Monday, 9 December 2013
GAMBAR-GAMBAR RUSUHAN PALING TERUK SEJAK 1969 DI SINGAPURA ... BERPUNCA DARI SEBUAH BAS SWASTA MELANGGAR MATI SEORANG WARGA INDIA.
Ratusan pekerja warga asing merusuh di Singapura lewat malam Ahad apabila salah seorang daripada mereka, dilanggar oleh sebuah bas dalam satu kemalangan jalan raya.
Perusuh bertindak membakar kenderaan polis dalam keganasan yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak 40 tahun.
Setakat ini seramai 18 orang dilaporkan tercedera.
Dalam satu kenyataan media, polis Singapura berkata kejadian bermula di kawasan Little India negara itu apabila seorang lelaki warganega India yang berumur 33 tahun, dilanggar oleh sebuah bus milik syarikat swasta.
Polis berkata lebih kurang 400 orang yang berada di tempat kejadian mula merusuh dan menyerang bas tersebut dan turut menyerang kenderaan polis yang tiba untuk mengawal keadaan.
Sepuluh orang polis, empat pegawai pertahanan serta pemandu bas dan konduktor berkenaan adalah antara mereka yang tercedera.
Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, walau apa pun sebab kejadian itu tercetus, tiada alasan untuk bertindak dengan keganasan melampau yang menyebabkan kerosakkan.
"Kami akan berusaha untuk mengenal pasti pesalah dan menggunakan undang-undang sepenuhnya untuk mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.
Sebanyak lima buah kereta police, sebuah ambulans, serta beberapa kereta orang awam telah dibakar dalam rusuhan itu dan gambar-gambar serta video rusuhan itu tersebar dengan luasnya di laman media sosial.
Keadaan menjadi lebih terkawal apabila pasukan elit Perintah Operasi Khas dan Gurkha polis tiba di tempat kejadian.
Media Singapura MediaCorp berkata rusuhan ini adalah rusuhan pertama selepas kejadian rusuhan kaum pada tahun 1969.
Singapura bergantung kepada pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan ramai diantara mereka sering berkumpul di Little India pada hari Ahad untuk membeli-belah, makan dan minum.
Undang-undang Singapura boleh menghukum sesiapa yang didapati bersenjata dalam rusuhan atau menggunakan sesuatu objek sebagai senjata, kepada penjara sehingga 10 tahun dengan kemungkinan sebatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
aik kat Singapura tak boleh merusuh ke? ingat boleh.. kat Malaysia ni kalau kena hukum kerajaan disalahkan.. hanya di Malaysia saja tak boleh merusuh.. negara lain semua boleh.. pening lah kepala ni..
ReplyDelete-omakkau-
Dimesia takleh rusuh sebb takut2 nanti hantu altantoya mengamok..heh heh heh...abis lagi nanti orang yg rogol tu...
DeleteTUNGGU SAJALAH RUSUSHANYANG LEBIH HEBAT MUNGKIN BERLAKU DI 1MALAYSIA.
ReplyDeleteJika puak ini bebas dibawa masuk +500 ribu yang akan datang tidak lama lagi....
Melihat tv online Asia News One - takniah polis Singpura kerana tindakan mereka yang professional walaupun 10 anggota mereka tercedera.
Kita kena berhati-hati.... Mereka boleh menjadi time bomb pada keselamatan negara. Nepal adalah Gurkha zaman British dulu mereka berani, taat dan tak takut mati. Mereka juga time bomb....
Biar dia bomb kat pwtc tengah pau. Keheeee kuikui
Deletepembetulan,
ReplyDeleteyg kene langgar tu warga bangladesh, bukan warga India
http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/riot-in-little-india-is-a/914940.html
tak sabar kat mnalaysia ni nak merusuh. Bila la Dap dan sekutunya nak menang pegang putra jaya. Best2. kita tengok orang melayu dan ATM kasi havoc mcm kat mesir. Mampus pemimpin2 liwat ni karang.
ReplyDeleteMampos2 pemimpin2 kaki rogol terutama rogol altantoyo. Hej hek hek.
Delete