Wednesday, 4 December 2013
SUMBANGAN YANG TIDAK AKAN DISIARKAN OLEH TV3, RTM, UTUSAN DAN BERITA HARIAN .. KERAJAAN PR SELANGOR TELAH MENYUMBANG RM50 RIBU KHUSUS KEPADA MANGSA BANJIR KUANTAN.
Sebagai tanda simpati dan perihatin terhadap mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang serta mendengar rayuan dari Ahli Parlimen PKR/PR Kuantan sendiri YB Fuziah Salleh, petang tadi kerajaan PR Selangor melalui Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita YB Rodziah Salleh telah menyumbang RM50,000 kepada warga Kuantan.
Kini bilik gerakan bencana banjir peringkat Kuantan telah pun dibuka dan kini para sukarelawan PR termasuk Unit Amal Malaysia sedang giat membantu para mangsa banjir disana.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar bantuan segera kepada mangsa banjir di Kuantan selepas empat hari hujan lebat turun berterusan.
Berikutan itu, ia telah menugaskan Exco Kerajaan negeri, Rodziah Ismail untuk menyelaras bantuan tersebut.
Rodziah menulis dalam tweetnya bahawa Selangor telah meluluskan RM50,000 bantuan banjir di Pahang.
Wang itu adalah untuk menghantar segera barangan keperluan serta kerja-kerja bantuan yang lain.
Bantuan seterusnya mungkin disalurkan kepada Johor dan Terengganu, yang turut dilanda banjir, katanya.
Rodziah berkata, ia merupakan kemanusiaan kerajaan Selangor untuk membantu rakyat Malaysia dalam situasi kecemasan.
Sebelum itu, kerajaan Selangor juga telah memberi sumbangan kepada mangsa banjir Cameron Highlands, kata seorang lagi Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.
Terima Kasih Daun Keladi ... Bila di timpa bencana tolonglah bantu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
semoga sumbangan kerajaan pr selangor diberkati ALLAH...AMIN
ReplyDeleteSebaik baik sedekah adalah sedekah yang tidak diketahui orang. Tak pe..Tuhan tahu..hehe
DeleteBantuan seterusnya mungkin disalurkan kepada Johor dan Terengganu, yang turut dilanda banjir, katanya.
ReplyDelete???? mungkin?
Kuantan tmpt puak pkr si fuziah bleh la bantu. johor?kelantan?terengganu? mungkin je??
Otak komunis camtu le. pilih-pilih.
Anon..23.18.. Dasar macai anjing kurap... Kerajaan pusat babtu apa plk.. Sampai nk kena merayu kt parlimen.. Hati kalau dah busuk bangkai...hitam .. Bernanah selamanya mcm tu la.. Mgkn tu ..kena lah tunggu kelulusan dl.. Ingat apa duit bapak kau ke..bodoh punya olang..
DeleteKenapa ada perasaan buruk sangka ni, bersahabat dgn syaitan ke? Ikut keadan kerajaan negerilah sama ada nak bantu atau tidak, bergantung pd keadaan dan kemampuan semasa. Mungkin ketika Selangor dilanda musibah, tentu banyak wang dibelanjakan untuk negeri sendiri. Itu sebab gunakan perkataan mungkin. Berapa kau dapat untuk BM dlm SPM dulu? Ini bukan soal politik tetapi kemanusiaan tidak spt bung kebinatangan tu.
Deletekorang semua bodoh. BN kaa PR kaa... semua bodoh. Orang lain sibuk nak tolong orang banjir korang sibuk nak brgaduh kat blog sana sini.
DeleteMana macai lembu yang tanya Mp kuantan buat apa.dah terang2 umno yahudi tak buat apa2 sampai Mp kena merayu bantuan kat tempat lain.sudah2 la dok jadi manusia yang lebih bodoh dari lembu nfc..
ReplyDeletekahkahkah..
Anon 23.18.. Macai bodoh yang tun m kata .. Msh tinggal dlm umno.. Huhuhu.. Macai dan bodoh berpisah tiada... Bodoh tujuh keturunan plk tu..
