Tuesday, 21 May 2013

YEAH YEAH !!!! GAJI KETUA MENTERI SARAWAK NAIK 300% BERKUATKUASA MULAI 1HB JANUARI 2012... DARI RM13,000 SEBULAN MELONJAK MENCANAK KE RM39,000 SEBULAN!!!!



Menteri, Adun Sarawak dapat kenaikan gaji

21 Mei 2013
KUCHING - Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
  
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
  
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
  
Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
  
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.
  
Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. - Bernama

DENGAR CERITA ITU GAJI TETAP SAJA TIDAK TERMASUK SEGALA ELAUN....RAKYATNYA MASIH RAMAI YANG HIDUP MEREMPAT TETAPI PARA PEMIMPINNYA SEMAKIN MEWAH DAN SENANG LENANG!!!!

28 comments:

  1. dasar pemimpin bangsat.dah kaya nak kaya lagi.rakyat aper citer?tak cukup lagi kot merampas hasil bumi maka nak merampok cara undang undang plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar betol kau jijan tak tanya kat selangor pendapatan exco dia orang elaun main golf etc berapa pulak sebulan

      Delete
    2. salam,
      bro jijan mali baru tahu ke belum sedar lg.
      sarawak adalah negeri yg kaya dgn segala pendapatan tetapi pembangunannya jauh ketinggalan dari semenanjung sebab menteri inilah semuanya msk poket dulu lepas tu yg saki baki tulah utk kegunaan negeri sarawak. cukup ke utk kegunaan negeri sarawak yg besar dari semenanjung??? malah saudagar luar pun tak nak melabur disarawak kerana menteri tamak nak itu ini baru boleh berniaga di sini maka mahallah barang disini kalau macam tu! saudagar luar paling benci kerajaan yg rompak wang rakyat malah susahkan rakyat maka tak ramailah saudagar2 luar yg nak melabur di negeri sarawak.
      amin.

      Delete
    3. Biduk berlalu, kiambang bertaut.

      Penduduk Malaysia mesti bersatu terutama sekali bangsa teras iaitu MELAYU DAN BUMIPUTRA. Ayuhlah kita kuatkan semula ekonomi MELAYU dan BUMIPUTRA. Kita dah tahu siapa gunting dalam lipatan kita sekarang ini. Sedar lah bangsa MELAYU DAN BUMIPUTRA
      semua. AYOH KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA TERCINTA!!!!!!

      Delete
    4. Ko orang perasan tak ada orang menyamar jijan mali. Mesti gang Red Bean DAPpigs tu. Tak sangka ya....message bersahaja Jijan Mali kearah perpaduan bangsa mengugat Red Bean dan master sia DAPpigs. Kepada Red Bean and team, hang boleh menyamar sebagai jijan mali tapi jijan mali nya message is always consistent. You can take your best short lah beb....hahahahah

      Delete
    5. Apalah .macai pr ni jijan mali pun nak tiru eeee malu la

      Delete
    6. jijan mali...yg ko sebok tu apasal...? baguslah tu..biar naik gaji taib tu sampai seratus ribu kan baik sebab taib ketua menteri yg paling jujur. tak de rasuah bertimbang rasa pd rakyat...ko jijan ko peduli apa? bodo ko.

      Delete
  2. Rakyat sarawak tk kisah..mereka lebih sayangkan rumah panjang..menteli buat la apa menteli mau buat jgn usik itu rumah panjang saja..apa nk buat 47% rakyat malaysia setuju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      rakyat sarawak bukannya bodoh semua cuma kurang pendedahan malah sekolah pun tak setinggi mana! lagi satu rakyat sarawak nak sokong siapa utk jaga kebajikan mrk sebab majoritinya rakyat miskin yg harapkan bantuan kerajaan. kalau bangsa cina lainlah kerana mrk cuma mahu mana2 yb yg dipilih jaga kebajikan bangsa cina yg mana kerajaan tak begitu utamakan bangsa cina malah bangsa cina lebih berdikari tanpa bantuan sesiapa maka mrk tak kisah kerajaan ada atau tak jaga kebajikan mrk asal jgn susahkan mrk sudah. rakyat bumiputra lebih mengharap batuan daripada berdikari utk majukan diri n keluar dari kelompok miskin maka yg kaya disarawak semestinya rakyat cina.
      walaupun negeri sarawak kurang maju malah jauh ketinggalan dari semenanjung tetapi rakyat sarawak lebih kaya dari rakyat semenanjung ini yg beza ketara.
      amin.

      Delete
    2. haiyaaa anon 20:46....boloh punya komen oo...lu ingat semua cina kaya kaaa....lu punya nasib mcm itu sbb lu tak mau keluat dari itu tempurunglah.....jgn salahkan olang oooo.....lu olang menang solak sajalh...tau.....tak mau berubah.....duduklah itu rumah panjang sampai seribu tahun lagi......

      Delete
  3. Haha...hidup bn...gi mampos la macai...yg pnting aku kayo...

    ReplyDelete
  4. ak bru ja kena saman...........cibai toi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena saman aes ke bro!
      apa nak buat bayar je lah.

      Delete
  5. Najib dan Kak Ros misti melenting kali ini sebab gaji bang Najib tak setinggi gaji KM Serawak. Dah lah tanah,balak dan kontrek KM sapu anak beranak gaji pula tinggi. Lepas ini PM Najib dah janji sebelum PRU 13 Serawak akan dibayar riyeliti minyak 20% tidak lagi 5%. Kaye lagi lah KM. Najib dah hebahkan menang PRU Taib kena turun jawatan KM tapi Taib kata tak ada hari aku nak turun Serawak ini mak bapak aku punya kau Najib dok diam diam kat Semenanjung tu jangan kacau negeri aku dan rakyat aku yg sudah aku bodohkan bertahun tahun

    ReplyDelete
  6. Pelik entry 2012 tu...camane diaorg tau yek ko join skali ke km sarawak tu...

