Sunday, 8 December 2013

APA PANDANGAN PARA "ULAMAK" UMNO MENGENAI KENYATAAN NAJIB INI???????



Kata-kata yang terpampang di dada akhbar di atas adalah kata-kata yang boleh menjerumuskan seseorang kepada dosa besar yang paling berat iaitu dosa mensyirikkan ALLAH!

Paparan oleh media seperti ini bukan baru pertama kali, bahkan sudah beberapa kali sebelum ini.  Ini sangat bahaya.  Kerana ia menanamkan dalam qalbu manusia bahawa pihak tertentu (dalam kes ini UMNO) menjadi tempat bergantung dan berpaut manusia.  Usaha seperti ini pastinya mendapat sokongan Iblis dan Dajjal kerana ia bisa menjauhkan manusia dari aqidah yang sebenar.

Ketahuilah insan sekalian, bukan kepada UMNO tempat manusia bergantung dan berpaut.  Tetapi kepada ALLAH lah satu-satunya kita bergantung dan berpaut.  Bukan kepada sesiapa.  Bukan kepada makhluq yang lain.  Tetapi hanya kepada ALLAH!  Hanya kepada al-Khaliq (Tuhan Yang Maha Mencipta)!

Mentauhidkan Nama dan Sifat ALLAH iaitu As-Somad (الصمد) adalah suatu elemen penting dalam beraqidah.  Ia bermaksud meyakini bahawa hanya ALLAH lah sahaja yang menjadi tempat untuk manusia bergantung, berharap dan berpaut.  Tiada lain.  Hanya ALLAH!

Dalam surah yang kita selalu baca dalam kehidupan seharian iaitu surah Al-Ikhlas, perkara ini telah ditegaskan.  ALLAH Ta`ala berfirman:

    اللَّهُ الصَّمَدُ

    Maksudnya:  “ALLAH lah yang menjadi tumpuan semua makhluq bergantung harap/hajat.” 

    (Al-Ikhlas, 112:2)

Justeru, pegangan kita terhadap ayat ini mesti diteguhkan seteguh-teguhnya.  Jangan dicemarkan aqidah kita bahawa ada pihak lain selain ALLAH yang menjadi tempat manusia untuk bergantung, berharap, berhajat dan berpaut.

Semoga peringatan ringkas ini dapat mengingatkan kita semula dan meluruskan kita di atas aqidah yang benar.  Jangan sampai tertipu dan terkalah dengan ajakan ejen-ejen Iblis dan Dajjal yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia.  Apatah lagi ketika usia dunia yang saban hari semakin luput ini.  Lagi keraslah kerja mereka untuk menjauhkan manusia dari ALLAH.

Ingat!  ALLAH As-Somad!  Hanya kepada ALLAH lah kita bergantung, meletakkan harapan dan berpaut!

Kepada ALLAH kita minta hidayah dan taufiq, amin…

- muzir.wordpress.com

25 comments:

  1. PUak Munafik mana faham semua ni.....Ayat Quran diubah ikut selera,,,
    mana yg nampak bvoleh guna untuk membelit digunakan..
    Jual agama....hapus akidah Islam..mmg kehidupan mereka Jelas Munafik

    Golongan munafik sentiasa ade disetiap zaman .Semoga kita tidak terjerumusss...

    Semoga Allah memberi cahaya dan panduan..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegangan baru Islam umno sunnah wal jamaah.

      Delete
  2. DULU DEPA NI KATA "UMNO JAMIN MASA DEPAN".....MASYAALLAH BILA LA DEPA NI NAK SEDAQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan Ulama' ? Pastinya ramai yang akan memberikan ulasan yang berbelit-bekit bagi menjaga periuk nasi. Berlapik supaya tak menyentuh perasaan kunun sedangkan rangkapkata memang jelas terpesong. Ada yang kata supaya membaca seluruh teks ucapan untuk memahami apa yang tersirat.

      Delete
  3. Astafiruallah, Subahanallah...Masyaallah

    ReplyDelete
  4. Bilalah kita dapat hidup di bawah pimpinan Islam yang sebenarnya? Bersama pemimpin yang sentiasa mengingatkan kita akan Kebesaran Allah swt, selalu mengingatkan tentang rezeki kita Allah yang beri, kehidupan kita Allah yang aturkan, bukan manusia...Ya, Allah, Kau izinkanlah bumiMu Malaysia ini diterajui oleh para Ulamak dan orang-orang yang hanya Takut Allah sahaja. Amin.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.
    Jauhkan lah aku daripada golongan yg menyesatkan ini.

    ReplyDelete
  6. Ya. Allah...Jauhkan lah negara ini dari di pimpin puak khawarij dn syiah..

