertanding bersama-sama dalam barisan kepimpinan wanita PKR. Ia bertujuan agar barisan kepimpinan wanita PKR lebih mantap dalam usaha ke arah membentuk masyarakat dengan rasa kasih dan empati, bersulamkan amalan saling memberdaya dan melengkapi.
Dengan penuh kesediaan dan rasa kesedaran akan amanah itu, saya telah mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat dalam Pemilihan PKR 2014 nanti.
Rodziah Ismail
Calon Ketua Wanita KEADILAN Pusat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Teringat Ketua Wanita UMNO yg di cabar ttp di saat saat akhir bekas Ketua Puteri UMNO tarik diri dan skg memegang jawatan dlm sebuah syarikat Hrp amalan ini tak berlaku dlm PKR . Insya allah
ReplyDeleteElok juga kita nak cari orang yg pdai bersoal jawab,bedebat bukan megumpat nampak perbezaannye bukan.
ReplyDeleteLantak hangpa la nak tanding ke tak..
ReplyDeleteyg penting jng makan duit macam jijat lembu kondo tu...
Alhamdulillah.....perjuangan biarlah hanya kerana Allah ....InnshaAllah diberkati Allah.
ReplyDeleteTeruskan perjuang YB Rodziah wanita2 kami sentiasa dibelakang puan. Drp Ketua Ranting Kg Changkat dan segala ahli dibawahnya.
ReplyDelete