    ReplyDelete
  7. Apada kejap 2012 kejap 2013...statement auta pun x betul...insaf2lh nk putarbelitkan fakta

    ReplyDelete
  8. Nak tau gak kan income anwar lks n karpal bape yek omakkau xnak selidik ker...

    ReplyDelete
  9. Anon 22:49.. Sedih tngk ko punya bangang ni.. Kelulusan rang undang2 tu pada tarikh semasa yakni tahun ni, tp pelaksaan dia berkiatkuasa tahun lepas iatu bermula 1jan 2012.. Ko agak2, ada tunggakan x?? Benda simple cmni pun ko nk tunjuk ko punya jahil.. Otak tu kejadian Allah S.W.T yg mulia, tu sebab detak kat kedudukan yg tinggi @ paling atas tubuh kita ni.. Cuba pakai betul2, jgn ikut pada hawa nafsu.. Sbelum cakap, kaji dulu.. Jgn jadi sejahil2 umat

    ReplyDelete
  10. Oh bijak betul ko dgn rang undang2 kan ...lepas setahun baru dapat kelulusan jumlah yg diberi pun dahsyat gila 300 peratus tu...pelik kan org yg rasa pandai rupanya baghal dlm maths...pandai pusing n exaggarate...

    ReplyDelete
  11. Aku musykil gak income anwar kit siang n karpal bape yek...aku rasa income diaorg x sampai seribu kot org jujur bebas rasuah le katakan...cekap telus amanah tidak pada rasuah iya pada hadiah...

    ReplyDelete
  12. Baguslah, inilah cara membalas budi rakyat yang dah mengundi

    ReplyDelete
  13. Si celaka tua pak uban nie bila lagi nak berundur jd Km Srwk,sudah 32 tahun jd km srwk,hasil mahsyul srwk dia kebas,mengkayakan kroni,suku sakat keluarga dan diri sendiri.rakyat pula dpt hadiah tong biru,utk takung air percuma,air hujan..siap dpt kawen bini muda dr labenon,haram jdah punya pak uban..

    ReplyDelete
  14. Kasihan kakitangan awam jawatan PRA , PAR dan gred 17 - 41, sebagai unit pelaksana atau "frontline" program kerajaan tapi gaji masih rendah memandang kos sara hidup di Sarawak lebih tinggi dibandingkan di Semenanjung Malaysia. Dah lah diperalat untuk bekerja siang malam membantu parti BN untuk menang dalam pilihan raya tetapi yang naik gaji berlipat kali ganda hanya menteri-menteri.Kalau kakitangan awam bependapatan rendah memohon supaya gaji mereka dinaikkan, menteri-menteri akan cakap supaya kakitangan awam bersyukur dengan apa yang ada. Celaka betoi.

    ReplyDelete
  15. APA KORANG MARAH SANGAT. SARAWAK NEGERI KAYA. BIARLAH GAJI PEMIMPIN-PEMIMPINNYA BERPULUH ATAU BERATUS RIBU RINGGIT. BUKAN NYA BANYAK!! KALAU DITUKAR KE POUND ATAU EURO BERAPA SEN SANGAT. WAJARLAH GAJI TU NAIK. LAGI PUN BUKANNYA SENANG MENTADBIR SARAWAK. JALAN IKUT SUNGAI, JALAN BALAK, HELIKOPTER PULAK SEWANYA MAHAL DAN MERBAHAYA JUGA. LAGI PUN RAKYAT SELALU DATANG MINTAK TOLONG. ANAK SAKITLAH, NAK KENDURILAH, KEMATIANLAH. ITU KAN SEMUANYA DUIT. LAGI PUN RAKYAT MISKIN MANA GHETI SANGAT GUNA DUIT. BUAT APA GAJI DIORANG TINGGI. DIORANG BUKAN MINUM WISKI, DIORANG MINUM CAP LANGKAU!! MURAH JE. MANA MEREKA BERCUTI KE LUAR NEGARA. LAINLAH PEMIMPIN BERCUTI PERGI KE PARIS, TOKYO, LONDON DAN LA. SEPATUTNYA GAJI NAJIB PUN KENA NAIK. TINGGI MACAM GAJI PERDANA MENSTERI SINGAPURA WALAU PUN OTAK TU TAK SETARAF PEMIMPIN SINGAPURA!! JANGAN PULAK SURUH AKU BERHIJRAH KE SINGAPURA. AKU NI ANAK SELANGOR ADA PEMIMPIN CERDIK. LAGI PUN SINGAPURA TAK PAYAH SERANG MALAYSIA. RAKYATNYA PUN DAH BANYAK HARTA DAN PERNIAGAAN DI JOHOR, KL DAN PENANG. JANJI DITEPATI. RAKYAT DIDAHULUKAN....PAPA KEDANA!!!

    ReplyDelete
  16. Jangan dengki... Makan banyak dapat makin ketat hisab di akhirat..

    Syukur.. Kita dapat sikit hisab pun sikit.

    Semuanya Allah punya..

    ReplyDelete
  17. Bangsat punya org tua...tak ingat nak mampus ke kau ni ? Tak cukup2 ke harta rakyat kau kebas ? Memang dasar mahkluk celaka la org tua ni...

    ReplyDelete
  18. yeeeahhh...samun..rompak......dia org dah sokong(undi) kita...bedallah...hahahahahaha

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...