ReplyDeleteSepatutnya semua pihak berganding bahu memberi bantuan mengikut keupayaan. Isu bencana alam bukan untuk dipolitikkan.
ReplyDeleteMacai 23:18 rujuk balik Cameron Highland kwsn PR ke?? Ini bantuan kenanusiaan dr PR Selangor jgn jd mcm MP kebinatangan tu...inilah akibatnya apabila semua agensi/jbtn krjn diumnokan...
ReplyDeleteHey Umno di PWTC.Kalau nak bantu, bantu je la.Cakap berdegar degar konon, bagusla, terbaik la. Menteri yg bercakap tu, cap sardin kepala ayam. Buat malu aku je ahli Umno Paya Besar, Kuantan.
ReplyDeleteUmno nk bantu???...kah..kah..kah....
ReplyDeleteapa pun yg kamu buat xkan ada mknanya klu derma itu riak dan nak tunjuk..baik umno mahupun PR...klu nk beramal.biarlah Allah ja yg tau..ini semua nak bagitau..meraih simpati.apalahh!!!!
ReplyDeleteNi lagi satu sengal. Kalo org pergi secara personal boleh la dirahsiakan dermanya, tp ni kerajaan negeri yg derma of coz rmai yg tahu. Pemberi info x semestinya org PR. Ntah2 ramai kot pemimpin PR secara peribadi yg syp2 bg derma tnpa pgetahuan media. hehe siapa tahu. Huallah hualam..
ReplyDeletegood job!!!!!!
ReplyDeleteusaha yg murni...terbaekkk!!
ReplyDeleteKene laa inform..bukan riak atau menunjuk-nunjuk..cuma kene declare..ni duit kerajaan negeri..esok ujung tahun nak kene audit..auditor tanya mana duit..boleh laa jawab..buat derma..bukan makan simpan untuk tembolok sendiri..
ReplyDeleteSaya mangsa banjir juga penempatan di sekolah menengah sungai hisap ,kuantan.tidak ada bantuan langsung harap orang orang kampung je tolong bot pun orang kampung .mana pergi pihak keselamatan dan bantuan kebajikan masyarakat.,tidak ada langsung bila orang tepon ke kebajikan masyarakat kuantan .minta bekalan air bersih dan makanan dan selimut tahu tau apa dia orang cakap .,dia orang cakap tidak ada dalam senarai kebajikan penempatan sekolah sg hisap kuantan ,jadinya tidak ada buantuan untuk sekolah berkenaan ,patut ke jawapan yang terima ialah macam tu ,??? Kesian sangat nasi pun orang kampung yang masak .semata mata nasi putih je untuk masuk perut .,itu pun saya bershukur sangat ,tetapi anak kecil dan baby tidak ada bantuan langsung kesian sangat ,apa boleh buat bayangkan penempatan pun keliling dengan air banjir jadi nya orang nak beli makanan pun tak boleh .ada yang terpaksa minta bantuan bot orang kampung untuk keluar cari makan ..ada yang turun dalam air paras dada jalan dalam air untuk dapatkan makanan sampai hari ni ramai yang kebuluran makanan ..sudah masuk hari ketiga mana pergi semua bantuan .siapa yang tidak percaya pergi lah tengok dan tanya penduduk sana baru awk orang percaya .ada kah..kita kat sungai hisap dan permatang badak bukan orang ke? Tak layak ke dapat bantuan ....apa jawapan yang menteri dalam kuantan akan bagi ia? Masa nak undi ramai je turun padang .masa rakyat susah mana semua orang pergi ..sunguh meragui .,.cerita saya ni tidak ada fitnah sesiapa ini ialah cerita yang saya alami benar dan betul ..beribu penduduk boleh saksikan...
ReplyDeletemintaklah bantuan kat MP Parlimen masing2.. masa mengundi pandai pulak berkempen..
Deletebanjir ni adalah Ujian llah S.W.T.dar ujian ni lah kita dapat tengok adakah amana yang diberikan oleh rakyat dijalankan dengan betul
ReplyDelete