Wednesday, 26 March 2014
EDISI ADUAN RAKYAT ... KAKITANGAN EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR TIDAK MESRA RAKYAT BERLAGAK LEBIH SUDU DARI KUAH!!!!
Sudah mula berbunyi betapa ada kakitangan yang berkhidmat untuk Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak mesra rakyat, terlalu berprotokol, mahal dengan senyuman dan berlagak lebih sudu dari kuah.
"Dulu semasa berurusan dengan kakitangan pejabat Exco Negeri Selangor penggal pertama dulu cukup mudah tanpa banyak kerenah ... tidak perlu temu janji .. boleh redah tanpa ada masalah pun ... kalau ada tetamu di pejabat dalam YB kita hanya perlu tunggu saja ... kini sudah berlainan sama sekali bila saya nak berurus dengan exco ... macam-macam soalan ditanya .. ada buat temu janji tak? .. apa hal nak jumpa YB? .. Paling sedihnya langsung tiada senyuman dilontarkan .. kadang-kadang nada suara pun agak meninggi semacam menengking bunyinya"
Begitulah bunyi ayat lebih kurang ketika seorang warga Selangor ( gambar diatas) meluahkan rasa kesal dan sedihnya kepada Omak Kau mengenai gelagat dan perangai serta telatah beberapa kakitangan pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor ketika beliau mau berurus hari ini.
Paling beliau terkejut ialah perangai yang tidak menyenangkan ini dilakukan oleh para kakitangan exco-exco penggal pertama bukannya Exco penggal kedua.
Mungkin exco-exco berkenaan tidak tahu maupun sedar apa yang dilakukan oleh staf bawahannya namun aduan -aduan sebegini sudah pun agak lama juga kedengaran sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya memerintah Selangor untuk penggal kedua.
Exconya ok tetapi stafnya yang buat kerenah berlebih-lebih .... tidak mesra rakyat .. senyum terlalu mahal paling kecewanya berlagak lebih sudu dari kuah.
Salah satu penyumbang mengapa Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan Selangor pada PRU 13 lalu, ialah budaya kerja mesra dan perihatin rakyat yang di pamerkan oleh semua Exco Kerajaan Negeri Selangor ketika itu termasuklah para stafnya.
Jika isu ini tidak ditangani segera maka perlu bersedia untuk duduk sebagai parti pembangkang pula pada PRU 14 akan datang ... Jangan ambil enteng dan mudah akan aduan rakyat ini ... imej PR akan terjejas dan tercalar teruk jika dibiarkan bermaharajalela tanpa suatu tindakan menyekat diambil.
Perlunya kakitangan pejabat Exco kena sedar dia berada disana kerana rakyat memilih bosnya dalam pilihanraya .... kalau bukan kerana bosnya dipilih rakyat mereka tidak merasa duduk ditempat sekarang... BERUBAH ATAU KENA UBAH .
SHAPE UP OR SHIP OUT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Dedahkan siapa sipolan itew dialam maya ini. Bomoh terbang pun boleh lunyai inikan pulak sipolan itew..! Huhuhuuuuu
ReplyDeleteKakitangan macam ni patut ditukar ke bahagian lain je.bagi dia jawatan pengurus kebun bunga atau kerani bahagian cuci longkang..masa tu nak tinggi suara setinggi langit pun tak siapa nk perhati
ReplyDeleteIni era pemerintahan PR. Mau telus. Jika ada wakil rakyat atau pun staff yang semacam ini, kenalah didedahkan biar satu Selangor tahu. Biar rakyat ramai-ramai tibai wakil rakyat tu ataupun staf dia. Biar dia rasa malu. Kita mau kerajaan PR yang mesra rakyat. Lagi bagus kalau kita ramai-ramai adakan demonstrasi didepan pejabat dia. Reformasi..
ReplyDeleteIngat..! Khir toyo tumbang pn angkara staf dn balacinya yg bodoh sombong..pr tlng jgn tiru sikap mcm tu..buruk padahnya nanti..tp wa yakin para pemimpin pr bisa atasi secepat mngkin..
ReplyDeleteutk mengelakkan kerajaan PR tumbang, eloklah staf yg tak sedar diri tu ditendang keluar dari jwtnnya, elok suruh dia jaga lembu nfc syahrizat
ReplyDeleteOrg mcn tu tak sepatutnya kerja dlm hal ehwal kemasyarakatan. Mintak supaya tukarkan ke bahagian cuci tandas.
ReplyDeleteMalaun tu macai Umno la tu..saja nk bgi panazzz line...konon2 krajaan negeri la yg x mesra rakyat....ini sume kerja org giler...
ReplyDeleteMungkin ade kebenaranya.... Kenala siasat.....jgn memalukan parti..
DeleteKIta kena ambiliktibar, saya rasa kalo ditambah lagi elaun staff mungkin tk jadi sedemikian, kadang2 perkara ni diambil kira juga..sebab itu MB tambahkan elaun pada YB , YB ni..dgn harapan dpt berkhidmat dgn cemerlang
ReplyDeleteni en husin..dia mmg berlagak giler...smua yg dia ckp x mencerminkn dia bkerja dibwh PR..sombong muka pahit..byk lak protokol klu nk berurusan dgn YB Yaakob Sapari..dia mmg x layak bekerja dipjbt YB..
ReplyDeleteBkn husin jer.. Cuba prgi pjbt YB Rodziah r YB Dr Dorayah.. Mcm pngemis jd nye.. Pegawai Dasar taik kucing.. Brlagak tnya lain jwp lain.. Smbong mcm besar sgt pgkat. Yb sndiri bagus n sopan,, merendah diri.. Tolong2 ler pantau YB oii..
ReplyDeleteEn hussin tu dah xkerja pjbt exco yb yaakop.. Dah pencen.. Yg seingat sy pjbt yb yaakop adalah antara yg trbaik masa dia jd exco.. Staff sering membantu sape2 yg dtg. Biasa lah dlm spuluh prkara xkn xder yg xelok satu nyer.. Namun semua tu x mncacatkn pntabiran pjbt yb yaakop msa jd exco.. Hope Exco2 yg bru pantau2 ler staff tu jgn kaduk naik junjung.. Lebih sudu dari kuah.. Pjbat exco yb yaakop adalah yg trbaikkkk selama PR mmrintah
ReplyDeletePegawai exco yb yaakob tu dulu sopan dan berhemah..mcm tu la kita nak...senang jawab pangilan bila2 masa je..aku biasa berususan aku tau la...
ReplyDeletesabar la en husin..biasa lah manusia2 jenis lupa daratan ni..masuk penggal akan datang kalau jatuh ke tgn pihak pembangkang baru la mangkuk2 ni ada akal!!!
ReplyDeleteTERBAIK LAH PENDEDAHAN NI!! DAH LAMA AKU BERBULU DENGAN STAFF2 EXCO NIE LA!!! KETUK LAGI!! KETUK!!! JGN LAMBAT KETUK BARU NAK MENYESAL!!
ReplyDeleteIni adalah Datuk Hussin bekas SUK sel ni.skg dh pencen.tapi memang betul masa dia dulu pemerintahan PR sgt bgus skg lebihkn duit dr rakyat..
ReplyDeleteBravo!! 2x.. gua kagum dan respect dengan orang PR disini.sungguh terbuka dan telus.yang tak baik hangpa tegur walau satu parti tak seperti puak umbongok yang tak baik tu yang depa cover
ReplyDelete