    ReplyDelete
  7. Habis tu yg nik ajis cakap terang hanya msk pas leh msk surga....apahal pulak bukan x lari aqidahke..apa HamPAS leh jamin pulak wlupun macai pr byk ckp dusta dan menuduh org lain dgn sewenang2wnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol kenape.....tak percaya.....yg faham agama akan percaya manakala yg jahil akan asyik pertikai.cuba ko fahami kenyataan najib tu.yakin lah umno tempat bergantung.yg jahil akan percaya bulat bulat.sahih statement mcm firaun.jadi jika itu statement presiden umno apa erti nya Kudrat Allah.jadi jangan pertikai.

      Delete
    2. Kalau kau nak berpaut kpd pihak yang sanggup menggadaikan nama Allah kpd org bukan islam melalui 10 points solution..... its up to you. Kita org tak sanggup.

      Delete
  8. Bodoooh kamu kena dgr sampai abis apa tuan guru ckp..jgn ikut dlm tv 3 gila tu.atau utusan setan tu...mu memang keturunan setan juga la nie..puihhhhh..

    ReplyDelete
  9. Fitnah lagi ni...siap pakai ayat2 quran lagi...mmg dah nak akhir zaman..MasyAllah...

    ReplyDelete
  10. Tempat berpaut ke? Jaminan masa depan ke? Tu memang ketentuan Allah dan kepada Allah jua segala-galanya. Hatta para Anbiya' pun tak tahu apa yang akan berlaku esoknya. Tapi ada satu tempat berpaut yang ni pasti..... lengan najib buat rosmah berpaut takut jatuh dalam air banjir......

    ReplyDelete
  11. Nak jadi pemimpin mesti ckp dgn jelas dan bg semua org paham....bila dh kena senang2 spin kena dgr smpi habislah....salahkn TV dan media....mudah sungguh pengikut buta ni bg komen...spesis haprak....niky ajis menjaja statemant mngatakan mmg msk Pas msk surga..... ckp berulang2 .... bukan nk fitnah.... mmg bukti jelas .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol.nie lg sekor.nape.tak percaya.betul aper sokong umno masuk neraka jahanam.kenape.takpercaya.ko faham statement presiden parti ko menyatakan yakin lah umno tempat bergantung.haram hukum nya bergantung pada sesuatu yg lain selain Allah.pulak tu aper tu umno.berhala ko orang ker.bergantung harap hanya pada Allah swt.jadi agak malu dengan komen jahil ko tu.ngaji malas,menghadiri majlis agama lagi ler malas hingga presiden ko pun suruh gi mengimarahkan surau dan masjid umno.kih.kih.kih.umno ader ker surau maupun masjid.lawak bodoh betul presiden ko.jadi ko rajin rajin ler gi ngaji yer.lepas tu mai balik komen.tu pun tahun depan lepas pau.kita tengok apa pulak statement sesat/syirik dari presiden ko.hamsat punya kaki.

      Delete
  12. Nak pandangan apa lagi kalo standard ULARMAMAK UMNU BARUA ni dah setaraf selipar jamban! Kih kih kih.

    ReplyDelete
  13. Kalo ngikut pemikiran ustazah UMNU, kedaan darurat macam banjir nih kira dibolehkan MENJALANG le gamaknye? Puuuuuih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mufti masih tidur lagikah, kenapa tidak keluarkan stetmen? Selalunya kalau ada ruang hentam PR, bukan main bingkas lagi tapi kali ni kelu pula. Nampak seperti bersetuju saja, kalau diam tu menandakan setuju.

      Delete
  14. aahhhhhh....dh nk mampuslah tu....dasar perut boroi..

    ReplyDelete
  15. Aku akui najib tersasar jauh. Semuga Allah SWT memberi keampunan untuk nya

    ReplyDelete
  16. Tanya FATUL BARI..... pastki dia ada hadith yang membolehkan pemimpin BN umno berkata demikian, mungkin dia kata itu bukan syirik itu andaian penyataan.

    ReplyDelete
  17. kepada mak ayah tempat kita bergantung.. wah syirik la pulak..

    ReplyDelete
  18. Itu lah pakai ulamak yang boleh cucuk hidung, hati buta , ini bab rezeki hanya Allah SWT yang beri atau tarik.Kerajaan macam mana kaya pun jika di turunkan bala pun jatuh. Pegang kuasa dengan cara menipu dan rasuah ini lah akibat nya, jadi takbur.Tak usah cakap banyak pi tolong mangsa banjir kan bagus.

    ReplyDelete
  19. Orang ularmok yang bisu tu kompem dah jadi setan - setan bisu.
    Nak buat camno mantang big boss dia pon mengaku terang terang kaum dia senang bekawan dengan setan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...