Saturday, 8 September 2012
GEMPAR!!!!!... SIRI JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI MENUJU KEPUTRAJAYA DINEGERI SEMBILAN, GAGAL!!!!...TIADA SAMBUTAN!!!!..HASIL KERJA PERKASA MENYERANG DSAI DALAM MASJID ALOR SETAR DITEMPOH HARI SUDAH MENDATANGKAN HASIL!!!!... RAKYAT SUDAH MULA NAK BOIKOT SIRI JELAJAH MERDEKA RAKYAT INI?????
Semalam siri jelajah Merdeka Rakyat Menuju ke Putrajaya DSAI di Negeri Sembilan dengan menaiki bas dan treler telah menghasilkan semua urat saraf para pemimpin UMNO terus jadi kendur dan kecut. Tulang terasa sejuk mencucuk-cucuk sampai ketulang sonsom.
Ini kerana sambutan yang diberikan oleh penduduk tempatan amat memberangsangkan.
Bermula di Telok Kemang, Port Dickson, solat Jumaat disalah sebuah Masjid di sana, kemudian ke-Senawang dan seterusnya di Rantau kawasan DUN Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri, Mohamad Hassan.
Bagi menunjukkan kekuatan UMNO di Negeri Sembilan kononnya masih kuat bertapak maka banyak juga bendera-bendera UMNO dan BN dipacak dan dikibarkan dibeberapa tempat terutamanya dikawasan-kawasan dimana DSAI singgah.
Itu taktik lama. Taktik pupus tarikh. Taktik purba ketinggalan zaman yang rakyat tidak akan termakan.
DSAI sempat juga menyampai tazkirah di Surau An-Nur Senawang, Seremban.
Tiada kejadian membaling kasut, menyimbah cat merah, melontar batu kearah bas dan treler berlaku.
Mungkin para pemimpin UMNO sudah mula sedar. Lagi diguna pakai budaya samseng ganas yang tidak beradab dan bertamadun, lagi rancak dan meriah rakyat menyokong perjuangan yang di bawa DSAI dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat.
Zaman politik ganas sudah berlalu. Sekarang era politik baru. Politik apa yang parti itu boleh beri manafaat kepada rakyat melalui dasar dan polisi.
Politik menyerang peribadi dengan reka cipta cerita dan bukti sudah tiada tempat lagi. Maklumat kini boleh diperolehi dihujung jari.
Masalah besar penyakit yang dihidapi oleh UMNO dari dulu, kini dan selamanya ialah tidak mau menerima realiti. Masih seronok dan khayal dibuai mimpi.
Jika dilihat perkembangan terkini di Negeri Sembilan, peluang PR untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri amatlah cerah sekali selepas PRU 13 nanti.
PAKATAN MENANG RAKYAT SENANG... PAKATAN KALAH RAKYAT SUSAH... JOM KITA UBAH... UMNO KITA KASI REBAH.... INI KALI LAH!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment