Saturday 8 September 2012

KOLEKSI GAMBAR DISEKITAR MAJLIS RUMAH TERBUKA DAN PENYERAHAN SUMBANGAN ANJURAN AJK BIRO KEBAJIKAN PKR CABANG KAPAR DI BALAI RAYA TAMAN CEMPAKA SARI, PADA 7HB SEPT 2012 ..


Biro Kebajikan PKR Cabang Kapar yang Omak jadi dia punyo ketuo buek satu jamuan Rumah Terbuka Aidil Fitri dan Penyerahan Sumbangan, di Balai Raya Taman Cempaka Sari.

Ketua Cabang PKR Kapar Tuan Azizi Ayob telah sudi melapangkan masa bagi merasmikan program tersebut.

Apo yang omak raso terharu amat sangat ialah kerjasama dan sokongan padu dari PAS Kawasan Taaman Cempaka Sari, yang diketuai Kpt (B) Baseri dan Timbalannya Tuan Hj Zakaria Baba serta barisan pimpinannya.

Sepanjang menganjurkan program ini, Omak mendapat bantuan tenaga,dana dan kuih muih dari beberapa individu seperti Ketua Cabang PKR sendiri Tuan Azizi Ayob, Dr Nedunchelian Vengu bakal calon Parlimen P109 Kapar.

Yang paling Omak terharu ialah sumbangan berbentuk kuih muih dari indvidu yang tidak mau namanya disebut, sebab dia orang kuat UMNO. Penyokong UMNO tegar.

Tempat diadakan program ini ialah kubu kuat UMNO.

Bukan semuanya perangai juak-juak UMNO macam perangai budak-budak PERKASA/PEKIDA/WARIS MALAYA.

Sambutan yang diberikan pada majlis malam tadi amat menggalakkan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Ketua PKR Cabang Kapar, Tuan Azizi Ayob diikuti dengan kata-kata ucapan terima kasih kerana sudi menjemput dari Ketua PAS Kawasan Taman Cempaka Sari, Tuan Kpt (B) Baseri.

Matlamat PKR Cabang Kapar mendekati rakyat kumpulan sasaran tercapai.

Menjadi niat dan hasrat Omak semoga kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan malam tadi akan berkekalan dan diterjemahkan semasa PRU 13 nanti. TAKBIR!!!!

3 comments:

  1. Peh hebat..rasanya ni kali pertama org pas dijemput dalam siri jelajah sumbangan pkr cabang kapar ni...tahniah omak kau!

    ReplyDelete
  2. beso jugak bumper omak ni....nyum3

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...